Saturday, November 21, 2009

Guru Besar

Seingat aku, Tahun 1996 aku bersekolah di tingkatan satu di High School Bukit Mertajam, juga dikenali sebagai HSBM. Sekolah ini agak popular kerana mempunyai sejarahnya yang tersendiri dan menjadi mercu kebanggaan warga Bukit Mertajam. Ia adalah sekolah yang agak tinggi dikalangan sekolah-sekolah di daerahnya. Ramai juga tokoh-tokoh terkemuka lahir dari sekolah ini seperti Anwar Ibrahim, Abdullah Badawi dan Ibrahim Saad.

***
Kenangan aku di sekolah ini terlampau banyak. Pada ketika itu, aku baru matang dan boleh dikatakan remaja baru nak up. Aku ke sekolah berbasikal bukit (Mountain Bike). Nama pun sekolah atas bukit, ia memudahkan aku untuk drop gear 1 bila menaiki bukit menuju pintu gerbang sekolah. Setibanya ke tempat letak basikal aku dan rakan wajib akan parking secara poyo iaitu dengan membuat gaya drift, dengan erti kata lain break tayar belakang sambil slide. Bila mengenangkan zaman remaja aku, terasa gampang je aku masa tue. Kami menjadi perhatian senior-senior yang tak puas hati kerana mereka tidak boleh menumpukan pelajaran mereka didalam kelas ketika kitaorang membuat aksi stunt a.k.a poyo itu, lalu mereka membangkitkan perkara ini kepada pihak atasan. Selang beberapa hari kemudian, pihak atasan mengeluarkan arahan supaya penunggang-penunggang basikal perlulah menolak basikal mereka dari pintu gerbang sekolah hinggalah ke tempat letak basikal. Bapak berpeluh tolak basikal.

***
Apa yang menjadi trend dan ikutan pada zaman itu, tak semestinya di sekolah aku saja, aku rasa semua sekolah sama dengan sekolah aku juga, jenis budak-budak sekolah suka berfesyen. Semua tak nak kalah pakai seluar bell bottom, yang straight cut pun ada tak cukup dengan itu, label Cantona7 menjadi pilihan, tuck in depan tapi kuar baju belakang pun ada juga, seluar labuh sapu lantai juga bersepah sepah dan seluar sekolah pattern jeans juga diperagakan. Aku seperti biasa tidak sangat mengikuti trend terkini, aku kan orang kampung. Suatu hari rambut aku agak panjang lalu aku decide untuk potong rambut. Setelah lama aku berfikir, aku bercadang untuk memotong rambut fesyen flat top seperti aku di sekolah rendah dulu.

Esok aku ke sekolah menjadi bahan rujukkan kepada rakan-rakan aku juga la. biasa la rambut baru, mungkin mereka suka akan kehenseman aku. Apa yang menarik rakan-rakan aku suka letak buku log berkulit keras dia atas kepada aku. Macam nak flying kick je sorang-sorang. Diorang ingat kepala aku meja tulis ke apa.

Aku tidak ambil port sangat mereka nak gosip-gosip pasal rambut aku. Menanti guru tak masuk kelas ini yang paling membebankan, aku sebagai penolong ketua tingkatan yang paling dedikasi di dalam kelas, merajinkan diri untuk ke pejabat mencari guru yang ponteng kelas aku tu.

Sambil aku berjalan menuju ke pejabat, aku terpandang muka Guru Besar (GB) yang bengis itu memanggil aku masuk ke dalam pejabatnya. Wah ada bisnes baek ke GB panggil aku masuk bilik dia, tak pun dia nak suruh aku join MLM. Aku dengan selumber bagi salam dan masuk dalam bilik dia.

Zappppppp...

"Uish terkejut kawe" aku melatah dalam bahasa kelatan plak. Dalam hati aku berkata "Apa tebiat GB pukul meja dia dengan rotan sepanjang 1 meter itu". GB dah mula membebel tak tentu pasal seperti teruja tengok kehenseman aku. Aku buat dek je bebelan dia, tapi sayup sayup aku dengar yang rambut aku nie berfesyen, kenapa aku nak jadi artis ka, dan bla bla bla bla. Bergenang air mata aku mengenangkan meja yang kena sebat dengan rotan GB itu. Tak pasal pasal dia kena sebat sedangkan dia tidak bersalah. Setelah GB penat berbebel. Dia menyuruh aku memotong rambut. Aku kehairanan dan memula mengutuk dalam hati "Lor dah pendek nie kot, nak potong lagu mana lagi?". Demi GB aku pun mengangguk.

Aku ingat lagi ketika itu Najib Tun Razak menjadi menteri Pelajaran Malaysia, Dia menggalakkan pelajar berambut pendek seperti Askar. Aku langsung tidak rasa bersalah malah tak terkilan lansung dengan GB kerana aku sahuti saranan kerajaan berambut flat top ala ala askar amerika a.k.a van damme dalam cerita Street Fighter. Pelik betul GB aku, pergi sekolah rambut pendek pun salah.

***

detik hatiku: rambut panjang salah, rambut pendek pun salah, pikiaq la sendiri..

Post a Comment

Cer komen skit..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...