Monday, June 28, 2010

Hari Lahir ku

***

untukmu

Terima Kasih tak terhingga kepada rakan rakan ku sekalian yang bersusah payah wish aku dekat Facebook dan juga Handphone. Juga kepada organizer yang menyediakan suprise private party kat aku. Pada mulanya memang aku dah jangka, tapi faktor luaran yang membuatkan aku kurang pasti akan kebenarannya, tapi Suprise ghak la..

I Love You All, Ich liebe dich alle, Je t'aime tous, Te quiero a todos
&
Ed Sayang Kamu.

***
Terimalah hadiah daripada aku untuk korang


Lagu wajib bila aku pergi Karaoke..

***

Sunday, June 27, 2010

Lensa-ku

***


Hi Saya Ed, Blog dan Flickr ini berfungsi menjadi sebagai buku harian online aku dari segala aktiviti yang aku lakukan. Banyak aktiviti aku akan dikongsi bersama dengan foto foto peribadi dari travell, outdoor, indoor, wedding dan events. Jika anda melihat apa yang anda suka, jangan ragu-ragu untuk meninggalkan komen! Terima Kasih kerana sudi meluangkan masa untuk melihat karya yang tak seberapa daripada aku.

Kalau anda berminat, boleh la contact aku:

Flickr : Saed Ramadhan <-- click saja disitu..
email : saedramadhan@yahoo.co.uk
phone : 013-3933062

***

Saturday, June 26, 2010

Pesan Ibu

***
Assalamualaikum

Happy Birthday


Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.
Ingatlah sembahayang itu mencegah dari melakukan perbuatan
maksiat. Sentiasa bersyukur atas nikmat yang ALLAH berikan.

Dari,
Mak.

***

//copy paste directly from email aku. Thanks Mak. Tersentap sekejap aku baca email tu. Awal betui mak wish birthday Ed. Ni baru 26 haribulan, belum 28. So Mak dah decide ka nak beli PS or Xbox untuk birthday Ed tahun ni. Hehehe.

***

Ok. tak kisah apa apa pun. jom join aku dengar lagu Shakira. Enjoice.


***

G.T.B

***

Semalam punya semangat nak tengok bola. Aku bersama pasangan, apek bersama pasangan dan Baim dan kenkawan sanggup pergi Dataran Merdeka untuk menonton siaran langsung bola dengan screen besar yang dipasang astro beyond. Agak HD juga la. Aku rasa kalau Astro boleh buat siaran langsung bola 3D, aku rasa malam tadi, semua pakat pakat tengok bola pakai spek 3D. WC 2o14 mungkin 3D.

Kami sempat tengok 1st half Brazil menentang Portugal di Dataran manakala 2nd half kitaorang berubah angin ke Syed Bistro, Bangsar. Di situ kitaorang boleh tengok bola sambil makan makan tapi tv disana tidak lah se-Gah di dataran. Apa yang pelik bagi aku, bila bukan jantina se-jenis turut serta tengok bola nie, mereka lebih terdorong dengan pada pemain itu sendiri, bukan pasal corak permainan. Maaf, jantina bukan se-jenis, tak semua okey, cuma majoritinya adalah Ya. Bila abang Christiano pegang bola saja, semua jantina bukan se-jenis ni terpekik pekik. Chill la k. Kalau goal, korang nak jerit aku tak kisah.

Nak jadi cerita, lepas tolong Apek kat rumah barunya, Aku sambung tengok bola Spain menentang Chile di Restoran Pandang Kota, Cova Square Damansara. Sampai 4.30 pagi aku dengan apek lepak ditemani oleh budak budak Segi Kolej yang agak ramai dan meriah juga pagi pagi buta disitu. Bagaikan malam tiada dalam hidup mereka.

Walauapapun, tahniah buat Sepangyol kerana mara.





Adakah Sepangyol dapat melembukan Portugal?

Atau

Sepangyol yang akan dilembukan oleh Portugal?



***

detik hatiku : Gila Tengok Bola.

Friday, June 25, 2010

Penjajah Mara, Mafia Kecundang

***

Capo : Muahh muah muah.. tangan Boss.
Vito Corleone: Ada bau kari tak. Aku baru pekena Nasi Kandar Line Clear tadi. Ko datang ni apahal? Nak pinjam duit lagi ka?

Capo: Cam gini Boss. Italy sudah kalah. Kena 3-2 dengan Slovakia.

Vito Corleone : OMG. OMG.. Habis duit betting aku. Lepas nie sapa nak bayaq duit insurans kereta Bentley aku.

Now, Slovakia Hit Me - We back Home


Info Wiki-pedia : Capo a.k.a Caporegime, similar to captain or sergeant. In general, the term indicates the head of a branch of an organized crime syndicate who commands a crew of soldiers and reports directly to aboss or an underboss.

***

Bagi penjajah tanah melayu, Tahniah kerana pasukan anda Mara

Haritu aku dah up Jepun. Sekarang aku up Holland plak.



Aku rasa macam nak beli jersi Holland ghak la.


Salah satu kawasan yang terkenal di Amsterdam.


Thursday, June 24, 2010

I'm Not Gay

***

Sudah sekian lama aku kepingin, akhirnya dapat juga aku bermain bola padang. Bermain dengan budak budak yang kerja di Telekom Cyberjaya yang hanya aku kenal beberapa orang sahaja, itu pun kawan opis aku. Orang sibuk main bola kat Afrika, aku pun sibuk nak main juga. Rasa geram bila tengok diorang main sampai kaki aku mengeletar nak main. Penat dia memang tak hingat. Masa main tak rasa seteruk ini, tapi bila lepas saja mandi, terasa sengal sengal ubi badan aku.

Taktikal memang tak dak, keeper pun tak dak, memang style kampung abis, main bola padang besar, cara gol mudah saja, bola kena tiang kira gol. Aku lebih bertindak sebagai sayap kanan sebab bila aku bermain di sayap kiri, aku rasa macam tak boleh handle.

Tapi ada aku kesah..

Main bola petang tadi just untuk melepaskan gian, mengeluarkan peluh jantan dan bersosial. Best juga kalau tiap tiap minggu dapat main bola free cam gini.

***



Untuk perlawanan semalam, aku bagi kredit kepada Amerika. Walaupun rakyat mereka pernah melambatkan persiapan visa aku, lantas memusnahkan impian aku ke San Jose, tapi aku dengan sikap terbuka memberi ucapan tahniah.

Pemberian kredit kepada setiap pasukan berdasarkan atas pencapaian mereka, bukan atas sebab belas kasihan, pilih kasih mahupun wang sogok bawah meja.

Pasukan Amerika adalah tergolong dalam pasukan yang agak kritikal untuk melayakkan diri kecuali mereka menggunakan keajaiban David Copperfield. Atas daya usaha dengan semangat diktator, mereka mencuba demi mencuba dan akhirnya berjaya menewaskan Algeria lantas membawa pasukan Amerika menduduki tangga teratas dalam kumpulan C. Begitu juga dengan pasukan England yang dalam keadaan nyawa nyawa ikan tengiri membuatkan jaringan Defoe pada minit 23 memberi semangat baru kepada pasukan itu lalu mereka berasa bangga kerana berjaya ke peringkat seterusnya walaupun lawan mereka nanti adalah German. Kemungkinan besar perang dunia ke-3 akan meletus.

Aku malas mengulas panjang pasal kumpulan D kerana naluri aku memang sudah mengatakan Double G akan layak. Bukan G-spot okey, tapi Ghana dan Germany. Tahniah kepada Ghana kerana menjadi pasukan pertama dari benua Afrika yang layak ke peringkat 16 pasukan pria terhebat, kalau menang hidup tapi kalau kalah mati. Germany kamu memang terbaek, tanbah tambah si Ozil tue. So cute.. Euuuww..

***
detik hatiku : Sorry I'M Not Gay.. Okey..


Taman Ji Sung Utama

***


Kita tidak perlu menceritakan pasal Argentina, skuad yang agak kukuh ketika ini. Mari kita cuba alihkan pandangan kita sementara kepada pasukan Asia. Siapa sangka Korea Selatan berjaya mencuri tumpuan dunia dengan menjadi pasukan Asia yang pertama layak ke peringkat 16 terbaik. Adakah Korea Selatan akan mengulangi semula kejayaan mereka, seperti mana yang kita tahu bahawa WC pada tahun 2002 dibawah bimbingan jurulatih Guus Hiddink, Korea Utara menduduki tempat ke-4 pada keseluruhan kejohanan WC. Pencapaian terbaik mereka di pentas dunia. Seharusnya Korea Selatan tidak perlu pandang enteng terhadap pasukan Uruguay kerana pertandingan WC kali ini menunjukkan peningkatan yang ketara pada mereka.

Untuk santapan rohani dan jasmani bagi meraikan kejayaan Korea. Sila layan hadiah dibawah.


Girls' Generation atau dikenali dengan nama Korea mereka SNSD (So Nyeo Shi Dae) adalah sumber inspirasi utama para pemain Korea, aku pasti.

***

Wednesday, June 23, 2010

Cap Ayam Pulang Ke Reban

***


Nampaknya ternyata benar sama sekali sangkaan aku kali ini. Cap Ayam ini tidak akan pergi jauh. Mungkin dosa mereka ketika menentang Ireland dahulu dibayar secara tunai. Walaupun pasukan ini dibarisi pemain bertaraf bintang dalam game Fifa 2010 mahupun Winning Eleven namun mereka kecundang jua. Tiada guna menunding jari menyalahkan mereka lagi. WC mesti diteruskan.

Au Revoir Les Bleus et l'Afrique du Sud

***

Tuesday, June 22, 2010

WC - 21 June 2010

***

Berakhir sudah pusing ke-2 siri WC kali ini dengan menyaksikan Pasukan Sepangyol membenam Honduras 2 - 0. 2 biji gol itu dijaringkan oleh David Villa walaupun dia mampu mencipta hatrik tapi penalti yang diambilnya tak dapat disudahkan dengan sempurna.

Kegembiran juga disambut baik di Green Point Stadium, Capetown. Portugal bagaikan menghantar tentera Alfonso de Albuquerque ke Korea Utara bagi membenteras pembinaan Nuklear secara berleluasa. 7 - 0 sudah cukup untuk para penyokong Portugal tersenyum lebar terutamanya anak anak gadis yang meminati abang Ronaldo. Pesta gol diraikan dengan gempak gempita bunyi bingit vuvuzela bersama alunan ombak mexico oleh para penyokong yang berada di Stadium ketika itu termasuk makcik cleaner dan juga penjual burger bergerak.

Tak kurang hebatnya Brazil, Argentina dan Holland mencapai kemenangan bagi kedua-dua pusingan lantas mengukuhkan lagi kedudukan mereka dalam kumpulan masing masing. Ternyata mereka sebenarnya telah meletakkan satu kaki dihadapan untuk ke pusing seterusnya.

Italy, England dan Germany mengalami kesukaran sedikit untuk layak kecuali mereka mengamalkan ilmu hitam, tak pun rezeki memang menyebelahi mereka dan paling kotor diorang sogok duit bawah meja untuk ke peringkat seterusnya. Kedua-dua pasukan ini perlukan sentuhan magik kalau mereka benar benar tak mahu pulang awal.

Aku meramalkan pasukan yang bakal pulang awal ke kampung halaman untuk bermain Farmville adalah South Africa, Cameron, Nigeria, Korea DPR, Honduras dan Perancis.

Untuk pusingan ke-2 aku bagi kredit kepada Portugal atas kemenangan besar mereka.



***

detik hatiku : tak sabar nak tengok pasukan mana bakal pulang awal.


Selangkah Lebih Dekat

***


Pusingan ke-2 WC kini sudah hampir pada penghujungnya dengan menyaksikan perlawanan diantara Juara Euro 2008 Sepangyol menentang Honduras. Nantikan ulasan penuh pusingan ke-2 pada entri akan datang.

Yang penting dalam hidup aku adalah "One Step Closer"

***

Sunday, June 20, 2010

Surat Untuk Abah

***

Abah,

Pertama sekali Ed ingin mengucapkan Selamat Hari Bapa kepada Abah dan terima kasih yang tak terhingga dari Ed dilahirkan sehingga ke hari ini.

Ed adalah antara orang yang bertuah kerana dari beribu ribu sperma, tapi Ed sorang yang berjaya melekat. Dari situ Ed dah menjadi seorang yang berjaya. Abah mesti bangga kan.

Abah,

Terima kasih sebab dari kecik sampai besar abah tak putus putus memberi kasih sayang dan sumber kewangan bila diri Ed amat memerlukan. Teringat lagi dari kecik abah belikan mainan tak kira dari Jepun mahupun Malaysia dengan kereta control, game Micro Genius, Sega dan PS. Saat dimana bermain Winning Eleven bersama sama walaupun abah main tipu dengan mengedit semua player abah jadi power tapi ed tetap tak kisah. Lagi tak kisah kalau abah beli Console game baru untuk kita main game bola, kalau boleh X-box 360 + Guitar Hero. Birthday Ed pun dah nak dekat dah nie. Nanti kita boleh main sama sama lagi.

Abah,

Terima Kasih sebab mendidik Ed dari kecik, walaupun abah pernah ajar cara memancing tapi sampai sekarang ed tak pernah dapat ikan, walaupun selalu ikut abah pergi main bowling malam malam kat Sunshine tapi ed still lagi tak boleh wakil Malaysia dalam arena bowling macam Shalin, tapi ed bangga sebab melekat dengan minat bermain kamera, sama macam abah. Dulu abah ada kamera Minolta. Abah tak pernah ajar pun pasal kamera tapi bila tengok kamera tue pun dah rasa macam gempak. Kini koleksi kamera kat rumah kita dah macam boleh buka kedai. Walaupun ed suruh abah beli 7D tapi abah beli 50D, ed dah cukup bersyukur. Kalau boleh kita sama sama target beli 5D markII plak lepas nie, tambahkan koleksi kamera kat rumah kita. Mana tahu lepas nie kita boleh buka bisnes sendiri. Mesti masyukkan.

Abah,

Terima Kasih sebab memberi semangat kepada ed untuk sambung study dekat Universiti dari Diploma sampai berjaya mendapat segulung Ijazah. Dari segulung Ijazah ed dapat kerja. Insyallah kalau dah berjaya kelak ed cuba membantu family plak.

Abah,

Hujung tahun ni ed dah nak kahwin. Semoga segala majlis berjalan dengan lancar bulan 12 dan bulan 2 tahun depan. Terima Kasih sebab banyak membantu dalam menguruskan segala persiapan kahwin ed. Abah pun tahu ed nak majlis yang "simple but memorable". Abah mesti tak sabar nak dapat menantu dan cucu kan.

Abah,

Dari kecik sampai sekarang kita tak pernah Holiday kat Oversea. Ed tau abah banyak merantau dari ed. Apa kata nanti abah bawa kitaorang satu family jalan jalan pergi Oversea. Sekali seumur hidup. Nanti ed hantar proposal kat Mak. Mak submit kat Abah mesti Approve kan.

Abah,

Jangan nangis mahupun gelak baca benda ni. Ed tau abah silent reader blog ed ni sebab tu ed tulis kat blog. Nak cakap depan depan segan. Okey la. "Happy Fathers Day" untuk abah.

Semoga panjang umur dan murah rezeki. Insyallah.

***

Friday, June 18, 2010

Preview WC - 17 June 2010

***

Round 2 WC

Pusingan ke-2 ini rata rata setiap pasukan sudah menunjukan belang masing masing. Tuan Rumah iaitu South Africa terpaksa tunduk sembah bumi kepada pasukan Uruguay dengan jaringan 3-0 manakala Greece menewaskan Nigeria 2-1 dengan membawa semangat "We Are Spartans" akan tetapi Man of the Match pada perlawanan itu adalah keeper Nigeria itu sendiri Enyeama. Argetina pula menang selesa dengan membelasah South Korea secukup rasa garam dan gula dengan jaring 4 gol berbalas satu. Hilguain menjadi Hero Argentina kerana beliau megukir nama dengan menjaringkan Hatrik pertama dalam series WC kali ini. Point mamat ni dalam fantasy football mesti masyuk. Akhir sekali, Perlawanan terbaik semalam diberikan kepada Mexico kerana berjaya menumpaskan pasukan juara WC 1998 iaitu France sebanyak 2-0. Tahniah Mexico dan Bon Voyage France. Agak sukar perjalanan hidup France selepas ini.

Akhir kata, terimalah sebuah lagu dari Nacho Libre sebagai tanda kejayaan Mexico:




Plus Bonus : Gambar Ana de la Reguera
untuk tatapan Rohani dan Jasmani.


***

10 Hari Lagi

***






Tatkala menanti perlawanan Mexico lawan France di pagi hari, Moh sama sama kita layan lagu lama di atas.

***

detik hatiku : Harap malam esok aku dapat share lagu lain plak.

Thursday, June 17, 2010

WC - 15 June 2010

***
Hondura 0 : 1 Chile
Jean BEAUSEJOUR (34')


***

Spain 0:1 Switzerland
Gelson FERNANDES (52')

***

Brazil 2:1 Korea DPR
MAICON (55')
ELANO (72')
JI Yun Nam (89')

Hari ini aku tak ada mood nak karang panjang panjang. Bukan sebab sepangyol kalah, tapi sebab laptop aku buat hal. Tingkap Vista aku pecah pagi tadi. Selamat aku dapat menyelamatkan beberapa fail penting aku. Kalau tak naya aku. Setelah dua tahun aku tak pernah format, akhirnya aku format juga tadi. Aku ingat, aku sorang saja malang hari ini, tak sangka pula sepangyol turut merasa apa yang aku rasa pagi tadi. Mungkin badi liverpool melekat kat Torres terbawa bawa ke skuad utama sepangyol.

Tapi ada aku kesah..

Pusing pertama telah melabuh tirainya setelah negara yang terkenal dengan jam Swatch dan juga pisau lipat Swiss Army berjaya menundukan Juara Eropah 2008 iaitu Spain yang menurunkan semua pemainnya bertaraf bintang.

Berbeza pula dengan Brazil yang turun padang tanpa pemain 3R (Respek, Relaks, Respon). Bukan 3R itu okey, tapi Ronaldo, Ronaldinho dan Rivaldo. Walaubagaimanapun mereka tetap berjaya memenangi pusing pertama dengan berhempas pulas membelasah negara Korea Utara 2 gol berbalas 1. Perlawanan semalam tidaklah tahap Gaban yang membanggakan. Kalau tengok sure boleh terlelap sekali sekala. Walauapapun pujian harus diberikan kepada Korea Utara kerana berjaya membolos pintu gawang Brazil yang pernah menjuarai World Cup sebanyak 5 kali.

5 Bintang = 5 Juara World Cup

detik hatiku : Semangat itu penting.

***


Tuesday, June 15, 2010

WC - 14 June 2010

Penjajah

***

Netherlands 2:0 Denmark
Daniel AGGER (46' OG)
Dirk KUYT (85')

Netherland/Holland atau dikenali sebagai Belanda Negara yang terkenal Red Light District itu menang ke atas Denmark 2 - 0 dengan bantuan V.Persie yang membantu Holland dengan 1 mata dihadapan setelah hantaran silangnya disambut baik oleh Daniel AGGER yang niat murninya untuk mengeluarkan bola dari mara bahaya ternyata mendatangkan malang buatnya. Serangan demi serangan dilakukan ke atas rakyat Denmark yang bermain di atas padang itu berterusan sehinggakan placing Eljero Elia terkena tiang lalu dipantul balik atas dasar fizik pantulan lalu dapat dibaca oleh Kuyt yang menyudahkan apa yang patut sambil diperhatikan oleh penjaga Gol dan 2 orang defender Denmark.

Belanda adalah antara salah satu kuasa besar yang pernah menjajah Tanah Melayu iaitu Melaka. Mungkin atuk V.Persie tak pun Moyang Kuyt pernah datang ke Tanah Melayu suatu ketika dahulu pada abad ke-16 hingga awal ke-19. Ini kerana semasa perang-perang Napoleon antara tahun 1811 dan 1815, Melaka, serupa dengan pegangan-pegangan Belanda yang lain di Asia Tenggara, berada di bawah jagaan British. Ini dilakukan untuk menghalang Perancis daripada menuntut hak milik Belanda di sana. Apabila perang berakhir pada tahun 1815, Melaka dipulangkan kepada Belanda. Pada tahun 1824, pihak British dan Belanda menandatangani perjanjian yang dikenali sebagai Perjanjian Inggeris-Belanda 1824. Perjanjian ini, antara yang lain, memindahkan Melaka ke pentadbiran British secara sah di sisi undang-undang tak ubah serperti memindahkan Van Persie dari Feyenoord ke Arsenal pada 2004. Perjanjian itu juga merupakan perjanjian tunggal yang membahagikan kepulaun Melayu menjadi dua buah entiti , bukan entiti yang pernah dimaksudkan oleh Uncel Seekers tapi entiti yang menjadi asas kepada sempadan Indonesia-Malaysia kini.

Trivia Sejarah, penting bagi sesiapa yang bakal mengambil peperiksaan PTD.

***

Italy 1:1 Paraguay
Daniele DE ROSSI (63')
Antolin ALCARAZ (39')

***

Japan 1:0 Cameroon
Keisuke HONDA (39')



Kali ini aku lebih bercerita tentang "Dasar Pandang Ke Timur" atau slogan "Asia untuk Asia".

Kita harus berbangga kerana 2 wakil dari Asia iaitu Korea dan Japan telah meletakkan nama di dada akhbar atas kemenangan mereka. Ternyata mereka bukan lagi bahan bulian dalam World Cup kali ini.

Kalau ikutkan sejarah Jepun ke Tanah Melayu berlaku secara sepantas kilat. Tempoh antara waktu konvoi Jepun berlepas dari Saigon, Indonchina Perancis menuju ke arah selatan pada 6 Disember 1941 sehingga pendaratannya di Kota Bharu Kelanta pada 8 Disember 1941 cuma mengambil masa tiga hari. Mitos keunggulan ketenteraan British di Timur Jauh dimusnahkan dalam tempoh 69 hari sewaktu Singapura, yang merupakan pusat pangkalan Tentera British di Timur Jauh, melutut kepada kekuatan pihak Jepun yang dibantu sepenuhnya oleh Ultraman pada 15 Februari 1942.

Ini cerita sebaliknya di Afrika.

Penjajahan Jepun ke atas Cameroon yang ternyata mempunyai barisan pemain yang tegap dengan tonggak utamanya bertaraf dunia iaitu Eto tidak mampu mengambil kesempatan terhadap negara kelahiran Maria Ozawa ini. Jangan salahkan Hentai kalau team Cameroon kalah. Tepuk dada sakit lah rasanya. Pada minit ke 39 Free State Stadium dikejutkan dengan deruman enjin vtec yang kuat melintasi di tengah padang membuatkan para pemain Cameroon terpegung dengan kereta ciptaan dari negara matahari terbit itu. Masing masing leka sambil bertanyakan harga kereta dari menumpukan pada perlawanan mereka yang sedang berlangsung. Tiupan wisel gol dibunyikan oleh referee Olegario Benquerenca dari Portugal membuatkan para pemain Cameroon bangun diulit mimpi. Mereka bagaikan terpukau dengan kereta Honda yang budget itu.


Honda Memang Laju

Mungkin WC 2014, Jepun akan menghantar para pemain mereka mengikut jenama kereta seperti Subaru, Mistubhisi, Toyota, Nissan, Suzuki, Isuzu, Yamaha, Mazda dan Mitsuoka. Jangan terkejut jika jualan kereta Honda laris pada esok hari.

Walaupun Penjajahan Jepun terhadap negara kita telah lama berlalu, tapi kita masih dijajah oleh pemikiran mereka dengan cerita ceriti seperti :

Baja Hitam - Lepas mengaji aku mesti balik cepat cepat sebab nak tengok cerita ni.

Gaban - Trademark Gaban bersama motornya.


Ayumi Hamasaki - Penyanyi Jepun yang comel. I Like..


Last but not least, korang sure kenal minah nie kan.

***

Monday, June 14, 2010

WC - 13 June 2010

***

Algeria 0:1 Slovenia
Robert KOREN (79')

***

Serbia 0:1 Ghana
Asamoah GYAN (85' PEN)

***

Germany 4:0 Australia
Lukas PODOLSKI (8')
Miroslav KLOSE (26')
Thomas MUELLER (68')
CACAU (70')

Malam ini ternyata milik german. Pada 13 June 2010, aku tidak menonton sepenuhnya setiap perlawanan WC ini disebabkan tiada magnet yang menarik aku ke televisyen. Aku lebih membuang masa dengan melayari internet sambil menonton filem Puteri Gunung Ledang. Ini membuktikan bahawa aku tidaklah gila bola, kalau lapar sampai nak makan bola dan kalau tidur sampai nak mimpi main bola. Walaubagaimanapun, sebelum aku tidur sebab esoknya nak kerja, jadi aku buka pintu bilik sambil tutup kesemua lampu rumah sambil menonton perlawanan German - Austrlia. Memang tipu kalau aku cakap aku tengok bola sampai habis. Sebenarnya masa tiupan wisel pertama bermula lagi, mata aku dah sayup sayup. Kecik kecik aku tengok player bola tue. Jarak antara TV dengan aku lebih kurang 20 kangkang kera. Dalam beberapa minit, aku rasa macam pelik. Kenapa tiba tiba lampu ruang tamu aku tutup tadi menyala. Aku bangun lalu pergi ke ruang tamu tapi aku tengok tiada siapa siapa di situ. Perlawanan German masih berlangsung. Aku tengok jam dinding. Aku tengok TV. Cis Highlight rupanya. Aku dah gol dulu sebelum game start. Hampeh. Apapun German terbaik. Tak sia sia aku pernah pergi Frankfurt dulu.



Perlawanan Terbaik untuk sessi 13 Jun 2010


Ich liebe Fußball zu.


nota penting:
gol terbanyak WC setakat ini : German
gol penalti pertama WC2010 : Asamoah GYAN (85' PEN)

soalan-soalan ini mungkin ditanya pada peperiksaan PTD akan datang.

***

Saturday, June 12, 2010

WC - 12 June 2010

***

Korea Selatan 2:0 Greece
LEE Jung Soo (7')
PARK Ji Sung (52')

Perlawanan ini aku tak tengok sangat sebab aku keluar. Aku sempat tengok separuh masa ke-2 saja. Kalau di Malaysia kita ada Taman Rashidah Utama, tapi Korea Selatan ada Taman Ji Sung. Beliau sebagai hero si setan merah melengkapkan kemenangan pertama untuk kejohanan piala dunia kali ini dengan membantai Greece 2 berbalas 0. Kalau berpandukan pada statistik yang dikeluarkan oleh FIFA mengatakan bahawa perlawanan tersebut adalah seimbang. Mungkin nasib tidak menyebelahi pasukan yang Greece. Ada sumber yang boleh dipercayai menyatakan ada di antara pemain Korea telah melalaikan pemain pemain Greece dengan menghantar mms music video Wonder Girl - Nobody kepada mereka. Ini mungkin salah satu faktor menyebabkan kekalahan Greece.

***

Nigeria 0:1 Argentina
Gabriel HEINZE (6')

Ramai orang ternanti nanti perlawanan ini. Messi adalah tumpuan utama para peminat bola sepak. Kelincahan beliau seringkali mengugat barisan pertahanan Nigeria. Gol Argentina diperolehi se-awal minit ke 6. Antara gol terawal yang dijaringkan dalam kejohanan kali ini. Gol ini dihasilkan dari sepakan sudut lalu hinggap di kepala HEINZE bekas pemain si setan merah dan tanpa segan silu bola itu menerjah sudut atas kiri pintu gol pasukan Nigeria. Perlawanan banyak memihak kepada Argentina yang menguasai sebanyak 58%. Sepakan tepat ke arah pintu gol lebih kepada Argentina manakala Nigeria hanya berjaya satu saja tepat ke arah pintu gol, yang lain hampeh. Walaubagaimanapun, pujian harus diberikan kepada penjaga gol Nigeria ENYEAMA yang merangkul Man of the Match perlawanan itu. Kalau bukan kerana beliau, mungkin Argentina berpesta gol. En Wenger boleh masukkan ENYEAMA dalam list pembelian keeper untuk Arsenal.

***

England 1:1 USA
Steven GERRARD (4')
Clint DEMPSEY (40')

Fabio Capello menurunkan skuad kesebelasan terkuatnya menentang USA dengan meletakkan Steven Gerrard sebagai Kapitan untuk mengemudi skuad England. Perlawanan bermula agak pantas dan bertenaga oleh kedua dua pasukan. Pada minit ke-4, England telah mendahului USA dengan jaringan 1-0 hasil lorongan Heskey kepada Gerrard lalu menjaringkan gol mudah menewaskan bekas penjaga gol si setan merah iaitu Tim Howard. Walaubagaimanapun, pasukan USA tetap memberi saingan sihat terhadap pihak lawannya. Serangan bertali arus dari dua belah pasukan membuatkan perlawanan rancak dan tidak mengantuk. Nasib menyebelahi pasukan USA apabila Demsey, menjaringkan gol jarak jauh menewaskan En Hijau yang mungkin sarung tangannya disapu Senasaoil bukan gam UHU oleh Gang Punk'd yang diketuai oleh Ashton Kutcher. Separuh masa kedua menyaksikan perlawanan yang tidak jemu ditonton seperti sedang melihat Shakira menari tergelek gelek di atas pentas. Serangan dari pasukan England acapkali melepasi benteng terakhir USA tidak membuahkan sebarang hasil dengan adanya Tim Howard yang berulang kali berjaya menepis setiap sepakan dari pasukan England. Keputusan seri ini kekal sehingga tiupan wisel penamat.

nota penting:
kemenangan pertama WC2010 : Korea
gol terawal WC2010 setakat ini : Steven GERRARD (4')

soalan-soalan ini mungkin ditanya pada peperiksaan PTD akan datang.

***




WC - 11 June 2010

***

11 June 2010 adalah hari pembukaan Pertandingan Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan yang penuh dengan citrawarnanya. Seperti biasa kesinambungan antara nyanyian dan tarian berkonsepkan "bersatu teguh bercerai roboh" oleh setiap peserta menyerikan persembahan pembukaan yang disaksikan lebih berjuta juta orang di dunia ini.

Walaubagaimanapun, persembahan pembukaan tidaklah se-Gah yang aku harapkan. Mungkin mereka boleh mempelajari persembahan citrawarna ini di Malaysia yang setiap tahun mengadakannya sebagai satu asset tarikan pelancong ke sini.

Apa yang penting pada 11 June 2010 adalah tarikh keramat untuk abang referee kita iaitu Subkhiddin yang dilantik untuk menjadi ref ke-4 bagi perlawanan pertama. Terasa bangga juga bila tengok anak watan kita berada di pentas dunia. Selamat Maju Jaya bang. Semoga Sukses selalu, Caiyok Caiyok..


MOHD SALLEH Subkhiddin
Role: Referee
Country: Malaysia MAS
Date of Birth: 17.11.1966
Height: 174 cm
Occupation: Teacher
Mother tongue: Malay
Other languages: English
International since: 2000
First international: Iraq-Nepal (23.04.2001)
Hobbies: Bowling & Snooker
Fondest memory: FIFA World Youth Championship Peru 2005

Source: fifa.com

***

Perlawanan pembukaan dimulakan dengan tuan rumah iaitu Afrika Selatan menentang Mexico.


Afrika Selatan 1:1 Mexico
Siphiwe TSHABALALA (55')
Rafael MARQUEZ (79')


Perlawanan dikuasai oleh Mexico sebanyak 58%, manakala sepakan ke arah pintu gol lawan Mexico lebih tinggi iaitu sebanyak 14 tendangan berbanding Afrika Selatan cuma 9 tendangan. Ini telah menunjukkan bahawa tuah tidak berpihak kepada Mexico tapi ia lebih memihak pada tuan rumah apabila berjaya menjaringkan gol dahulu pada minit ke 55 oleh TSHABALALA. Rembatan beliau memang susah nak ditepis oleh mana mana penjaga gol mahupun penjaga rumah mayat kerana terlampau kencang bab tsunami. Walaubagaimana pun cubaan demi cubaan berjaya membawa perlawanan menjadi seimbang apabila MARQUEZ berjaya menjaringkan gol hasil dari hantaran silang dari rakan sepasukan singgah dikakinya lalu tidak mensia-siakan peluang dihadapan pintu gol. Keadaan seri satu sama di heret hingga ke wisel penamat. Jadi tiada pemenang untuk perlawanan pertama ini.

***

Uruguay 0:0 France

Perlawanan ini banyak memberi kesabaran dari segi mental dan fizikal. Bukan nak cakap, ternyata ramai pemain France yang aku kenal dari pemain Uruguay. Mungkin disebabkan aku pernah belajar di Malaysia France Institute suatu ketika dulu dan mungkin juga aku pernah menyokong France ketika mereka menjuarai piala dunia pada tahun 1998 dan semestinya ramai pemain France adalah pemain dan bekas pemain Arsenal. Semua itu tidak penting lagi kerana perlawanan ini tidak menarik sehinggakan aku boleh tertido.




nota penting :

go pertama WC 2010 : TSHABALALA (Afrika Selatan)
kad kuning pertama : Efrain JUAREZ (Mexico)
perlawanan seri pertama : Afrika Selatan Vs Mexico
perlawan seri tanpa jaringan pertama : Uruguay vs France
kad merah pertama : Nicolas LODEIRO (Uruguay)

soalan-soalan ini mungkin ditanya pada peperiksaan PTD akan datang.

***

1 Hari 1 Entri

***

Saja suka suka aku target nak buat 1 Hari 1 Entri. Harap harap tercapailah harapan aku ini.

Adios Amigos.

***

Friday, June 11, 2010

Ada Apa Dengan Piala Dunia?

***

Rata rata umat manusia satu dunia sedang menantikan saat bermulanya Piala Dunia. Tak kira tua muda, miskin mahupun yang kaya.

Tapi adakah berbaloi hanya menonton bola saja tanpa mendapat pulangan? Ya, bukan saya mengajak suadara saudari untuk terjebak dengan dunia perjudian, tapi kan lebih menarik kalau kita buat sesuatu yang memberi keseronokan duniawi. Buat apa beli TV mahal LED siap pasang beyond semata mata nak tengok bulu kaki Rooney berpeluh, sanggup menghabiskan duit gaji bulan ini yang dah tentu anda sendiri tahu claims susah nak dapat semata mata nak tengok bola.

Apa kata kita join benda yang percuma, tuah Hang Tuah nampak di keris Tamin Sarinya, tua ayam nampak di kaki, tuah anda siapa yang tahu kalau anda tidak mencuba.

Aku promote tak dapat imbuhan apa apa pun, saja suka suka, moh la kite join.


Source: Fantasy Mc D


Dua dua ini ada hadiah, masuk adalah percuma. Berharap untuk menang bukan motif aku yang pertama, cuma seronok mencuba. 4 tahun sekali apa salahnya. Harus di ingat, kalau ada rezeki tak kemana.

Kawan kawan,

Kalau ada fantasy football yang bagi hadiah yang menarik. Halo halo aku. Takkan nak makan sorang kot. Aku siap share kat blog nie bagi korang join. Kek besar, boleh share ramai ramai rasa. Untung untung kalau menang dapat pergi Barca jumpa Messi, tangkap gambar 1000 keping letak kat facebook lepas tu tag semua kawan kawan kat Malaysia.

Korang jangan lupa sediakan Kek Birthday aku hujung bulan ni. Bola bola juga. Ermm tetiba dapat idea menarik. Aku nak kek bentuk World Cup Trophy tahun nie. Nyum Nyum..

Adios Amigos

detik hatiku : Mari kita sokong sepangnyol tahun ini.

***


Thursday, June 10, 2010

Mau Jadi DJ Radio?

***

Semalam aku dengar mengenai HOTFM ada membuka jawatan kosong untuk digandingkan bersama dengan IKHWAN sebagai DJ Radio. Apa lagi, terus aku online dan layari www.hotfm.com.my.

source : www.hotfm.com.my

Aku baca segala kalayakannya lalu aku fikir, boleh ke aku jadi DJ sedangkan aku cakap bukannya betul apatah lagi kalau melatah, habis keluar benda benda kotor.

Sebelum ini, aku pernah juga menjadi DJ radio untuk UNIKLFM. Kini UNIKLFM telah pun terkubur layu di pusaranya. Webnya telah pun dipupuskan. UNIKLFM beroperasi selama setahun sepanjang FINAL YEAR PROJECT aku bersama rakan seperjuangan. Tak ramai tahu, apatah budak budak UNIKL sendiri tidak tahu menahu kewujudan UNIKLFM. Hanya segelintir rakan taulan saja yang tahu dan melayari web dan online radio kitaorang.

Di bawah adalah laman web UNIKLFM yang sempat aku rakam.

Poster UNIKLFM
Main Page sebelum masuk ke WEB+FORUM UNIKLFM

WEB + FORUM UNIKLFM

Aku dan rakan rakan masuk paper METRO

Masa tu aku terasa hensem sekejap. 1st time masuk paper. Walauapapun, bagi pelajar UNIKL yang ingin teruskan perjuangan mewujudkan UNIKLFM kembali, aku rasa tiada masalah. Anda mampu buat yang lebih baik dari kitaorang. Terima Kasih kepada Project Manager UNIKLFM Joe, rakan setugas Izaq a.k.a Apek dan Wan da Bomb kerana berjaya merealisasikan projek ini. Tidak lupa juga dorongan para pensyarah yang banyak membantu terutamanya Madam Sera Syarmila sebagai ko-ordinator kitaorang.

detik hatiku: Antara projek kenangan terindah aku. Tapi bolehkah aku jadi DJ HOTFM?

***







Wednesday, June 9, 2010

Perpindahan

***

Bulan ini kita di kejutkan dengan pemergian Encik Rafael "Rafa" Benítez Maudes yang telah berpindah dari Liverpool ke Milan. Kenapa beliau berbuat demikian? Mungkinkah reputasinya akan tercemar jika beliau kena pecat, lebih baik angkat kaki dahulu. Masuk dan keluar cara baik.

Sebaliknya pada Francesc "Cesc" Fàbregas. Kapitan yang di sanjung oleh para kipas susah mati si meriam yang kini dalam dilema. Beritanya seringkali di papar di akhbar akhbar tempatan uk mahupun di coretan coretan hasil nukilan para penulis internet mengenai perpindahan beliau ke Barca. Hatinya sudah pun tawar ke atas pasukan si meriam kerana tidak ada memenangi apa apa piala semenjak kehilangan the kapitan Viera, the jambu's Pires dan the legend Henry. Beliau amat tertarik untuk kembali ke kelab lama beliau iaitu Barca yang penuh dengan superstar. Mungkinkah beliau telah fikir masak masak apa yang pernah terjadi pada rakan pasukannya yang pernah ke kelab itu. Adakah beliau akan menjadi tonggak utama sebaris dengan superstar barca seperti messi, xavi dan inesta.

Pada pendapat aku, terpulang pada si Kapitan sama ada dia perlu pindah mahupun tidak. Sebagai pengajaran beliau boleh melihat sendiri keadaan para pemain si meriam apabila ke Barca. Hasil selepas perpindahan tidaklah se-Gah yang diimpikan. Fikir fikirkan lah.

***

Apa yang menarik minat aku adalah posisi Penjaga Gawang Pintu Gol Si Meriam. Posisi ini sedang di cari oleh Encik Wenger selepas kekecewaan beliau terhadap Penjaga Gol no 1 si Meriam, harapan setinggi gunung penyokong kipas susah mati ini tidak memberi impak maksima yang berkesan pada kelab itu sepanjang perlawanan.


Ini memberikan kesan positif terhadap diri aku untuk mencuba nasib.

Berikut adalah surat yang bakal aku submit tak lama lagi untuk pasukan Si Meriam.

***


***

Ini pula gambar kenangan ketika aku menyarung jersi keeper



Gambar ini dipetik dari futsal ibil.
Naib Juara pada Kejohanan Futsal IBIL.

Gambar ini di edit sepenuhnya oleh aku.
Juara pada Kejohanan Inter-Course di UNIKL MICET.

Video perlawanan masih aku simpan. Kalau aku ada masa, teringin juga aku nak buat video "Road To Champion FCET 3rd".

Teriakan suara penonton semasa aku menjadi golie sebelum menjadi juara.

"Woi Ed, Meh sini duduk tepi pandang minum teh, kita lepak lepak dulu, bola bukan sampai kat ko pun"

"Tak dak keeper pun tak pa, depa bukan boleh score"

Aku macam biasa, layan saja kerenah mereka sambil membalas senyuman. Memang betul pun cakap mereka.


detik hatiku : kenangan ketika jadi golie dahulu kala.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...