Tuesday, March 26, 2013

Hala Tuju Lepas SPM / STPM

***

Tahniah kepada para pelajar yang berjaya dengan cermerlang dalam Peperiksaan SPM / STPM.
Bagi yang kurang berjaya, jangan risau. Gagal hari ini, bukan gagal selamanya.

Peperiksaan ini cuma pemangkin kebangkitan anda untuk terus berjaya dalam kerjaya.

Dah tiba masanya adik adik lepasan SPM / STPM, memikirkan pasal kerjaya apa yang nak diceburi.

***

Dulu, aku bercita-cita mahu menjadi seorang pilot. Ingat lagi masa dulu ada iklan dalam suratkhabar, terpampang pasal temuduga akademi penerbangan. Aku dah terbayang bayang nak jadi macam Takuya Kimura dalam cerita Good Luck. Pada masa tu,  tahun 2001,  Adam Mukhriz tak der lagi.


Malangnya, result SPM aku tak berapa UHMM. So aku terpaksa abaikan, lepaskan cita cita ku di awangan.

Aku buntu, tiada sesiapa pun membantu. Aku main isi bidang yang ada dalam borang Universiti tempatan tanpa mengkaji bidang yang aku suka. Kerana apa?

Tips 1: Pernah tak, bila korang isi borang dengan bidang pilihan korang... tetiba ada yang berbunyi?
Eh apsal ko amik bidang tu, tak der masa depan taw. Ko nak kerja apa nanti.

Pergh potong stim betul.

Aku nekad dan terus berjumpa dengan guru kaunselor. Dia memerhati result aku yang beterabur, lalu mencadangkan satu Institusi yang perlu aku cuba.

Aku apply, pilih 5 bidang yang aku minat. Beberapa bulan selepas tu, aku diterima temuduga dan akhirnya aku berjaya masuk ke Institusi itu. Institusi ini mengamalkan sistem 50% teori dan 50% praktikal. Sekarang, Institusi ini dinaik taraf menjadi UNIKL.

Tips 2: Bayangkan dari sekolah teknik jurusan Mekanikal, masuk diploma aku buat jurusan Computer Network. Tiada yang Mustahil.

Bila aku masuk institusi ini yang terletak di Bangi. Aku tengok banyak bidang teknikal yang ada seperti  Automotive, Welding, Robotic, dan banyak lagi. korang boleh layari website Unikl untuk maklumat lanjut.

Seriously, masa Diploma, aku rasa macam blur blur, Amenda yang aku belajar ni sampai 3 tahun. 

Bila lepas Diploma, aku sambung Degree dalam jurusan yang sama. Alhamdulillah, masa praktikal, aku dapat tahu apa sebenarnya yang aku belajar selama ini.

Tips 3: Sebenarnya bidang yang aku amik ini, agak luas perginya.

Kini, Alhamdulillah, aku dah bekerjaya dan jadi seorang Network Engineer.

***

Kesimpulannya

Tips 1: Abaikan dengar cakap orang yang berpandangan negatif. Anda sendiri mampu memilih kerjaya yang anda minati. Kalau buntu juga, bawa berbincang dengan ahli keluarga, guru kaunselor, kakak atau abang yang rapat.

Harus diingat, ada sesetengah pelajar terpaksa akur dengan kehendak keluarga, sedangkan pelajar itu tidak meminati bidang tersebut.  Jika ini terjadi, anda boleh guna alasan dalam Tips 3.

Tips 2: Tukar tukar bidang ini normal. Apatah lagi terjadi pada segelintir kaum wanita, belajar tinggi tinggi, lepas dapat segulung ijazah kelas pertama, terpaksa akur kehendak suami, tukar bidang jurusan rumah tangga sepenuh masa. Wehuu..

Harus di ingat, segelintir kaum wanita jurusan rumah tangga ini lah yang banyak buat bisnes handmade, insurans dan blogger. Riban riban ghak dalam bank diorang nie.

Tips 3: Kita harus kaji bidang yang kita minati. Ke mana hala tuju bidang itu? Siapa Idola korang dalam bidang itu? Benda ini korang boleh guna untuk tangkis tanggapan orang yang berpandangan negatif dalam Tips 1.

Contoh:

Kulinari 
Dari mata kasar - Jurusan masak memasak jer...
Sebenarnya - Bidang ini sangat meluas seperti belajar masak western / malay / international cuisine, pastry, serving dan macam macam lagi.
Idola - Chef chef terkenal macam dalam rancangan Master Chef. Ada sesetengah mereka yang bertugas di luar negara. 

Welding
Dari mata kasar - Welding gate jer..
Sebenarnya -  Anda boleh jadi Welder Inspector di pelabuhan kapal kapal besar dan pelantar minyak. Gaji diorang, tak payah cerita la..

Network
Dari mata kasar - Apa tu??
Sebenarnya - Kerja ini memastikan network (mobile line phone / internet) rumah dan pejabat dalam keadaan baik dan dinaik taraf bila diperlukan. So kalau takder internet or line phone secara tetiba, korang tahu la kerja sapa.

Photography
Dari mata kasar - tangkap gambar, semua orang boleh...
Sebenarnya - teknik, emosi, situasi mencantikkan gambar yang dipaparkan. Bukan setakat ambil gambar wedding, anda perlu juga tengok hasil hasil gambar photographer dari national geography, sports, fashions, travel, food, news, war dan lain lain.

Kalau nak tahu lebih lanjut pasal yang anda minat, anda kena rajin rajin pergi Job Fair. tengok kerjaya mana yang sesuai dan bidang/jurusan apa yang anda perlu ceburi masa di Universiti / Kolej.

Harus di ingat diorang juga gagal, tapi..

Bill Gates: Gates didn't seem like a shoe-in for success after dropping out of Harvard and starting a failed first business with Microsoft co-founder Paul Allen called Traf-O-Data. While this early idea didn't work, Gates' later work did, creating the global empire that is Microsoft.

Albert Einstein: Most of us take Einstein's name as synonymous with genius, but he didn't always show such promise. Einstein did not speak until he was four and did not read until he was seven, causing his teachers and parents to think he was mentally handicapped, slow and anti-social. Eventually, he was expelled from school and was refused admittance to the Zurich Polytechnic School. It might have taken him a bit longer, but most people would agree that he caught on pretty well in the end, winning the Nobel Prize and changing the face of modern physics.

Charles Darwin: In his early years, Darwin gave up on having a medical career and was often chastised by his father for being lazy and too dreamy. Darwin himself wrote, "I was considered by all my masters and my father, a very ordinary boy, rather below the common standard of intellect." Perhaps they judged too soon, as Darwin today is well-known for his scientific studies.

Isaac Newton: Newton was undoubtedly a genius when it came to math, but he had some failings early on. He never did particularly well in school and when put in charge of running the family farm, he failed miserably, so poorly in fact that an uncle took charge and sent him off to Cambridge where he finally blossomed into the scholar we know today.

***

Jadi adik adik lepasan SPM / STPM,

Pilihlah jalan yang benar,

Buat sesuatu yang anda suka,

Bila Anda suka, Kerja jadi Senang,

Hasilnya, anda sendiri yang puas hati.

Kuasa di tangan Anda.

Selamat memilih Kerjaya.

***

Monday, March 25, 2013

Drift 2 Bukit dan Formula Satu

***

Aku dah janji dengan Hamilton
nak tengok dia race semalam.

Tapi,

Bini aku ajak drift kat 2 bukit.

Sian plak kat Wifey dan Fea.
Nak ghak depa jalan jalan ngan bapak diorang yang hensem nie.
So, I Follow je.

Semalam aku bawa diorang pergi Genting & Bukit Tinggi.
Saja layan cuaca sejuk.
Nak layan oversea,
Kena la kumpul duit.
Tak gitu kenkawan.

Papa, quand allons-nous à Paris?

Insyallah..

***

Masa aku drive naik 2 Bukit.
Aku terserempak dengan beberapa gang gang superbike.

Berdesup perginya...
Kona sana, kona sini.

Aku mula berseloroh dengan Wifey,

"Best ghak kalau I ada superbike,
Hujung minggu boleh layan kona,
pergi Genting, pergi Bukit Tinggi, pergi Cameroon"

Wifey pun balas,

"A'a, boleh la I tunggang belakang,
pakai legging, high boots,
bestnye.."

K fine niat pun dah tak betul.
Lupakan saja.

***

Bila dah boring,
Kitaorang turun, lalu ke IKEA
cari Karipap Ayam & Telur.

Bak kata pepatah
"Setinggi mana bukit aku pergi, akhirnya singgah ke IKEA jua."

***

Formula Satu

Pukul 6 petang,
Aku dengar berita perlumbaan kat Sepang dah tamat.
Vettel juara,
dan Hero F1 aku, Hamilton dapat no3.

Wah gitu..

Cuma ada 2 Highlight menarik pasal F1, Sepang semalam.

1st,
Hamilton salah masuk pitstop.
Dia masuk pitstop team lamanya.
Epic-Sengal

source: mirror.uk


2nd,
Pertarungan teammate antara Webber dan Vettel,
untuk merebut tempat pertama.
Sesungguhnya Vettel telah melanggar arahan pasukannya RedBull
Motif tidak dapat dikenal pasti??





Perebutan tempat ke-3 dan ke-4 juga berlaku,
antara Hamilton dan Nico untuk team Merc AMG Pert.
Walaupun Nico mahu berebut tempat ke-3,
tapi beliau terpaksa akur dengan arahan Team Manager,
lalu memberi laluan untuk Hamilton.

Ini semua team strategy.

Rindu aku nak main F1 Manager.
Last, aku main pc game keluaran EA, F1 Manager 2001.
Dah tiba masanya diorang bawa keluar game nie untuk season baru.

***

Wednesday, March 20, 2013

Wordless Wednesday 20032013

***


Bagus benda ni.
Semoga menjadi panduan untuk kita semua.
Selamat menguruskan duit gaji korang.

***




Tuesday, March 19, 2013

Jumpa Hamilton kat KLCC?

***

source : petmos.com.my

Memandangkan esok aku off day.
Niat dihati, nak lepak KLCC.
Aku nak beramah mesra ngan Hamilton sambil lepak kat kedai kopi,
Diskus pasal kelajuan.

Tapi ,
memandangkan Hamilton text aku, 

"Bro, jumpa pukul 5pm,"

Aku terus putus harapan.

Time tu dah la, orang balik kerja.
Sesak..

Aku nak kena amik sofea lagi.

Haish..
Lain kali je la..

Aku text balik.

"Sorry bro, gua tengok lu race kat tv je la ahad nie. k bai.."

p.s: sapa sapa yang kerja kat KLCC atau berhampiran, boleh la ke events nie. untuk maklumat lanjut boleh layari di  petmos.com.my

***

Monday, March 18, 2013

Contest win trip to Monaco with Rexona

***

Aku bukan nak sangat pergi Monaco,
tapi saja suka suka join contest nie.
Korang pun boleh join kalau suka.

Akceli, semalam aku tengok live F1,
dan korang pun dah tahu resultnya.
Kimi Raikkonen yang monang 1st race kat Aussie semalam.

Hebat kereta dan skills dia semalam
berdesuppp perginya..

Setelah beberapa tahun dia ceburi dalam bidang sukan F1,
Kimi mula berubah angin pada tahun 2009/2010  ke sukan Rally
dan kemudiannya bertukar ke NASCAR pada tahun 2011.
Kini dia kembali ke F1 pada tahun lepas bersama Lotus sehingga musim ini.

Aku rasa seronok bila tengok Hamilton race semalam.
Dia mewakili team Merc AMG Pertonas,
dimana, tahun lepas diterajui oleh otai lama Michael Schumacher dan Nico Roseberg.
Hasilnya tak begitu memberangsangkan.
Jadi Team Merc AMG Pertonas mengambil keputusan untuk mendapatkan khidmat
Hamilton.
Kini, tugas berat dipikul olehnya untuk menaikkan semula team ni.

Semalam dia kurang bernasib baik..
tapi at least ok la dapat no 5.
Tetiba aku support team Merc AMG Pertronas tahun ni..
wehuu..

***

Berbalik semula cerita contest monaco yang tak berapa susah mana untuk join.
Korang boleh layari di win-monaco.com  untuk maklumat lanjut.
Nasib baik menang
rezeki masing masing.




Aku sudah, korang bila lagi..

***

Wednesday, March 13, 2013

Bloglist Alkisah

***

Hari ini, Alkisah terpaksa clean up beberapa blog
yang ada dalam Cerita Ceriti Blogger.
Mostly, blog blog mereka dah setahun tak hapdate.

Bagi sesiapa yang rajin update,
Dont worry, selagi ada masa, Alkisah akan blogwalking.



Sebenarnya ada 100++ blog dalam list Cerita Ceriti Blogger
cuma 25 blog yang mempunyai latest update akan terpampang dalam list ni.

Bila dah follow ramai blogger
Then reading list selalu je ada masalah
so Alkisah terpaksa filter out beberapa "Blog yang Best DiBaca"
untuk letak dalam Cerita Ceriti Blogger

Bila dah ada dalam list, 
sonang Alkisah follow up entri korang yang kadang kadang bz tak update blog.

tak gitu rakan rakan blogger sekalian,

Bagi blogger yang ada dalam Cerita Ceriti Blogger
Blog korang memang sempoi
teruskan hapdate dengan cerita cerita menarik

Jika sesiapa nak tercalon dalam Cerita Cerita Blogger Alkisah
Sila tinggalkan link blog korang kat komen.

Kalau ada masa terluang, Alkisah blogwalking.
Janji Ditepati

**


Thursday, March 7, 2013

Alkisah Living Room

***

Ada rakan rakan suka akan ruang tamu rumah Alkisah
Akceli design susun atur rumah kitaorang adalah hasil dari buah fikiran My Wife & Alkisah
My Wife suka english style
So, Warna yang diterapkan kat living room anta warna pink, putih dan merah.


Alkisah seorang yang cerewet pada color dan harga.
Kalau boleh Alkisah nak suatu benda tu cantik, murah dan susah didapati.


Mari mulakan dengan Sofa.
Sofa Alkisah beli masa Fella Design sales tahun lepas
Nama design sofa nie HERRIDON.
Harganya agak murah dibandingan dengan sofa di kedai furniture yang lain

Dengan harga RM2200,
Alkisah siap boleh pilih kain yang besesuaian dengan kehendak kitaorang.

Percaya atau tidak?

***

Frame bunga Ros pinky
Kitaorang beli di Romantika
Agar match dengan sofa.

Lamp shade
Aunty my wife yang punya
Dia nak let go.
Kitaorang apa lagi,
take and go la..

***


Next adalah Elizabeth Tv Cabinet

Suatu benda yang Alkisah rasa sangat berbaloi
Harganya RM499
White and English
plus harganya yang murah

sebab tv cabinet nie display item & last stock.

Alkisah belek punya belek
Conditionnya tip top
tanpa fikir panjang terus angkat
sebelum orang lain dapat.

***

Living room settle
Most of the time kitaorang akan lepak kat sini
So haruslah living room kena kemas dan cantik
baru layan nak borak borak dan baring baring sambil tengok tv.

***

Akhir kata, 

BIAR MURAH JANJI CHANTEK

***




Wednesday, March 6, 2013

Rumah oh Rumah

***

Sesuatu yang perlu kita HIGHLIGHTS

Ada benarnya cerita ini

Layan dulu..


Bagi Alkisah

BULLSHIT pada sesiapa cakap harga rumah berpatutan.

OKeyy..

Alkisah tengok trend kat Lembah Klang

Kebanyakkan rumah di sini diorang bina rumah 2 tingkat, Banglow, Apartment

Rumah Apartment rata rata 200k ke atas

Rumah 2 tingkat teres 500K ke atas

Rumah Banglow 800K ke atas

Gilos..

rumah setingkat rumah memang susah nak nampak

rumah pangsa mungkin mampu milik ada

tapi sampai bila?

Lambat laun, kita mesti mahu rumah atas tanah kan.

Sedih..

Alkisah dapat merasainya.

Pemaju ingat, gaji bawah 5K mampu milik sebuah rumah bernilai 300k.

Gilos..

Akhir kata,

Mega project berleluasa

Rakyat terpinggir, apa cerita?

Lu fikir lah sendiri..

***

Cosway Multi-purpose Duster

***

Mudah sangat mudah
Bila kita menggunakan Multi-purpose Duster (Fan)
Tak kira habuk di atas, dalam atau bawah almari,
semua dia boleh sapu.
Apatah lagi kalau pada kipas angin yang tinggi.

Wah promote habis habisan.

Inilah rupa bentuk Multi-Purpose Duster, boleh didapati di Cosway. Boleh dipanjangkan dan dipendekkan. Sonang kerja..

Alkisah yang tinggi pun boleh buat, apatah lagi bagi kaum ibu dan bibik bibik yang rendang..
Tiada lagi alasan selepas ini..

Boleh di'vacum' habuknya kalau dah terlampau banyak.

Dah guna, rajin rajin la cuci. 

***

Memang berbaloi memilikinya

K la Alkisah nak sambung kemas rumah..

lalalala

Sekali sekala jadi bibik, tolong isteri yang sibuk bekerja..

Apa salahnya..

Ye tak..

***


Tuesday, March 5, 2013

Sultan Oh Sultan

***



Pelik
Hairan

Kini..
semua orang mahu berkuasa
Sultan sana sini

Siapa sultan sebenarnya?
Dimanakah negaranya?
Apakah sumbernya?

Tetiba datang nak tuntut..

Acapkali aku berfikir

kenapa baru sekarang?

kenapa tidak dahulu?

***

Cukup..
Cukup buat masa ini..

Bukan masanya untuk kita bertelagah pasal politik
Bukan masanya untuk kita mencari siapa dalangnya
Hentikan dahulu politikmu wahai kalian

Selesaikan misi Penting

Selamatkan negara dari penceroboh

Tolak sebelah,
Egomu

***

Kami rakyat biasa

Tidak punya ketangkasan

Tidak punya kekuatan

Tidak punya kuasa

Hanya berbekalkan doa, kami sampaikan.

Selamat berjuang para PEJUANG.




Lautan luas banjaran gunung 
Rezeki nan melimpah 
Bawah langitnya kami bernaung 
Rasa kasih tercurah 

Tanah airku bumi bertuah 
Tiada bandingannya 
Rela bersatu ganding tenaga 
Mendaulatkan tenaga 

Dengan sepenuh keazaman 
Semangatmu nan waja 
Keranamu rela berkorban 
Engkaulah pertiwi yang tercinta 

Darah satria darah satria 
Berkobar di dada 

Tinggalkan ibu tinggalkan ayah 
Serta sanak saudara 
Membuktikan kesetiaan kita 
Pada bumi Malaysia 

Darah satria

***

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...