Friday, July 25, 2014

Bahana : Media Massa dan Sosial

***


Kalau nak diperhatikan, dunia yang serba moden ini dengan transformasi maklumat dapat disampaikan sepantas kilat membuatkan manusia semakin ghairah.


Bila terbaca petanda-petanda kecil hari kiamat, ia membuatkan aku rasa tersentap lalu berfikir sejauh yang mungkin.


Semua petanda ini berlaku pada hari ini, terutamanya di facebook, twitter, blog, whatapp, majalah hiburan, dikaca t.v dan dicorong radio.


Petanda-pentanda kecil yang dimaksudkan itu adalah:
  • Zina bermaharajalela.

“ Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang." - Sahih Muslim ” 
  • Bermaharajalela alat muzik.

Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka."Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab; "Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita" - Ibnu Majah 
  • Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga tidak baik.

"Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga." - Riwayat Ahmad dan Hakim. 

  • Orang hina mendapat kedudukan terhormat.

"Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka'(orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia" - Riwayat Thabrani  


  • Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.

" Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. "Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang."

  • Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita.

"Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu" - Sahih Muslim

  • Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar.

“ Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar" - Riwayat Ahmad 

  • Kekayaan umum dikuasai segelintir orang tanpa kebenaran dan tanpa rasa takut, termasuk rasuah dan mengambil harta secara tersembunyi.
  • Akan terdapat banyak pengkritik, pembawa-cerita, penikam-belakang dan pengejek dalam masyarakat. 
  • Orang akan mendirikan hubungan dengan orang tak dikenali dan memutuskan hubungan dengan yang rapat dan disayangi. 
  • Orang akan melakukan homoseksual. 
  • Akan terdapat ramai anak luar nikah. 
  • Berkurangnya sifat amanah.
  • Terasa berat untuk menjalankan syariah (zakat dijadikan hutang).
  • Lelaki mentaati isterinya tetapi menderhakai ibunya.
  • Lelaki berkasar dengan bapanya tetapi beramah dengan rakannya.
  • Suara manusia meninggi (menjerit dan berteriak) di masjid-masjid.
  • Lelaki dihormati bukan kerana budi dan kebaikan tetapi kerana takut akan kejahatannya 

Dari Ali dan Abu Hurairah r.a.: "Apabila harta rampasan perang (milik umum) dikuasai segelintir orang sahaja, barang amanah menjadi rampasan, harta zakat menjadi hutang, seorang lelaki mentaati isterinya dan menderhakai ibunya, berbuat baik kepada temannya dan berbuat kasar kepada bapanya, suara-suara tinggi di masjid-masjid, yang menjadi pemimpin suatu kaum (bangsa) adalah orang yang hina (berkelakuan/bersifat keji) di antara mereka dan orang yang menjadi ketua suatu suku (kabilah) adalah orang fasik di antara mereka, seorang lelaki dihormati kerana takut jahatnya, arak biasa diminum, sutera biasa dipakai (oleh lelaki), munculnya penyanyi perempuan dan alat-alat muzik, orang yang di kalangan umat terkemudian akan melaknat (mengutuk) umat terdahulu, maka ketika itu hendaklah mereka menunggu kedatangan angin merah atau pembalikan bumi atau keburukan bentuk-bentuk atau tanda-tanda yang beriringan seperti tali yang putus maka jatuhlah biji secara berterusan". - Riwayat Tarmizi 

  • Munculnya gaya hidup mewah dan manja di kalangan umat Islam. 

"Apabila umatku berjalan dengan sombong dan yang melayan mereka adalah putera-puteri raja, putera-puteri Parsi dan Rom, maka orang yang paling buruk akan berkuasa terhadap orang yang paling baik (pilihannya)." - Riwayat Tarmizi, Sahih Abdullah ibnu Umar r.a.

  • Orang fasik dimuliakan sedangkan orang mulia dan terhormat direndahkan. 

Sungguh hebat dia, sunggu jarang orang seperti dia dan sungguh pintar dia sedangkan di dalamnya tidak ada iman sedikitpun" - Riwayat Bukhari, Muslim, Ahmad, Tarmizi, Ibnu Majah

***

Kalau diperhatikan, manusia hari ini sangat pantas menyebarkan berita, hari ini berlaku dan tidak sampai beberapa minit berita telah tersebar di seluruh negara. Apa yang baik dijadikan teladan dan apa yang buruk dijadikan bahan troll, viral, cacian, makian dan sebagainya. Lagi pelik bila yang teladan yang tidak baik menjadi terkenal dan diangkat sebagai cerita main page. Ini belum masuk lagi cerita pembunuhan, konsert, seks bebas, berpakaian seksi dan sebagainya.


Bila mendengar dan membaca cerita-cerita ini di media massa, hati aku rasa takut. Sebab aku juga sedikit sebanyak pernah terjerumus dalam benda-benda tu secara tak langsung.

Haihhss.. adakah ia semakin hampir pada kita?

Mungkin belum terlambat untuk kita bersedia. Selagi ada ruang waktu, perbaikilah dan hiasi diri kita amalan-amalan yang mulai lagi diredhai oleh Allah.



Aku bersyukur, di dalam kesibukkan kita dengan perlbagai perkara, ada rakan-rakan diluar sana yang cuba memberi update dan peringatan kepada kita yang lalai ini untuk tersentap seketika.

Alhamdulillah, ramai juga wanita-wanita di luar sana yang sudah berhijab dan menutup aurat pada tahun ini dan pada bulan yang mulia ini.


Sebelum mengakhiri entri ini, Ayuhlah kita menghindari dari menyampaikan keburukkan dan berita yang tidak pasti kesahihnya lagi, tapi biarlah kita penuhi dan hiasi media massa dengan info yang berilmiah. Insyallah.


** Harap maaf jika ada tersalah bahasa/hadith didalam entri ini.

Post a Comment

Cer komen skit..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...