Monday, April 11, 2011

Aku Menantimu Everyday

***

Wehhuuu

Lagu yang sedang diputar putar di corong corong radio kereta, rumah, hostel, kedai makan mahupun di opis opis kalian



Sapa sebenaqnya Awi Rafael ni?

Ibunya yang berasal dari Pontian, Johor dan bapanya dari Jakarta, Indonesia, Awi Rafael mendapat pendidikan persekolahan di Singapura dan merupakan graduan jurusan Undang-undang dan Psikologi. Anak Melayu ini memulakan kareer muziknya dengan merantau ke Australia untuk mencuba nasib dan menimba pengalaman di sana. Dengan berkat ketekunan dan keikhlasan, usaha Awi Rafael membuahkan hasil apabila suaranya diperdengarkan di TV dan radio di Singapura, Brunei dan Indonesia pada usianya yang baru mencecah 20 tahun ketika itu. Sebagai seorang yang pernah menganggotai kumpulan ‘Bhumiband’ suatu ketika dulu, penyanyi yang juga merupakan seorang penulis lagu dan lirik ini kini mula menggiatkan diri dalam industri muzik tempatan sebagai artist solo di bawah naungan Warner Music Malaysia Sdn Bhd.

“Pulanglah” adalah single pertama Awi Rafael. Sebagai protégé Dimas (Hujan), Awi Rafael kini muncul dengan single pertamanya “Pulanglah”. Senilagu dan senilirik oleh Awi Rafael sendiri, “Pulanglah” dikoordinasikan oleh Dimas sebagai produser.

Single yang disusun dalam rentak pop ini adalah berkisarkan tentang kisah cinta. “Pulanglah” merupakan luahan hati sang pencinta yang menantikan kepulangan pujaan hati ke pangkuannya.
Lagu ini bermula dengan dua rangkap verse yang merupakan pernyataan betapa kehadiran sang pencinta yang terabai. Kewujudan sang pencinta yang memendam perasaan kasih dan sayangnya, langsung tidak disedari oleh pujaan hatinya, menyebabkan sang pencinta berasa rendah diri dan hampa dengan layanan yang diberikan.

Pada bahagian ‘bridge’ lagu ini, sang pencinta meluahkan buah fikiran yang merupakan andaian punca kehadirannya tidak diendahkan. Bahagian ini juga turut diselitkan dengan pertanyaan adakah sang pencinta harus menanti kepulangan pujaan hati ke pangkuannya.

Korus “Pulanglah” merupakan permintaan sang pencinta kepada pujaan hatinya untuk pulang ke pangkuannya. Pada bahagian ini, sang pencinta menjelaskan betapa dia telah melalui tempoh penantian yang lama, lantas memberi amaran kepada pujaan hati bahawa ini adalah peluang terakhir untuk pulang ke pangkuannya.

“Pulanglah” secara keseluruhannya adalah lagu sedih yang disampaikan dalam mood relaks, menjadikan lagu ini unik dengan penyampaian serba ringkas dan selamba. “Pulanglah” sesuai sebagai halwa telinga peminat muzik tanahair yang dambakan rentak pop secara lazimnya.'

sumber/source : FACEBOOK : Awi Rafael Music << klik sini then like

***

Post a Comment

Cer komen skit..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...