Tuesday, January 21, 2014

Cerita Malaysia Tidak Ke Piala Dunia #CMTKPD

***

Buku ini aku ambil masa 3 hari untuk dikhatamkan.
Sesungguhnya, aku dah lama nak beli,
tapi kewangan aku ketika tahun 2011 itu agak meruncing.

Tapi alhamdulillah
Kini ada sedikit ruang lalu aku salurkan sedikit untuk memiliki buku ini.

***

Edisi Pertamax keluaran 2011, 

Aku tahu pasal buku ini dari blog Sokernet.
Blog bola sepak tempatan dan antarabangsa
yang penuh dengan fakta dan sindiran sinis bagi penyokong lawan masing masing.

Kalau pada awalnya, blog itu mencecah 70-90 entri / bulan.
tapi kini ianya agak hambar kurang 10 entri / bulan.
Sama seperti angan angan kita nak Malaysia ke Piala Dunia.
Membara pada awalnya, kini layu jua.

Aku bersangka baik,
mungkin otai otai Sokernet sudahberalih arah ke media sosial yang lain.

Seriously aku rindu blog Sokernet yang dulu.

Setiausaha Agung FAM, Dato' Azzuddin Ahmad juga telah memiliki senaskah.

***

Aku pernah terbaca, Lucy mengatakan bahawa cetakan pertama adalah lebih pedih (18PL) dari segi penulisannya,
manakala edisi berikutnya telah ditapis untuk tutupan (U).

***

Bila aku baca buku ini,
Aku seperti sedang tengok highlight bola,
Dimana highlight tentang bola malaysia beraksi pada tahun 70 / 80 / 90an tak banyak di youtube.
Mungkin koleksi penuh ada dalam arkib RTM/ FAM barangkali.
Nasib ada buku CMTKPD,
Boleh aku berimiginasi sendiri.

 


***

Idea buku ini sangat bagus,
Hampir 3/4 buku ini diselitkan dengan fakta, bagaimana pasukan Malaysia bertungkus lumus beraksi untuk ke Piala Dunia.
Lalu ia disudahi dengan cadangan bernas dari Lucy
tentang penambahbaikan dalam organisasi FAM, Pasukan Malaysia serta Liga tempatan itu sendiri.
Bak kata pepatah,

"Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga"

"Melentur buluh, biarlah dari rebungnya."

Sebuah buku yang harus dimiliki dan bukan dipinjam
Wohaa.. gurau je..

Walauapapun, aku rindu zaman Liga Dunhill dulu,
Korang boleh cerita aku tentang Skuad Harimau Kumbang dan pertama kali aku menonton bola di Stadium.

Klik link dibawah ini,
Kenangan Skuad Harimau Kumbang

***

Dalam blog sokernet,
Aku lebih tertarik dengan penulisan Lucy yang berfakta.

dan ada lagi satu penulisan beliau tentang Ekonomi.



ini aku tak sure, dah ada buku ke tak ?

***

Akhir kata,

ada member rekemen buku
Dari Tanjung Malim Ke KLCC
&
Dari KLCC ke Tanjung Malim

Insyallah, kalau dapat bonus nanti aku beli.

Jikalau korang ada buku buku rare.
Boleh la share tajuk buku tu dekat aku, plisss
Kalau best, apa salahnya aku beli.

Mohon ye, jangan rekemen novel cinta plak.
Aku dah cukup tua untuk semua itu.

Wehuu..


Membaca itu Jambatan ilmu,

XOXO

***

6 Blogger kasi response. .

Sheila Salim Author
January 21, 2014 at 10:05 AM

Assalamualaikum , baru nak suruh beli novel cinta. hahahha. best ekk ? sheila jarang dan tak berapa gemar baca cerita camni. sebab otak selalu ke laut masa baca, pastu end of the story, tak paham pape. hihi >______<

Reply
Cik Puan Author
January 21, 2014 at 12:48 PM

Bile bace tajuk nya..dalam hati tadi..."memang tak mungkin lah malaysia ke piala dunia" kohkohkoh.tapi bila dah bace entry ne...alahaiii....pasal buku rupanye..cik suke bace novel jae lah...hihii (*.*)

Reply
ewanthology Author
January 21, 2014 at 10:34 PM

penulis sokernet yg dulu memang best.... sekarang ni suam suam je

Reply
Sofea Author
January 24, 2014 at 7:10 PM

you are correct!!

Reply
Sofea Author
January 24, 2014 at 7:12 PM

cerita macam nie yang banyak kena fikir, kalau novel cinta.. kena tgk thru drama bersiri macam Adam Hawa.. baru feel..kalau baca sure ngantuk..

Reply
Sofea Author
January 24, 2014 at 7:13 PM

biasa la gadis, memang suka novel.. ada juga kawan laki alkisah juga suka baca novel.. walaupun spesis ganas..

Reply

Post a Comment

Cer komen skit..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...