Sunday, June 20, 2010

Surat Untuk Abah

***

Abah,

Pertama sekali Ed ingin mengucapkan Selamat Hari Bapa kepada Abah dan terima kasih yang tak terhingga dari Ed dilahirkan sehingga ke hari ini.

Ed adalah antara orang yang bertuah kerana dari beribu ribu sperma, tapi Ed sorang yang berjaya melekat. Dari situ Ed dah menjadi seorang yang berjaya. Abah mesti bangga kan.

Abah,

Terima kasih sebab dari kecik sampai besar abah tak putus putus memberi kasih sayang dan sumber kewangan bila diri Ed amat memerlukan. Teringat lagi dari kecik abah belikan mainan tak kira dari Jepun mahupun Malaysia dengan kereta control, game Micro Genius, Sega dan PS. Saat dimana bermain Winning Eleven bersama sama walaupun abah main tipu dengan mengedit semua player abah jadi power tapi ed tetap tak kisah. Lagi tak kisah kalau abah beli Console game baru untuk kita main game bola, kalau boleh X-box 360 + Guitar Hero. Birthday Ed pun dah nak dekat dah nie. Nanti kita boleh main sama sama lagi.

Abah,

Terima Kasih sebab mendidik Ed dari kecik, walaupun abah pernah ajar cara memancing tapi sampai sekarang ed tak pernah dapat ikan, walaupun selalu ikut abah pergi main bowling malam malam kat Sunshine tapi ed still lagi tak boleh wakil Malaysia dalam arena bowling macam Shalin, tapi ed bangga sebab melekat dengan minat bermain kamera, sama macam abah. Dulu abah ada kamera Minolta. Abah tak pernah ajar pun pasal kamera tapi bila tengok kamera tue pun dah rasa macam gempak. Kini koleksi kamera kat rumah kita dah macam boleh buka kedai. Walaupun ed suruh abah beli 7D tapi abah beli 50D, ed dah cukup bersyukur. Kalau boleh kita sama sama target beli 5D markII plak lepas nie, tambahkan koleksi kamera kat rumah kita. Mana tahu lepas nie kita boleh buka bisnes sendiri. Mesti masyukkan.

Abah,

Terima Kasih sebab memberi semangat kepada ed untuk sambung study dekat Universiti dari Diploma sampai berjaya mendapat segulung Ijazah. Dari segulung Ijazah ed dapat kerja. Insyallah kalau dah berjaya kelak ed cuba membantu family plak.

Abah,

Hujung tahun ni ed dah nak kahwin. Semoga segala majlis berjalan dengan lancar bulan 12 dan bulan 2 tahun depan. Terima Kasih sebab banyak membantu dalam menguruskan segala persiapan kahwin ed. Abah pun tahu ed nak majlis yang "simple but memorable". Abah mesti tak sabar nak dapat menantu dan cucu kan.

Abah,

Dari kecik sampai sekarang kita tak pernah Holiday kat Oversea. Ed tau abah banyak merantau dari ed. Apa kata nanti abah bawa kitaorang satu family jalan jalan pergi Oversea. Sekali seumur hidup. Nanti ed hantar proposal kat Mak. Mak submit kat Abah mesti Approve kan.

Abah,

Jangan nangis mahupun gelak baca benda ni. Ed tau abah silent reader blog ed ni sebab tu ed tulis kat blog. Nak cakap depan depan segan. Okey la. "Happy Fathers Day" untuk abah.

Semoga panjang umur dan murah rezeki. Insyallah.

***

Post a Comment

Cer komen skit..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...