Wednesday, February 27, 2013

Colgate Malaysia- Luaskan Kuasamu

***


Colgate® Optic White™ has Whitening Accelerators** to safely exfoliate stains and polish teeth surface. You will feel it working while you use it and you'll love what you see. Teeth are one shade whiter after just one week. For best results, use as directed on pack. 

* when used as directed, for extrinsic stains only 
** refers to silica and pyrophosphate




***

Bagi sesiapa yang mempunyai Gigi yang menawan
boleh join Contest Colgate


for more info: ColgateMY 

***

Selamat Mencoba

Wordless Wednesday 27022013

***




***

Cer teka sapa nie?


Tuesday, February 26, 2013

Poh-Lee-Tick?

***

Kerana ini, negara huru hara
Kerana ini, bangsa berpecah belah
Kerana ini, sedara berbalah

Kerana ini
Aku Benci

Ada apa dengan Poh-Lee-Tick?

Aku tersentap
Bila bangsa lain lebih arif

Aku bangkit
Sedar akan kepentingannya

Tapi Aku,

Aku tetap Benci..

Kerana ini, semuanya permainan
percaturan
kotor
jijik

Pada siapa yang perlu Aku rujuk?

Kini
Aku bagai berada di Siratul Mustaqim
selamanya..

Tolonglah wahai sekalian
Aku buntu

Selama ini
Aku seperti katak bawah tempurung
Lari dari propaganda
Mataku pejam dari segala penipuan
Telingaku pekak dari tohmahan fitnah

Deria otakku berfikir

***

Media
Perlukah Aku percaya pada mu?

Serangan berterbangan berbentuk peribadi
Fitnah bertaburan di sana sini


Putaq Alam..

Bagus!!
Kau buat Aku berfikir
mencari kesahihan

Sangat berbeda..

Aku pelajari sesuatu,
Manusia ini Hipokrit

Kau buat Aku buntu,
Siapa yang benar & Siapa yang salah

Memang..

Memang bukti berleluasa
Tapi
Hanya Allah
Maha Mengetahui


***

Ingatlah wahai sekalian

"Anak kecil main api 
Terbakar hatinya yang sepi 
Air mata darah bercampur keringat 
Bumi dipijak milik orang 

Nenek moyang kaya-raya 
Tergadai seluruh harta benda 
Akibat sengketa di antara kita 
Kita lenyap di arus zaman 

Indahnya bumi kita 
Warisan berkurun lamanya 
Hasil mengalir ke tangan yang lain 
Kita kan merintih sendiri 
Jangan buang waktu lagi 
Majulah raih sebuah mimpi 
Hapuskan sengketa 
Teruskan usaha 
Kita kan gagah di nusantara 

Kita kan gagah di pentas dunia"


***

Aku tidak mahu
Agamaku diperkotak katikkan

Aku tidak mahu 
Bangsaku mengadaikan tanah sendiri

Yang berkuasa, berleluasa
Yang tidak, ditindas pula

Ingatlah,

Setinggi mana kita terbang
Ke dalam tanah jua kita kembali

***

Wednesday, February 20, 2013

Wordless Wednesday 20022013

***


Dah lama Alkisah taram PS3
Akhirnya dapat juga.
Siap dengan bundle set assassins creed 3

Ini semua hasil dari titik peluh Alkisah
dalam sessi auctions pada malam annual dinner company baru baru nie.
Alkisah dapat harga yang sangat berbaloi baloi
Terbaik...

***


Tuesday, February 19, 2013

Astro PVR Terbaik

***


Memang terbaik dan berguna Astro PVR
bagi orang orang sibuk memanjang macam Alkisah.

Kenapa Astro PVR berguna kepada Alkisah:

1. Kadang kadang kita tak der masa nak tengok movie pada masa yang Astro tetapkan. Jadi dengan adanya Astro PVR, Alkisah boleh record movie tu dan tengok bila ada masa terluang.

2. TV Series ( How I Meet Your Mother, Upin Ipin, Boboiboy, Hi5, Adam & Hawa). Astro PVR ada option series link, jadi bila kita click series link tu, secara automatiknya Astro PVR akan record series tersebut mengikut masa yang ditetapkan tiap tiap minggu selagi rancangan tu tak beralih siaran. So far ia sangat berbaloi baloi, mudah untuk Sofea nak layan rancangan kegemaranya bila dia start merengek.

3. Bola - Terutamanya Arsenal. Ye walaupun kalah, Alkisah akan tetap akan record. Selalunya Alkisah akan menggunakan khidmat website untuk record game Arsenal. Apa yang penting korang kena Create Account Astro --> link kan dengan Smart Card --> record rancangan kegemaran menggunakan website. Settle.





Yeah dah record.
Sangat mudah, Alkisah boleh record walaupun dimana saja berada,
tak kira di opis atau jamban atau  tengah shopping mahupun tengah lepak kat kampung.
Janji ada handphone / lappy ada internet connection to website Astro
dan apa yang penting, Astro kat rumah kena on/standby mode.

Oraite. Alkisah nak sambung layan movie..

***

Monday, February 18, 2013

Mata Silau

***

Alkisah selalu mengalami penyakit mata silau kalau drive waktu malam
terutama sekali bila balik dari kerja.

Seiously sangat menganggu bila Alkisah drive waktu malam,
Lampu lampu jalan oren nampak berbintang bintang

Di opis, Alkisah akan mengadap PC lebih kurang 11jam sehari.
Alkisah memang tak pakai spek, so far, alhamdulillah, Alkisah tidak mengalami masalah rabun jauh/dekat.
Pernah juga Alkisah check mata 3 tahun lepas, tapi tak lah tinggi sangat. masih dalam keadaan ok.
Tapi kali ni macam menjadi jadi.

Alkisah dah terfikir, adakah dah tiba masanya Alkisah kena beli spek anti-silau atau makan vitamin mata?

How?

Google punya google punya google
cari pasal mata silau
So far tak der pun Alkisah jumpa yang betul betul core yang boleh atasi mata silau.

Hurmm..

Tapi tak per

Alkisah cuba cara ini

Vision Therapy Eyewear RM63 dan Daiso Eye Coolant  RM5

Alhamdulillah.. berkesan
Tiada lagi masalah silau, bila pulang dari kerja waktu malam.

Kesimpulan yang Alkisah dapat dan pelajari:

1. Sehari lebih kurang 11 jam Alkisah mengadap PC, jadi mata akan jadi letih.
2. Bila mata letih, balik plak waktu malam, mata Alkisah akan stress nak memandang jarak hadapan dengan pacaran lampu jalan oren.
3. Bila mata stress, jadi Alkisah pun jadi stress lalu kena kecikkan mata.
4. Bila Alkisah kecikkan mata, maka terciptalah lampu jalan berbintang bintang yang sangat menganggu

Jadi:
 Alkisah cuba gunakan Vision Therapy Eyewear ketika mengadap PC / menonton TV.
(ada peraturan nak pakai eyewear nie, jangan sesuka hati pakai tau)
apa apa hal korang rujuk kat http://www.thebatesmethod.com/

&

Kalau esoknya Alkisah kerja atau balik kampung waktu malam,
Alkisah akan guna Eye Coolant, supaya mata Alkisah dapat cukup rehat dan cepat pulih dari keletihan.

***

Siapa yang belajar Medic / doktor pakar mata
Kalau cara Alkisah ini memudaratkan atau salah, sila habaq mai?

Sekian

***

Okay start balik

***

Sungguh tak produktif
dah nak masuk tengah bulan tapi baru satu entri.
Banyak story tapi kaku untuk meluahkannya

start berblog kembali
setelah sibuk dan menyibuk



***

Wednesday, February 6, 2013

Wordless Wednesday 06022013

***


Bukan anakku,
tapi anak kazen aku, Wan
kira dua pupu Fea
namanya
Iris Malika

***

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...