Friday, October 15, 2010

2 Movie Satu Hari

***

Siapa yang pernah tengok 2 Movie kat Wayang dalam masa 1 hari yang sama?. Orang yang kerja wayang sila berdiam diri Okeyy..

Bukan apa, dulu masa cerita Transformers keluar pada tahun 2007, Alkisah memang amat teruja nak tengok sangat cerita pasal robot robot. Mana taknya, dari kecik Alkisah layan kartun Transformers. Dalam masa yang sama juga cerita Die Hard 4 pun keluar. Pergh, Bruce Willis berlakon, tambah tambah Alkisah memang follow cerita Die Hard. Maka dengan itu, Alkisah buat kerja gila, Alkisah amik show Die Hard 4 pukul 3 dan Transformers pukul 5. Berlari juga Alkisah masa tu. Abis saja cerita Die Hard, Alkisah keluar dan terus ke panggung Transformers. Ini sempena Birthday Alkisah. Dua dua movie ini release masa birthday Alkisah. Kalau tak percaya click situ Die Hard 4 & Transformers. Alkisah layan dua dua movie ini seorang diri. Memang puas dan gumbira Alkisah pada masa tu.

***

Sekali lagi, Sabtu lepas Alkisah buat perkara yang sama, tapi kali ini dengan cerita lain. Ramai orang memperkatakan pasal cerita Magika. Jadi dengan perasaan ingin tahu, Alkisah pergi beratur beli tiket. Susah juga nak beli tiket sebab tak banyak panggung yang mainkan cerita ini. Last Alkisah dapat tiket pun, time midnight show. Bapak bosan tunggu sampai 11.55 malam. Satu OU Alkisah dah pusing pusing. Kaki pun dah penat. Alkisah pun ambil keputusan untuk tengok movie " Jangan Pandan Belakang Congkak 2" dahulu sebagai pengubat kebosanan. Nasib baik ada Lisa dengan Nora dalam cerita tue, tambahan pula ada tunang kat sebelah. Not bad juga movie tue, just for fun.

Tak sangka movie tu abis awal. Ada lebih kurang 2 jam lagi untuk cerita Magika. Kedai pun dah mula tutup. Alkisah pun dah tak tahu nak ke mana. Jadi Alkisah lepak atas kerusi. Tengah lepak lepak situ boleh terlelap plak. Penat memang penat.

Tiba tiba..

Lampu no 1 dah menyala. Yes, dah boleh masuk. Pergh ramai betul orang tengok movie nie, rata rata yang sudah berkeluarga membawa anak masing masing. Tak patut betul, kenapa cerita Magika ni buat masa midnite show, kesian budak budak tu. Tak elok ajar mereka tengok movie time midnite tau.

Alkisah duduk row belakang sekali, dan ada sorang kanak kanak kecil perempuan duduk dihadapan Alkisah. Bila start saja tulisan Magika keluar terpangpang kat depan screen, budak kecil itu terus menjerit kuat kuat " Yeaaa Magikaaaa".

Alkisah hanya mampu tersenyum, "Excited betul budak tue"detik hatiku. Maybe 1st time tengok wayang kot. Dulu Alkisah 1st time tengok wayang cerita "Teenage Mutant Ninja Turtle" dekat Cathay, tak der plak sampai macam tu sekali.

Apa kata anda pasal Magika? Bagi Alkisah sesuai untuk ditonton oleh kanak kanak sahaja. Pembaharuan dalam industri perfileman negara kita, Muzikal Movie ceria ala ala cerita Disney.

***





Post a Comment

Cer komen skit..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...