Tuesday, November 30, 2010

Lima Kosong

***

Barca terlalu hebat buat Real. Ini adalah kenyataan bagi sesiapa yang menonton perlawanan tadi.

Terhibur. Memang terhibur.

Perlawanan El Clasico terbaik.

source : http://soccernet.espn.go.com - AP

***

Clash of the Titans

***


Astro Super Sport Match Fixtu
res (Channel 811)
30 Nov 0355 Barcelona vs Real Madrid (Live)

***

Tips # Blogspot : Banner Header Center

***

Anda pertama kali ada Blogspot? atau pertama kali mahu letak Header bergambar seperti dalam blog Alkisah.

Meh Alkisah sharing is caring skit.

Step 1: Create banner anda secara creative dan inovatif.

Step 2: Dashboard > Design > Header > Edit

Step 3 : Masukkan file gambar pada Image dan Save.



Step 4: Click Preview usya skit dah ada ke blom banner yang korang cipta tu?

Apa dah ada? Bagus.

Apa nak centerkan banner header tu plak ? Boleh.

Jadi next step adalah:

Step 5: Dashboard > Design > Edit HTML

Step 6 : Klik expand widget

Step 7 : Klik pada edit template dan tekan Control F. Kemudian search ]]></b:skin>

Step 8: Masukkan skrip dibawah ini sebelum ]]></b:skin>.
#header-inner img {margin: 0 auto !important;}
#header-inner {text-align:center !important;}

Cth:


#header-inner img {margin: 0 auto !important;}
#header-inner {text-align:center !important;} /*include this line if you are using Template Designer*/]]></b:skin>

Step 9: Save Template

Taraa dah siap, kasi view skit blog. Haa kan dah center.


***

Monday, November 29, 2010

Tips # Blog Error Message :Tag is not closed : DIV

***

Ok korang pernah mengalami masalah sebegini ketika ingin post blog.



Mungkin bagi seorang programmer/designer web akan ketewa melihat error message ini. Ia sangat simple mimple punya coding. Apekah Hack!!

Tapi kalau bagi seorang suri rumah, tukang masak mahupun pelajar yang tak belajar coding html, mereka mesti cuak dan terpinga pinga dengan error message tu.

Jadi Alkisah ingin berkongsi sedikit masalah ini, sebab Wakenababe..

Sampai susun atur blogspot aku kucar kacir sehinggakan widget di sebelah kanan turun ke bawah.

Moh Alkisah membantu anda:

Step 1: Jangan Panik..

Step 2: Edit Posts > Edit HTML > Paste </div> pada penhujung ayat.

Step 3: Save Now. Gerenti tiada error lagi. betul x?

Taraa siap. Senang bukan.

***

Sunday, November 28, 2010

Empat Dua

***

Semalam Aston Villa menurunkan bekas pemain Arsenal yang boleh dikatakan legend iaitu Robert Pires.

source : http://uk.news.yahoo.com

Sebelum beliau diserahkan kepada Aston Villa, Pires menjalani latihan fitnes di Hertfordshire bersama sama Arsene and the team, bagi mengembalikan kekuatan fizikal dan mentalnya untuk mengharungi semula liga yang penuh pancaroba .

"I had a good opportunity two months ago to train with Arsenal. Thanks to Arsène Wenger for that." kata Pires kepada media.

***

Layari Hightlight dibawah bagi sesiapa yang terlepas untuk menonton perlawanan semalam.


Highlight Aston Villa vs Arsenal




sila tunggu untuk lihat goal paling comel dari Wilshere

source: footytube
untuk melihat dengan lebih syiok, biar dia loading kasi full baru korang play. enjoice.

***


Saturday, November 27, 2010

Inspira

***

Lain orang lain citarasanya.

Alkisah bukan seperti Paul Tan mahupun Jeremy Clarkson yang pandai gebang bab bab kereta. Lama juga Alkisah tidak mengikuti perkembangan dunia permotoran yang tumbuh bagaikan cendawan di lereng bukit. Hari ini Alkisah cuba luahkan apa yang Alkisah terlintas dalam kepala hotak.

Dulu cikgu Alkisah ada berpesan. Kalau nak meniru biar meniru dengan bijak. Tak salah meniru dalam exam mahupun dalam assignment tapi harus meniru dengan bijak. Kalau copy bulat bulat pastu hantar kat lecturer memang mintak kena hempuk. Itu kurang cerdik namanya. Lain kali nak cerdik, balik sekolah singgah 7e, beli satu paket kacang cerdik makan sampai habis. Baru boleh jadi genius macam Albert Einstein.

Okay kalau nak meniru begini caranya: (boleh diapplikasikan di sekolah, universiti, opis mahupun kelas memasak)

1. Lihat, Baca, Kaji dan Fahami benda benda tersebut.
2. Salin balik dengan menggunakan ayat passive ke active atau sebaliknya. erkk betul ke nie??
3. Tokok tambah, taruh skit ajinamoto dan sos sebagai penyedap rasa. Kalau buat karangan mahupun assignment haruslah ayat gempaks gempaks skit, kasi lecturer terkesima gitu.
4. Pastu goreng. Goreng ini penting, wajib jangan hangus nanti kurang markah, tak sedap.

Taraa siap assignment.

Berbalik pada jalan yang benar,

Alkisah bukan apa, Alkisah tengok ramai sangat orang pakai Mitsubishi Lancer kat Malaysia tak kira Melayu, Cina dan India. So far Alkisah usya Lancer kat Malaysia memang bersepah kat atas jalan raya.

Tapi kenapa setiap kali Alkisah jeling je kereta Lancer diorang, terdetik dalam hati berkata,"Ini inspira ka?" Apekah Neraka!!

Alkisah sure orang yang pakai Lancer kalau dengar ayat tue, sure terbakar. Common Guys, I salute you all, coz you guys pakai Lancer. If Alkisah mampu, for sure I'll get one. Tapi disebabkan ini..


Smart Guys Get It



Handsome Boy Please Get it


"Re-badge terbaik". 27 tahun umur Proton dah sama macam umur Alkisah. Alkisah baru nak mendirikan rumahtangga tapi Proton dah mengeluarkan lebih kurang 14 jenis model keretanya yang tersendiri dan Inspira adalah salah satu model "Re-badge terbaik". Apekah Jolok !!

Rakyat Malaysia memang pakar modifikasi dari wira boleh jadi evo, dari myvi boleh jadi passo. Takat inspira, harini dapat kereta esok tukar bumper lancer. Tara.. hari ke-3 bawa kereta tunjuk kat kawan kawan pusing satu taman. Badge kasi tukar skit, baru nampak menawan, awek tengok boleh jadi sawan. Lepas tu singgah kedai kopi pak wan, pekena kopi secawan.

***

Walauapapun, kita semua ada keinginan dan kemampuan masing masing. Anda berhak menentukan yang mana baik untuk diri anda.

Apa lagi pakcik hitler ni membebel??



***

Source : Youtube & Google


"Re-badge terbaik" -- macam dalam sitcom Oh Yeah, Sketsa Menyindir.

Friday, November 26, 2010

Tips # Masalah Handphone Samsung i780

***

Hari ini Alkisah dapat menyelesai satu masalah yang dah berapa bulan Alkisah cuba settlekan tapi tak boleh boleh.

Beberapa bulan lalu Handphone Samsung Alkisah buat hal, Error Ringtone Corrupted. Apekah Jolok!!. Sampai tahap Alkisah pakai handphone Sony lama. Nasib baik handphone backup tu masih dalam keadaan baik dah utuh.

Jadi macam macam cara Alkisah buat, tetiba harini Alkisah dengan sabar dan tenang berbekalkan Akal yang waras, Akhirnya berjaya.

Okay, Moh Alkisah ajar, mungkin boleh dijadikan panduan untuk anda yang sama masalah dengan Alkisah.

1- Copy segala khazanah khanazah yang berharga ke dalam memory card anda.

2- Start > Setting > System > Hard Reset. Hahaha ini tahap mati akal, last choice Alkisah terpaksa lakukan juga.

3- Handphone yang berbekal OS Windows Mobile akan restore as default. Bagaikan Handphone new born baby.

4- Lepas tu ada info kena tab screen untuk new startup.

5- Keluar plak Align Setting. Apekah jolok benda nie!! Alkisah cuba pakai mouse pad tapi tak berjaya. Nasib baik akal yang cerdik Alkisah tanya pakcik Google. Ghupa Ghupanya kena pakai pen phone baru bleh. Hampeh tul. Nasib baik Alkisah tak hempuk seround dua handphone nie.

6- Yeah dah siap. Macam Handphone baru babe.




***


Alkisah Revolusi

***


Alkisah akan menjalankan kerja kerja upgrading blog tidak lama lagi. Harap korang Chill kay. Stay Tune..




***

Thursday, November 25, 2010

Macam Macam Hal

***

Dunia kian berubah dengan pantas, kadang kala membuatkan Alkisah tak dapat follow dengan cepat. Banyak faktor yang mempengaruhi untuk Alkisah mengenali dunia dengan lebih pantas. Internet slow ala kadar cukup cukup boleh buat surfing dan tulis blog sudah memadai. Kalau nak main game facebook jangan harap sangat.

Alkisah dah macam katak bawah tempurung, malas nak ambil tahu pasal dunia luar atau politik yang penuh pancaroba dan dolak dalik serupa macam tengok Wrestling, dusta semata mata. Alkisah lebih gemar tonton movie tak pun sukan dan paling kerap pun Alkisah banyak melayari internet.

Alkisah pun macam blur blur skit pasal isu semasa terkini. Sebab ramai yang cakap pasal Comolot kat Jalan Raya, cikgu shida bermiming dan budak pukul kepala pengemis di tepi jalan. Apa kah Neraka!!..

Serious Alkisah lost..

Nasib baik ada rakan rakan blogger kasi hints hints pasal benda nie, kalau tak sure Alkisah gagal dalam peperiksaan PTD kelak. Isu semasa terhangat di internet sekarang. Rugi kalau korang tak up to date.

Walauapapun meh abang Alkisah nak habaq mai, Alkisah sendiri bukanlah baik sangat dan bukan jahat bebeno sampai tahap bunuh orang ye. Alkisah pun jadi bujang ni pun dah tak lama lagi dah. Jadi adik adik Alkisah rasanya semua dah besar besarkan. Ada akal kita fikir, ada mata kita lihat, ada mulut kita tegur, ada jari kita tulis, yang lepas jadi pengajaran,yang baik jadi ikutan, yang buruk tinggal tinggalkan, jangan menyesal dikemudian hari. Dunia ini sementera, yang indah hanya di syurga.

Ni pakcik Hitler dah marah. Alkisah tak tahu, korang backup diri sendiri kay.




***

Saturday, November 20, 2010

Peranakan Place

***

Okay, semalam Alkisah hangout dengan tunang ke OU. So lama juga Alkisah tak pergi OU, last sekali pergi masa tu time tengok wayang cerita Magika.

Kalau dah pergi One Utama, mesti ada tujuan. So tujuan utama Alkisah nak cari tie untuk wedding Alkisah nanti. Pada mulanya Alkisah nak angkat carvet macam gambar kat bawah ni:



Disebabkan faktor faktor tertentu, Alkisah membatalkan hajat lalu Alkisah beli tie yang lain. Ada satu ie yang memang cun habis. Ok next event bulan 2, Alkisah sure akan beli tie tu.

Ok program seterusnya adalah makan malam, So jalan punya jalan kitaorang singgah kat Peranakan Place dekat depan News Cafe OU.

So kalau dah duduk makan kat Restoran Peranakan, apa menu yang korang akan makan?

Ok mari kita kenali dulu apa itu Peranakan. Peranakan atau ia lebih dikenali sebagai Baba Nyonya yang majoritinya ada di Melaka. Korang boleh layari wiki-pe-dia : Peranakan untuk maklumat dengan lebih lanjut.

Restoran Peranakan ini lebih kepada masakan Baba Nyonya. So dalam kepala hotak Alkisah tak der benda lain selain Asam Pedas. Jadi Alkisah ambil set untuk makan 2 orang iaitu set A yang terdiri daripada Asam Pedas Ikan (Nyum Nyum), Ayam Masak Hijau (Serious Alkisah tak tau ayam masak apa.), Telur dadar dan Sambal Lady Finger a.k.a jari wanita atau lebih dikenali sebagai Bendi kalau di pasar basah.

Serious terbaik masakan dia. Kalau tengok dara segi rupa, korang sure cakap macam pedas, tapi sekali Alkisah rasa, endah rupa dari rasa. Bendi bersama sambal adalah faveret Alkisah. Sambal dia sedap dan tak pedas langsung. Kalau korang peminat sayur Bendi, korang boleh try makan bendi cicah sambal dia. Nyum Nyum. Rasa manis manis gitu. Asam Pedas Ikan pun tidaklah pedas sangat. Memang enak dimakan bersama nasi + telur dadar + bendi + sambal. Nyum nyum.

Ia memang terbaik. Tak rugi kalau korang nak merasa masakan Peranakan ni. Akceli, banyak lagi Alkisah belum rasa seperti ABC, cendol dan macam macam lagi menu yang ada. Tengok boleh tahan sedap juga. May be next time, Alkisah singgah makan lagi kat situ.

***


Friday, November 19, 2010

DOS Game

***

Alkisah dilahirkan pada tahun 1983. So masa tu Alkisah banyak terdedah dengan game DOS. Apakah itu DOS?

Mari kita wiki-pe-dia : DOS atau diomputihkan ia dipanggil Disk Operating System, operating systems that dominated the IBM PC compatible market between 1981 and 1995. Ia seperti Windows dan Mac Os, akan tetapi dua dua benda tu masih tidak wujud lagi masa tu.

Masa budak budak, Alkisah tak tahu sangat apsal komputer nie. Alkisah tengok bapa Alkisah dok buat kerja pakai Lotus 123. Habis gempak masa tu Alkisah tengok.

Dulu dulu Alkisah start main game Alleycat (ini bukan penyanyi tu tau), Digger, Tapper dan Frogger. Game game ini wujud sebelum kehadiran Micro Genius lagi.


Alleycat





Digger





Frogger





Tapper






Bila Alkisah usha balik game ni dalam youtube, terasa rindu plak nak main game semua tu balik, rasa nak masuk dalam time machine balik ke zaman dolu dolu.

source : Youtube & Google
***

Wednesday, November 17, 2010

Light Painting

***

Alkisah mulai minat light painting semenjak Alkisah surfing lalu terjumpa dalam flickr sorang mamat berID Dennis Calvert. (Boleh klik pada nama beliau untuk melihat hasil kerjanya di flickr.). Anda juga boleh melayari website beliau di: http://www.denniscalvert.net/. Seni Light Painting yang diluahkan oleh Denis lebih menguji dari segi penggunaan photografi long exposure dan teknikal elektronik cahaya.

Berikut adalah video hasil kerja beliau:



***

Selain itu, Alkisah juga meminati hasil kerja Eric William Curry.

Eric Curry dilahirkan pada tahun 1956 di Los Angeles, California. Beliau berkelulusan dari Art Center College of Design tahun 1980. Beliau tinggal di Scandinavia selama 12 tahun dan menjalankan iklan sendiri di studio fotografi yang berpusat di Copenhagen, Denmark, kembali ke US pada tahun 1992.

Pada awalnya, beliau dilatih dan dikhususkan di studio Still Alive dan kesan khas fotografi selama beberapa tahun. Eric akhirnya dialihkan ke lokasi industri fotografi.

Berikut adalah salah satu video yang dirakaman untuk tatapan kita semua, Cara bagaimana Eric William menghasilkan gambarnya.




Untuk maklumat lanjut boleh layari youtube: EricWilliamCurry

***

Tuesday, November 16, 2010

Korban

***

Tahun ini Alkisah banyak kena berkorban. Memang tahun korban buat Alkisah, tapi belum tahap Alkisah terkorban lagi.

Tahun ini Alkisah bakal membina sebuah masjid. Jadi dari situ Alkisah terpaksa berkorban hawa nafsuku dengan membekukan pembelian barangan impian seperti PS3, Mac Book, Gadget SLR dan TV LCD.

Alkisah juga berkorbankan wang ringgit untuk membeli perkakas untuk membina masjid dan menyimpan sedikit untuk persediaan selepas pembinaan masjid.

Dan esok Alkisah memaksa diri untuk mengorbankan Raya Aidiladha dengan bekerja demi memberi ruang untuk Alkisah cuti panjang kelak.

Terimalah ucapan dariku:

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA

UNTUK


MAK AYAH DI KAMPUNG


SEDARA MARA


&


RAKAN RAKAN SEKALIAN



***

Monday, November 15, 2010

Dua Satu

***

Untuk game ini, Alkisah tidak berkesempatan untuk melihat perlawanan secara duduk depan tv sambil layan game. Ini kerana member Alkisah ada organize futsal pada waktu itu. Jadi Alkisah cuma sempat tengok gol Sagna. Yang lain lain Alkisah cuma layan dalam footytube saja. No komen lebih lebih. Just layanz..




source: footytube
untuk melihat dengan lebih syiok, biar dia loading kasi full baru korang play. enjoice.


***

Saturday, November 13, 2010

Siri Meremang Bulu Roma #3

***

Kisah ini terjadi pada ahad lepas. Real tak tipu punya cerita.

Pada siang hari, aku rasa kurang sihat. Semenjak letusnya Gunung Berapi Merapi, aku rasa diri aku lemah badan, demam, batuk dan juga selsema secara tiba tiba. Aku rasa antibodi dalam tubuh badanku tidak cukup kuat untuk menggalas tugas harian aku sebagai manusia.

Tinggal beberapa minggu lagi aku akan bakal mendirikan masjid. Jadi aku perlu bersiap sedia melengkapkan diri aku dari segi fizikal dan mental.

Tunangku ingin melangsaikan hajatnya untuk membeli hantaran untukku. Jadi dari awal pagi lagi aku dengannya bertolak ke Kotaraya untuk membeli belah. Terbelah juga kad bank dia sebab beli barang hantaran sekali gus. Kami memilih untuk ke Sogo dan tiba di Sogo dalam pukul 9.50 pagi. Sogo pun tak buka lagi ketika itu, tetapi ramai juga orang sudah menanti di luar. Tak sangka betul. Korang pernah pergi Sogo masa dia buka pintu jam 10 pagi tak?. Special babe. Ada dua minah Sogo akan keluar berdiri di depan pintu Sogo sambil berkata " Selamat Datang ke pusat membeli belah Sogo, dan....." sambil tunduk ala ala pramugari jepun. Ada style la.. Respon Relaks Respek pada Sogo, menghargai pelanggan yang tiba awal. Arigto.

Proses pertama adalah membeli Perfume kemudian Belt dan akhir sekali baju. Selesai juga akhirnya, walaupun kitaorang dalam keadaan kurang sihat. Hantaran tetap diutamakan.

Aku kepenatan lalu, jadi aku pulang awal.

Sampai saja dirumah, aku merebahkan badanku di atas katil dan sekali gus terus di buai mimpi.

Aku tersedar bila kakak aku call, tanya aku "Elo, hang nak makan apa?, aku kat Vichuda".

Aku cuma cakap nasi goreng paprik, lantas aku melenakan diri semula.

Tiba tiba..

Aku dengar ada orang masuk dalam rumah. Kedengaran ia seolah olah jalan terhegeh hegeh ke depan pintu bilikku lalu ia membuka pintu sambil berkata,

"Hang ok tak? nasi ada kat dapuq". Rupanya kakak sudah pulang.

Aku bangun cuci muka dan terus ambil nasi dan makan. Aku hanya mampu makan suku daripada nasi goreng itu. Tampak jelas aku tiada selera untuk makan.

Aku minum segelas air dengan sebiji pil panadol lalu aku baring semula.

Aku cuba merehatkan mataku sambil memeluk bantal didadaku.

Tiba tiba..

Kedengaran angin meniup kencang.. tin kosong terperlanting di muka bumi dan aku dapat rasakan ada sesuatu masuk melalui tingkap bilikku.

Lalu aku rasa seperti bantal putih menutupi dahiku.

Aku cuba toleh ke tingkap tetapi tidak berjaya.

Aku cuba mengalihkan benda di atas kepalaku juga tidak berjaya.

Lantas aku azan sekuat hati ku.

Aku bersyukur ke hadrat illahi. Akhirnya aku pulih seperti biasa. Kedengaran kesayupan suara azan aku di telinga.

Nampaknya aku dihimpit lagi.



Tips # Jikalau terjadi pada anda, cuba tenang dan azan. Insyallah Allah akan membantu anda.


***

Friday, November 12, 2010

3 kali Jumaat Lagi

***


APe kaH??


***

Thursday, November 11, 2010

Kisah & Teladan # Ashhabul Khafi

***

Kisah Ashhabul Kahfi

Kisah 7 pemuda yang diberi taufik dan ilham oleh Allah s.w.t. sehingga mereka beriman dan mengenal tuhan mereka. Mereka mengingkari keyakinan yang dianuti oleh masyarakat mereka yang menyembah berhala. Oleh kerana itu mereka diancam untuk dibunuh. Kerana khuatir akan gangguan masyarakatnya, mereka membuat keputusan mengasingkan diri jauh daripada masyarakat mereka. Kahfi bermaksud gua. Ashababul bermaksud Pemuda tidur. Mereka tidur selama 3 abad.

Kisah ini begitu masyhur. Dengan kekuasaan-Nya, Allah s.w.t. menidurkan sekelompok pemuda yang berlindung di sebuah gua selama 309 tahun.

Allah menggambarkan Ash-habul Kahfi sebagai para pemuda yang beriman dan teguh keimanan mereka kepada Allah. Firman Allah;

Maksudnya: “Sesungguhnya mereka-mereka itu adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka dan Kami tambahkan kepada mereka petunjuk”.

Mereka memperlihatkan keIslaman mereka, memahaminya dengan sebenar-benarnya, melaksanakannya dengan sebenar-benarnya, dan mendakwahkannya dengan semangat, kesungguhan, dan keikhlasan.

Ayat ini bermaksud menetapkan kebenaran Al Quran yang pasti tentang keimanan dan petunjuk, iaitu iman sesungguhnya adalah sebuah pilihan. Jika seseorang telah memilihnya, menerimanya dengan ikhlas, patuh, dan sungguh-sungguh, maka Allah akan menambahkan keimanan kepadanya. Akan tetapi jika ia tidak mengambil dan memilih jalan itu maka Allah tidak akan memberinya petunjuk, apalagi untuk menambahkan petunjuk kepadanya.

Di dalam Al-Quran ada mengisahkan perihal dan kisah mengenai Ashabul Kahfi yang mana kesannya masa terdapat di sebuah tempat yang bernama Sahab di Amman. Allah Subhanallah Taala menyebut akan kisah Ashabul Kahfi pada ayat 9-26 di dalam Surah Al-Kahf (Surah ke-18).

Mereka mengatakan sebagaimana disebut oleh Allah s.w.t dalam firmanNya: Al-Kahfi 14-15. Ketika mereka sepakat terhadap persoalan ini, mereka sedar, tidak mungkin menampakkannya kepada kaumnya. Mereka berdoa kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala agar memudahkan urusan mereka:

"Wahai Rabb kami, berilah kami rahmat dari sisi-Mu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami." (Al-Kahfi: 10)

Mereka pun menyelamatkan diri ke sebuah gua yang telah Allah Subhanahu wa Ta’ala mudahkan bagi mereka. Gua itu cukup luas dengan pintu menghadap ke utara sehingga sinar matahari tidak langsung masuk ke dalamnya. Kemudian mereka tertidur dengan perlindungan dan pegawasan dari Allah selama 309 tahun. Allah Subhanahu wa Ta’ala buatkan atas mereka pagar berupa rasa takut meskipun mereka sangat dekat dengan kota tempat mereka tinggal. Allah Subhanahu wa Ta’ala sendiri yang menjaga mereka selama di dalam gua.

Allah Subhanahu wa Ta’ala membangunkan mereka (agar mereka saling bertanya), dan supaya mereka pada akhirnya mengetahui hakikat yang sebenarnya.


sumber: ensiklopediamuslim.blogspot.com

Ed : Aku memang gemar kisah kisah macam ini sejak kecil lagi. Insyallah aku akan cuba mencari balik kisah kisah Islam yang aku kagum untuk dikongsi bersama. Semoga ia menjadi teladan buat kita semua.

***

Chamakh

***

Ahad lepas Arsenal ditundukkan oleh team Kota Bahru (Newcastle) hasil tandukkan Carol dari kesengalan Fabianski. Anyway We Always Love You Arsenal.



Hari ini, Meriam berjaya mencari mangsanya dengan membaham 2 ekor Serigala yang berkeliaran di sekitar West Midlands. Pemburu terbaik dianugerahkan kepada Chamakh

Picture source : Arsenal.com




source: footytube, youtube
untuk melihat dengan lebih syiok, biar dia loading kasi full baru korang play. enjoice.



***

Thursday, November 4, 2010

Tafsir Al-Quran # AL-FIL

***

Mulakan terjemahan dengan membaca Al-Fatihah




Tidakkah engkau mengetahui bagaimana Tuhanmu telah melakukan kepada angkatan tentera (yang dipimpin oleh pembawa) Gajah, (yang hendak meruntuhkan Kaabah)?

Bukankah Tuhanmu telah menjadikan rancangan jahat mereka dalam keadaan yang rugi dan memusnahkan mereka?

Dan Ia telah menghantarkan kepada mereka (rombongan) burung berpasuk-pasukan,

Yang melontar mereka dengan batu-batu dari sejenis tanah yang dibakar keras,

Lalu Ia menjadikan mereka hancur berkecai seperti daun-daun kayu yang dimakan ulat.


Peringatan:
Kitab Al-Quran yang sebenarnya adalah ayat-ayat dalam bahasa Arab.
Entri ini bertujuan untuk memahami maksud Surah AL-FIL.
Bagi memahami ayat yang tersirat maksudnya haruslah kita rujuk kepada ustaz-ustaz.

***

KISAH TENTERA BERGAJAH DALAM SURAH AL-FIIL

Surah al-Fiil menunjukkan kepada satu peristiwa masyhur dalam kehidupan penduduk Semenanjung Tanah Arab yang berlaku sebelum kebangkitan Rasulullah s.a.w. Peristiwa ini merupakan satu bukti yang besar bagaimana Allah menjaga dan memelihara tempat yang suci itu, iaitu tempat yang dipilihnya sebagai pusat cahaya agama yang terakhir.Surah ini mengisahkan peristiwa seorang Gabenor Habsyah bagi negeri Yaman, Abrahah. Beliau telah membina sebuah gereja di Yaman atas nama Seri Maharaja Habsyah. Gereja itu dihiasi dengan segala macam hiasan dan peralatan yang amat indah dan menarik dengan tujuan untuk mengalihkan tumpuan orang-orang Arab dari Baitul Haram di Makkah ke gereja itu.

Beliau melihat bagaimana penduduk negeri Yaman sendiri yang diperintah oleh beliau turut tertarik kepada Baitul Haram sama seperti kaum-kaum Arab yang lain di kawasan tengah dan utaraSemenanjung Arab itu Ketika inilah Abrahah membuat keputusan tegas untuk meruntuhkan Ka'abah supaya orang-orang Arab tidak lagi tertumpu kepadanya. Beliau telah memimpin satu angkatan tentera yang ramai yang disertai dengan gajah-gajah.

Suku-suku Quraysh, Kinanah dan Huzayl dan penduduk-penduduk di tanah Haram telah berazam untuk melawan angkatan Abrahah, tetapi kemudian mereka membatalkan cadangan itu setelah sedar bahawa mereka tidak berupaya untuk melawan angkatan Abrahah. Kemudian Abrahah menghantar utusannya ke Makkah untuk menemui ketua negeri itu dan menyampaikan perutusan bahawa kedatangan angkatan Gabenor Abrahah bukan untuk memerangi penduduk negeri Makkah, tetapi hanya untuk merobohkan rumah Ka'abah sahaja. Andainya mereka tidak menentang, maka ia tidak lagi perlu menumpahkan darah mereka dan andainya ketua negeri Makkah itu tidak mahu berperang, maka hendaklah ia dibawa mengadap Gabenor. Maka Ketua negeri Makkah iaitu Abdul Mutallib pun berbicara dengan Abrahah, namun Abrahah masih dengan tujuannya menghancurkan Ka`bah.

Abrahah pun berlepas dengan bala tenteranya serta gajahnya menuju ke Makkah untuk meruntuhkan Ka'abah, tiba-tiba gajah itu terterum sebelum sampai ke Makkah dan tidak mahu masuk ke Makkah. Askar-askar Abrahah cuba memaksa gajah itu supaya bangkit merempuh ke Makkah, tetapi usaha mereka gagal.

Tepat dengan iradat-Nya hendak membinasakan bala tentera itu bersama pemimpinnya Abrahah, Allah telah melepaskan pasukan-pasukan burung yang melontar ke atas mereka anak-anak batu yang membinasakan mereka seperti daun-daun kering yang reput sebagaimana diceritakan oleh al-Qur'an.Tubuh Abrahah sendiri telah menjadi sasaran anak-anak batu itu dan dia menderita parah. Kerana itu ia telah dibawa keluar dari Makkah bersamasama tenteranya, sedangkan jari-jemarinya gugur sebatang demi sebatang sehingga sampai ke San'aa ibu kota Yaman. Beliau tidak mati sehingga dadanya berlubang menampakkan jantungnya.


Sumber:
youtube,
alquran-melayu.com
internet

Alkisah memang gemar kisah kisah macam ini sejak kecil lagi. Insyallah Alkisah akan cuba mencari balik kisah kisah Islam yang Alkisah kagum untuk dikongsi bersama. Semoga ia menjadi teladan buat kita semua.

***

Wednesday, November 3, 2010

Sebulan Saja Lagi

***


Menghitung hari.

***



Tuesday, November 2, 2010

Song

***

Siapakah beliau?

Seorang pemuda yang dilahirkan pada 9 September 1987 di Douala Cameroon. Pemain Arsenal yang memakai jersey 17. Dahulu Alkisah selalu kutuk dia, Alkisah cakap Song nie tak pandai main bola, lembap, terhegeh hegeh, apsal Wenger simpan dia dan macam macam lagi.

Kini tidak lagi. Alkisah lebih lega kalau beliau tersenarai dalam skuad utama Arsenal. Prof telah memberi beliau peluang sejak musim 2008 untuk beliau menaiktaraf mutu permainannya. Terbukti, setelah 2 tahun dibawah bimbingan Prof, konfiden level dia naik secara mendadak.

Musim ini sudah kelihatan kematangannya dan gagah dalam setiap permainan. Beliau boleh dikatakan agak cerdik dalam mengawal bola, defensive, passing dan sekarang sudah berani untuk menjaringkan gol. Itu yang kami mahu. Revolusi. Namanya kini jadi sebutan di setiap bibir penyokong Arsenal.

Semenjak rambut baru, musim baru, beliau tampak lebih berani. Semoga beliau konsisten dalam setiap perlawanan.



***



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...