Friday, July 18, 2014

Kisah Ramadhan 1435: Juadah Berbuka Puasa

***

Awal Ramadhan tahun ini aku pulang ke Pontian. Sebabnya.. Raya pertamaku di Penang, jadi aku ambil sedikit masa untuk berpuasa di selatan tanah air.

Kalau dah turun selatan, semestinya aku akan cari Murtabak Singapore berhampiran perhentian bas Pontian. Pada hari pertama berpuasa, sesudah solat Asar terus aku ke pekan. Aku tengok kedai Murtabak tu tak ramai orang dan terlihat kelibat pakcik tu tengah syok menebar roti. 

Dalam hatiku berkata " Wah cantik ni, boleh jadi 1st customer." 
Bila sambil borak dengan My Wife nak beli berapa biji dan jenis murtabak, tetiba anak Pak cik tu bersuara. "Sorry bang, Murtabak dah abis, ini order dari semalam". 
Aku balas "La yeke dah abis, awalnya".

Baru pukul 5 petag semuanya dah sold out. Murtabak yang tengah siap tu adalah untuk orang yang order semalam. Masalahnya, semalam belum berpuasa lagi. Kiranya kalau nak Murtabak tu, kena order hari ini, esok baru boleh makan. Wahh gitu..

Agak hampa di situ.

Pada Keesokkan harinya aku gerak ke Taman Perling, Tengahari layan moie Transformers kat Jusco Tebrau, lepas tu terus cari juadah berbuka. Bila dah sampai di negeri Johor Luaskan Kuasamu, haruslah aku cari Murtabak Kampung Melayu Majidee dan Haji Kacang Pool. Menu wajib ketika berada di Johor. Aku tak nak up gambar makanan tu, kalau boleh, korang turun JB nanti, cari dan rasanya sendiri kenikmatannya. Nyumm nyumm..

Kalau menu wajib di Penang plak, aku lebih suka Nasi Briyani Hameediyah. Bila sebut nama tu, boleh terasa rempah Briyani dan ayamnya dalam mulut. Slurppp.. Dugaan dalam bulan puasa betui..

Di Shah Alam pula, aku tak der menu wajib. Habis kuat, akan ku beli ayam percik. Minggu lepas, aku sempat singgah di PaRam Stadium Shah Alam, macam macam ada bak hang. Cuma bagi aku, ntahlah macam tak ada sesuatu yang Boom.. yand dapat menarik minat untuk membelinya. Aku lebih suka masakan biniku. Tak dinafikan, aku agak frust bila rata-rata harganya makanan yang dijual agak mahal dan tak berpatutan terutamanya air. Minuman RM3, tapi bila minum rasanya hambar. Belum masuk cerita lagi kuih-muih seperti karipap yang intinya tak penuh. Haihss

Ini cuma pendapat peribadi. Harap para peniaga dapat menjual makanan dan minuman sejujur yang mungkin. Insyallah diberkati tuhan.

Inilah Iftar aku bila tengah memandu pulang dari tempat kerja. 
Kadang-kadang kerja bertimbun, tak sempat nak balik awal.
7 lebih baru keluar Opis.
Maka inilah juadahnya.

***


6 Blogger kasi response. .

July 18, 2014 at 10:05 AM

ye la kan kena standby

Reply
Al Kisah Author
July 18, 2014 at 11:40 AM

ye lorr

Reply
July 18, 2014 at 1:19 PM

Yer lah Ed.. kadang sian kat orang2 yg sangkut kat jammed..dgn berbekalkan kurma & mineral water pun dah ok utk berbuka.. tp kak jah percaya at the same time mst terbayangkan ayam golek masa tengah driving kan?? hahaha
Pergghh murtabak order harini dapat makan esok?? itu betul2 terlajak laris tu.. hehehe

Reply
ewanthology Author
July 18, 2014 at 6:40 PM

maju sunggu perniagaan murtabak dia....kena order awal sehari...:-)

Reply
Al Kisah Author
July 19, 2014 at 12:19 PM

kalau boleh.. otw balik shah alam ada drive thru ayam golek kat highway elite.. memang singgah la jawabnya.. ^D^:

Reply
Al Kisah Author
July 19, 2014 at 12:23 PM

serious bro.. memang relaks je kedai dia.. mungkin ada kuata hasil penjualan setiap hari. kira dah exceed limit.

Reply

Post a Comment

Cer komen skit..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...