Tuesday, December 15, 2009

Perkahwinan Hasrizal & Norfhadzilahwati #2 Kuala Kangsar

"Moh Ke Kuale Kite"





edit & photo // ed

Bermain dengan cahaya

Teknik bermain dengan cahaya, selepas di ajar oleh sifu sifu dari candid syndrome yang di ketuai oleh Fuad. Terima Kasih juga kepada otai otai CS yang lain.

Berikut adalah hasil hasil yang tak seberapa.


GG sebagai model pada malam tunjuk ajar

***

Sessi Bertukar Menjadi Superhero


1. Nyalakan lampu flash camera

2. Sinar sinar kehidupan akan menyinari seluruh tubuh anda.

3. Superhero sedang salin pakaian.

4. Taraaa dah bertukar..

detik hatiku: aktiviti menghilangkan bosan pada malam hari ketika kami berdua duaan dirumah.

Monday, December 7, 2009

Perkahwinan Hasrizal & Norfhadzilahwati


Sila layari Flickr untuk gambar selanjutnya..

photo & edited // ed

Sunday, November 29, 2009

Apekah!! Nasi Goreng..

Hari ini aku 100% gagal, sudah lama aku tidak memukul kuali dengan senduk. Seringkali mem'poyo'kan diri mengeluarkan kepulan kepulan asap kecil dan bising bising hentakan batu lesung ke atas bawang putih dan merah di dapur. Kononnya nak berjimat cermat demi mengumpul duit untuk sesuatu benda. Beginilah hidup bujang aku.

Kenapa aku tak pandai masak macam mak aku? Kenapa mak aku tak turunkan skills memasak kat aku? Apekah rahsia masakan mak aku?

Kalau aku minat memasak sejak kecil, sudah semestinya aku dah setanding chef wan.

Aku cuma memiliki kehebatan yang diturunkan oleh bapa aku saja, iaitu Skills Mc Gyver. Apa boleh buat, Like Father Like Son.

Ketidaksedapan nasi goreng aku kali ini membuatkan aku untuk lebih peka menulis dari makan nasi goreng aku itu. Tapi apakan daya, aku kena habiskan. Tak pasal pasal nasi akan menangis malam ini di dapur. Aku tak nak kenangan siri seram aku berulang lagi.

Aku tidak kisah, jam baru saja menunjukkan pukul 9.18 ketika ini. Banyak lagi masa untuk aku habiskan nasi goreng itu. Satay goreng dan kuah kacang pun belom dipanaskan lagi. Ia mungkin akan jadi santapan kunyahan semasa menonton bola pada malam ini. Makan lagi. Untungnya, aku masih kurus dan tidak montel.

Arggg patut la..

Aku lupa masukkan garam dan telur dalam nasi goreng aku. Berangan betul aku ni. Tak pa. Esok try lagi sampai nasi goreng aku jadi hebat seperti nasi goreng di gerai SHUKUMVIT.

detik hatiku: aku takkan mengalah, selagi nasi goreng yang aku masak tak sedap, aku akan cuba sampai ianya sedap.

Saturday, November 28, 2009

Hari Raya Korban #2

Sepertimana yang dijanjikan, aku akan memaparkan beberapa aktiviti aku pada hari ini:


Seawal pagi lagi ibu ku telah kejutkan aku supaya bangun awal. Motifnya untuk shoot gambar korban kat Masjid Kampung Baru. Dalam kekalutan, aku bangun cuci muka dan terus sambar camera aku tanpa menggosok gigi. Baeng sikit saja baunya.

Ini lembu korban untuk keluarga kitaorang, baek, putih dan sopan santun lembu ini. Sempat lagi possing manja.

Bapa aku tak mahu melepaskan peluang untuk mengambil gambar lembu dengan handphone barunya

Orang kampung tiada punya masalah untuk menumbangkan lembu itu. Good Cow.

Ini Menu of The Day rumah aku, Bihun Kuah Ketam dan Daging. Memang Superb

Ini Afif, Kazen paling muda dalam keluarga sebelah mak aku.

detik hatiku : makan lagi..

Friday, November 27, 2009

Makan Edisi Raya Korban

Ketibaan aku di Pulau Pinang semalam bukan saja di sambut dengan bidari Air Asia yang vogue dan seksi, tetapi di sambut baik oleh ibu ku dengan masakan dia, Perghh meleleh air liur.

Aku bersyukur ke hadrat illahi kerana walaupun ibu ku masak yang amat sedap, tapi aku tetap maintain slim shaddy. Semua rakan aku tahu, bab makan aku tak cerewet. Untung kalau korang bawa dan belanja aku makan, insyallah aku boleh makan kecuali ikan keli.

Memandangkan hari ini Hari Raya Korban bersamaan Hari Jumaat, Masjid Kampung Baru Alma tidak menjalankan aktiviti korban pada hari ini tetapi digantikan dengan keesokan harinya. Maka dengan itu, tiada gambar Lembu akan dipaparkan hari ini.

Apa yang aku nak kongsi bersama anda ialah gambar yang aku shoot semalam, dimana ketika ibu ku tengah syiok masak bagi menyediakan juadah berbuka puasa dan rendang hari raya.

Rendang Daging #1

Rendang Daging #2

Kari Udang.. nyum nyum

aku selalu sebut ketupat ini : Ketupat Pallas Jazz


detik hatiku : Raya sama dengan Makan sedap..





Tuesday, November 24, 2009

Satu sudah

Akhirnya dapat juga kereta kesayangan aku mandi.

Sian ko sebab lama sangat tak mandi. Hampir sebulan juga la. Aku pun dah terniat nak mandikan ko lama dah. Tapi masa dan cuaca tak mengizinkan. Harap ko faham. So tadi ko dah mandikan. Lepas nie seronok aku bawa ko jalan jalan.

Banyak lagi kena selesaikan hingga hujung tahun ni.

detik hatiku: activity pack sampai hujung tahun..aiyaa.

Saturday, November 21, 2009

Blogger

Aku baru mengenali seorang minah blogger yang agak bulan di pipi nya iaitu Cik Epal. Aku kurang pasti siapakah sebenarnya minah ini?. Adakah dia ini model + blogger terkenal macam cik Hanis, tak pun blogger kental seperti Pipiyapong.

Apa yang menarik blog minah ini, penulisan beliau tersangat bersahaja dan kerap kali update entry ikut sesuka suki hati dia. Aku kurang pasti anggaran sehari berapa kali dia meng"update" blog tapi yang pasti semalam sahaja 3 entry beliau selitkan dalam blognya. Itu tak termasuk hari hari yang lain. Memang minah blogger betul la dia nie.

detik hatiku: Aku nak update sehari satu pun fikir 10x
.

Guru Besar

Seingat aku, Tahun 1996 aku bersekolah di tingkatan satu di High School Bukit Mertajam, juga dikenali sebagai HSBM. Sekolah ini agak popular kerana mempunyai sejarahnya yang tersendiri dan menjadi mercu kebanggaan warga Bukit Mertajam. Ia adalah sekolah yang agak tinggi dikalangan sekolah-sekolah di daerahnya. Ramai juga tokoh-tokoh terkemuka lahir dari sekolah ini seperti Anwar Ibrahim, Abdullah Badawi dan Ibrahim Saad.

***
Kenangan aku di sekolah ini terlampau banyak. Pada ketika itu, aku baru matang dan boleh dikatakan remaja baru nak up. Aku ke sekolah berbasikal bukit (Mountain Bike). Nama pun sekolah atas bukit, ia memudahkan aku untuk drop gear 1 bila menaiki bukit menuju pintu gerbang sekolah. Setibanya ke tempat letak basikal aku dan rakan wajib akan parking secara poyo iaitu dengan membuat gaya drift, dengan erti kata lain break tayar belakang sambil slide. Bila mengenangkan zaman remaja aku, terasa gampang je aku masa tue. Kami menjadi perhatian senior-senior yang tak puas hati kerana mereka tidak boleh menumpukan pelajaran mereka didalam kelas ketika kitaorang membuat aksi stunt a.k.a poyo itu, lalu mereka membangkitkan perkara ini kepada pihak atasan. Selang beberapa hari kemudian, pihak atasan mengeluarkan arahan supaya penunggang-penunggang basikal perlulah menolak basikal mereka dari pintu gerbang sekolah hinggalah ke tempat letak basikal. Bapak berpeluh tolak basikal.

***
Apa yang menjadi trend dan ikutan pada zaman itu, tak semestinya di sekolah aku saja, aku rasa semua sekolah sama dengan sekolah aku juga, jenis budak-budak sekolah suka berfesyen. Semua tak nak kalah pakai seluar bell bottom, yang straight cut pun ada tak cukup dengan itu, label Cantona7 menjadi pilihan, tuck in depan tapi kuar baju belakang pun ada juga, seluar labuh sapu lantai juga bersepah sepah dan seluar sekolah pattern jeans juga diperagakan. Aku seperti biasa tidak sangat mengikuti trend terkini, aku kan orang kampung. Suatu hari rambut aku agak panjang lalu aku decide untuk potong rambut. Setelah lama aku berfikir, aku bercadang untuk memotong rambut fesyen flat top seperti aku di sekolah rendah dulu.

Esok aku ke sekolah menjadi bahan rujukkan kepada rakan-rakan aku juga la. biasa la rambut baru, mungkin mereka suka akan kehenseman aku. Apa yang menarik rakan-rakan aku suka letak buku log berkulit keras dia atas kepada aku. Macam nak flying kick je sorang-sorang. Diorang ingat kepala aku meja tulis ke apa.

Aku tidak ambil port sangat mereka nak gosip-gosip pasal rambut aku. Menanti guru tak masuk kelas ini yang paling membebankan, aku sebagai penolong ketua tingkatan yang paling dedikasi di dalam kelas, merajinkan diri untuk ke pejabat mencari guru yang ponteng kelas aku tu.

Sambil aku berjalan menuju ke pejabat, aku terpandang muka Guru Besar (GB) yang bengis itu memanggil aku masuk ke dalam pejabatnya. Wah ada bisnes baek ke GB panggil aku masuk bilik dia, tak pun dia nak suruh aku join MLM. Aku dengan selumber bagi salam dan masuk dalam bilik dia.

Zappppppp...

"Uish terkejut kawe" aku melatah dalam bahasa kelatan plak. Dalam hati aku berkata "Apa tebiat GB pukul meja dia dengan rotan sepanjang 1 meter itu". GB dah mula membebel tak tentu pasal seperti teruja tengok kehenseman aku. Aku buat dek je bebelan dia, tapi sayup sayup aku dengar yang rambut aku nie berfesyen, kenapa aku nak jadi artis ka, dan bla bla bla bla. Bergenang air mata aku mengenangkan meja yang kena sebat dengan rotan GB itu. Tak pasal pasal dia kena sebat sedangkan dia tidak bersalah. Setelah GB penat berbebel. Dia menyuruh aku memotong rambut. Aku kehairanan dan memula mengutuk dalam hati "Lor dah pendek nie kot, nak potong lagu mana lagi?". Demi GB aku pun mengangguk.

Aku ingat lagi ketika itu Najib Tun Razak menjadi menteri Pelajaran Malaysia, Dia menggalakkan pelajar berambut pendek seperti Askar. Aku langsung tidak rasa bersalah malah tak terkilan lansung dengan GB kerana aku sahuti saranan kerajaan berambut flat top ala ala askar amerika a.k.a van damme dalam cerita Street Fighter. Pelik betul GB aku, pergi sekolah rambut pendek pun salah.

***

detik hatiku: rambut panjang salah, rambut pendek pun salah, pikiaq la sendiri..

Monday, November 16, 2009

Siri Meremang Bulu Roma #1

***
Malam hari itu seperti biasa. Aku bersama rakan bersantai di rumah. Kami tak ke mana pun pada hari tersebut. Kami cuma membuat hal masing-masing seperti bermain game, berchatting dan berfacebook.

Hujan mulai turun renyai-renyai membuatkan suasana menjadi suram sejuk. "Syok nya kalau tido time nie" detik hatiku.

Jam dah menunjukkan pukul 2 pagi. Kedua-dua rakanku telah pun melabuhkan diri mereka dikamar masing. Tinggal la aku kesorangan yang masih leka bersurfing di dunia internet yang serba maya ini. Penuh dengan gosip,gambar dan hidupan liar. Tak cukup dengan itu. cerita ceriti blogger banyak menarik minat aku untuk membaca.

Bak kata Pie "Mata macam ada gam". Aku dah tahan lagi. Bantal aku dah memanggil manggil. Aku terus dakap bantal yang agak masam itu lalu tido kat tempat Bob.

Setelah 5 minit aku baring di tempat Bob, rupanya aku masih lagi tidak dapat tido, terasa diri aku macam ada penyakit insomnia la plak. Aku berpusing ke kiri dan kanan tapi masih lagi tidak dapat tido. Aku cuba pejamkan mata sambil mendiamkan diri dan cuba untuk tidak memikirkan apa-apa yang boleh membuatkan adik aku bangun.

Tiba-tiba..

Aku terdengar sesuatu yang agak-agak korang pun tak nak dengar. "Alamak bunyi apa plak nie" detik hatiku yang terdengar sesuatu di dapur rumah sewaku. Aku bukakan mata dan mahu memandang ke arah dapur tapi aku enggang berbuat demikian kerana terlintas aku terkenang cerita Jangan Pandang Belakang dimana neneknya sedang makan nasi dengan gelojoh ketika Darma ke dapur, lantas terus melupakan hajat aku itu. Bunyi seperti benda mencakar semakin kuat kedengaran. Aku memandang rakanku di sebelah dan ingin mengejutkannya tapi keegoan aku setinggi KLCC, lalu aku pejamkan mata sambil menutup mukaku dengan bantal.

Suasana hujan renyai ini membuat kaki aku terasa sejuk.

Hati aku gundah gulana. Aku merasakan sesuatu sedang bergerak mendekatiku. tapi aku buat-buat tak faham. Aku cuba berfikiran positif. Semakin lama semakin dekat benda itu meniti menghampiri aku....

Zaapppp...

Ada sesuatu hinggap di atas kaki ku.

Aku lantas bangun sambil hati aku berdegup selaju 240km/j.

Aku terkejut kerana ada seekor benda putih sedang berada dia atas kaki ku ini. Aku bertentang mata dengannya lalu ia mengalah sambil mengeluarkan bunyi..

Miawww...

Seram sejuk aku masa itu. Terasa macam gampang pun ada. Selamat kucing putih yang duduk atas kaki aku kalau kucing hitam mau pengsan aku masa tu. Aku bangun dan terus membuka pintu sambil menghalau kucing putih itu keluar. Aku cuba periksa dan mendapati tingkap di bilik depan terbuka luas. Haishh sambil menarik nafas lega.

***

moral of the story: jangan lupa tutup tingkap sebelum tido.

Sunday, November 15, 2009

Satu Hari Bola

7 Nov 2009 - Hari Sabtu aku isyitihar hari bola untuk diri aku. Nak tau kenapa:

9.00 malam - Layan bola Piala Malaysia, Negeri Sembilan Vs Kelantan .Gila havoc game ni. Macam sambutan hari raya aku tengok game nie. Mercun sana sini. Selamat meriam buluh diorang tak bawa sekali. Kalau tak, lagi meriah la stadium bukit jalil malam tue. Dalam kemeriahan letupan mercun, ada plak ada sessi unggun api. Teringat aku zaman kanak-kanak riang ribena pergi layan Jamboree Pengakap duduk keliling unggun api sambil layan barbecue ayam yang tak berapa nak sedap. Apapun game ini disudahi dengan kemenangan ke atas Negeri Sembilan. Tahniah..

10.30 malam - Tukar channel dapat plak Machester City vs Burnley. Aku layan game ni bagi mengisi masa boring aku sambil mengunyah Kit Kat. Tersenyum plak aku tgk Burnley leading. Hatiku aku mula mengutuk "masak la siti lepas nie". Lepas je 1st half, termasam plak aku sebab game ni seri. Ala tak kisah la diorang nak kongsi mata, jangan berkongsi kasih sudah la.

1.30 pagi - Game yang dinantikan telah tiba. Setelah kian lama aku tunggu akhirnya game dah start. Arsenal Vs Wolverhampton. Pada mulanya, bahagian pertahanan arsenal agak goyah dengan serangan 11 ekor musang. Tapi sang meriam masih kental dan dikentalkan lagi apabila Song dimasukkan bagi mengantikan diaby. Arsenal kekal bertahan lalu berjaya menembak 3 ekor musang pada separuh masa pertama. Kedudukan selesa ini berubah menjadi meriah apabila arshavin menyepak bola bersahaja masuk ke pintu gol pihak serigala lalu berlari ke arah penonton sambil menyuruh penyokong mereka diam. Arsenal terlalu gembira sampai terleka dan memberi hadiah saguhati ke pada team musang. Seronok betul aku layan game pada malam tue. Bak kata pipiyapong " Arsenal macam main petang-petang ja".

3.30 pagi - Tertekan channel sebelah plak. Ada game Barcelona Vs Mallorca. Wahh menarik nie. Tapi game dah masuk separuh masa kedua. Sempat juga tengok si Zlatan main. Tapi mata aku dah sayup-sayup. Hati kental punya pasal aku layan sampai wisel penamat.

5.00 pagi - Game seterusnya Real Madrid vs Atletico Madrid. Macam menarik game lepas nie. "Rugi kalau aku tak tengok" detik hatiku. Sambil baring di atas lehap yang tak berapa nak empuk tapi bantal aku tip top, aku layan game ni. Tak sempat reff tiup wisel, aku dah hanyut. Aku tersadar, mata pun buka kecik-kecik sambil tengok result dah 3-2. Argh lantak la, baik aku tido.

???? pagi - Lari bersama bantal naik atas masuk bilik buka aircond tutup pintu masuk dalam selimut dan tido.

detik hatiku: Hajat dihati nak layan game Arsenal je..

Saturday, November 14, 2009

Dari Frankfurt Ke Penang

Segala kesulitan ketika berada disana membuat aku terpaksa pulang ke taman halaman. Aku kena buat IC, Lesen dan ATM card yang baru. Selamat passport tak kena copek. Kalau tak , tak pasal-pasal aku kena jadi warganegara British. Sudah tentu aku akan bermaustatin kat sana sambil berkerja sebagai pengutip apple pada hari biasa dan pengutip bola kat stadium bila hari minggu.

Berikut adalah jadual perjalanan pulang dari Frankfurt ke Penang:

4 Nov 2009
1200 - Bertolak dari Frankfurt ke KLIA
Aktiviti dalam Flight
- Layan Movie Syurga Cinta
- Main Game terutamanya Chess
- Dengar Radio Channel Rock

5 Nov 2009
0658 - Tiba di KLIA

0730 - G-bum sampai jemput aku dan naser.Lepas hantar naser kat Bukit Jalil, kitorang boleh silap jalan pergi patah balik ke putrajaya. Memang Shit The Fak.

0900 - Tiba di Rumah Sewa Kampung Baru sambil berkata "Home Sweet Home".

1000 - Basuh baju sambil lepak-lepak tengok astro.

1200 - Pergi KLCC hantar kunci rumah kat G-bum. Lepas tue G-bum belanja aku Mee Kari dan dia kasi duit tambang balik. Terima Kasih G-bum.

1400 - Bertolak ke Puduraya.

1430 - Beli tiket pulang ke Bukit Mertajam. Memang rezeki aku dapat bas pukul 3 petang.

1500 - Naik bas transnasional lalu lelap kan mata.
// walaupun ada awek cun milik orang muka ala mami dalam bas tue.

1800 - Sedar-sedar dah sampai Hentian Sg Perak tapi mata masih lagi dalam keadaan lali.

1930 - Turun bas dekat hentian Juru. // tak sangka awek cun milik orang muka ala mami pun turun tempat yang sama.

2000 - Makan malam bersama keluarga di Restoran 69. //Kenkawan jangan berfikiran kuning k.

2200 - Akhirnya sampai jua kat rumah.

detik hatiku : Book of record dalam hidup aku. Perjalanan yang paling jauh pernah aku lalui.

Dasar Pandang Ke Barat

Sambil kerja, kita minum air:




Apa yang menarik kat sana?
- Cuaca. Sejuk-sejuk macam kat London.
- Aweks. Tipu ar kalau tak cakap awek london cun.
- Barang Membeli Belah. Jangan terbelah Card Credit sudah la.
- Perkhidmatan Awam (Bas, Train). Tip top walaupun ada miss skit. lumrah alam la.
- Bangunan macam dalam BBC selalu tunjuk. Rancangan paling popular mak aku suka tengok.
- Makan. Hari-hari makan makanan Arab.

Apa yang kurang pulak?
- Aktiviti dan tak dapat pergi Stadium. Agak terhad sebab pergi atas urusan kerja bukan melancong.
- Copek. Ini kena hati-hati.



detik hatiku : haihs rasa nak pergi london lagi la terutamanya Emirates Stadium.

Thursday, November 12, 2009

Merika

***

Beberapa bulan yang lalu, aku bersama rakan ke pejabat merika untuk temudaga. Sebelum ke temuduga segala persiapan rapi telah dilakukan demi pelancaran pemprosesan data. Pagi yang indah dengan pakaian serba pejabat kitaorang menuju ke pintu masuk. Keselamatan dia punya la ketat seketat muka pak guard kat situ. Segala barangan telekomunikasi kami ditinggalkan, hanya Diri dan Borang saja melepasi pintu masuk kawalan itu.

Penantian yang penuh sabar itu reda apabila temuduga kitaorang selesai. Sesi temuduga itu sungguh la rancak berbekalan english dari darjah satu sampai ke universiti, kitaorang berborak dengan mamat temuduga sampai berhabuk kaunter tu. Terima kasih kepada semua cikgu english aku.

Selang beberapa hari, kitaorang menerima panggilan mengatakan bahawa kitaorang telah berjaya melepasi sesi temuduga. Wah hebat sungguh kitaorang. Terasa macam menang loteri satu juta. Beberapa minggu selepas itu, merika memberitahu bahawa terdapat kesulitan terhadap borang aku. Aku mula kecewa tapi aku redha. Segala persoalan timbul dalam pemikiran aku. Hidup aku tak tentu arah. Tidor aku tak lena. Makan aku tak kenyang. Mandi aku tak wangi.

Sehingga kini masih tiada lagi jawapan. "Takut juga merika kat aku" detik hatiku yang bersikap positif.

Arghh!!..Aku tidak lagi kisah pasal merika. Kini aku pandang ke arah barat. Meneruskan perjuangan aku kat sana.

***


Wednesday, November 11, 2009

Apa Potong-Potong!!

***

Sekarang heboh iklan potong-potong, Company A perli Company B, Company B perli Company A. Jangan harap perli saja. Harap diorang bersaingan demi memajukan industri telekomunikasi kita. Tak dak la aku bosan tak dak internet ni nanti.

Sekarang blog aku dah berwajah baru tak bererti aku ada azam baru. Dulu papan tulis aku nie kaler hitam. Kalau korang baca sure tertido. Jadi aku ubah kaler blog supaya mata korang semua segar bugar. Aku pun tak sure ada ke orang baca blog aku nie. Kalau ada pun baca syok sendiri. Tu pun kadang-kadang kantoi kat opis mahupun kat rumah korang buka blog aku. Terima kasih la sebab baca. Tak komen pun tak pa. Janji ada ghak orang nak baca. Boleh la mengisi ruang kebosanan korang bila waktu lapang tak pun masa tak dak kerja kat opis.

Oleh yang demikian, sahutilah kempen kerajaan kita "Membaca Blog Amalan Yang Mulia."

***


Friday, October 23, 2009

Episod 1 : Pernahkah kau merasa?

Pada mulanya:




Kini:




detik hatiku: harap semuanya berjalan dengan lancar.

Tuesday, October 20, 2009

Kemalangan



detik hatiku: insaflah wahai diriku :(

Tuesday, October 13, 2009

Bezanya Typhoon Dengan Taufan

***
Baguih dok ada. Senang hati aku bila berehat sambil bermain muka buku tatkala membuat kerja-kerja yang belum siap. Sedikit demi sedikit aku melangsaikannya sambil menguyah kuih muih terhidang disebelah bersama kek cokelat.

Indah nian waktu pagi hingga membawa keceriaan sampai ke tengahari. Bersahaja dan santai aku saban hari ini sambil melihat warga manusia berkulit putih yang kainnya tak berapa nak cukup beristirehat atas pantai putih dibawah cahaya matahari terik. Perut mula berkeroncong lalu aku keluar makan bersama rakan-rakan yang akan berangkat jauh nun disana. Rezeki aku masih lagi kabur tanpa berita. Menanti dengan penuh sabar tapi tak tahu sampai bila.

Pabila petang menjelma, suasana langit menjadi suram. Angin sepoi-sepoi bahasa menjadi ribut. Aku mahu berangkat pulang tapi waktu tidak mengizinkan. Aku cuba melakukan senaman taichi menolak angin ke kiri dan ke kanan tetapi gagal. Aku terpaksa mengalah walaupun beban angin yang menolak aku semakin kuat. Aku terpaksa mengikut arah angin supaya perjalananku lancar walaupun ombak badai akan menimpaku setinggi 5 ke 10 meter dengan kelajuan angin sekuat 50km/j.

Kesabaran dan ketabahan masih kuat menyelubungi diriku, jadi aku perlu menghadapinya dengan tenang. Semoga aku berjaya menempuh taufan yang bakal melanda di sekitar kawasanku.





***

detik hatiku:
hati-hati dengan keadaan sekeliling kita kerana bencana alam yang tidak bermata.

Monday, October 5, 2009

Sukhoi Bukan Cakoi

***

Di pagi sabtu yang suram, seorang bapa bermain dengan anaknya dihalaman rumah mereka. Tetiba anaknya dengan semangat ingin tahu lalu dengan tanpa segan dan silu menanya sesuatu kepada bapanya.

Anak: Bapa bunyi apa bising tue?
Bapa: Tue la shukoi nak.
Anak: Apa cakoi.
Bapa: Bukan... Shukoi nak (dengan nada lemah lembut)
Anak: Cakoi tue apa bapa?
Bapa: Bukan nak, itu Shukoi.
Anak: Apa cakoi??
Bapa: Shukoi la nak

Dengan tenang dan senyuman bapanya menjawab hingga menjadi kenangan terindah dalam hidup mereka.

Kini kegembiraan yang dikecapi bersama berubah dengan sekelip mata. Sehingga hari ini anaknya masih lagi tidak dijumpai. Polis sedang menyiasat misteri kehilangan anak mereka dan bapanya pula ditahan reman bagi memberi keterangan lanjut.

***



detik hatiku : layari gambar semasa Airshow Thunderbird di Facebook aku.

2 Peminat Bola yang Saiko



detik hatiku : alhamdulillah..

Tuesday, September 29, 2009

Drastik

Tahap kebosanan dan ketensionan aku meningkat ke tahap yang berbahaya lalu aku mengambil jalan pintas untuk menDELETE Myspace dan Friendster aku.

Sorry kenkawan sebab aku tak inform kat korang.

detik hatiku: hancur hatiku, mengenang dikau, bagai keping-keping......

Sunday, September 27, 2009

Raya Dan Penang 2009

***

19 Oct 2009

Pukul 6.3o pagi aku bergerak pulang ke Pulau Pinang. Pada ketika itu, aku rasa aku sorang je bangun awal, rupa-rupanya tak sangka pada waktu itu sudah banyak kenderaan di atas jalan raya seperti hari-hari biasa.

Tibanya aku di Lebuhraya Utara Selatan aku terkedu kerana banyak kenderaan menuju ke arah utara malaysia. Detik hatiku "Awat laa depa tak tidoq dulu, bagi la chance aku balik time2 cam nie". Mereka seolah-olah tidak mahu melepaskan peluang pulang ke kampung bersama-sama aku pada waktu pagi-pagi begini.

Kenderaan mulai banyak ketika aku berada di Bukit Beruntung. Nampaknya PLUS cukup beruntung waktu begini, sedangkan penggunanya tidak laa beruntung sangat. Hentian Ladang Bikam ditutup kerana terlalu ramai sangat orang berehat disitu dan menjadi satu punca kesesakan lalu lintas tanpa mengambil kira kesesakkan aku nak kekucilan ini. Aku terpaksa bertahan demi negara tercinta, aku melajukan kenderaan untuk tiba di hentian Tapah. Syukur alhamdulillah hentian itu tidak laa sesak seperti di Jalan TAR. Aku berehat seketika memberi laluan kepada Penaja Iklan. Nasib baek puasa, kalau hari biasa aku dah makan buah pelam muda dengan air lemon tea.

Pergh.. 2 jam juga la dari Kota Damansara ke Tapah. Perjalanan aku diteruskan lagi. Kali ini aku tidak sabar lagi untuk memandu di lebuhraya IPOH yang sudah dibuka kepada orang ramai. Dengan yakin dan saksama, aku rasa jalan tak akan sibuk. Malang tak berbau, tapi kalau orang dah kentut perlahan macam mana sekali pun akan berbau. Hampeh. Aku sangkut dekat IPOH hingga ke Sungai Siput selama Sejam. Cuba anda bayangkan dengan Myvi aku nak naik bukit, gear satu dan dua memang tak lari, tak lari juga kaki untuk tekan clutch. Memang masak cili api.

Aku bersyukur sebab lepas saja hentian Sungai Perak, kenderaan mulai reda dan perjalanan menjadi lebih sempurna. Aku selamat sampai di rumah jam 12.30 tengahari. Ini kali kedua aku balik raya memandu KL-Penang selama 6 jam. Tahun aku terfikir nak balik pakai kereta auto plak la.

***

Penang 2009

Sesungguhnya, sudah beberapa bulan aku tidak pulang ke Pulau Pinang. Kali ini aku agak seronok sebab pembangunan dari segi jalan raya di Pulau Pinang sudah agak teratur. Jalan dari tol Juru ke rumah aku pun sudah lebar. Apa yang penting kelebaran Jambatan Pulau Pinang membuat aku lebih girang gembira. Dahulunya hanya 2 lane sekerang sudah 3 lane. Wahh!! syoknya bila drive atas jambatan kali ini. Aku hanya perlu memandu selama 20 minit saja dari rumah aku ke rumah atuk aku di Minden Height. Sungguh convinient.

Acapkali juga aku pusing di sekitar Pulau Pinang ketika cuti beraya kali ini dan aku dapati Pulau Pinang dah agak cantik berbanding dulu. Pantai di Batu Feringghi juga agak menarik dipenuhi dengan para pelancong. Bandar Georgetown tidak kurang meriahnya dengan lampu berwarna warni.

Kalau macam nie, tiap-tiap bulan aku nak balik Penang.

***

Outdoor shooting seorang diri di Pulau Pinang

meLOMOkan diri sendiri

kempunan Hazelnut Hot Chocolate sebelum menangkap gambar

Siapa kata KAKA orang brazil? sedangkan kampungnya di Pulau Pinang


detik hatiku :
hujan batu di negeri orang, hujan panas di negeri sendiri, CD hujan p beli sendiri kat kedai music..



Sunday, September 20, 2009

Salam Aidilfitri dari Emirates Stadium London

***

Assalamualaikum,

Dengan ini, saya Saed Ramadhan Bin Abdul Ghafar ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada rakan-rakan yang mengenali diri ini tak kira di AFSCM, Facebook, Myspace, Friendster, Budak2 sekolah Sg Gelugor, Stowell, High School BM, Teknik Kulim, Member2 di Unikl MFI, MICET, MIIT dan Fcet3rd, tak lupa juga kepada member Hoca Cafe KLCC, Datacraft, IBIL dan TM. Maaf Zahir dan Batin

Kepada Penghantar SMS,

Terima kasih bebanyak, insyallah aku reply secepat mungkin. Lani tengah tunggu flight balik Malaysia. Esok dah nak solat raya. Harap2 sempat balik rumah.

Salams dari Emirates Stadium.

detik hatiku: Gembira meriam arsenal bergema di malam raya.

***

Thursday, September 17, 2009

Pasar Ramadhan

***

2002

Seingat aku, dalam banyak-banyak pasar ramadhan yang aku suka ialah pasar ramadhan taman melawati. Zaman tu aku masih belajar dekat bangi. Acapkali juga aku ke rumah sepupu aku di hulu kelang pada hujung minggu.

Pada masa itu, aku baru mengenali bubur lambuk kampung baru. Sebelum ini aku cuma merasa bubur ibu ku di kampung sahaja, kini aku baru saja menetap di Kuala Lumpur dapatlah merasa kelainan bubur lambuk itu.

Aku juga baru mengenali apa itu otak-otak. Pertama kali merasanya, bagaikan nak ambil lagi satu. Menarik juga makanan-makanan yang dijual di sini.

Sedang aku berjalan bersama sepupu ku, tiba-tiba aku terlihat satu gerai yang tertulis Tauhu Anora. Ooo ini la tauhu yang sepupu aku selalu sebutkan tu. Katanya boleh tahan juga tauhu dan orang yang menjualnya. Tak fikir panjang, kami pun terus rapat ke gerai itu lalu membeli tauhu anora. Niat dihati hanya nak tengok awek cun. Pergh meleleh ghak la bila tengok awek-awek tue. Muka diorang sepesyen je. Comel plak tue. Hampeh tul. Zaman tu aku masih muda remaja. Bak kata orang, aku seorang remaja yang baru nak 'up'.

***

2009

Kini aku menetap di Kampung Baru Kuala Lumpur. Pasar Ramadhan kat sini dah cukup best, tak perlu aku pergi jauh-jauh semata-mata nak cari juadah berbuka. Pelbagai masakan ada di jual di sini dari masakan thailand hingga la masakan Johor.

Setiap hari aku menyusun menu-menu utama diikuti dengan kuih muih dan disudahi dengan air demi menjaga diet dan mengelakkan pembaziran. Hidup kita sekarang perlulah berjimat cermat demi masa depan yang tercinta.

Antara menu-menu utama juadah berbuka puasa aku adalah Nasi Lemak Kukus Ayam Dara, Nasi Berayani Gam Kambing/Ayam dan Nasi Minyak Ayam Kampung (Suraya). Manakala kuih muih aku plak adalah dari jenis manisan, pedasan dan sedapan. Bagi meghilangkan rasa dahaga dan memudahkan proses pencernaan dalam perut, aku lebih gemar minum air soya.

Terdapat sebuah gerai yang agak menarik untuk aku mempromotekan kepada anda. Kedai Apam Balik pelbagai rasa. Rasanya tahun ini kalian semua tak berkesempatan untuk merasa apam baliknya, tapi tahun depan kalau berkesempatan, anda cari la apam balik yang anda sendiri boleh "customize" inti isi apam balik tersebut. Antara intinya ialah coklat, keju, jagung, kacang dan lain-lain. Harganya juga berpatutan.

Bagi mengakhiri hasil penulisan ini, aku ingin berterima kasih kepada rakan-rakan aku yang menjemput untuk majlis berbuka puasa di Nandos Mid Valley, Kelab Darul Ehsan dan De Chiang Mai. Jasa anda akan di kenang. Kalau berkesempatan, tahun depan buat lagi, terutama bagi rakan-rakan dari MFI, FCET 3rd dan IBIL.

***


Tuesday, September 8, 2009

Chiang Mai

***
Jauh mata memandang jauh lagi aku memandu. Dari lobby opis aku bergerak hingga ke Chiang Mai. Bertolak pada jam 4.30 dan berhenti seketika untuk mengisi minyak sebelum aku sambung memandu. Kelajuan kereta hanyalah berpandukan undang-undang jalanraya. Alhamdulillah jalan pun tak berapa nak sesak, aku tiba awal di Chiang Mai.

Lama juga aku menunggu rakan-rakanku yang lain untuk tiba di situ. Barangkali mereka kurang biasa jalan ke Chiang Mai.

Sepanjang perjalanan, aku dapat melihat rona-rona kehidupan penduduk sekeliling, hasil tanaman dan gerai-gerai tomyam sekitar kawasan tersebut. Sungguh terharu dan teringat aku kat kampung halaman.

Hampir waktu berbuka, barulah rakan-rakan aku sampai, Tanpa melengahkan masa lagi,kami terus ke meja makan untuk menjamah juadah berbuka.

Berbuka de' Chiang Mai bukan laa asing bagi aku kerana sebelum ini aku pernah juga datang ke sini dengan majlis yang sama. Kami dihidangkan dengan masakan Thai yang esklusif seperti ayam pandan panggang, tomyam, longan, kerabu mangga dan macam-macam lagi. Memang tak terluah dengan kata-kata kesedapannya. Hanya anda yang sendiri yang mampu merasainya.

***

Monday, August 31, 2009

Tak Nak !!

Kepada Rakyat Malaysia dan Se-antero Dunia,

Aku sebagai rakyat di muka bumi ini ingin berkongsi info tentang bahayanya rokok kepada manusia. Sila layari video youtube dibawah:







detik hatiku: pertama kali tonton iklan nie, meremang ghak laa bulu kaki ku.





Sunday, August 23, 2009

Tak percaya??

Aku kebingungan bila dapat tahu sejarah Hang Tuah. Tidak aku sangka Hang Tuah, Along kepada 5 beradik Hang iaitu Hang Jebat, Hang Lekiu, Hang Lekir dan Hang Kasturi adalah bukan berasal dari tanah melayu. Memang tidak masuk akal. Kekuatan 5 beradik ini bersamaan kekuatan ala-ala Power Ranger pada zaman kesultanan melayu melaka pada abad ke-15 telah pun termaktud dalam cerita hikayat Hang mengatakan bahawa mereka berasal dari tanah melayu.

Kehenseman, Kemachoan dan Ketereran mereka menjadi iguan setiap permaisuri, puteri-puteri, dayang-dayang, anak dara sunti sekitar melaka, mak dara, janda-janda dan mak datin ketika itu. Mereka adalah nadi ke-jantan dan menjadi idola kepada setiap remaja yang ada pada zaman kesultanan melayu melaka.

Mereka juga Hero negeri melaka yang sanggup bertaruh nyawa demi keselamatan negeri melaka.

Kini, asal usul mereka telah pun dikenal pasti. Mereka berasal dari utara rupanya. Kenapa tak percaya ka??. Layan video kat bawah..









semua video nie berasal dari youtube

Ramai lagi Hang dekat utara ni dan list kat bawah adalah di-antaranya:
-Hang Pi Mana
-Hang Sapa
-Hang Lolaq
-Hang Dok Saja
- dan ramai lagi..

detik hatiku: apa-apa je la

Pengumuman Puasa

Berikut adalah antara pengumuman puasa yang pernah kita lihat:

Oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia:


Oleh Penyimpan Cop Mohor Sekolah Rendah je:


Dan kini Penyimpan Mohor Besar Presiden USA:


detik hatiku: betul ke apa yang aku lihat ni??

Tuesday, August 18, 2009

Operasi Belantara

Operasi Belantara telah dilancarkan di Bukit Cherakah, dimana tempatnya terselindung dengan papan tanda yang tidak dapat dikenal pasti semasa perjalanan ke situ. Ia amat mengelirukan pihak lawan jika berhajat untuk beristerirehat. Setibanya di kawasan itu, Team Kadet Hutan dan Team Hampas iaitu team dibawah jajahan tentera Hamas bergerak bersama-sama menuju ke destinasi yang sama.

Matahari semakin lama semakin tinggi, perjuangan kedua-dua team perlu dilancarkan dengan segara.

Peperangan pertama tercetus apabila kedua-dua team itu berebut port baek punya dia atas bukit cherakah. Team Hampas berjaya menawan puncak port baek punya itu selama 5 minit.

Peperangan diberhentikan buat sementara waktu kerana waktu makan tengahari. Team Hampas dan Team Kadet Hutan pulang ke pengkalan masing-masing lalu menjamah nasi putih, berlauk ayam, bersayur kobis dan berair sirap.

Jam menunjukkan pukul 2 petang, perjuang kami diteruskan. Peperangan tercetus kerana hanya sebotol tong minyak yang berwarna biru. Peperangan ini agak ganas kerana ramai yang tercedera termasuk aku. Tapi selamat aku pakai cheat code, jadi aku dapat masuk dalam peperangan semula. Team Kadet Hutan berjaya dalam peperangan ini dan Team Hampas kurang bernasib baek kerana mereka hanya berjaya menyelamatkan tong minyak yang bersize kecil.

Hujan lebat mula menyelebungi kawasan bukit cherakah dan peperangan ini harus dihentikan kerana kilat sambung menyambung. Ia amat berbahaya bagi askar-askar yang masih teruna trang tang tang.

Sesudahnya hujan reda. Team Hampas dan Team Kadet Hutan bergabung tenaga menentang team Mashall yang agak gian dah lama tak menembak orang. Cabaran itu diterima walaupun dalam hati agak terasa cuak. Mana tidaknya team marshall ini agak Pro dengan berbekalkan senjata moden, berpakaian yang simple dan bertopeng canggih.

Peperangan bermula dengan agak ganas sekali, tak ubah seperti cerita Steven Spielberg - Saving Private Ryan. Aku hanya mampu berselindung dibawah pondok usang bersama komando Din dan komando Hafiz. Kami sering kali melepaskan peluru-peluru sesat ke atas pihak lawan. Akhirnya peperangan berakhir dengan kemenangan keatas team Pakatan Hampas dan Kadet Hutan.

Team Kadet Hutan & Team Hampas


detik hatiku: Lepas raya main lagi.. Yeahh.. nak layan gambar lain sila ke facebook ku


Sunday, August 16, 2009

Kenapa??




Komentetar dari Magribi Al-Hasbullah Al-Awang telah dialih suara ke komentetar asal : Has Bull Lah A Wang.








detik hatiku: 1st game dah belasah kaw2, jangan lepas nie kena belasah sudah. Go Gunners!!

Saturday, August 15, 2009

Wan dah Besar!!

Akhirnya sorang lagi kazen rapat aku telah bertunang dan bakal berkahwin pada tahun depan. Sudah tiba masanya aku pula berfikir untuk menamatkan zaman bujang aku. Insyallah kalau ada rezeki aku akan beritahu kelak. Sekian layanz foto dibawah:



untuk hayati hasil kerja seterusnya, sila layari Flickr ku..

detik hatiku: Bestnya diorang..

Friday, August 14, 2009

Staging IBIL

Inilah hasil gambar aku dan suki tangkap, tak sure plak CEO aku suka ke tak dengan gambar-gambar aku ni. Lagipun aku bukanlah PRO sangat macam abang MOQH kita. Walaupun Moqh telah menurun ilmunya masa photocamp haritue, aku telah cukup bersyukur. Atleast ada idea untuk mengembangkan lagi ilmu fotografi aku.



untuk hayati hasil kerja aku seterusnya, sila layari Flickr ku..


detik hatiku: inikah gambar koprat?? Ohh tidak.. sure apan marah aku nanti.

Wednesday, August 12, 2009

CEO

Pada mulanya, aku agak terkejut dengan satu no phone yang terpancar di kaca telefon bimbit ku. Disebabkan terlalu sibuk, aku abaikan dulu.

Beberapa minit kemudian, handphone aku berbunyi lagi. Aku lihat terpampang nama apan, lalu aku angkat;

Ed: Alu..
Apan: Ed, Ko bz tak? boss ada job nak kasi kat hg. Dia suruh tangkap gambar staging. ok ke tak?
Ed: Ermm Erkk ok kot.


Aku terus terima tawaran itu sedangkan baby aku masih di wad ketika itu. Tapi tak mengapa, mungkin dia akan pulih sehari dua lagi.

**Hari silih berganti**

**Tiba-tiba**

12 ogos 2009 - 2100 pm, telefon aku berbunyi.

Kak Kat: Helo Ed.
Ed: Yup
Kak Kat: Ni Kak Kat..
Ed: Haa ok nape kak.
Kak Kat: Boss tanya pasal gambar!!

Terkedu seketika.


Ed: Sorry la kak, bz skit. sebab banyak kerja. bila boss nak?
Kak Kat: Esok.
Ed: Alamak, ok esok siap.


Nak tak nak esok kena siap, masak ar aku.. kalau orang lain minta tak kisah, tapi nie CEO.

detik hatiku: tak tido aku malam nie

Tuesday, August 11, 2009

Sempena Bulan Kemerdekaan

Aku dengan suka citanya mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada tetamu aku yang hadir selama ini. Kini sudah mencapai 1957 orang yang telah mengunjungi blog ini.

Tetamu Yang Hadir

00001957


detik hatiku: tetamu hadir = tahun kemerdekaan = bulan ni Merdeka.

Wednesday, August 5, 2009

M.B.I.B

My Baby Is Back (M.B.I.B) - Selama 3 minggu baby aku dirawat, akhirnya dia berjaya diselamatkan. Doktor hanya merawat bahagian kantanya sahaja. Kos perubatannya pun tidak lah mahal seperti yang dijangkakan. Tidak sabar rasanya untuk aku keluar bersiar-siar bersamanya hujung minggu ini.

detik hatiku: Alhamdulillah, Lega rasanya..

Monday, July 27, 2009

Pertunjukan - Lenka




Seronok plak dok layan lagu nie. Jom, kita layan sama-sama. Sharing is caring.


detik hatiku: pergh kesengalan aku tahap gaban,aku post 3 story malam nie.

Sembang En.Wenger dengan V.Persie


wenger: aku dah bid member hang, Huntelaar. Hang suka tak.
v.persie: biaq betul boss, suka la, member sekampung.
wenger: jangan sonok sangat, tunggu official, tungguuu..
v.persie: DM cam mana boss??
wenger: tu laa dok pikiaq, 25M - 17.3M = 7.7M. Hang rasa balance tue leh cover nak bid veleso tak??
v.persie: tak sure ar boss, boss try ar.
wenger: nanti aku pikiaq, dah p training.


detik hatiku: ermm tak sure betul ke tak benda nie.

Bengang



Bengang ke bangang,

Itulah persoalan yang timbul dalam kepala hotak aku. Tapi hari ini terasa bengang ghak la. Apa taknya, sehariannya aku tak selesa berjalan, sakit abes badan aku nak ghi opis. Bangangnya, tu laa lama tak main bola pandang, semalam p main, tu laa akibatnya. Walaupun dah warming up, tapi kelenguhan tu masih terasa.

Bengang.

Yang sudah tu, sudah la, jangan la cari aku. Aku bukan terbaik untukmu. Ramai lagi laki yang sehensem dan baek cam aku kat dunia nie.

Acapkali telefon aku berdering. ntah awek mana call aku.

"Assalamualaikum bang".

Lalu aku terfikir, bila masa mak aku beranak lagi sorang, setahu aku, aku yang paling comel dan bongsu dalam keluarga. Tapi tak pa aku layan je.

"Ye dik, cari apa nie, abg meeting tadi" ujar aku.

Lantas awek a.k.a adik tue balas "Cam nie bang, abg orang paling bertuah kat Malaysia nie, jadi kami nak offer credit card".

Beribu kali dah aku dengar ayat pancing tue. Kasi tukar la skrip tue. Kalau bertuah, apsal aku tak menang pertandingan Shell RM30,000 tu lagi, dah berapa kali aku isi minyak dan hantar borang kecik tue. Still tak kena. Aduyai, ni nak tambah card credit aku, yang dok ada pun tak terbayar lagi. Jadi aku pun menolaknya dengan nada yang lembut.

"Dik abg tak berminat la"

Moral of the story:
Kalau orang insuran call, korang boleh layan lagi, kira at least jadi apa-apa kat kita. ada ghak bleh cover.

Kalau orang offer credit card call, baek tolak je. Bukan menyembuh kita, lagi menyakitkan nak bayar ada la.

detik hatiku: wasatiah dalam kehidupan.
g-bum jangan marah-marah tau. ingat pesan mak ayah. "I Love My Job". entrinya disini

Sunday, July 19, 2009

Dhubai

Suasana pagi yang terik, padang yang lapang, membuat aku tercari-cari air. Tibanya aku di lobby, aku terlihat ada satu vending machine. Tanpa berlengah lagi, aku mengeluarkan duit syiling lalu memasukkannya dalam vending machine itu. Berbagai jenis air terpapar di bahagian menu tetapi air cokelat menjadi pilihan hati ku.

Sedegup demi sedegup aku meminum air cokelat itu. Aku merasa lega dan terus bertenaga untuk bekerja. Langkah aku terus ke lif dengan bersemangat nak mulakan kerja.

** Beberapa Jam Kemudian**

Jam menunjukkan pukul 12 tengahari. Ada pula member aku menyahut.

Member: " Wei korang dah rasa ke belom?"


Aku: "Aku dah rasa, korang macam mana?"


Member: "Jom pekena nasi kambing"


Member-member lain sahut: "oraite"


Masing-masing cargas turun ke lobby lalu berkongsi kereta ke Al-Baraka tidak jauh dari opis kitaorang. Sampai saja disana aku terus meminta air barbican apple. Macam-macam menu ada kat situ dari makanan ringan sampai ke makanan yang berat. Pada mulanya aku berasa gentar untuk mencuba nasi kambing, kerana pernah sekali aku pekena kat SABA, aku terasa pening-pening. Itu semua bukan halangan buat aku untuk mengatakan tidak kepada nasi kambing. Apa yang penting kepuasan perut untuk hidangan tengah hari ku.

Lepas beberapa minit kemudian, Nasi Kambing bersama air barbican apple terhidang atas meja makan aku. Dengan lafaz bismillahirahmanirahim, aku memulakan suapan yang pertama. Pergh meleleh babe nasi dia bila dikunyah-kunyah bersama daging kambing yang lembut. Hanya tekak aku saja yang dapat merasakan kesedapannya. Hidangan ini membuat aku terlalai lalu baru aku perasan, rupanya dah abis pun makanan aku. Tak ku sangka, cepat juga aku makan atau aku ni yang terlalu lapar.

Sungguh menakjubkan suasana disini, dikelilingi dengan orang-orang dari benua Arab, merasa masakan mereka yang lazat dan dibanjiri dengan awek-awek berjubah dan mempunyai mata yang cantik membuat aku tergoda.

hidangan tengahariku

Rakan-rakan seperjuang yang memperjuangkan hak perut masing-masing.


detik hatiku: g-bum, aku pun makan nasi arab la hehe . entrynya disini

Kebosanan dan Kesusilaan

Hari sabtu aku tak macam hari sabtu orang lain {alamak, macam ayat dalam blog pipiyapong plak} Aku peduli apa, janji kami se-Arsenal. Benda yang paling best dalam hidup aku adalah hari cuti.

Semenjak dah bekerjaya ni, pasaraya-pasaraya besar seperti Mid Valley, KLCC, Pavillion dan sebagainya jarang nampak aku. Hanya nampak aku adalah laptop, tv, berus gigi dan katil aku saja. Mungkin aku dah bosan dengan kehidupan zaman remaja aku. Sudah banyak sangat hiburan aku telah lalui. Kini telah tiba masanya aku buat transformasi.

Hari ni aku tidur senyenyak yang mungkin, sebab semalam aku menunaikan tanggungjawab aku sebagai seorang pekerja. Habis kerja dalam pukul 3 lebih dan lepas tu aku lepak minum dengan rakan sekerja di Bandar Tua a.k.a Old Town dekat siberjaya.

Aku sampai rumah dalam pukul 5 pagi, tapi member aku g-bum tak balik kerja lagi. "Uishh lagi hebat mamat nie bekerja" detik hatiku. Risau juga dibuatnya kalau apa-apa terjadi kat mamat nie, yela kerja dia check fiber kat tunnel LRT dari Ampang Park - Damai -KlCC. Malang tak berbau, tapi kalau orang kentut, sure bau menusuk hidung. Aku pun call dia.

Trurtt trutt , hek eleh bapa bosan ringtone dia..

Ed: "hello bum, tak abis kerja lagi ka, sudah-sudah laa kerja tue, aku pun dah sampai rumah nie"

Bum: "aku dah abis kerja la, nie dok opis main tenet"


Ciss, rupanya selamat juga dia. alhamdulillah. Aku pun beradu di atas kamar tidurku.

Kesedapan waktu tidur aku menjangkau hingga ke pukul 2 petang. Begitu nikmatnya waktu rehat aku sampai rasa nak berdarah hidung aku dibuatnya. Aku bangun, mengeliat sepam dua dan terus gi mandi. Sesudahnya aku mandi, aku lepak depan laptop sambil melayari internet.

Sedang aku melayari bahtera internet yang laju dari biasa ini, tiba-tiba kawan aku bob berkata " Ed ada Club Frenly kat astro, tapi team dia buh TBC". Aku dah agak dah. Ni sure team Malaysia lawan Man Utd. Selamat aku tak sokong Man Utd, kalau tak rugi duit aku. Tapi untung la Fans Man Utd dapat jumpa player kesayangan depa.

Rupa-rupanya betul ada LIVE kat astro. Dengan bersemangat wajar, hati kental bawa bersama bantal dan nawaitu nak sokong malaysia, aku pun berlabuh diri aku di depan t.v. Sasaran aku malaysia kena, tapi harapan aku malaysia main sepenuh hati.

Walaupun Malaysia ketinggalan 2-0 dengan Manchester Utd yang bermain ala-ala main tak main, tapi semangat juang malaysia terus berkobar-kobar macam main piala dunia. Hasilnya pemain Malaysia Amri Yahya berjaya menyamakan kedudukan.

{Malam ni sure ramai la orang request friend Amri Yahya dalam facebook. Alex Ferguson pun nak add dia. Korang semua bila lagi.}

Permainan hampir ke titisan peluh ketiak yang terakhir, akhirnya Malaysia tumpas dengan jaringan minit terakhir dari pemain baru mereka iaitu Owen.

Walaupunapapun tahniah Malaysia. Apsal Rajagopal tak masukkan Safee Sali main?. Kalau dia striker petang tadi sure game lagi best.

detik hatiku: g-bum lain kali jangan kutuk amri yahya. entrinya disini




Sunday, July 12, 2009

B.M.W

Baby Masuk Wad (B.M.W) - tengah hari tadi aku pergi klinik canon eos kat time square. Baby aku didapati terkena virus ERR99 dekat kanta matanya dan kat dalaman badannya ada tersangkut. Kesian baby aku, terpaksa masuk wad untuk beberapa minggu. Haishh..

Doktor kat situ sempat lagi memperkenalkan Pampers bermodal BG-E3 untuk Baby aku dengan harga murah. Murah ke tak tapi asal RM600++ tapi dia kasi RM299. Memang aku pernah tengok harga tue seketika dulu, tapi bila tengok kat website mahupun kedai lain, harganya RM600++. Pekedai-pekedai itu tidak pernah mengoda aku, tapi doktor nie je berjaya menghasut aku. Aku memang teringin sangat nak bagi Baby aku nie pakai Pampers BG-E3, tapi bukan sekarang. Doktor tu sekali lagi mengayat aku dengan kata-kata manis lalu aku cair. Akhirnya cair ghak la card aku. Huhu. Dah nie last beli gadget untuk baby. Nanti nak bayar duit hospital Baby lagi. Lepas nie kena berjimat cermat.

Akhirnya perkakas untuk Baby aku dah lengkap, kecuali kanta mata dia la. Itu bila perlu baru aku beli. Apa yang best kedai tue, Doktor tu nak offer kasi pinjam baby lain dia kalau aku memerlukan. Aku pun cakap " Ohh takpa, nanti I contact doctor kalau i terdesak k".

detik hatiku: Best ghak kalau dapat buat kawan ngan doctor tue, dia cakap nak tolong aku.
hehe

Saturday, July 11, 2009

B.A.S.

Baby Aku Sakit (B.A.S) - sedih rasanya, setelah setahun lebih aku bersamanya, detik suka duka, dari penang hingga ke sabah malah pernah ke singapore bersamanya, akhirnya, baby aku sakit.

Esok aku kena bawa dia g klinik. Dah abis aku try ubatkan dia, dah gosok-gosok dia tapi still tak mau ghak. haihss sian dia.

Tak sampai hati aku tengok dia, kadang-kadang terasa sakit hati pun ada ghak. Lepas nie susah nak bawa dia jalan-jalan lagi. Baby, I harap u sempat sembuh k. Nanti, boleh I bawa u jalan-jalan lagi. Oh baby ku Canon 400D.


detik hatiku: berhenti menangkap gambar buat sementara waktu. huhuhu

Monday, July 6, 2009

Migration : Arrival To Earth

Migrasi : Ketibaan Ke Bumi

Baru-baru ini, perjumpaan Autobot IBIL dan TM diketuai oleh Optimus Khan di Cyberjaya sebagai Command Center dijalankan bagi memindahkan ALL SPARK dari Network Interim ke Network Ipcore. Pelbagai persiapan dibuat secara rapi selama setahun yang lalu supaya pemindahan ini tidak dapat di kesan oleh geng-geng jahat Decepticons.

Jam hampir tepat 12 malam. Optimus memberi isyarat kepada semua autobots yang bertugas supaya bersiap sedia dan mengambil langkah berjaga-jaga. Tetttt!! alarm berbunyi menandakan permindahan pertama akan berlaku di salah sebuah tempat di bandar Metropolitan yang perlu dirahsiakan identitinya supaya tidak diketahui ramai.

Selepas beberapa minit kemudian, permindahan kedua dilancarkan. Permindahan yang kedua ini mengalami sedikit masalah kerana Megatron dan konco-konconya datang menganggu. Tidak lama kemudian, Autobot Juniper datang dengan berbekalkan senjata terkuat di abad kini iaitu T1600 dan semangat juang yang tinggi menepis semua halangan dari geng Decepticons lalu berjaya mengusir mereka jauh dari planet bumi. Permindahan All Spark ini mengambil masa selama 2 jam lebih iaitu lebih cepat dari hari-hari sebelumnya. Tahniah..

Saksikan aksi hebat autobot-autobot itu:






edited // ed

Sunday, June 28, 2009

26

Tidak ku sangka, dah 26 tahun aku hidup kat dunia ini. Terima Kasih kepada kekasih hatiku dan keluarganya dan keluarga aku, kawan-kawan yang sudi sms dan hantar testi kat facebook aku. Moga anda semua dalam keadaan sihat sejahtera.

Sudah tiba masanya aku buat transformasi ke arah yang lebih dewasa. Tungguuu..

Happy Birthday To Me...

detik hatiku: jeng jeng jeng

Wednesday, June 24, 2009

AutoBot Bertukar !!!!


Perghh meleleh kegembiraan aku tgk citer Transformers 2, citer tahunan yang perlu kita tengok. Tak guna citer lebey2, korang g tgk sendiri la.

detik hatiku: Rasa macam nak tgk lagi la..

Monday, June 22, 2009

Aku Berdarah <....>

Pagi tadi aku g klinik nak tengok keputusan jenis darah aku. Jadi aku gembira sebab darah aku sama darah bapa aku, "Like Father Like Son"

Aku pun surfing kat tenet nie cari sifat-sifat orang darah <..........> . Ada yang betul, ada yang salah. Maka dengan itu aku highlight mengikut kaler.

Betul - aku dapat merasakanya.
Tak Betul - arghh tak caya.
Ermmm - tak sure, korang rasa macam mana.


"1. Orang yang bergolongan darah ini mudah tertarik terhadap sesuatu
2. Mereka juga cenderung mempunyai terlalu banyak kegemaran dan hobi. Kalau sedang suka dengan sesuatu biasanya mereka akan menumpukan penuh perhatan dan bersungguh-sungguh, namun cepat juga bosan.
3. Tapi biasanya mereka akan memilih mana yang lebih penting dari sekian banyak hal yang di kerjakannya.
4. Mereka cenderung ingin menjadi yang pertama dalam sesuatu hal. Dan biasanya mereka akan mengabaikan yang lain sekiranya sedang fokus dengan sesuatu perkara. Dengan kata lain, mereka tidak dapat melakukan banyak perkara dalam satu masa.
5. Dari luaran mereka kelihatan gembira, riang, bersemangat dan antusias. Namun sebenarnya sangat berbeza dengan dalaman dan diri mereka sebenarnya
6. Mereka boleh dikatakan sebagai orang yang tidak suka bergaul."
petikan diatas diambil dari :http://pijan.net

"Anda punyai tabiat keras kepala dan individualis, suka berterus terang tanpa memikirkan orang lain dan melakukan sesuatu dengan cara sendiri. Namun anda juga kreatif dan fleksibel, dan boleh beradaptasi dengan mudah terhadap segala situasi. Namun kelemahan yang anda miliki adalah cenderung terlalu mandiri yang boleh merugikan."
petikan diatas diambil dari :http://suhaimy.org

"Sempoi! Itulah ungkapan yang paling rapat dengan mu. Kamu lebih selesa dengan kesederhanaan. Dalam perhubungan pula kamu adalah individu yang terlalu jujur dan lebih gemar berterus terang dalam apa jua perkara. Dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang diberikan, kamu lebih gemar melaksanakannya dengan cara kamu sendiri. Kamu adalah individu yang kreatif dan fleksibel, mudah bagi diri kamu untuk meletakkan diri sendiri dalam apa jua situasi mahupun kelompok golongan tertentu. Kamu adalah individu yang bijak bersosial. Namun ada kalanya sikap kamu yang gemar berdikari dan tidak gemar memintabantuan orang lain itu, mampu mendatangkan masalah buat diri mu dan sekali gusmemperlihatkan kelemahan pada diri sendiri. Kamu harus ingat bahawa, tidak semua perkara kita boleh menyelesaikannya secara bersendirian. "
petikan diatas diambil dari :http://sayang76.multiply.com


Alamak banyak hijau, memang confirm aku berdarah Jenis B+ iaitu orang Berdarah Bugis tak pun berdarah Belanda macam Van Persie.

Betul ke aku nie berdarah Bugis??
Aku pun tak berapa tau sangat sejauh mana kebenaran tue.

Bugis, asal dari Daeng mana??
Ermm aku selalu sebut Daeng Parani, hehe main belasah je aku nie, mampus kalau pakcik-pakcik aku tau. Sumber mana aku dapat pun tak tau.

Betul ke Daeng ni asal dari Lanun??
Like-like you je tanya cam tue, aku pun tak pasti. Tapi perangai aku ada ka macam captain jack sparrow. Kalau ada, ye la kot.

Apapun aku gembira dapat tau jenis darah aku.


detik hatiku: Budget darah B+ = Bugis, piraahh..



Sunday, June 21, 2009

Rockaway2009

Dah lama aku tak pergi outdoor tangkap gambar konsert, hari ni tergerak hati plak nak shoot konsert Rockaway2009 kat Capsquare. Majoriti band kat konsert tue aku minat, apa lagi berbekalkan camera aku yang tak seberapa nie aku pun bergegas ke sana.

Sebelum tue aku isi perut aku dulu ar. Lapaque sangat-sangat dah nie.

Sampai ja aku kat sana, "Mak ai, ramai nye orang" detik hatiku. Arghh tak kisah ar, janji aku dapat tangkap gambar. Mula-mula aku sipu malu ghak nak ke depan. Aku lepak belakang dulu, Ushar line clear. Lepas ja show band bittersweet, aku pun roger ke depan sekali tapi port aku dapat tak berapa nak menarik plak. Mula ar terasa nak pakai tele lense. Ishh semua nie dunia ja. Kena simpan dulu untuk kawen. Nak beli gadget untuk camera nie kena stop dulu.

Apapun aku enjoy ghak ar ngan band-band perform semalam, yang aku kecewa tak dapat tgk pop shuvit punya show atas sebab-sebab tertentu.

untuk layari lebih lanjut : rockaway2009


detik hatiku: sambil dengar lagu, kita tangkap gambar. best..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...