***
Malam hari itu seperti biasa. Aku bersama rakan bersantai di rumah. Kami tak ke mana pun pada hari tersebut. Kami cuma membuat hal masing-masing seperti bermain game, berchatting dan berfacebook.Hujan mulai turun renyai-renyai membuatkan suasana menjadi suram sejuk. "Syok nya kalau tido time nie" detik hatiku.
Jam dah menunjukkan pukul 2 pagi. Kedua-dua rakanku telah pun melabuhkan diri mereka dikamar masing. Tinggal la aku kesorangan yang masih leka bersurfing di dunia internet yang serba maya ini. Penuh dengan gosip,gambar dan hidupan liar. Tak cukup dengan itu. cerita ceriti blogger banyak menarik minat aku untuk membaca.
Bak kata Pie "Mata macam ada gam". Aku dah tahan lagi. Bantal aku dah memanggil manggil. Aku terus dakap bantal yang agak masam itu lalu tido kat tempat Bob.
Setelah 5 minit aku baring di tempat Bob, rupanya aku masih lagi tidak dapat tido, terasa diri aku macam ada penyakit insomnia la plak. Aku berpusing ke kiri dan kanan tapi masih lagi tidak dapat tido. Aku cuba pejamkan mata sambil mendiamkan diri dan cuba untuk tidak memikirkan apa-apa yang boleh membuatkan adik aku bangun.
Tiba-tiba..
Aku terdengar sesuatu yang agak-agak korang pun tak nak dengar. "Alamak bunyi apa plak nie" detik hatiku yang terdengar sesuatu di dapur rumah sewaku. Aku bukakan mata dan mahu memandang ke arah dapur tapi aku enggang berbuat demikian kerana terlintas aku terkenang cerita Jangan Pandang Belakang dimana neneknya sedang makan nasi dengan gelojoh ketika Darma ke dapur, lantas terus melupakan hajat aku itu. Bunyi seperti benda mencakar semakin kuat kedengaran. Aku memandang rakanku di sebelah dan ingin mengejutkannya tapi keegoan aku setinggi KLCC, lalu aku pejamkan mata sambil menutup mukaku dengan bantal.
Suasana hujan renyai ini membuat kaki aku terasa sejuk.
Hati aku gundah gulana. Aku merasakan sesuatu sedang bergerak mendekatiku. tapi aku buat-buat tak faham. Aku cuba berfikiran positif. Semakin lama semakin dekat benda itu meniti menghampiri aku....
Zaapppp...
Ada sesuatu hinggap di atas kaki ku.
Aku lantas bangun sambil hati aku berdegup selaju 240km/j.
Aku terkejut kerana ada seekor benda putih sedang berada dia atas kaki ku ini. Aku bertentang mata dengannya lalu ia mengalah sambil mengeluarkan bunyi..
Miawww...
Seram sejuk aku masa itu. Terasa macam gampang pun ada. Selamat kucing putih yang duduk atas kaki aku kalau kucing hitam mau pengsan aku masa tu. Aku bangun dan terus membuka pintu sambil menghalau kucing putih itu keluar. Aku cuba periksa dan mendapati tingkap di bilik depan terbuka luas. Haishh sambil menarik nafas lega.
***
moral of the story: jangan lupa tutup tingkap sebelum tido.
5 Blogger kasi response. .
seb bek kamu tak sepak aje kucing tu Ed..wakkakaka
Replyishh aku penyayang..
Replytapi kalau kucing hitam.. dalam fikiran aku terbayang jelmaan dah.. sure demam seminggu..
sure la tutup cik Epal. kalau tak tutup bukan takat kucing, penyangak pun boleh masuk.
Replyhahahaha..
Replyak ingtkan cite seram ape ntah td!!
hehehe
kalau orang minyak ni masuk.. aku ok je :D
Replyhttp://inibelogsaya.blogspot.com/2009/11/masalah-muka-berminyak.html
Post a Comment
Cer komen skit..