Thursday, November 21, 2013

Spontaneous Thursday: Al-Fatihah

***
 
Siapakah Ahmad Amar ni?
Seriously aku pun tak sure, dan tak mampu menulis peribadi beliau dengan menaip diblog dan judge him tanpa usul periksa.
 
Hanya..
 
Bila aku menonton video dibawah, aku dapat rasakan, beliau seorang yang hebat.
 

 
 
p/s: Sesungguhnya aku tidak sehebat beliau pabila usia aku 20 tahun.
Perjalanan hidup beliau penuh bererti berbanding aku.
Semoga beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang orang beriman
 
Al-Fatihah
 
***

Wednesday, November 20, 2013

Wordless Wednesday : Nak pergi ke tak?

***


***

Tuesday, November 19, 2013

Jawapan untuk soalan Astro IPTV

***




Anonymous
October 22, 2013 at 12:59 PM 
Bro..line down tu...line TM down maksudnya? if line TM down semua la down (internet Astro & siaran Astro),,

bandwidth astro utk internet & iptv berbeza kan...jadi if line TM ok..tp internet down, IPTV masih jalan kan?

jadi apa fungsi piring tu sekarang? dia jadi hybrid mode ke kalo iptv down dia tukar ke piring mode?

berapa lama nak tunggu dia datang install lepas register?

& berapa lama siap masa dia install tu?

~bob

***

Terima kasih kepada Bob yang sudi tanya soalan di entri I'm on Astro IPTV

Minta maaf juga, sebab aku mengambil masa yang lama untuk menjawabnya, sebab aku terlampau sibuk sesibuk sibuknya.

Dikesempatan ini, aku cuba jawab yang mana mampu.

Untuk pengetahuan semua, aku bukan kerja dengan Astro mahupun Maxis.

Aku hanyalah insan yang tahu serba sedikit tentang IPTV.

***

Antara soalan soalan Bob ini, aku dah pernah tanya, kaji selidik dengan gang gang Astro dan Maxis sebelum aku memberanikan register Astro IPTV.

Jadi, aku akan share apa yang aku tahu.

***

Bob

Bro..line down tu...line TM down maksudnya? if line TM down semua la down (internet Astro & siaran Astro),

Alkisah

Bagi memudahkan fahaman kita semua, Line Internet adalah dari Maxis. Jika line internet Down, maka siaran Astro dan Internet akan Down.

Jadi, anda hanya perlu menghubungi pihak Astro untuk memulihkan semula seperti sediakala.

Tapi apa guna TM dan Maxis, modem diorang ada install sekali? (soalan tambahan aku, jika kalau korang ada soalan macam nie.)

TM dan Maxis seperti penyumbang infrastructure kepada Astro dan Astro adalah one stop center untuk package IPTV nie. Jadi anda tidak perlu call TM mahupun Maxis. Itu adalah tanggungjawab Astro untuk menyelesaikan masalah.

Bob

bandwidth astro utk internet & iptv berbeza kan...jadi if line TM ok..tp internet down, IPTV masih jalan kan?

Alkisah

Ye betul, bandwidth Internet dan bandwidth IPTV berbeza. kalau rajin, rujuklah mana mana link berkaitan dengan IPTV technology.

Tiada istilah line TM ok atau tidak dan jangan kelirukan diri anda dengan line TM. Maxis adalah sumber Internet dan IPTV Astro. Belum terjadi lagi jika internet down, IPTV berfungsi. Seperti jawapan yang tertera dia atas,  kalau line Internet down, maka IPTV juga down.

Bob
jadi apa fungsi piring tu sekarang? dia jadi hybrid mode ke kalo iptv down dia tukar ke piring mode?


Alkisah

Piring tidak berfungsi lagi, tapi pada STB Astro, masih ada port untuk cable ke Satellite (a.k.a Piring Astro). Hybrid mode adalah salah satu idea terbaik. Aku dah usulkan perkara ini semasa Astro Customer Feedback baru baru ini. 

Sepertimana yang kita tahu, jikalau line Internet down, maka pengguna akan kebosanan dan marah sebab impaknya sangat besar. Internet dan TV tidak boleh digunakan.

Jadi aku sarankan kepada Astro, wujudkan Hybrid mode, incase Internet down, pelanggan masih boleh menonton Astro melalui Satellite. 

Untuk pengetahuan semua, ETR (Estimate Time to Resolve) Maxis adalah 4 jam. Jikalau anda ada gangguan IPTV mahupun Internet, jangan tunggu lama lama, terus hubungi Astro untuk Fix It.


Bob
berapa lama nak tunggu dia datang install lepas register?
& berapa lama siap masa dia install tu?

Alkisah

Dari pengalaman aku, untuk install Astro IPTV ini mengambil masa at least sebulan lebih selepas register. 


Installer Astro (install STB Astro dan Maxis modem) dan Installer TM akan datang, lebih kurang 4 jam mereka siap install semuanya.

Apsal lama sangat? (soalan tambahan aku, jika kalau korang ada soalan macam nie.)


Installer TM yang datang rumah aku hari tu sangat cermat, dia akan install dan test line sampai dapat connection yang tiptop. So far aku berpuas hati.

***


Aku harap Bob berpuas hati dengan jawapan aku, jika ada lagi persoalan, boleh rujuk pada pihak Astro yang lebih mengetahui produk mereka.

Nak tanya aku pun boleh, sila nyatakan persoalan anda diruangan komen jika ada.

***

Monday, November 18, 2013

Doraemon 3DCG macam best je...

***


As the 80th anniversary of the creator, Stand by Me Doraemon, the first 3DCG film based on the popular manga series Doraemon created by Fujiko F. Fujio is scheduled to be released in summer 2014. So far 34 2D anime films have been produced since 1980 and all of them were released in early March every year. The Doraemon films have become one of the biggest earners for the distribution company Toho along with Detective Conan and Crayon Shin-chan. 

 The 3DCG film is co-directed by Takashi Yamazaki (Always, Space Battleship Yamato) and Ryuichi Yagi (Friends: Mononoke Shima no Naki). This is their second co-directed 3DCG film following Friends in December 2011. The story of the film is based on the manga's 1st episode "Mirai no Kuni Kara Harubaru to" (All the way from the country of the future), and two of the most popular episodes of the manga, "Sayonara, Doraemon" (Good bye, Doraemon), "Nobita no Kekkonzenya" (Nobita's night before wedding). Check the teaser trailer below. How do you like the 3DCG Doraemon?



source: http://natalie.mu/comic/news/103526

***

Kalau macam ni la gambar Doraemon 3DCG.
Aku pun nak pergi tengok.

Wehuuu..

Dah lama aku tak layan Doraemon.
Kalau zaman kecik kecik dulu, aku layan kartoon dan cerita jepun dengan orang putih je..

Antaranya:

Doraemon, Flashman, Satria Baja Hitam, MaskMan Gaban, Teenage Mutant Ninja Turtle, Mickey Mouse, ThunderBird, Thundercats, Sesame Street, Scooby Doo, Batman, Superman, GI Joe, Ghostbuster, Gummi Bear, He Man, Popeye, Robocop, Spiderman, Voltron, Transformers, Kickers, dll

K dah... cukup buat masa nie.
kalau tulis semua, sampai esok pagi pun tak habis.

***

Aku rasa, anak anak sekarang masa diorang dah berubah,

Kalau dulu 5-6 tahun baru masuk tadika,
Jadi seusia 2-4 tahun masa banyak dihabiskan dengan bermain dan tengok TV.

Tapi sekarang tidak lagi.

Sekarang umur 2-4 tahun, IbuBapa dah hantar anak anak ke playschool.
Dimana anak anak akan dapat belajar mewarna, menjalani aktiviti kraftangan, belajar basic number dan huruf dan lain lain lagi.

Sebab tu, kanak kanak sekarang cerdik dan cepat pickup.

Masuk darjah satu, semua dah pawer dan advance..


Jika anda mahu maklumat lanjut tentang playschool, sila layari

http://castle-kidz.blogspot.com/

***

Sunday, November 17, 2013

Terima Kasih FBI Atas Segalanya

***


source:http://saedramadhan.fotopages.com
Masa ni aku jumpa FBI di Sunway Borneo Rainforest Cafe dalam event Twisties Bingit 2010.

Jumaat lepas adalah hari terakhir Faizal Ismail (FBI) bersama HotFM.
Sedih plak aku tengok video tu.
Mana taknya, sebelum kedatangan HotFM,
Aku layan ....FM
Then member aku suruh try radio baru namanya HotFM.
dia cakap HotFM pasang lagu best best.
K fine, aku pun try dengar.
Masa tu DJ yang aku kenal adalah Fafau, FBI kurang ada tarikan lagi pada masa tu.
Seelan Paul juga dikhabarkan pindah ke Hot FM bersama Fafau dan FBI.

***

Then, bila Fafau dan FBI dah serasi bersama,
setiap pagi masa aku pergi kerja, mesti default radio aku, channel HotFM.
Hari hari layan, sampai taik telinga aku dah jadi sebati.
Mesti nak dengar HotFM.

***
Bagi aku, semua peringkat umur boleh dengar celoteh mereka.
Aku try rekemen kat Bapaku.
Bapaku pun kasi respon, Baik Punya...

***

Actually FBI dan Fafau yang banyak membantu menaikkan radio HotFM.

To FBI,
Jasamu Dikenang Buat Selamanya

***

Tanggal 15 Nov juga adalah hari last day my wife.
Nak juga last day sama macam FBI.
So my wife lepas nie akan bertungkus lumus menyiapkan tadika barunya

Castle Kidz - Denai Alam

bagi rakan rakan yang ada anak kecil 2-6 tahun boleh dah layari blog dibawah untuk maklumat lanjut.

http://castle-kidz.blogspot.com/

***

15 Nov juga adalah last day untuk budak budak bersekolah.
Wahhh seronoknya..
Mesti masing masing raya sakan lepas nie.

Bagi...
Mak Bapa budak yang cutinya sudah tiada.
Sila buat buat sibuk di Opis ye...


Sekian,

XOXO

***


Saturday, November 16, 2013

Coway YesWay..

***



model: CHP-06DL

***

Hidup aku kini lebih mudah dengan Coway.

Aku busy, My Wife pun busy.

Jadi dengan adanya Coway ni kitaorang tak perlu risau,

tak perlu risau pasal semut masuk dalam bekas air,

tak perlu masak air,

tak perlu buat air sejuk,

semua complete dah siap.

Dapur rumah aku dah macam pantry kat opis.

Paling penting, ia memudahkan aku buat susu cik Fea.

Semudah ABCERDIK..

Bukan setakat itu saja, ia juga menapis dan mengeluarkan air yang bersih dan sihat.

katanya...

dan juga dilengkapi dengan electronic one touch extraction.

***

Kalau korang nak rasa semudah itu.

Boleh lah ke kedai / agent Coway berdekatan.

atau contact member Alkisah

Fikri - 019 - 4500 450

korang perlu sediakan RM200 untuk registration

dan RM 110 setiap bulan, Free 5-year service.

***
 
 

Wednesday, November 13, 2013

Noble Kids Concert 2013

***

Salam 1 Blogger,

Minggu lepas, aku agak sedikit sibuk dengan persiapan montage dan backrop untuk Tadika Noble Kids.
Dah lama bebenor aku tak menyentuh bab design nie.
Nak buat benda ni, aku nak kena brush up skills yang dah lama pudar.
So far alhamdulillah selesai jua.

Jom layan sedikit picca yang sempat aku snap.


Mana mana majlis, akan disudahi dengan jamuan makan beramai ramai,
Event macam nie memang fun,
Walaupun cikgunya hanya 5 orang,
tapi yang jadi background crew,
Tunang, Sister, Cousins
semua turun padang secara sukarela.
dan tidak lupa juga kepada MSU Shah Alam,
Dewan korang memang Awesome..

Jika ini projek kecil kecilan,
Sekarang aku and wife tengah sibuk projek besar besaran dengan partners.

Harap projek terbaru dapat bantuan dari rakan rakan blogger yang chomel dan hensem.

Entrinya akan dipost pada esok harinya. Tunguuuu...

Sekian,

XOXO

***

Friday, November 8, 2013

Mr Arrogant - Best ke??

***
 

 
 
Cerita apa nie.
Apsal ramai sangat suka cerita nie.
Best sangat ke.
Sapa pelakon dia.
Tak pernah tengok pun Hero dan Heroin nie
 
Apaaaa???
 
Semalam episode akhir..
Lor dah abis rupanya..
Apsal bini aku tak layan cerita ni..
 
OOoo..
Patut la.. Aaron Aziz tak berlakon dalam cerita..
 
Gedik..
 
ArghhhHhhh !!!!
 
Sapa yang Arrogant sebenarnya nie?
 
 
XOXO


Thursday, November 7, 2013

Spontaneous thursday: Judge Yourself

***
 
 
***
 
Erti kata lain,
 
Bila tak der duit, tiap tiap hari  makan Maggie dengan minum air masak je
Sekali bila ada duit, Pi makan kat restoran mahal mahal
 
Bila blog tak update, takder sapa pun singgah
Sekali bila sekali dah update blog, berduyun duyun dating sergah
 
Bila muka tak hensem, takder sapa pun nak kawan
Sekali bila dah famous, walaupun muka tak hensem, tapi ramai pula yang say Hi kat FB.
 
Wehuu
 
Walau macam mana pun kita..
 
Biarlah maintain cara hidup Wasatiah kay
 
Don't be gelojoh..
 
sekian,
 
XOXO
 
***
 

Wednesday, November 6, 2013

Biar betul kena rasuk..#Highland Tower

***
 
 
 
Wallahualam

Dasyat ghak kalau ianya benar benar berlaku
 
Malas aku nak post video dalam blog nie.
 
Kalau nak tengok sesangat, korang boleh layan kat youtube http://youtu.be/bQoyzdKDtlM

***

Video rasuk yang paling terngiang ngiang dalam pikiranku

Video Rasukan Jin Idrus masuk islam

Cerita 7 tahun lepas tak salah aku.

sampai sekarang aku seram nak tengok babe.

Kalau korang berani.

try find kat youtube: jin idrus masuk islam

Selamat menonton ye..

***
 

Wordless Wednesday: Jeng jeng jeng..

 

Maal Hijrah 1435

***

 

Hidup kita mesti ada hala tujuan,
Tanpanya,
kita akan "Lost"
 
Di pejabat,
Setiap tahun kita harus set goals.
Dalam masa setahun, kita bertungkus lumus kerja keras untuk mencapai kpi yang ditetapkan.
Dan itulah jarak pengukur, sama ada kita akan terima imbuhan atau sebaliknya.

Begitu juga dalam hidup aku.
Tahun lepas, aku berazam behijrah tempat kerja.
Alhamdulillah, semua berjalan lancar.
cuma aku belum cukup 100% capai kpi yang aku tetapkan.
dan
Tahun ni, aku berharap agar dapat,
Penuhi setiap kekosongan dengan pengisian,
Yang mana tumpul, akanku tajam,
Yang mana kurang, akanku tambah,
Yang mana pendek, akanku panjangkan,
Yang mana lambat, akanku cepatkan,
Yang mana lebih, akanku kurangkan,
Yang mana semak, akanku kemaskan,
Yang mana hodoh, akanku cantikkan
Yang mana gugur, akanku siram,
Yang mana rosak, aku perbaiki.

Doakan aku dapat berhijrah.
Berhijrah ke arah kebaikkan
Insyallah

Sekian,

XOXO

***

Monday, November 4, 2013

Bz Bz Bz

***


Wohoo

Aku agak busy sikit minggu ni,

banyak pending job perlu diselesaikan satu persatu.

proposal, concert montage and backdrop, update blog, jaga Sofea time offday.

Perghh..

Ini je sempat aku update.

nanti kalau dah siap, aku sambung kat sini plak.

keep in touch,

XOXO

***


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...