Tuesday, November 19, 2013

Jawapan untuk soalan Astro IPTV

***




Anonymous
October 22, 2013 at 12:59 PM 
Bro..line down tu...line TM down maksudnya? if line TM down semua la down (internet Astro & siaran Astro),,

bandwidth astro utk internet & iptv berbeza kan...jadi if line TM ok..tp internet down, IPTV masih jalan kan?

jadi apa fungsi piring tu sekarang? dia jadi hybrid mode ke kalo iptv down dia tukar ke piring mode?

berapa lama nak tunggu dia datang install lepas register?

& berapa lama siap masa dia install tu?

~bob

***

Terima kasih kepada Bob yang sudi tanya soalan di entri I'm on Astro IPTV

Minta maaf juga, sebab aku mengambil masa yang lama untuk menjawabnya, sebab aku terlampau sibuk sesibuk sibuknya.

Dikesempatan ini, aku cuba jawab yang mana mampu.

Untuk pengetahuan semua, aku bukan kerja dengan Astro mahupun Maxis.

Aku hanyalah insan yang tahu serba sedikit tentang IPTV.

***

Antara soalan soalan Bob ini, aku dah pernah tanya, kaji selidik dengan gang gang Astro dan Maxis sebelum aku memberanikan register Astro IPTV.

Jadi, aku akan share apa yang aku tahu.

***

Bob

Bro..line down tu...line TM down maksudnya? if line TM down semua la down (internet Astro & siaran Astro),

Alkisah

Bagi memudahkan fahaman kita semua, Line Internet adalah dari Maxis. Jika line internet Down, maka siaran Astro dan Internet akan Down.

Jadi, anda hanya perlu menghubungi pihak Astro untuk memulihkan semula seperti sediakala.

Tapi apa guna TM dan Maxis, modem diorang ada install sekali? (soalan tambahan aku, jika kalau korang ada soalan macam nie.)

TM dan Maxis seperti penyumbang infrastructure kepada Astro dan Astro adalah one stop center untuk package IPTV nie. Jadi anda tidak perlu call TM mahupun Maxis. Itu adalah tanggungjawab Astro untuk menyelesaikan masalah.

Bob

bandwidth astro utk internet & iptv berbeza kan...jadi if line TM ok..tp internet down, IPTV masih jalan kan?

Alkisah

Ye betul, bandwidth Internet dan bandwidth IPTV berbeza. kalau rajin, rujuklah mana mana link berkaitan dengan IPTV technology.

Tiada istilah line TM ok atau tidak dan jangan kelirukan diri anda dengan line TM. Maxis adalah sumber Internet dan IPTV Astro. Belum terjadi lagi jika internet down, IPTV berfungsi. Seperti jawapan yang tertera dia atas,  kalau line Internet down, maka IPTV juga down.

Bob
jadi apa fungsi piring tu sekarang? dia jadi hybrid mode ke kalo iptv down dia tukar ke piring mode?


Alkisah

Piring tidak berfungsi lagi, tapi pada STB Astro, masih ada port untuk cable ke Satellite (a.k.a Piring Astro). Hybrid mode adalah salah satu idea terbaik. Aku dah usulkan perkara ini semasa Astro Customer Feedback baru baru ini. 

Sepertimana yang kita tahu, jikalau line Internet down, maka pengguna akan kebosanan dan marah sebab impaknya sangat besar. Internet dan TV tidak boleh digunakan.

Jadi aku sarankan kepada Astro, wujudkan Hybrid mode, incase Internet down, pelanggan masih boleh menonton Astro melalui Satellite. 

Untuk pengetahuan semua, ETR (Estimate Time to Resolve) Maxis adalah 4 jam. Jikalau anda ada gangguan IPTV mahupun Internet, jangan tunggu lama lama, terus hubungi Astro untuk Fix It.


Bob
berapa lama nak tunggu dia datang install lepas register?
& berapa lama siap masa dia install tu?

Alkisah

Dari pengalaman aku, untuk install Astro IPTV ini mengambil masa at least sebulan lebih selepas register. 


Installer Astro (install STB Astro dan Maxis modem) dan Installer TM akan datang, lebih kurang 4 jam mereka siap install semuanya.

Apsal lama sangat? (soalan tambahan aku, jika kalau korang ada soalan macam nie.)


Installer TM yang datang rumah aku hari tu sangat cermat, dia akan install dan test line sampai dapat connection yang tiptop. So far aku berpuas hati.

***


Aku harap Bob berpuas hati dengan jawapan aku, jika ada lagi persoalan, boleh rujuk pada pihak Astro yang lebih mengetahui produk mereka.

Nak tanya aku pun boleh, sila nyatakan persoalan anda diruangan komen jika ada.

***

3 Blogger kasi response. .

November 19, 2013 at 8:44 AM

singgah pagi

Reply
ara Author
January 28, 2014 at 2:31 PM

salam, nak tanya. Lepas guna astro iptv banyak kali x internet down,tv freeze?sbb kat internet banyak sangat bad review.your post je yang positif.saya sedang tunggu installer datang utk pasang astro iptv,tapi bila baca banyak negative review rasa mcm nak cancel je.

Reply
Al Kisah Author
January 28, 2014 at 4:45 PM

jawapan pada entri http://saedramadhan.blogspot.com/2014/01/jawapan-untuk-soalan-astro-iptv-2.html

Reply

Post a Comment

Cer komen skit..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...