Saturday, October 16, 2010

Kenangan Skuad Harimau Kumbang

***

Kalau sekarang Arsenal mempunyai player dari Morocco iaitu Maroune Chamakh, tetapi Skuad Harimau Kumbang dahulunya sudah pun memiliki striker juga berasal dari Morocco yang cukup hebat di era 90-an iaitu Merzagua Abderrazak.

Kehebatan beliau ketika itu, hanya dapat dilihat oleh Alkisah dikaca televisyen dan di dengar di corong corong radio sahaja. Bapa Alkisah tidak mendedahkan Alkisah dengan keadaan di Stadium yang sebenar. Bagi Alkisah, melihat bola di kaca TV dan di corong radio sudah cukup memuaskan hatiku pada masa itu. Alkisah cuba mencari arkib video beliau tetapi gagal. Apa yang Alkisah jumpa hanya cebisan gambar gambar lama beliau yang telah pun diupload oleh mrhariapenang di youtube.

Pada tahun 1998 Skuad Harimau Kumbang berjaya merangkul juara Liga Perdana Malaysia di bawah pimpinan coach Moey Yoke Ham.


The 1998 M-League Champions.
Penang Panthers...
(back row/left to right) Yong Woon Seang, Fabio Dasilva, Chee Wan Hoe, Abdul Rahim Hassan, Zaidi Mat Ail, Ahmad Sobri Ismail
(front row/left to right) Ballamoudou Conde, Merzagua Abderrazak, Moey Kok Hong, Fauzi Soh, Ng Kok Heng.



Pada tahun 1999, FAM membubarkan para pemain import. Maka dengan itu, mereka terpaksalah pulang ke tanah air masing masing. Skuad Harimau Kumbang mengambil langkah drastik dengan membeli pemain Selangor iaitu Azman Adnan, salah seorang striker terbaik Malaysia ketika itu. Pada tahun itu juga Alkisah berjinak jinak mengajak bapa ku untuk ke Stadium. Pujukan demi pujukan akhirnya berjaya lantas membuatkan hati Alkisah gumbira. Pertama kali Alkisah menjejak kaki di stadium keramat Skuad Harimau Kumbang iaitu Stadium Bandaraya. Di situ adalah antara stadium yang paling best bagi Alkisah. Stadiumnya hanya mampu memuatkan 20 000 orang dan mempunyai 2 bahagian iaitu Grandstand dan juga tangga ayam. Harga tiketnya berbeza dan free seating.

Jam menunjukkan pukul 8.40 malam, berkumandang lagu masuk para pemain. Teruja dan bersemangat Alkisah pada waktu itu, tambahan pula ada Azman Adnan sebagai striker. Sepak mula perlawanan pada pukul 8.45. Alkisah masih ingat lagi, stadium itu masih menggunakan scoreboard Dunhill dan score itu ditukar nombornya dengan menggunakan khidmat manusia. Oldskool babe.

Sepanjang perlawanan tersebut, baru Alkisah sedari kenapa bapa Alkisah tidak mahu membawa Alkisah ke stadium. Cacian dan makian memang bersepah sepah keluar dari tempat duduk. para penyokong. Anda jangan terkejut, sebab benda yang anda tak pernah dengar pun akan ada disitu. Bukan saja player yang kena maki, kadang kadang reff pun jadi habuan. Nasib baik Alkisah dah matang. Jadi Alkisah ambil langkah positif dengan mengambil yang jernih, buang yang keruh.

Prittt wisyel penamat dibunyikan. Skuad Harimau Kumbang menang pada perlawanan tersebut. Serious Alkisah lupa team lawan tu sapa. Yang penting menang.

***

Pada tahun 2002, Alkisah bergerak aktif dengan menyertai forum Haria Penang. Di situ Alkisah dapat banyak maklumat tentang Skuad Harimau Kumbang secara terperinci dan terkini. Apa yang menarik pada masa itu, Skuad Harimau Kumbang berjaya melayakkan diri ke Final Piala FA menentang Perak di Stadium Bukit Jalil. Alkisah bersama rakanku Haris dengan semangatnya menaiki motor ke sana.

Pertama kali Alkisah masuk Stadium Bukit Jalil dan tengok Final disitu. Kami sesat semasa mencari tempat duduk di dalam Stadium itu. Nasib kami serupa dengan seorang Uncle. Tak sangka dia pun orang Penang. Jadi kami sama sama cari jalan untuk ke port penyokong Penang. Kami jumpa jalan keluar. "Wahhh bestnya, 3/4 Stadium dipenuhi para penyokong Perak", kata hatiku. Alkisah pandang kiri dan kanan. "Aik apsal kuning je ni". kata hati ku yang tak berapa nak sedap. "Woi nie port YOB oi" jerit salah seorang penyokong Perak. Salah port daa. Alkisah dengan selamba bercampur hati kering bergerak ke hujung belah kanan sekali dan terpaksa mengharungi para penyokong Perak. Nothing happen, diorang semua cool, takat kena boo tu perkara biasa bagiku. Kami hampiri sempadan dengan tempat duduk para penyokong Penang. Hatiku terasa lega sedikit walaupun penyokong penang ketika itu hanya 1/4.

Perlawanan itu sangat seimbang dan panas setelah Kapitan pasukan Perak Ahmad Shahrul Azhar dilayangkan kad merah. Penantian suatu penyeksaan, debaran kian terasa. Pada minit ke-65 Gustova Romero telah menjaring gol lantas menjadikan ia sebagai gol kemenangan buat pasukan Pulau Pinang.

Gol yang dijaringkan oleh Gustavo Romero

Hadiah untuk rakyat Pulau Mutiara.


Hero Pasukan Penang yang Alkisah suka:


video ini diupload oleh mr hariapenang di youtube.

Azman Adnan ketika menyarung jersi Pulau Pinang


THREE MUSKETEERS: (From left) Ito Dan with Jose Baretto and Viatcheslav Melnikov.

Serious Alkisah baru tahu Haria Penang ada lagu. Dah macam lagu setaraf Mizz Nina.



Inilah sejarah Skuad Harimau Kumbang yang pernah Alkisah lalui dan alami.


info: hariapenang.blogspot @ hariapenang.net
source video : youtube
untuk melihat dengan lebih syiok, biar dia loading kasi full baru korang play. enjoice.

***

3 Blogger kasi response. .

pokdin Author
October 16, 2010 at 1:13 PM

HARIA PENANG HARIA.. Semoga zaman kegemilangan akan kembali.. XD

Reply
November 11, 2010 at 11:18 PM

salam...perceritaan yang bagus
harap tahun depan penang haria....
balik macam dulu....

Reply
Saed Ramadhan Author
November 12, 2010 at 10:26 PM

tu la pasal rindu zaman bola dulu dulu...

Reply

Post a Comment

Cer komen skit..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...