Saturday, July 26, 2014

Palestine : Qunut nazilah

***


Pada bulan yang mulia ini, kita rakyat Malaysia sibuk dengan juadah berbuka, buffet-buffet iftar, pencarian baju raya dan sebagainya. Bagi rakyat Palestine, bulan Ramadhan ini bulan paling tragik. Serangan demi serangan ke atas rakyat jelata Palestine seperti kanak-kanak, para ibu dan warga emas menjadi sasaran Zionist.

Sedih bila memikirkan nasib mereka disana?

Hambamu ini tidak mampu untuk mengorbankan harta, hanya doa saja yang dapat hambamu sampaikan kepada mereka supaya terus berjuang dan mempertahankan hak mereka.

Ramadhan adalah bulan umat Muhammad saw. Baginda bersabda yang bermaksud "Apabila tiba bulan Ramadhan maka akan dibukakan pintu-pintu syurga dan ditutupkan pintu-pintu neraka lalu diikatkan semua syaitan."

Peristiwa dibulan Ramadhan seperti Perang Badar yang pada keesokan harinya Allah membedakan antara yang haq dan yang bathil, sehingga menanglah Islam dan kaum muslimin serta hancurlah syirik dan kaum musyrikin.

Begitu juga pada bulan suci ini terjadi pembebasan kota Makkah Al-Mukarramah, dan Allah memenangkan Rasul-Nya, sehingga masuklah manusia ke dalam agama Allah dengan berbondong-bondong dan Rasulullah menghancurkan syirik dan paganisme (keberhalaan) yang terdapat di kota Makkah, dan Makkah pun menjadi negeri Islam.

Semoga doa orang-orang mukmin seluruh alam ini memberi kemenangan kepada rakyat Palestine. Itu saja senjata yang kami ada.

Dari Ali r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Doa adalah senjata bagi orang-orang mukmin, tiang bagi agama, dan nur bagi langit dan bumi". (HR Hakim)

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Berdoalah pada waktu mustajab doa iaitu sewaktu pasukkan tentera bertempur, waktu mendirikan solat dan ketika hujan". -Riwayat Abu Daud-

***



Bila mendalami erti Qunut ini, amat terasa keBesaran dan keKuatan kuasa Allah yang tiada tandingannya.

Sebelum ini aku tak tahu pun ada Qunut Nazilah, yang aku tahu Qunut subuh. Ada juga pernah orang buat lawak bila berhadapan dengan tok kadi, tanya nak qunut panjang ka qunut pendek?. Bab itu sila abaikan.

Alhamdulillah dari perkongsian di media massa, lalu aku terus mencari, apa sebenarnya Qunut Nazilah ini?

Bacaan Qunut merujuk kepada doa yang dibaca di dalam solat pada tempat yang khusus sewaktu berdiri.

Qunut nazilah merupakan salah satu daripada tiga jenis qunut yang sunat dibaca dalam solat mengikut mazhab syafie selain qunut dalam solat subuh dan qunut pada separuh malam kedua terakhir dalam solat witir di bulan Ramadhan.

Qunut nazilah sunat dibacakan ketika umat Islam didatangi bala bencana atau ditimpa musibah seperti ketakutan, ditimpa wabak, diserang belalang dan sebagainya. Qunut ini tidak dibacakan jika umat Islam tidak didatangi dengan cubaan-cubaan seperti ini.


Bacaan Qunut Nazilah di zaman Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam


Qunut ini pernah dibacakan oleh Rasulullah ketika kejadian pembunuhan beramai-ramai 60 orang penghafaz al-Quran selama sebulan berdasarkan hadis berikut:


"Sesungguhnya Nabi sallallahu`alaihiwasallam telah membaca doa qunut pada waktu selain dari Subuh ketika turunnya sewaktu pembunuhan sahabatsahabatnya penghafaz-penghafaz al-Quran." -Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim-


Tatacara Bacaan Qunut Nazilah

1. Qunut ini boleh dibacakan pada tiap-tiap sembahyang fardhu jika kedatangan bala.

Dari Abi Hurairah radhiyallahu `anhu beliau berkata : "Demi Allah, sesungguhnya aku akan mendekatkan kamu cara solat Rasulullah S.A.W. Maka Abu Hurairah melakukan qunut pada solat Zuhur, Isya' dan Subuh. Beliau mendoakan kebaikan untuk kaum mukminin dan memintakan laknat ke atas orang-orang kafir".


Abu Hurairah radhiyallahu `anhu meriwayatkan bahawa sesungguhnya Nabi S.A.W tidak membaca qunut melainkan apabila beliau berdoa untuk kebaikan seseorang atau mendoakan kehancuran seseorang. Apabila baginda berkata: "sami'allahu liman hamidah" Baginda berkata “Rabbana lakalhamd dan Baginda S.A.W membaca doa”.


2. Qunut ini dibacakan pada waktu iktidal selepas ruku’ pada rakaat terakhir.


Diceritakan kepada kami Asim berkata, aku bertanya pada Anas bin Malik tentang qunut, lalu dia berkata sememangnya qunut itu ada. Aku berkata samada sebelum rukuk atau selepasnya, Anas berkata selepas rukuk. Aku berkata lagi, sesungguhnya seseorang telah mengkhabarkan kepadaku bahawa engkau memberitahunya selepas rukuk. Anas berkata dia berdusta, sesungguhnya Rasulullah S.A.W membaca qunut selepas rukuk selama sebulan dan diperlihatkannya ketika mengutus satu kaum yang dikatakan mereka itu baik bacaannya seramai 70 orang kepada kaum mushrikin yang telah melakukan perjanjian dengan Rasulullah S.A.W (mengikut riwayat hadis yang lain, 70 orang al-qura’ yang diutuskan oleh Rasulullah tersebut telah dibunuh). Lalu baginda berqunut selama sebulan mendoakan kecelakaan ke atas mereka.

sumber Doa Qunut ini di petik dari: MasjidWilayah.gov.my


***

Friday, July 25, 2014

Bahana : Media Massa dan Sosial

***


Kalau nak diperhatikan, dunia yang serba moden ini dengan transformasi maklumat dapat disampaikan sepantas kilat membuatkan manusia semakin ghairah.


Bila terbaca petanda-petanda kecil hari kiamat, ia membuatkan aku rasa tersentap lalu berfikir sejauh yang mungkin.


Semua petanda ini berlaku pada hari ini, terutamanya di facebook, twitter, blog, whatapp, majalah hiburan, dikaca t.v dan dicorong radio.


Petanda-pentanda kecil yang dimaksudkan itu adalah:
  • Zina bermaharajalela.

“ Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang." - Sahih Muslim ” 
  • Bermaharajalela alat muzik.

Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka."Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab; "Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita" - Ibnu Majah 
  • Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga tidak baik.

"Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga." - Riwayat Ahmad dan Hakim. 

  • Orang hina mendapat kedudukan terhormat.

"Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka'(orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia" - Riwayat Thabrani  


  • Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.

" Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. "Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang."

  • Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita.

"Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu" - Sahih Muslim

  • Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar.

“ Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar" - Riwayat Ahmad 

  • Kekayaan umum dikuasai segelintir orang tanpa kebenaran dan tanpa rasa takut, termasuk rasuah dan mengambil harta secara tersembunyi.
  • Akan terdapat banyak pengkritik, pembawa-cerita, penikam-belakang dan pengejek dalam masyarakat. 
  • Orang akan mendirikan hubungan dengan orang tak dikenali dan memutuskan hubungan dengan yang rapat dan disayangi. 
  • Orang akan melakukan homoseksual. 
  • Akan terdapat ramai anak luar nikah. 
  • Berkurangnya sifat amanah.
  • Terasa berat untuk menjalankan syariah (zakat dijadikan hutang).
  • Lelaki mentaati isterinya tetapi menderhakai ibunya.
  • Lelaki berkasar dengan bapanya tetapi beramah dengan rakannya.
  • Suara manusia meninggi (menjerit dan berteriak) di masjid-masjid.
  • Lelaki dihormati bukan kerana budi dan kebaikan tetapi kerana takut akan kejahatannya 

Dari Ali dan Abu Hurairah r.a.: "Apabila harta rampasan perang (milik umum) dikuasai segelintir orang sahaja, barang amanah menjadi rampasan, harta zakat menjadi hutang, seorang lelaki mentaati isterinya dan menderhakai ibunya, berbuat baik kepada temannya dan berbuat kasar kepada bapanya, suara-suara tinggi di masjid-masjid, yang menjadi pemimpin suatu kaum (bangsa) adalah orang yang hina (berkelakuan/bersifat keji) di antara mereka dan orang yang menjadi ketua suatu suku (kabilah) adalah orang fasik di antara mereka, seorang lelaki dihormati kerana takut jahatnya, arak biasa diminum, sutera biasa dipakai (oleh lelaki), munculnya penyanyi perempuan dan alat-alat muzik, orang yang di kalangan umat terkemudian akan melaknat (mengutuk) umat terdahulu, maka ketika itu hendaklah mereka menunggu kedatangan angin merah atau pembalikan bumi atau keburukan bentuk-bentuk atau tanda-tanda yang beriringan seperti tali yang putus maka jatuhlah biji secara berterusan". - Riwayat Tarmizi 

  • Munculnya gaya hidup mewah dan manja di kalangan umat Islam. 

"Apabila umatku berjalan dengan sombong dan yang melayan mereka adalah putera-puteri raja, putera-puteri Parsi dan Rom, maka orang yang paling buruk akan berkuasa terhadap orang yang paling baik (pilihannya)." - Riwayat Tarmizi, Sahih Abdullah ibnu Umar r.a.

  • Orang fasik dimuliakan sedangkan orang mulia dan terhormat direndahkan. 

Sungguh hebat dia, sunggu jarang orang seperti dia dan sungguh pintar dia sedangkan di dalamnya tidak ada iman sedikitpun" - Riwayat Bukhari, Muslim, Ahmad, Tarmizi, Ibnu Majah

***

Kalau diperhatikan, manusia hari ini sangat pantas menyebarkan berita, hari ini berlaku dan tidak sampai beberapa minit berita telah tersebar di seluruh negara. Apa yang baik dijadikan teladan dan apa yang buruk dijadikan bahan troll, viral, cacian, makian dan sebagainya. Lagi pelik bila yang teladan yang tidak baik menjadi terkenal dan diangkat sebagai cerita main page. Ini belum masuk lagi cerita pembunuhan, konsert, seks bebas, berpakaian seksi dan sebagainya.


Bila mendengar dan membaca cerita-cerita ini di media massa, hati aku rasa takut. Sebab aku juga sedikit sebanyak pernah terjerumus dalam benda-benda tu secara tak langsung.

Haihhss.. adakah ia semakin hampir pada kita?

Mungkin belum terlambat untuk kita bersedia. Selagi ada ruang waktu, perbaikilah dan hiasi diri kita amalan-amalan yang mulai lagi diredhai oleh Allah.



Aku bersyukur, di dalam kesibukkan kita dengan perlbagai perkara, ada rakan-rakan diluar sana yang cuba memberi update dan peringatan kepada kita yang lalai ini untuk tersentap seketika.

Alhamdulillah, ramai juga wanita-wanita di luar sana yang sudah berhijab dan menutup aurat pada tahun ini dan pada bulan yang mulia ini.


Sebelum mengakhiri entri ini, Ayuhlah kita menghindari dari menyampaikan keburukkan dan berita yang tidak pasti kesahihnya lagi, tapi biarlah kita penuhi dan hiasi media massa dengan info yang berilmiah. Insyallah.


** Harap maaf jika ada tersalah bahasa/hadith didalam entri ini.

Wednesday, July 23, 2014

Kisah Ramadhan 1435: Upin Ipin Raya 2014


Kalau nak diikutkan, Siri Musim pertama Upin Ipin diterbitkan khusus sempena sambutan Ramadan pada 2007 untuk mendidik kanak-kanak mengenai erti dan kepentingan bulan mulia ini. Sekarang dah masuk Ramadhan 2014. Maka selama 7 tahun Upin Ipin bertahan dan kini sudah masuk 8 musim ke-semuanya.

Aku sebagai rakyat Malaysia sangat berbangga dengan Les' Copaque, kerana siri macam ini amatlah perlu meresapi dalam jiwa kanak-kanak masa kini yang diterapi dengan nilai nilai murni dan sejagat.

Apa yang pelik bagi aku adalah, sudah masuk 7 tahun dan 8 musim siri Upin Ipin, tapi mereka tetap kecil dah masih dalam pra-sekolah a.k.a tadika. Tak besar-besar mereka ni kan.

Nak juga aku tengok Upin Ipin masuk sekolah Rendah dan Menengah, lepas tu masuk Universiti. Habis belajar, balik kampung ramai-ramai dan cari kerja sama-sama dengan rakan-rakan. Lepas tu kawen.. dan so on..

Okey ini mungkin tak terjadi sila abaikan..

Aku acap kali terfikir, sebab selalu teman cik Fea tengok siri Upin Ipin dan cuba berfikir luar kotak kononya. Sudah masuk 7 tahun,  dan tak pernah nampak Upin Ipin beraya bersama mak ayah. Cuma yang ada adalah Opah, Kak Ros, Tok Dalang dan rakan-rakannya. Ada satu episod "Hari Ibu", Kak Ros membawa Upin Ipin ke pusara ibu mereka. Tapi dimana pula Bapa mereka.

Sedih memang sedih, kalau memikirkan nasib mereka. Opah yang tak bekerja tapi kena menyara hidup Upin Ipin dan Kak Ros yang masih bersekolah.

Cukuplah sampai disini..berhenti memikir lagi jauh pasal nasib mereka.

Walaupun kita tak tahu apa yang terpendam dalam hati mereka, tapi Upin Ipin tetap menceriakan anak-anak kita setiap hari.

Ayuh support Upin Ipin dan layan episod "Raya yang Bermakna" pada Hari raya 2014.

Cik Fea bersama Upin.. Bukan main happy dia masa ni..

Tuesday, July 22, 2014

Kisah Ramadhan 1435: Al-Fatihah MH17

 ***



Selepas kejadian MH370, kini kita dikejutkan pula pesawat MH17 yang ditembak jatuh.

Takziah diucapkan kepada kesemua keluarga mangsa.

Semoga mereka ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.


***

Dugaan demi dugaan Allah cuba menguji kita.

Walau apapun, tanya pada diri kita.

Bersediakah kita untuk menempuh hari-hari mendatang yang cabarannya lebih hebat dari ini?

***

Friday, July 18, 2014

Kisah Ramadhan 1435: Juadah Berbuka Puasa

***

Awal Ramadhan tahun ini aku pulang ke Pontian. Sebabnya.. Raya pertamaku di Penang, jadi aku ambil sedikit masa untuk berpuasa di selatan tanah air.

Kalau dah turun selatan, semestinya aku akan cari Murtabak Singapore berhampiran perhentian bas Pontian. Pada hari pertama berpuasa, sesudah solat Asar terus aku ke pekan. Aku tengok kedai Murtabak tu tak ramai orang dan terlihat kelibat pakcik tu tengah syok menebar roti. 

Dalam hatiku berkata " Wah cantik ni, boleh jadi 1st customer." 
Bila sambil borak dengan My Wife nak beli berapa biji dan jenis murtabak, tetiba anak Pak cik tu bersuara. "Sorry bang, Murtabak dah abis, ini order dari semalam". 
Aku balas "La yeke dah abis, awalnya".

Baru pukul 5 petag semuanya dah sold out. Murtabak yang tengah siap tu adalah untuk orang yang order semalam. Masalahnya, semalam belum berpuasa lagi. Kiranya kalau nak Murtabak tu, kena order hari ini, esok baru boleh makan. Wahh gitu..

Agak hampa di situ.

Pada Keesokkan harinya aku gerak ke Taman Perling, Tengahari layan moie Transformers kat Jusco Tebrau, lepas tu terus cari juadah berbuka. Bila dah sampai di negeri Johor Luaskan Kuasamu, haruslah aku cari Murtabak Kampung Melayu Majidee dan Haji Kacang Pool. Menu wajib ketika berada di Johor. Aku tak nak up gambar makanan tu, kalau boleh, korang turun JB nanti, cari dan rasanya sendiri kenikmatannya. Nyumm nyumm..

Kalau menu wajib di Penang plak, aku lebih suka Nasi Briyani Hameediyah. Bila sebut nama tu, boleh terasa rempah Briyani dan ayamnya dalam mulut. Slurppp.. Dugaan dalam bulan puasa betui..

Di Shah Alam pula, aku tak der menu wajib. Habis kuat, akan ku beli ayam percik. Minggu lepas, aku sempat singgah di PaRam Stadium Shah Alam, macam macam ada bak hang. Cuma bagi aku, ntahlah macam tak ada sesuatu yang Boom.. yand dapat menarik minat untuk membelinya. Aku lebih suka masakan biniku. Tak dinafikan, aku agak frust bila rata-rata harganya makanan yang dijual agak mahal dan tak berpatutan terutamanya air. Minuman RM3, tapi bila minum rasanya hambar. Belum masuk cerita lagi kuih-muih seperti karipap yang intinya tak penuh. Haihss

Ini cuma pendapat peribadi. Harap para peniaga dapat menjual makanan dan minuman sejujur yang mungkin. Insyallah diberkati tuhan.

Inilah Iftar aku bila tengah memandu pulang dari tempat kerja. 
Kadang-kadang kerja bertimbun, tak sempat nak balik awal.
7 lebih baru keluar Opis.
Maka inilah juadahnya.

***


Thursday, July 17, 2014

Kisah Ramadhan 1435: Baju Raya

***

Salam buat semua, sekarang dah masuk 19 Ramadhan. Wah pejam celik pejam cilik dah setengah bulan dah kita berpuasa. Cepat betul masa berlalu.

Persiapan hari raya aku dah settle sebelum masuknya bulan Ramadhan, yes ticket flight balik penang, baju raya dan lain lain semua complete.

Color theme tahun ni Hijau dah nak sama kaler bendera. Seperti sebelum sebelum ni, aku memang tak beli baju melayu yang ready make, sebab badan aku tak standard size. Tailor aku kat BM memang dah ada ukuran badan, cuma nak kena alter kat perut je. Biasa la perut dah buncit skit. Bulan puasa memang kempis, tapi masa raya tu, sure naik balik.


Paling aku tak sangka, bila aku dah siap baju tu, test apa semua. Perghh rasa sekacak AA plak. Rupanya baju melayu Jakel AA sama kaler la plak. Achaner tu.


***

Itu kisah baju melayu, baju orang putih tak cerita lagi. Haha. Itu pun beli sebab banyak baju-baju lama dah let go kat orang-orang kampung. Cukup memadailah dengan sehelai baju kemeja dan sepasang kasut untuk tahun ini.

Korang plak macam mana, dah complete ke?

***

Wednesday, July 16, 2014

Kisah Ramadhan 1435 : Teratak Glam Raya 2014 review

***



Awal Ramadhan baru-baru ini, aku berkesempatan mengunjungi Karnival Glam Raya 2014 di Stadium Melawati. Ramai artis-artis turut serta dalam Karnival ni, begitu juga peniaga peniaga online juga turut memeriahkan karnival dan menjual barangan mereka secara COD.

Secara positifnya, karnival begini bagus dan memberi peluang kepada pengusaha dan peniaga kecil yang tumbuh bak cendawan ini mempromosikan barangan hasil dari kreativiti mereka sendiri seperti baju-baju, biskut raya, kasut, barang perhiasan, jubah dan lain-lain.

My Wife teringin nak singgah dan sempat juga membeli-belah sedikit barangan kat situ.

Thumbs Up to penganjurnya Keknis and team. Ramai yang memberi feedback positif terhadap event ini termasuk aku.

Dari segi peluang perniagaan, memang bagus. Cuma sebagai pengunjung, aku ingin memberi secebis cadangan dan diharap ia boleh diperbaiki di masa hadapan, insyallah.

1. Ruang kedai/booth perlu lebih luas sedikit. Sebab dari permehatianku, ruang yang diberikan agak sempit dan agak susah bagi pelanggan nak try baju-baju apatah lagi nak menyinggah kedai tersebut bila pelanggannya ramai.

2. One way style. Aku rasa konsep ni sangat sesuai di semua karnival yang punyai ruang jalan yang sempit. Apa kata buat ala-ala Ikea, pelanggan ikut satu jalan saja. Kadang-kadang yang buat ramai bila manusia bertembung di jalan sempit. Jadi nak bergerak pun susah apatah lagi bagi parent yang bawa anak kecil dengan menggunakan Stoller. Dengan konsep satu hala jalan ini, pengunjung dapat menyinggah lebih banyak kedai yang terdapat di Karnival. Ini dari pengalaman aku sendiri ketika berada disitu, lorong yang ramai orang, kitaorang tak terjah sebab tak nak sesak-sesak di bulan puasa. So booth area situ kitaorang tak dapat pergi. Terasa rugi plak kan..

Itu je cadangan aku, yang lain semua ok. Ini pendapat peribadi saja. Harap Maklum.

***




Tuesday, July 15, 2014

Mandre : Kidz n Creme

***


Sebelum bulan puasa, My Wife teringin sesangat nak makan kat Kidz & Creme. Katanya restoran ini milik Aaron Aziz.  Wah gitu.. 

Kedainya terletak di Setia Alam kawasan opis/kedai sebuah sebuah berhampiran dengan Setia City Mall. Kalau korang waze, sure jumpa punya. Mostly kedai/opis disebelah situ masih belum beroperasi. parking pun senang lagi buat masa kini, tiada masalah.

Aku suka konsep restoran Kidz & Creme, sesuai untuk bawa kanak kanak kat sini. Bila parent lepak makan, budak budak boleh main di baking area for kids. Kalau korang berminat, boleh saja apply class baking untuk kanak kanak kat situ.

Cik Fea tengah seronok main siap berborak dengan staff Kidz & Creme.

Aku perhatikan, majoriti yang datang sini adalah perempuan, isteri, dan gadis. Kenapa ea?? nak tengok AA ke?? Malangnya masa lunch kat sini AA tak der. Lepas aku balik, baru dia masuk kedai. Aku cakap kat bini "May b dia g shooting kot, tak pun amik anak sekolah, Next time kita mai lagi"..

Next time mai lagii....of course wei,, Nuttela Cheese Tart nya sangat sedap okey. U all must try..

Sempena bulan puasa ni, diorang ada buat buffet RM 55 sahaja. Untuk maklumat lanjut korang boleh layari atau terjah restoran ni terus di:

Kidz & Creme (Setia Alam) No 5 Jalan Setia Dagang U13/AK Sunsuria 7th Avenue Setia Alam 📅 Tues - Sun : 6PM - 10PM 📅 Monday : CLOSE ☎️ 03-3358 8289 http://www.kidzandcreme.com

Instagram: http://instagram.com/kidzandcreme

Monday, July 14, 2014

Siri WC 2014: Germany Cham-pan-yot

***


Berakhir sudahlah Siri WC 2014 kali ini di Brazil. German dinobatkan sebagai Juara dengan jaringan Gotze diminit ke 113. Team pilihanku berjaya kali ini. We huu..



Sesungguhnya impian Messi menjulang piala dunia tidak kesampaian begitu juga dengan Ronaldo. Walaupun banyak award yang diorang dah terima, tapi untuk dapatkan piala dunia mereka perlukan kekuatan sebuah pasukan bukannya individu.


Ciao

***

Wednesday, July 9, 2014

Siri WC 2014 - Semi Final


Assalamualaikum, Salam hari Rabu.

Sebagaimana yang kita tahu, team yang layak ke top 4 a.k.a semi final bukanlah calang-calang punya team. Brazil sudah 5 kali juara, Germany juara 3 kali, Argentina 2 kali juara dan Holland pula tidak pernah memenangi piala dunia, cuma mereka cuma kurang bernasib baik kerana hanya punyai rekod 3 kali sebagai naib juara pada tahun 1974 (juara pada ketika itu West Germany), 1978 (juaranya Argentina) dan 2010 (juaranya Spain).

Pada sebelah pagi tadi, kita dapat lihat bagaimana Germany berjaya merogol tuan rumah Brazil sebanyak 7 gol berbalas 1.  Counter Attack, Simple Pass dan Good Stopper itu percaturan yang dimainkan oleh Germany. Kemungkinan besar dengan ketiadaan Neymar yang cedera dan Kapitan Thiago Silva yang digantung perlawanan, membuatkan para pemain Brazil tak keruan. 

What to do
Ikan bilis pun dah jadi Budu.

Aku perhatikan piala dunia kali ini, mostly corak permainannya direct. Skill-skill seperti The Blanco Bunny Hop, Ronaldinho Tricks elastico/flipflap kurang kelihatan, Tiada samba dan tiada total football. Agak membosankan.

Walau bagaimanapun, team pilihan ku berjaya menerjah ke Final terlebih dahulu. Yehaa.


***

Bagi perlawanan pada esok pagi. Dari segi percaturan aku, Argentina bakal layak ke Final jika ikut bookie (sebabnya mereka pasti mahupun salah satu team Amerika Latin beraksi dipentas Final). Akan tetapi, corak permainan Holland pada temasya kali ini lebih memberangsangkan jika nak dibandingkan dengan Argentina.

***


Wednesday, July 2, 2014

Siri WC2014 - Last 8 team

***
 

Tinggal 8 team saja lagi, Tapi team yang dok ada ni pun terkangkang kiap nak settlekan team lawan masa last 16 haritue. Boleh dikatakan semua yang ada ini bernasib baik saja.

Persembahan kali ini mempunyai cooling break untuk player berehat seketika jika suhu padang mencecah 32 darjah celcius.Kesempatan ini digunapakai oleh manager untuk mengubah taktikal dan memberi arahan. Ini adalah salah disisi undang undang Fifa.

Van Gal berjaya berbuat demikian ketika menentang Mexico Malangnya manager Mexico Miguel Herrara pun tak boleh cakap banyak sebab dia pun buat benda yang sama.

Brazil dan Costa Rica betul betul tergugat apabila diorang menang dari sepakan penalti. Germany, Argentina dan Belgium pula terpaksa berhempas pulas ketika masa tambahan. Cuma France dan Holland berjaya menjaringkan gol pada separuh masa ke-2.

Memandangkan semua team menang main sampai tahap gaban. Aku rasa last 8 ni susah nak ramal siapa yang layak. Semuanya bergantung pada nasib, mental, fizikal pemain dan taktikal manager. 

***
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...