***
Jauh mata memandang jauh lagi aku memandu. Dari lobby opis aku bergerak hingga ke Chiang Mai. Bertolak pada jam 4.30 dan berhenti seketika untuk mengisi minyak sebelum aku sambung memandu. Kelajuan kereta hanyalah berpandukan undang-undang jalanraya. Alhamdulillah jalan pun tak berapa nak sesak, aku tiba awal di Chiang Mai.Lama juga aku menunggu rakan-rakanku yang lain untuk tiba di situ. Barangkali mereka kurang biasa jalan ke Chiang Mai.
Sepanjang perjalanan, aku dapat melihat rona-rona kehidupan penduduk sekeliling, hasil tanaman dan gerai-gerai tomyam sekitar kawasan tersebut. Sungguh terharu dan teringat aku kat kampung halaman.
Hampir waktu berbuka, barulah rakan-rakan aku sampai, Tanpa melengahkan masa lagi,kami terus ke meja makan untuk menjamah juadah berbuka.
Berbuka de' Chiang Mai bukan laa asing bagi aku kerana sebelum ini aku pernah juga datang ke sini dengan majlis yang sama. Kami dihidangkan dengan masakan Thai yang esklusif seperti ayam pandan panggang, tomyam, longan, kerabu mangga dan macam-macam lagi. Memang tak terluah dengan kata-kata kesedapannya. Hanya anda yang sendiri yang mampu merasainya.
***
2 Blogger kasi response. .
chiang mai nie kt ner bro?
ReplyChang Mai, Sungai Buluh.. :P
ReplyPost a Comment
Cer komen skit..