Monday, January 20, 2014

Auto-M: Renault Twizy

***



Sapa pernah tengok Renault Twizy kat atas jalan Malaysia,
taip kat comment say "Hey"

Twizy ini adalah kenderaan yang menggunakan Elektrik Motor,
Panjangnya 2.34m, Lebarnya 1.24M, Tingginya 1.45M.
Ada beberapa jenis Versi Twizy dan paling laju ia boleh pergi (80kph)
Tak payah pikir nak isi minyak,
Tapi leceh nak parking untuk charge kereta.
Kat Malaysia, aku perasan kat KLCC ada satu tempat charge kereta.
Tapi bila fikir balik, tarif elektrik pun dah naik.
Macam tak berbaloi la plak.

Haihs..

***

Pada entri sebelum ini, aku pernah terfikir nak beli motor untuk pergi kerja.
Ini semua gara gara kenaikkan harga minyak.
Dari Scooter sampai ke Scrambler aku dah survey.
itu belum aku tulis entri pasal Spyder.

Kenapa aku suka kereta ni?
Sebenarnya, aku tak pandai atau penakut bawa motor kat Highway.
Apatah lagi ulang alik Cyberjaya-Shah Alam lebih kurang 80-90km jaraknya pergi balik.
Bila bawa motor, risikonya tinggi, biarpun ia adalah salah satu cara aku boleh berjimat.

Dengan adanya kereta ini,
Ia seperti scoot-ta [scooter + kereta]
Cuma ianya berbumbung dan ada 4 tayar.
Kira selamat la juga.

Andai kata,
Aku beli kereta Twizy ni, sampai saja kat tol, aku lari ikut laluan motor
At least save banyak kat tol.
Boleh tak kalau macam tu?

Haihss, again

Belum apa apa lagi, niat dah lari.

***

Cuba layan video Vetel kat bawah tu. selambar je dia ikut laluan motor.


Kalau aku dapat Twizy versi F1 nie,
Pergh memang mengancam.

Tetapi,

Hakikatnya kalau Twizy yang biasa biasa saja,
Boleh tengok video kat bawah dari Fifth Gear.



Ala tomey tomey.

***

Sampai disini saja hasil nukilan

Seorang blogger yang masih tercari cari kenderaan budget murah ke Opis.

XOXO

***

4 Blogger kasi response. .

smbotak Author
January 20, 2014 at 10:35 AM

nak guna lane moto masa tiba tol, boleh... tapi kena sengetkan la, guna 2 tayar je! hahahaa! benda ni kalau ada diecast model versi choro, mesti cute abis...

Reply
Cik Puan Author
January 20, 2014 at 11:52 AM

hahahahaa......amboi nak lari dari tol ek ^q^
benda ne belom ade kat malaysia,kalau dah ade baru cik taip "hey' yae

Reply
Al Kisah Author
January 24, 2014 at 7:14 PM

diecast ni tak berbaloi.. diecast kena cari kereta2 yang Rare..

Reply
Al Kisah Author
January 24, 2014 at 7:15 PM

yeke tak der lagi.. hurmmm

Reply

Post a Comment

Cer komen skit..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...