Monday, January 27, 2014

Auto-M: Honda Civic Tourer

***



Selain dari mecari kenderaan budget murah ke tempat kerja,
Aku juga rajin survey kereta ala ala MPV.
Ini semua minat si isteri.
I Follow je,

Macam anak ramai je nak bawa MPV kan..
Tapi perjalanan Utara-Selatan, bila tiba musim perayaan.
Memang memerlukan kereta macam ini.

Sekali balik, banyak betul barangnya, 
Macam nak pindah rumah.

***

Ada sekali tu, aku blogwalking, terjumpa satu artikel mengenai Civic Tourer.

Apa kejadahnya Civic Tourer ni?

Civic Tourer ini ala ala Civic biasa, cuma ia di"Wagon/Hatchback"kan. Ketinggian di bahagian boot dinaikkan 1040mm, panjang dibesarkan 235mm, bawah direndahkan 137mm. Ini memberikan keluasan pada boot dan memudahkan pemunggahan barang. Dianggarkan luasan kargo barang sebanyak 624 liter, dan apabila tempat duduk dibahagian belakang diturunkan, keluasan bertambah menjadi 1,668 litter berbanding dengan keluasan Honda CRV 2013 yang hanya mempunyai keluasan maksima 1,146 liter.

Enjinya dilengkapi dengan 1.6-liter i-DTEC (diesel) atau 1.8-liter i-VTEC.


Designnya agak futuristic.

***


Dikhabarkan juga, pada tahun ini Honda Yuasa Racing team akan membawa masuk Civic tourer dalam kejuaraan 2014 MSA British Touring Car Championship.

Ini sedikit sebanyak memberi idea kepada pengguna untuk memodifikasi kereta Civic Tourer mereka.

***

Pada tahun ini juga, di United Kingdom, kereta Civic Tourer ini boleh dilengkapi dengan Driver Assistance Safety Pack. Dianggarkan lebih kurang RM4,200.

Dalam DAS pack ini mempunyai City-Brake Active, Forward Collision Warning, High Beam Support, Traffic Sign Recognition, Blind Spot Information, Lane Departure Warning and Cross Traffic Monitor systems.

Bagi memudahkan pemahaman tentang DAS ini, boleh lah view video dibawah.


Hebat dan Selamat kan.

Sama ada ia mengganggu atau pun tidak.
Kena la install DAS kat kereta

***

4 Blogger kasi response. .

Anum Author
January 27, 2014 at 10:53 AM

cantik

Reply
aizamia3 Author
January 28, 2014 at 4:24 PM

nampak smart.. ;)

Reply
Sofea Author
January 29, 2014 at 12:55 PM

tau tak pa

Reply
Sofea Author
January 29, 2014 at 12:56 PM

tu la pasal

Reply

Post a Comment

Cer komen skit..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...