Thursday, July 9, 2015

Trip Sabah May 2015

*** 



May 10, Aku berkunjung ke negeri dibawah bayu. Alhamdulillah, kunjungan aku kali ini adalah bulan sebelum kejadian gempa bumi. Segala peracangan aku buat berjalan dengan lancar.

Hari pertama Ahad - bertolak pagi dari LCCT dan tiba di KK pada sebelah tengahari. Setibanya disana, aku dapatkan kereta sewa lalu terus kitaorang ke Tune Hotel,1 Borneo. Pada sebelah petang, kitaorang jalan-jalan di pasar Filipin. dan makan malam di Restoran berdekatan.Apa lagi, pekena seafood la. Serious murah bak hang!!! boleh Gout kalau hari hari dok Sabah makan seafood.

Hari ke-2 Isnin, Kitaorang ke Kundasang. Memang best perjalan nak ke Kundasang, Nyaman je rasa. Ada sekali tu, aku tengok awat langit jadi gelap. Seriously aku kagum dan agak horor sebab sebenarnya itu bukan langit, ia adalah Gunung Kinabalu. Subahanallah.. seriously terpegun aku masa drive, Perjalanan ke Kundasang mengambil masa 1jam 30 minit, Sampai disana, dapatlah pusing-pusing di Dairy Farm dan Kinabalu Park. Hajat nak panjat gunung tak kesampaian sebab takkan nak panjat sorang-sorang kan.. jangan Sesekali search for Teh Sabah, huhuh. bila kitaorang search. kitaorang sesat sampai ke kampung mana ntah. Sampai di Pekan Ranau, kitaorang try search lagi, rupanya lagi 30 minit nak ke Sabah Tea Garden. Wah mak ai.. Kundasang ke Ranau pun dah lebih kurang 30 minit. Nak balik KK lagi. Otw nak turun tak nampak plak station minyak. So kitaorang decide turun dan singgah di Rumah Terbalik. Pada sebelah senja, kitaorang lepak di Tanjun Aru sambil tengok Sunset.

Hari ke-3 Selasa - Kitaorang ke Pulau Sapi Island, Snorkeling dan berenang-renang kat sini memang best. Banyak aktiviti boleh buat kat sini.Kitorang lepak-lepak pulau sampai tengahari ja. Petang plak kitaorang lepak tepi laut sepanjang jalan Tun Fuad Stephen. Serioua track basikal dan jogging kat sini memang awesome, bersenam di tepi pantai. Pada sebelah malam, jalan jalan di night market di tengah kotaraya KK.

Hari ke4 Rabu - Pulang ke KL

Overall aku habiskan lebih kurang RM 1K untuk tiket AA (3 orang dan 1 kanak-kanak) pergi balik 2 bilik hotel dan kereta sewa. RM1K untuk spare makan-makan, duit mintak, tiket2 ke pulau dan cenderahati. So total RM2K untuk 3 orang dewasa dan 1 kanak-kanak.

Dan paling berbaloi bila aku stay kat Tune Hotel, sebab Hotel ni connect dengan 1 Borneo Mall, nak makan dan jalan-jalan shopping mall boleh turun lift saja.

Akhir kata, harap korang enjoy tengok video and gambar-gambar nie. Ciao.






***

3 Blogger kasi response. .

Anum Author
July 9, 2015 at 4:44 PM

:) bestnya

Reply
Unknown Author
August 23, 2016 at 10:21 PM

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

Reply
Reem Doorgift Author
February 12, 2019 at 5:43 PM

Nice sharing

Reply

Post a Comment

Cer komen skit..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...