Saturday, March 31, 2012

Sofea Nur Ramadhani 0 Month


***

Sofea ketika baru beberapa minit keluar dari perut ibunya
Sofea baru berusia 1 hari, dah pandai tengok kamera, siap tunjuk lidah lagi..

Sofea ketika berusia 5 hari, agak serious pandangannya

Sofea Nur Ramadhani adalah puteri sulung Alkisah yang lahir pada 8 Ogos 2011. Gambar gambar ini adalah koleksi dari camera handphone my wife. Baru hari ini Alkisah berkesempatan untuk edit & upload.

Korang boleh baca detik detik Alkisah di hospital @ Sofea Nur Ramadhani

***



Friday, March 30, 2012

Earth Hour 2012

***



Earth Hour merupakan acara tahunan yang diadakan oleh Tabung Alam Sedunia WWF, disambut pada hari Sabtu terakhir pada bulan Mac, yang mahukan kediaman dan pejabat untuk mematikan lampu yang tidak digunakan dan peralatan elektrik yang tidak digunakan selama satu jam untuk membangkitkan kesedaran ke atas Perubahan Iklim.

Acara ini boleh ditafsirkan sebagai tokenisme dan difokuskan kepada pengurangan pembebasan karbon, seterusnya mengurangkan kos elektrik secara keseluruhannya. 

Apa kejadahnya Perubahan Iklim ini? 
Pemanasan global adalah ancaman terbesar yang dihadapi oleh planet kita hari ini. Pemanasan Global ini mengubah corak cuaca, bekalan air, pertumbuhan bermusim untuk tumbuh-tumbuhan dan cara yang mengekalkan untuk hidup kita, dan hidupan liar di dunia. Perubahan iklim telah pun bermula, tetapi ia tidak terlambat untuk kita mengambil tindakan. Masih ada masa untuk kita semua menjadi sebahagian daripada penyelesaian. 

Bagaimana Perubahan Iklim terjadi? 
Aliran tenaga yang berterusan dari matahari memanaskan Bumi. Semulajadi gas di dalam atmosfera, yang dikenali sebagai gas rumah hijau, memerangkap haba ini seperti selimut, lalu menjaga Bumi pada purata 15 darjah Celsius. Karbon dioksida (CO2) adalah gas yang paling ketara. Jumlah CO2 yang dihasilkan secara semula jadi hampir sempurna diseimbangkan dengan jumlah semulajadi dibuang melalui proses fotosintesis. 

Walau bagaimanapun, bahan api fosil berlebihan membawa kepada CO2 meningkat di atmosfera, 
memerangkap lebih banyak haba dan memanaskan Bumi. Hasilnya, kita dapat merasa corak cuaca yang lebih dramatik di seluruh dunia. Kesan cuaca berubah Bumi bukan sahaja menyebabkan buruknya bencana alam tetapi mengcairkan ais dan glasier di dunia disebabkan oleh pemanasan air laut. Ais sebenarnya bertindak sebagai pemantul solar, kurangnya ais dibumi,maka kuranglah pemantulan haba.

Kenapa Perubahan Iklim berlaku?
Soalan ini begitu banyak diperdebatkan kerana perubahan iklim boleh berlaku disebabkan proses semula jadi dan kegiatan manusia dan juga sistem iklim yang kompleks. 

Terdapat bukti baru dan kuat bahawa pemanasan iklim selama 50 tahun lepas disebabkan kegiatan manusia. Ketulan ais yang diambil dari ais purba Antartika menunjukkan tahap karbon dioksida yang tinggi dari 650,000 tahun dahulu. Lebih banyak karbon dioksida di atmosfera bermakna suhu yang semakin panas. Dalam laporan 2007 Panel Antara Kerajaan tentang Perubahan Cuaca (IPCC) kepada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), badan itu menyimpulkan lebih daripada 90 peratus penyebab pemanasan sejak 50-60 tahun adalah disumbangkan oleh manusia. 

Sumbangan manusia ini termasuk peningkatan tahap gas yang memerangkap haba (gas rumah hijau) seperti karbon dioksida di atmosfera bumi. Satu cara manusia menyumbang kepada gas rumah hijau adalah dengan membakar bahan api. Contohnya penggunaan arang batu, minyak dan gas asli untuk menghasilkan elektrik, memanaskan rumah, memberi kuasa kepada kilang dan kereta. 

Perubahan corak penggunaan tanah juga turut menyumbang ke arah Perubahan Iklim. Pokok dan tumbuhan menggunakan karbon dioksida dan melepaskan oksigen. Apabila pokok dipotong untuk pembangunan, pertanian dan tujuan lain, ia tidak lagi boleh menggunakan karbon dioksida dan melepaskan oksigen. Pokok-pokok ini sebenarnya melepaskan karbon dioksida apabila ia mereput dan dibakar. 

Dengan meningkatnya karbon dioksida dan gas rumah hijau lain meningkat, lebih banyak haba terperangkap dan suhu dunia pun naik. Ini menyebabkan perubahan ketara dalam panjang dan pendek musim.

***

Jadi korang faham tak??

Bagi Alkisah benda ni tak perlu jadikan setiap sabtu minggu terakhir bulan March sebagai Earth Hour

Takkan nak sedar pasal benda ni hanya setahun sekali.

Maka dengan itu, Alkisah sarankan supaya korang

Setiap kali keluar rumah mesti switch off semua plug, pasang hanya satu lampu

atau

Cabut semua plug apabila pergi bercuti atau balik kampung selama beberapa hari

atau

Setiap malam switch off semua lampu setiap kali masuk tido

***

Dari situ bukan takat korang 

"Selamatkan Bumi"

malah ia juga membantu untuk

mengurangkan Bill Elektrik rumah korang

Jimat!! Jimat !!



Miranda Kerr : Jimat Kerr??

Alkisah: Jimat la Derr.. Kenapa tak percaya Kerr..

***

source: wiki-pe-dia, www.earthhour.org

Sunday, March 25, 2012

American Reunion

***


 


Haaa apa sengih sengih

korang pernah layan cerita American Pie tak ??

Jangan cakap tak pernah

huhuhu

***

Ini kisah 4 rakan sebaya dari West Michigan  High School Senior iaitu

Jim, Oz, Kevin & Finch

yang boleh dikatakan agak agak baik.

Tapi berbeza pula dengan si Stifler

Stifler suka buat keadaan kacau bilau bila mereka bersama

Memang JackAss betui si Stifler tu 

***

Akceli Alkisah dah layan ketiga tiga movie tue

Just for fun

Untuk menambahkan ilmu zaman muda muda dulu

***

Bila Alkisah tengok trailer kat youtube

Kini 5 sekawan ini kembali dengan American Reunion

Reunion Class of 1999

Wahh!! 

Masing masing dah bekerjaya, dah kawen dan ada anak

tapi

Mereka tetap huuu haaa huu haaa

Ini semua idea Stifler yang gila gila tu

 


Confirm cerita ini tak keluar panggung kat Malaysia

***

Budak budak bawah 18 tahun

Sila minta kebenaran Kakak & Abang anda sebelum tengok movie ini

***

Arsenal terus bangkit

***

Arsenal mengambil kesempatan apabila keputusan perlawanan antara Chelsea dengan Tottenham terikat seri 0-0, lalu memberi jalan mudah untuk Arsenal untuk mengukuhkan tempat ketiga dalam Liga Perdana. 

Kieran Gibbs menjaringkan goal pertama pada minit ke-16 dan Theo Walcott menambah untuk gol kedua sebelum sepakan percuma Mikel Arteta pada minit minit terakhir perlawanan lalu melenyapkan harapan untuk Aston Villa bangkit.

 
 


Barclays Premier League table 2011-2012

PosTeamPWDLFA+/-Pts
1Manchester United29224373274670
2Manchester City29223471215069
3Arsenal30184861392258
4Tottenham Hotspur30167753351855
5Chelsea30148849341550
6Newcastle United2913884141047
7Liverpool30119103631542
8Sunderland30117123934540
9Everton30117123032-240
10Swansea30109113436-239


Wohaa, Arsenal berjaya mengekalkan tempat ke-3 liga lalu menjurangkan team Arsenal sebanyak 3 mata dengan Spurs.

Pabila Alkisah tengok baki 8 perlawanan Arsenal untuk musim ini, ada kemungkinan Manchester City dan Chelsea yang akan membuatkan Arsenal drop point, tapi tahap keyakinan Alkisah tinggi dan berpendapat bola itu bulat, apa apa pun boleh terjadi, yang penting Arsenal maintain fokus setiap perlawanan sehingga titihan peluhan terakhir pada 13 May.


31SatAdd to CalendarBarclays Premier LeagueAQPR

April



08SunAdd to CalendarBarclays Premier LeagueHManchester City

11WedAdd to CalendarBarclays Premier LeagueAWolverhampton W.

16MonAdd to CalendarBarclays Premier LeagueHWigan Athletic

21SatAdd to CalendarBarclays Premier LeagueHChelsea

28SatAdd to CalendarBarclays Premier LeagueAStoke City

May



05SatAdd to CalendarBarclays Premier LeagueHNorwich

13SunAdd to CalendarBarclays Premier LeagueAW.B.A.


***

We Love you Arsenal, We Do
We Love you Arsenal, We Do
We Love you Arsenal, We Do
OOOh Arsenal We Love you

***

Saturday, March 24, 2012

The Three Stooges 2012

***


Tengok saja muka ini mesti korang kenal

mereka adalah Three Stooges

Mereka adalah pelawak terkenal di dunia pada tahun 1922-1971

yang  dianggotai oleh Moe, Larry & Curly

dan kini lagenda lawak dunia ini kembali dengan modennya

dalam cerita





***

Alkisah tengok trailer dah rasa macam kelakar

Kalau tengok movie nie

Musti best..

***

Friday, March 23, 2012

Snow White And The Huntsman

***

“Mirror mirror on the wall who is the most beautiful of at all?” 

Dengar saja ayat tu, korang mesti tahu cerita apa kan?

Yes !! haruslah cerita Snow White and 7 Dwarfs


Ada ke orang tak pernah tengok cerita Snow White??

Rugi zaman kanak kanak korang kalau tak pernah layan cerita kartun Walt Disney ni.

***

Filem Snow White and 7 Dwarf adalah filem yang dihasilkan oleh Walt Disney pada tahun 1937

Tarikan sebenar cerita Snow White ini  adalah 7 orang kerdil (dwarf)

Dan dalam banyak banyak dwarf

Dopey yang paling famous dikalangan kanak kanak

sebab dia lah paling chomel dan paling tak banyak cakap





***

Berbalik pada tajuk sebenar entri ini


Snow White And The Huntsman.


Cerita ini lebih kurang cerita Snow White and 7 dwarf, cuma ia telak diepikkan atau lebih senang Alkisah cakap ia di Lord Of the Ring atau di Alice Wonderland kan. Cuba tengok Poster dan Trailer Snow White And The Huntsman.





Bila dah tengok trailer, Alkisah tengok ia sangat berlainan dari Snow White yang asal iaitu kartun. Kalau Snow White kartun, Dia sangat seorang yang berbudi pekerti dan lemah lembut.

Menurut sumber sumber yang boleh dipercayai, permulaan jalan cerita adalah sama. Cermin ajaib telah menyatakan kepada Queen Ravenna bahawa Snow White adalah batu penghalang bagi beliau untuk kekal berkuasa di negara itu. Jadi Queen Ravenna mengarahkan Huntsman untuk membunuh Snow White. Tetapi Huntsman tidak sampai hati untuk membunuh Snow White yang cantik dan tidak bersalah itu, lalu dengan hati yang mulia, Hunstman mengambil inisiatif untuk mengajar Snow White seni pertahanan diri. Snow White berazam untuk menjatuhkan Zaman Pemerintahan Queen Ravenna yang kejam dengan bantuan Dwarf dan Prince William.

WTF, Sekali tengok dwarf macam Gimli son of Gloin (dwarf Warrior) dalam cerita LOTR. Tapi kalau Dwarf digantikan dengan Hobbit mesti chomel kan. Okay.. What everr!!!


Snow white pula dilakonkan oleh Kristen Stewart (heroin twilight : Bella Swan), sorry Alkisah tak layan twilight tapi bila tengok gambar Kristen Stewart kat bawah ni. Alkisah tanya pada diri sendiri "kenapa aku tak layan twilight? Rugi zaman remaja ku," Lepas ni Alkisah kena kumpul cerita Twilight plak.

Kristen Stewart yang chomel.... Alkisah pun boleh jadi vampire tau..
*** 

Last but not least

musti tonton ini cerita

***

Monday, March 19, 2012

Daytona USA Arcade

***

Teringat zaman sekolah sekolah dulu

Game favorite Alkisah kalau pergi Arcade

adalah

DAYTONA

 Bila outing dengan gang gang sekolah lepas ko-q hari sabtu

kitaorang mesti lepak kat shopping complex dan singgah Arcade

Beginner dan Advance

memang dalam tangan Alkisah

Kalau main sorang sorang,  for sure no1 punya

Tapi untuk Expert mode, Alkisah tak pernah end race

tapi tidak mengapa

lepas tengok video bawah ni

mesti Alkisah boleh buat punya


***

Amacam ada bran??


Saturday, March 17, 2012

New Proton P3-21A Revealed

***

P3-21A adalah nama sainstifik bagi produk terbaru Proton

Apakah nama sebenarnya?

Hurmmmmmmmmm

Walau apa pun

Drive It To Believe It

***

Okay apakah ciri ciri istimewa yang terdapat pada Proton baru ini?

 LED Lights
 
Lampu LED ala ala kereta Audi

***

SPACIOUS CABIN SPACE 
Nampak ruang macam luas
Nanti kena test dengan kaki Alkisah yang panjang

***

7-SPEED PROTRONIC PADDLE SHIFTERS 
Shift gear macam kereta F1

***

SAFETY FEATURES - ABS, EBD AND ESC
Memang selamat dilengkapi 
dan

Kalau nak eksiden, korang tekan butang ESC
Confirm korang terkeluar dan terselamat
Kaedahnya sama macam button keyboard ESC a.ka ESCape

Kenapa tak percaya??
Tonton video kat bawah ni


***

PUSH-START BUTTON & SMART INFO DISPLAY.
Gentleman start your engine
ala ala
(Daytona USA)


***



TOUCH-SCREEN GPS & SMART INFO DISPLAY.

Semart dihati, harap lepas nie tak sesat jalan


***

AUTO RAIN SENSORS AND AUTO LIGHT SENSORS.
Rasanya diorang perlu buat Autoflood
bila banjir kereta convert jadi hovercraft
Tak pa next model boleh dipertimbangkan cadangan ini

Wohaaa



***
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...