Thursday, September 25, 2014

Running Man mai Malaysia 1st Nov 2014

***





Race Start Season 2 in Malaysia 

Mereka kembali ke Asia setelah kejayaan yang menakjubkan ketika Race Start Running Man bertemu peminat di kota Singa tahun lepas. Kini ONE HD mempersembahkan Race Start Season 2 di Malaysia dalam bulan November. Buat pertama kalinya, 4 anggota dari the urban variety show – Kim Jong Kook, HAHA (Ha Dong Hoon), Song Ji Hyo and Ji Suk Jin, akan berkumpul di Kuala Lumpur selama 2 jam. Pelbagai aktiviti dan persembahan menarik akan berlangsung. 

Pemegang ticket VIP (RM729) akan menerima pass autograph secara ekskulusi, dimana mereka berpeluang untuk berjumpa dengan artis Running Man dengan lebih dekat. 

Race Start Season 2 in Malaysia dianjurkan oleh ONE HD & Urbanworks Multimedia & Entertainment, dengan sokongan dari Red Bull No.1 Energy Drink di Malaysia. 

Untuk maklumat lanjut mengenai Race Start Season 2 in Malaysia, rajin rajinlah layan ONE HD on Astro Ch 393; log on the ONE website: www.onetvasia.com; or follow ONE on Facebook:www.facebook.com/ONETVASIA and Twitter: www.twitter.com/ONEtvasia.



***

Bila tengok harga tiket, persembahan mereka selama 2 jam dan bukan semua anggota Running Man yang datang. Ini cuma Race Start, bukan Running Man race. Jadi aku pesan kat My Wife "Kita pi airport je la tunggu Jong Kook datang". 

***

Wednesday, September 24, 2014

Wordless Wednesday: Fajura.. Korek korek jumpa plak

***


***

Tuesday, September 23, 2014

Jawapan untuk soalan Astro IPTV #3


***

Lagi sekali aku dapat soalan cepu emas dari pembaca.
Untuk menjawab soalan ini, berdasarkan gambarajah UNIFI itu sendiri, rata-rata bangunan apartment dan flat di Malaysia masih menggunakan COPPER sebagai tunjang cable dalam bangunan.



Apa bezanya Fiber dan Copper?


Walaupun kalau kita lihat FIber mempunyai bandwith yang besar dan kelajuan sehingga 10 Gb dengan jarak yang jauh berbanding copper, tetapi ada sebab musabab kenapa bangunan tinggi di Malaysia masih menggunakan COPPER sebagai pilihan utama.

Sebagai kaedah yang tertua penghantaran data, tenaga kerja terlatih untuk membaiki dan perkhidmatan media komunikasi ini mudah didapati. 

COPPER boleh digunakan untuk kedua-dua analog dan penghantaran data digital. Jalur lebar bergantung kepada ketebalan wayar dan jarak yang dilalui, tetapi beberapa megabit sesaat boleh dicapai untuk beberapa kilometer. 

COPPER media yang paling murah untuk penghantaran untuk jarak yang pendek. Jika sebahagian daripada satu kabel pasangan terpiuh rosak, keseluruhan rangkaian tidak ditutup kerana ia mungkin berlaku dengan kabel coaxial.


Disadvantage Fiber

Kos - Harga pemasangan fiber mahal walaupun ia lebih tahan lama dari COPPER.
Rapuh - FIBER adalah sensitif dan mudah pecah, tidak boleh dibengkokkan. Oleh itu ia memerlukan perlindungan yang tebal disekitar kabel berbanding COPPER

***

Bagi aku..

Syarikat Telco di Malaysia belum sampai tahap nak menyediakan 1GB a.k.a 1000 Mpbs bandwidth untuk setiap pelanggan, Paling hebat pun baru 30 Mbps. Maka dengan itu, sudah memadai untuk satu COPPER untuk sebuah rumah mahupun bangunan tinggi.

sumber: SoyaCincau

Mungkin ada sesetengah apartment di Malaysia yang bernilai jutaan ringgit ataupun bangunan-bangunan pejabat mancakar langit yang telah menggunakan FIBER sebagai tunjang telekomunikasi dalam bangunan mereka. Itu aku tak pasti. Tahap pengajian aku tak sampai lagi seperti Michael Scofield.


ChEeRss.. So you later.. alligator.. kalau salah sila perbetulkan aku..

***

Monday, September 22, 2014

Frust dengan Peraduan Kusinero Cinta

***


My wife memang suka layan drama Kusinero Cinta, aku plak terjebak sebab suka tengok suasana kat Aussie. Kalau nak pergi sana memang tak berkemampuan lagi.

Tapi bila Kusinero Cinta ada keluarkan peraduan dan hadiah utamanya, pakej percutian ke Aussie untuk 2 orang, aku automatiknya jadi minat. Hahaha

Siap beriya-riya jawab soalan, search internet dan layan semua episod untuk cari jawapan.

 

Ada sesetengah jawapan tu memang diluar jangkaan,.

Penat wei cari jawapan.

Malangnya, bila siap tulis personal details lah bagai then submit. Tiada apa apa pun berlaku.

Tiada pengesahan yang mengatakan ianya telah berjaya menghantar atau tak.

Bila check kat FB dan Instagram, ramai yang complain.

Dah la tarikh akhir jatuh pada malam 2 terakhir ramadhan.

Aku siap dah cuba melalui laptop, computer dan handphone, tapi masalahnya tetap sama.

Web Application issue.

Bengkek je aku, buat peraduan tapi macam tak nak bagi orang menang je.

Choyy choyy choyy..

***

Saturday, September 13, 2014

Cerita Arsenal awal musim 2014/2015

***

Hari Sabtu, mesti tak ramai yang datang visit blog aku apatah lagi cerita pasal bola. // ewahh macam la hari hari orang datang visit kan..

Baru-baru ini skuad Arsenal bergabung piala dan pemain bagi sessi fotografi kenang-kenangan pada awal musim. Nampak tak?  belum apa-apa lagi dah ada 3 piala.

 Ini adalah barisan pemain yang baru masuk Arsenal pada musim 2014/15

So far Chambers, Sanchez dan Debuchy sudah main dalam beberapa game pada bulan Ogos yang lalu dan mereka menunjukkan aksi yang memberangsang lagi mengiurkan.Di bahagian pertahanan, Chambers walaupun masih muda tanpa cara permainannya sangat matang, manakala Debuchy pula lebih bersinar dari Sagna. Di bahagian serangan, Sanchez menunjukkan skill kawalan bola dan larian lipas kudung yang sangat awsome boleh membuatkan pemain pertahanan lawan agak goyah, Keeper Ospina masih belum beraksi kerana baru baik injured manakala pembelian minit terakhir Arsenal pada kali ini adalah Danny Welbeck pemain muda Man Utd menjadi tumpuan umum ramai. Sememang Arsenal perlukan striker yang muda, berani, laju dan perkasa. Ini semua gara-gara si Giroud injured selama 4 bulan dan Sanago masih lagi longlai. Pelbagai nama timbul sebelum tarikh tutup pembelian. Akhirnya, Falcao ke Man Utd dan Welbeck ke Arsenal. Rata-rata bekas pemain Man Utd dan England agak kecewa dengan keputusan ini tapi apakan daya Wenger lebih bijak dari segi pembelian pemain. Dari membayar seorang star yang baik injured dengan gaji yang mahal dan statusnya loan, baik melabur sedikit wang untuk membeli player muda yang berpatutan harganya.

Permainan Arsenal masih lagi terumbang-ambing, para pemain masing-masing masih mencari rentak. Ketika ini, ramai juga player yang dah mula pulih dari kecederaan. Semoga mereka-mereka ini fit sehingga May 2015.

Harap-harap game malam ini, Player arsenal memberi persembahan terbaik seperti mereka kalah City ketika community shield.

***

Thursday, September 11, 2014

Wohooo.. Apa khabar orang kampung

***

Apa khabar orang kampung,
Lama sudah tak berjumpa,
Minta minta semuanya,
 Di dalam sihat sejahtera.

Last entri aku post adalah 26 July. Pergh.. lepas tu cuti raya sebulan dari berblogging. Sekarang baru ada sedikit masa untuk mengarang cerita, itupun curi-curi tulis.

Kesibukkan aku kali ini memang tahap superduper gaban. Awal july, member aku resign dikala ketika itu jatuh pada bulan puasa. Workload bertambah, balik pun tak berapa nak awal depends pada issue. Masuk pula bulan Ogos, kita pula mula sibuk beraya, workload kerja macam biasa banyaknya ditambah pula dengan open house dan beraya ke rumah sanak sedara dan rakan-rakan pada setiap minggu. Bulan Ogos juga adalah bulan kemerdekaan // ehhh tetiba je.. itu semua orang tau kan.. Dalam bulan Ogos juga lah aku start pergi GYM. // ewahhh nak habaq la tew.. keke Ye la bila ditimbang diukur dan disukat. machine timbang tulis, bukan aku ye.. badan aku masih muda bergetah bertulang. Tak kena dengan usia yang dah agak nak lanjut dimana lagi 4 tahun dah tak boleh apply gomen you all.. Belum masuk entri pasal aku bengang dengan peraduan Kusinero Cinta yang ditutup pada hari sebelum raya dan cerita pasal test online gomen aku buat minggu lepas. Last but not least tertunggaknya cerita-ceriti pasal EPL transfer deadline yang menggila pada kali ini dan semua itu tak termasuk dalam list draft yang sekarang ini ada 9 yang belum siap karang dan post. WTH.

*** Ok la guys, see you later.. alligator..rindu korang 200%..

***


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...