Monday, December 31, 2012

Makan makan @ Laman Grill

***

Alkisah memang suka layan Master Chef.
Masa tengok Master Chef Season 2.
Chef Zubir ada bawa beberapa perserta yang menang cabaran luar ke restoran beliau.
Katanye....
Nama restoran tu adalah Restoran Laman Grill
dan ianya terletak di Laman Seri, Seksyen 13, Shah Alam

Kalau korang tahu, kat situ ada banyak restoran.
Mexican Grill, Coffea Planet, Opah, Killiney Kopitiam, Tutti Fruiti, Mr Steak House dan
banyak lagi..
Tapi Restoran Laman Grill ni
terletak di belakang dari restoran restoran tersebut..

Masa Alkisah pergi, ingatkan tak der orang,
sebab masa pergi makan tu, time tengah bulan.
Rupa rupanya tidak..

Full house babe..
kat dalam full reserved.
Sapa yang datang tanpa booking, kena makan kat luar.
Nasib baik cuaca okey..

Jadi bila makan tu memang terasa best dan syok..
sejuk sejuk dingin malam gitu.

Ternyata makan kat sini memang
High Class..
Terbaik Chef Zubir
Teknik memasak anda cukup hebat
Kukus Grill Panggang, Kukus Grill Panggang
Kukus




Lepas nie Alkisah nak try restoran PickNick
Restoran Nick Michael Imran, salah seorang peserta Master Chef musim pertama.

Yummy Yummy Yummy

***

Tuesday, December 25, 2012

Makan makan @ Bonjour Garden

***

1st time Alkisah try Bonjour Garden
Selalu bila pergi Jaya Grocers kat Bukit Jelutong,
mesti pandang restoran nie.

Ok fine Alkisah mesti coba sekali menu menu dia
Harganye agak berpatutan dengan kuantiti dan rasanya.

Jom layan antara menu menu yang Alkisah coba:

Bonjour Hawaiian Pizza 

Setalam Pizza nie berharga RM18
Pizzanya besar, nipis dan crunchy

Bonjour Steak

Steak dia agak besar, Alkisah tak sure berapa Oz.
tapi sekali makan confirm kenyang,
sebab Dagingnya tebal gitu..


Beef Lasagna 


Paling menarik yang Alkisah nak sangat coba adalah
Bonjour Hazel Crunch
Terbaik Toqq..

Bonjour Hazel Crunch

***

So korang dah try ke blom?
Kalau blom, gaji masyukk, korang pergilah try

Selamat Mencoba
Adios Amigos

***

Monday, December 24, 2012

Alkisah 2nd Anniversary

***

Assalamualaikum

3rd Dec 2012 adalah 2nd Anniversary Alkisah
Wahh Gitu..
Jika tahun lepas, Alkisah tak dapat nak berAnniversary sangat dengan my wife
Apatah lagi nak feel honeymoon.

Ye la..
Lepas kawen terus My Wife bunting pelamin
Then 1st Anniversary, Sofea baru berumur 3 bulan lebih.
So memang tak boleh pergi mana sangat.

Jadi 2nd Anniversary nie,
Alkisah plan nak kasi best skit
Ala ala 1st honeymoon.

Alkisah plan bermalam di Bayview Beach Resort, Penang.
Then dinner di Hard Rock Cafe.

Akceli Alkisah memang dah familiar dengan hotel Bayview.
dari kecik lagi kalau Family Alkisah bercuti, mesti stay kat hotel nie.
 Nice dan Murah.
Hotel Bayview in bersebelahan dengan Hotel Hard Rock Penang.
Jadi jika sesiapa yang nak berjimat,
Boleh la stay kat Bayview dan jalan kaki ke Hard Rock Cafe.

Tips:
Bayview Beach, standard hills view murah, booking online je.

Bila Alkisah tiba kat hotel,
Hotel kasi bilik Superior, dimana ada dua permandangan, Hills dan Sea.
Sebab bilik standard dah penuh.
yang lagi best bilik besar, view cantik tapi harga sama standard room.
Terbaik kot..
Then malam tu plak ada event Jazz Festival kat dalam perkarangan Beach Hotel.
Kira dari bilik Alkisah boleh dengar dan tengok sipi sipi la konsert tu.
Memandangkan Alkisah lebih minat Rock.
Jadi malam tu, Alkisah plan nak dinner kat Hard Rock dan layan Band kat sana.

Jom layan picca picca yang sempat Alkisah shoot semasa bercuti di Penang.





 

Bila nak order makanan kat Hard Rock Cafe, 
Alkisah direkemenkan oleh salah sorang pekerja kat situ untuk mencoba
Legendary 10 oz Burger
Burger Bakar yang agak besar dan nice.
Sangat romantik bila burger tu dikongsi bersama si Isteri pada malam Anniversary.

Band yang menghiburkan kitaorang adalah Deviate.
Best ghak band tu, lebih kurang macam band NRG.
Alkisah memang suka layan band music macam nie.

Sofea plak ditinggalkan bersama Atuk dan Opahnye.
Heheh sian Fea, tak pe, sekali sekala
Papa dan Mama pun nak bercanda.

***


Friday, December 14, 2012

Burger Bakar & Ais Kacang Milo

***

Haritu, masa bosan bosan dan lapar
My wife ajak jalan jalan cari makan
So kitorang pun pergi area Bukit Jelutong
cari makanan bagi mengisi perut yang sedang lapaq

Pusing punya pusing punya pusing
My Wife cakap nak try burger bakar
Alkisah ok only
Sebab nak try ghak, apa yang bestnye bakar yang digembar gemburkan
Masa Alkisah order, tak perlu pun amik nombor
cuma nak kena tunggu lama skit dari burger abang yang biasa dibeli.

Macam best plak masak bergrill ni
Alkisah memang suka tengok rancangan Licence to Grill.
Apatah lagi berBBQ.
Time BerBBQ boleh borak borak, gosip gosip
lepas siap masak
makan ramai ramai dengan Family dan kawan kawan.
salah satu benda yang mengeratkan silaturrahim.

Burger Bakar siap..
Alkisah pergi tapau Ais Kacang plak

petang petang cengini best betui makan Ais Kacang.

Balik je rumah
terus kitaorang makan
Ais Kacang tu kitaorang tabur dengan Milo
Sodap babe.. try la..

Burger Bakar dan Ais Kacang Milo
Alkisah share with My Wife
Sharing is Caring





***

Thursday, December 13, 2012

Alhamdulillah, Saman Setel

***

Last week Alkisah nak pergi settlekan saman
mana taknye, saman Alkisah ada 5 yang belum bayar since 2007.
2 kereta SAGA
2 kereta MYVI
dan
1 VIOS

Surat memang tak sampai kat rumah, So Alkisah tak tau pun ada saman.
Baru baru ni, kawan kawan saja checkkan saman untuk Alkisah.
Dia bagitau yang Alkisah ada 5 saman.
Danggg...

No worries.. buat bodo dulu..

Then bila nak join company baru nie
Diorang buat background check.
Tetiba kantoi plak kat saman.
Danggg

Nak tak nak kena settle ghak before probation end

How??

Bayarlaaa jawabnye..

So Alkisah try google dan baca blog blog mana tau ada tips.

Alhamdulillah benda yang Alkisah try nie tak menghampakan.

Korang nak tips lagi??
Boleh je Sharing is Caring

Alkisah survey, kalau bayar kat My EG, saman kita kena bayar extra charge RM2.
then diskaun yang diberikan tak seberapa.
Bila call member polis trafik, diorang cakap, susah sekarang diskaun diskaun

Argh!! sudah..

Jadi, Alkisah tekad untuk membayar saman kat kaunter saman di sebuah shopping mall terkenal di Damansara.
Bila nak pergi bayar saman, polis meminta no IC.

Alkisah: Assalamaulaikum, cik saya nak bayaq saman.
Polis: Boleh bagi I.C number

Lepas bagi I.C number, polis tu print out segala saman yang kita ada.
Alkisah check semuanya betul.

Alkisah: So saya nak bayar 2 sama je dulu.
Polis: Meh sini saya tengok.

Polis tu belek belek kertas saman lalu tick semua saman dan letak jumlah yang perlu dibayar.

Polis: Cam ni la, pakcik bagi tempoh seminggu untuk bayar. Settle semua saman.

Alkisah usha punya usha.. kalau macam ni punya price.. I ok only..
Alkisah selamber bayar saman.
Polis tu bagi Alkisah tempoh seminggu untuk settlekan dan bagi resit.

Semenjak dah bayar saman.
Hari hari Alkisah check kat My EG, samaada sama dah setel ke blom.

Alhamdulillah
Hari ini Alkisah check
Saman setel



Morale of the story:

Jangan bawa kereta laju laju
Patuhi peraturan jalan raya
Ada saman bayar

Bayar saman dan cara caranye:
1- Sampai kaunter beri salam, buat muka kesian tapi ikhlas nak bayar saman.
2- Cuba bayar dekat kaunter bayar saman polis/ balai. (boleh check kat sini )
sebab kalau bayar online tak boleh dapat diskaun, then kena lagi xtra rm2.
kalau bayar kat balai/kaunter bayaran saman, insyallah boleh dapat diskaun atas budi bicara. Alkisah tak jamin tapi tak salahkan kita usaha. Ada rezeki, dapat diskaun.
3- Bila dah bayar, jangan lupa ambil nama polis yang kita bayar tu, mana tahu dia perlukan dalam masa seminggu untuk padamkan nama kita dalam list saman.
4- Monitor setiap hari saman kita di dalam My EG.
5- Lepas settle, cakap Alhamdulillah...

***

Selamat Mencoba dan Settlekan Saman
sebelum ia menghantui hidup anda

***

Tips: Transfer File From Windows to Mac

***

Memandangkan Alkisah akan berhijrah
maka file file dalam lappy company ni pun kena la berhijrah.
Besau besau plak file dalam nie
Dah la external harddisk problem
Gampang betui..

Jadi sebagai seorang Network Engineer
Ewahh gitu plak..
Alkisah nak tak nak kena transfer file dari lappy ke iMac buat sementara waktu.
Inilah satu satunya pc yang ada kat dalam rumah nie.

Kalau korang tak sure macam mana nak buat, 
meh sini Alkisah kongsi tips : transfer file dari Windows to Mac.
Sharing is Caring


Bahan-bahannyee:
1- laptop atau pc windows
2- Macbook atau Imac
3- router DLINK atau switch yang mempunyai lebih dari satu ethernet port
4- Cable RJ45 (cable network)


Cara Setting Mac Os
1- Click on the Apple Menu (the Apple icon in the top left hand corner of the screen)
2- Select “System Preferences…”


3- While in System Preferences, click on “Sharing”
4- Make sure the box next to “File Sharing” is checked
5- While “File Sharing” is highlighted, click the small “+” located beneath “Shared Folders:”
6- Choose the desired folder to be shared (it can be just one folder, or an entire account folder)
7- Make sure the account that is being shared has “Read & Write” access by clicking on the up and down arrows next to the user name and choosing “Read & Write”
8- Click on “Options”, located below the “Users:” box


9- Make sure “Share files and folders using SMB” is checked
10- Make sure that your user name is checked
11- Click “Done”



Cara Setting Windows:
1-  Click on the “Start” menu (the Windows icon) in the bottom left hand corner of the screen
2- Select “Control Panel”
3- If you are using the “Classic View”, double-click on “Network and Sharing Center”
4- If you are not using the “Classic View”, click on “Set up file sharing”, located beneath “Network and Internet”


5- While in the Network Sharing Center, click on the small arrow located to the right of “File sharing” and choose “Turn on file sharing”, then click “Apply”


Actually dalam Mac OS sendiri dah ada satu folder yang dinamakan Public, dimana Public folder sebagai Hub untuk korang pindahkan file.

Cara nak connect Windows ke Mac

Just type in  \\< ip address iMac/ Macbook>

Camano nak dapatkan ip address iMac/ Macbook?

1- Click on the Apple Menu (the Apple icon in the top left hand corner of the screen)
2- Select “System Preferences…”
3- Click "Network"

Kat situ tertera ip address korang.

ok type ip address seperti kat bawah nie di Windows.




Click folder Public dan korang dah boleh start transfer file.


Hoyee Easy Step

Selamat mencoba
Alkisah nak sambung transfer file dulu
Lalalala

***

Wednesday, December 12, 2012

MAS- GO Retro

***

source : wiki pe dia

Bersempena sambutan 40 tahun MAS.
MAS mengembalikan nostalgia kita
dengan mengecat 737-800 sama seperti design 737-200 yang terdahulu.


Jom layan hasil kerja mereka.

   

Terbaik Toqq..

 ***

Ada apa dengan 12 Dec 12 jam 12:12pm?

***


Ada apa dengan pukul 12, 12 minit, 12 saat, 12 December 2012?
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Hurmmm
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|

Go back to work,
 and get ready to have healthy lunch.

Life must goes on.

Ingatlah, 
sentiasa dekatkan diri dengan tuhanmu
dan cuba hindari dari kemungkaran

Always be prepared to expect the unexpected

Have a nice day

***

Fly away on my zephyr

***

Cepat betul masa berlalu
Sekelip mata saja dah hujung tahun.
Dan kalau korang ingat, Alkisah pernah bagitau pasal azam tahun baru di sini.

Ternyata azam itu menjadi kenyataan
Alkisah bakal akan jadi seperti


Alhamdulillah, sekali lagi rezeki berpihak kepada Alkisah
Akhir bulan lepas interview,
Awal bulan plak dapat green light,
Tengah bulan ni report duty
Weehhhh cepat bebenor.

***

Gumbira bila dapat good news
tapi
Sedih plak nak tinggalkan kenkawan yang havoc lagi best.

Apakan daya
Inilah lumrah alam pekerjaan
berhijrah sana sini
demi mencari sesuap nasi bagi menampung sebuah keluarga

***

Doakan Alkisah success kay.

Friday, November 30, 2012

Work From Home a.k.a WFH

***

abaikan, rumah semak dengan  mainan cik fea

Work from Home a.k.a WFH
atau lebih dikenali sebagai berkerja dari dirumah

Kebanyakkan orang yang WFH adalah golongan professional
arkitek, board of director, komposer, engineer dan etc
kerja kerja diorang dibolehkan untuk bekerja dirumah.
Sebab apa?
sebabnya kerja kerja mereka perlu diselesaikan mengikut timeline yang ditetapkan.

Bagi Alkisah ada Pros and Cons nye

Pros
Jimat minyak dan tol.
Tak perlu tempuh kesesakkan jalan raya.
Flexible.
Kalau kerja start kul  8, kul 7.30 masih boleh bangun tido.
Sambil kerja, kita boleh buat breakfast/lunch kat dapur.
Tak perlu mandi awal.
Boleh buat kerja sambil tengok tv.
Berkerja dengan hanya memakai boxer.
Kalau snake around a.k.a mengular boss tak nampak.

Cons
Bil eletrik tinggi, company tak cover.
Tak  dapat bersosial bersama rakan sejawat.
Kalau ada conference call, kena hati hati, mana tahu tetiba internet down. masak kau

***

Seriously Alkisah lebih suka bekerja kat opis
Sonang
Boleh concentrate buat kerja.


Kalau hari minggu kat opis.
kadang kadang kitaorang makan besar.
tengok movie sama sama.
merapu ngan opis mate.

Awesome.

***

Kalau kerja operation, lebih baik kerja di opis.
Lainlah kalau kerja kita based on project..

***

Selamat Bekerja Semua
Chillax. hari dah jumaat
Yehaaa..

***

Thursday, November 29, 2012

Kuah & Nasi Durian

***

Seriously, Alkisah dah lama tak makan durian.
Ini semua gara gara my wife tak suka dan tak tahan bau durian.
Alkisah plak jenis tak kisah, kalau ada, Alkisah makan, kalau tak der, tak kempunan pun.

***

Beberapa miggu lepas, parent Alkisah datang ke rumah.
Diorang bawa satu tupperware besar penuh dengan isi durian
Bila masuk rumah, memang bau dia "Tak Hingaattt"

***


"Aik mak, durian dalam tupperware"

"A'a, mak beli kat RnR, suruh orang tu kopekkan, then isi letak dalam tupperware"

"Oo macam tu pun boleh ke?"

***

Bila dah lama tak makan,
Jadi amik la beberapa ulas makan secukup rasa.
Memandangkan  isi durian ni still banyak
Jadi mak Alkisah nak buat kuah durian

"Hang p beli mak santan setengah kilo, gula merah, lepas tu pi petik daun pandan."

"Tapi mak, pokok pandan kat belakang rumah kan dah mati"

"kalau cam tu p beli la.. kalau ada jual"


Bahan-bahan
Isi durian
Santan pekat
Air
Secubit garam
Gula (mak alkisah pakai gula merah)
Daun pandan

Cara-cara
masukkan kesemua bahan...gunakan api yang sederhana...
kacau sehingga mengelegak ( jangan tinggalkan kuah sentiasa kacau agar santan tidak berkepala )
Antara 15-25min ( jgn pulak smpi pecah minyak nnti kuah jdi xsedap )...tutup api Sedia utk dihidangkan

sumber dari myresipi.


Kuah durian ini sangat sodap kalau dimakan dengan roti gardenia, roti bangali, roti jala, roti canai atau roti nan.. (roti yang dihighlighted tu yang alkisah pernah try, bab roti lain... alkisah blom try)

***

Itu baru kuah durian,
Kalau dulu, masa Alkisah kecik kecik
Bapa Alkisah suka buat nasi durian

Bahan-bahan
Nasi
Isi Durian
Santan
Garam dan Gula

Cara-Cara
Gaul nasi dan isi durian sama rata.
tuangkan santan dan taburkan sedikit garam dan gula secukup rasa
Gaul gaul gaul bahan sehingga sesedap rasa
lepas tu Ngap..

***

Last but not least,
Selamat mencoba
&
Selamat berDurian

Monday, November 26, 2012

Fear Factor Malaysia Bersama Aaron Aziz

***


Fear Factor Malaysia bersama abang Aaron Aziz

dan korang nak menang hadiah hadiah lumayan berupa


Grand Prize
Apple MacBook Pro 13-inch 2.9GHz AND RM1,500 Cash

1st Runner Up 
Canon EOS 650D kit (EFS 18-55 IS II)

2nd Runner Up 
The New Apple iPad 64GB

Best Buzz Blogger
Apple iPad 2 AND RM1,000 Cash

Wow
Chaner nak menang?

1. Write a blog post and tell us “What your biggest fear is and how it affects your life?”
2. Mention about Astro’s Fear Factor Malaysia and share with us your thoughts for this season (exp. Who will win? Who’s your favourite artist? Etc).
3. Include the tagline “Fear Factor House – Is your chance to experience Fear Factor live!”
4. Once you’re done with the blog post, kindly fill in the details in the form at http://blog.nuffnang.com.my/2012/11/21/dominate-your-fears-at-astros-fear-factor-house/
5. 30 of the most interesting entries would be chosen to participate in the Fear Factor House challenge
6. Deadline to submit your entry is 5.00pm, 9 December 2012 (Sunday)

TERMS & CONDITIONS:
1. This contest is open to Glitterati Nuffnangers and NuffnangX users only.
2. Judges’ decisions on the selection of participants are FINAL.
3. Blog post entries can be submitted in both English OR Malay.
4. One entry entitles the participation of one participant only.

***

Sunday, November 25, 2012

AES AES BABEH

***


Situasi #1

Gua bawa kereta kat highway, stay kat lane tengah di kawasan AES.
Gua bawa relaks relaks, follow instruction had laju yang tertera 90km/j.
Tiba tiba ada ada sebuah kereta dihadapan yang membawa kereta lebih relaks dari gua. Mungkin 80 km/j.
Jadi gua bagi signal, masuk lane kanan.
Maka gua wajib lah untuk menekan sedikit minyak untuk memotong kereta tersebut
Masa tu had laju gua lebih dari 90km/j

Klik klik klik AES snap

Achaner tu.

***

Situasi #2

Pagi hari minggu, gua kena kerja. gua bawa relaks 110km/j. 
Masih dalam had laju yang dibenarkan oleh highway.
Gua bawa keta kat lane tengah. Kiri Kanan kosong tak der kereta.
Gua berhampiran di salah sebuah restoran jejantas yang had lajunye 90km/j

klik klik klik AES snap

Achaner tu

***

Situasi #3

Gua bawa kereta relaks relaks. 90km/j
Sebab gua tau, ini kawasan AES.
Gua stay kat lane kanan. Had laju kat area tu 90km/j
Dari jauh gua nampak bling bling moto polis kat side mirror gua.
Gua ke tepi, bagi laluan pada escort polis.
Gua maintain speedlimit 90km/j kat lane tengah.
tapi Escort kereta gomen ada lebih dari 3 biji memotong gua, berdesyum perginya.

seronok la AES snap klik klik klik..

***

Persoalannya:

Adakah kereta kereta escort gomen juga dikenakan saman seperti rakyat jelata?

bukan apa,

Mereka juga rakyat,
Jalan yang digunakan pun sama
secara logiknya peraturan had laju juga sama
tak gitu

***

Gua lebih rela kalau polis saman gua on the spot
at least gua boleh kaw tim

Ingat Kaw Tim bukan Rasuah

tak percaya, korang boleh tengok baca entri gua bila kena saman dengan polis



***

Friday, November 16, 2012

The Great Merz Is Back

***

Katanyeee
Merzagua Abderrazak kembali ke Pulau Mutiara
adalah untuk menjadi Jurulatih Skuad Harimau Kumbang pada musim baru nanti

Ketibaan beliau disambut oleh sebilangan penyokong Ultras Panthers

Hurmm..


krikk krikk krikkk

Seriously..
Tak sangka Alkisah
Penang pun ada Ultras

Ketibaan The Great Mergz juga disambut oleh Presiden FAP dan Jimmy Shanley

Mohd Foaz Hamid, Merzagua, Jimmy
source: https://www.facebook.com/FAP.Cyber

Ehh Jimmy Shanley
Apa kena mengena Jimmy dengan Pulau Mutiara

Hurmm..


krikk krikk krikkk


Katanyeee..


OO gitu citernye..

Dulu Alkisah pernah cerita pasal zaman kegemilangan Skuad Harimau Kumbang
di entri Kenangan Skuad Harimau Kumbang
dan sesungguhnya berharap agar Skuad Harimau Kumbang bangkit seperti dulu kala

Bukan mudah untuk menaikkan kembali zaman kegemilangan Skuad Harimau Kumbang ini
Mereka perlu mengharungi Liga FAM, lepas tu Liga Perdana dan seterusnya ke Liga Super
At least makan 2 ke 3 tahun untuk betul betul kembali ke Liga Super.
Seriously cakap.
Tapi tiada apa yang mustahil

Good Luck to FAP

***



Wednesday, November 14, 2012

Salam Maal Hijrah 1434H

***


Awal Muharram atau Maal Hijrah merupakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Peristiwa bersejarah itu berlaku pada 1 muharram tahun baru bagi Takwim Hijrah. Namun Tahun Hijrah Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah itu diambil sebagai permulaan kiraan bagi kalendar Hijrah.

***

So apa Azam tahun baru korang?

Azam Alkisah update resume
Ada rezeki berhijrah la kita Yob...

kekeke

***

Tuesday, November 13, 2012

Apekah NuffnangX Toqq!!

***
Apekah NuffnangX Toqq!!


Jom layan introduction NuffnangX


Soo...

sapa sapa yang dah ada NuffnangX
boleh la Add Alkisah


or just search my blog url
http://saedramadhan.blogspot.com/
or
http://alkisahpictures.blogspot.com/

then follow

k Thanks bai

***

Monday, November 12, 2012

Dinner at Spicy Crab

***

Lets go
Walk walk find food

3 minggu sudah
Bapa Alkisah ajak pergi makan kat Spicy Crab, Kota Kemuning
Tak cakap banyak Alkisah on je kalau dah ada orang nak belanja
Transportation on Me

1st time pergi confirm sesat
 lepas pusing pusing baru jumpa
kalau nak senang lepas korang masuk exit kota kemuning dari KESAS
1st roundabout, amik kanan.
bila dah masuk situ, korang terus, nanti blah kanan jumpa Mc D
then terus lagi dan pandang je blah kanan
for sure jumpa signboard 


Yeah bila dah sampai mesti la happy
Happy nak makan crab


Tempat dia agak nice
tak ramai orang masa tu
May be tengah bulan kot

Menu dia pun agak menarik dan berlainan
Ni menu makan malam kitorang 

Undang Nestum, Ikan Kerabu Mangga

Ketam Black Pepper dan Bendi + Sambal Belacan

Harganya juga berpatutan
cuma korang kena banyak bersabar

sebab katanyeeee..

tukang masak diorang ada 2 orang je
maybe servis dia, lambat sedikit
kalau tak ramai orang, mungkin ok

Apa lagi, p la try

***





Saturday, November 10, 2012

Haish budak budak zaman sekarang

***

Aduyai. mahennn tul budak budak sekarang

Ni abang nak tegur skit

Ada masa kita boleh bergurau
Ada masa kita kena serious seserious Blog Serious

Dulu masa Alkisah belajar
nak melawak dengan guru pun fikir 10 kali.
Apatah lagi nak bergurau dalam exam.

So kalau adik adik cerdik pandai
jadikan ia sebagai pedoman


Nyatakan 2 cara hakisan ombak yang menghasilkan bentuk muka bumi tersebut. iaitu Teluk dan tanjung

source facebook

Pengaruh filem yang melampau.

***

Friday, November 9, 2012

Alkisah ke Kidzania

***

Yeay Yeay
Alkisah dapat follow ke Kidzania
bersama kanak kanak riang Noble Kids Denai Alam

Akceli, my wife kerja kat situ
then Alkisah just follow je
plus minus boleh masuk dan shoot gambar dalam Kidzania

Yeahh!!

Masing masing muka excited nak pergi
Bila bas dah sampai
Diorang kena beratur, dan teacher kira budak budak
supaya tiada yang tertinggal

jom layanz picca yang Alkisah shoot


ada sorang teacher tu promote Inner Shine..


Bila dah sampai Kidzania
Diorang kena beratur lagi
Kira budak budak, make sure cukup


Teachers Noble Kids yang Vogue
2-2 dah tak available 
Cuma yang available
Kemasukkan budak budak tahun depan
Haaa.. apa lagi.. cepat cepat la register anak korang kat Noble Kids Denai Alam


Boss, Admin and Principle


Wahh nak masuk Kidzania
kena pergi Imigresen dulu
kalau tak.. anda dikira pendatang asing


Budak budak ni diberikan cheaque sebanyak cheaque 50 Kidzos
then diorang kena pergi CIMB dalam Kidzania untuk cash out dan jolly sakan
hati hati ye, dalam Kidzania ada disco tau..
ish ish ish

1st, Gegurls di bawa ke Chika's Locker
untuk belajar modeling
Amboi style gitu mak nokkk

 

Stylish star abes
then sebelum meneruskan aktiviti lain
diorang kena mamam dulu
supaya cergas dan cerdas


Akceli
Macam macam budak budak nie boleh buat,
jadi polis, hakim, peguam, ahli bomba, wartawan, DJ radio, Pilot, Pramugari, dan etc


So 1st task untuk Boboboy
Alkisah suruh diorang kerja kat Vitagen Milk Factory


Tapiiiii....
Malangnya bila dah 30 minit tunggu
dan turn boboboy untuk masuk Vitagen Milk Factory
boleh plak machine rosak Vitagen tu rosak
so kilang kena tutup dulu

Dangggg..

Tak pe la
Then terpaksalah Alkisah bawa diorang pergi ke
Skyrider Training Area
Suruh gang Boboboy ni jadi pilot

Inilah cita cita Alkisah masa sekolah dulu
Haishhhh..


Penantian suatu penyeksaan
Kena sabar la ye Boboboy
bukan senang nak jadi Pilot tau..


Wow pilot cinonet
Best tul diorang dapat main Aircraft simulator
Alkisah plak terasa jeles nie

***

Bagi Alkisah
Kalau korang nak bawa adik adik or anak anak ke Kidzania
biarlah bebudak tu berumur 9 tahun
kalau nak bawa 6-7-8 tahun
biarlah bebudak tu boleh berdikari macam 9 tahun

Sebab:
setiap kerja yang diorang buat akan dapat duit
dan ada sesetengah aktiviti yang diorang buat kena pakai duit.

bila diorang nak bershopping dalam Kidzania
seriously cakap
diorang kena rajin bekerja

nak kerja bukannya senang
kena beratur panjang untuk sesetengah kerjaya
kadang kadang ambil masa sampai 30-60 minit untuk menunggu giliran
dan seriously cakap underpaid
kekeke.

itu pasallah Alkisah sarankan biar bebudak tu benar benar berdikari
jadi bagi parents atau abang abang/kakak kakak yang follow tu
boleh lepak minum kopi kat dalam Kidzania
sambil memerhati kerenah budak budak dengan kerjaya masing masing

Akhir kata dari Alkisah:
 Dalam kidzania dengan dunia luar
sama je
"Bukan senang nak dapat kerja
Tunggu itu pasti,
Dapat belum tentu,
Gaji yang ada tidak mencukupi"

***


***
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...