Monday, February 24, 2014

Auto-M - Hyundai Starex


***




Beberapa minggu lepas, aku dan isteri test drive Hyundai Starex. Aku memang minat sangat kenderaan seperti Caravan atau Mobile Home ni.







Ini kali pertama aku test drive kenderaan. Semua ini gara gara rakan aku yang memaksa aku untuk test drive kenderaan. Aku tahu, untuk test drive kenderaan, kita perlu punya kenyakinan yang tinggi pabila bercakap dengan salesman.

Aku: Best ka test drive.

Rakan: best wei, ko kena try sekali,

Aku: ada kena bayar apa apa tak?

Rakan: tak der, FOC, cuma nanti ko kena isi details, no phone dll. Habis kuat lepas ko test drive. Salesman akan call ko, racun racun skit suruh beli kereta. Lepas tu, ko pandai pandai la bagi alasan or tak payah angkat phone.

Aku: Oo macam tu ka, dress code macam mana? 

Rakan: tak der la, ko pakai biasa biasa pun tak pa, tapi lagi bagus ko pakai ala ala pejabat, baru nampak ko macam banyak duit.( macam je la). Ko nak test drive kereta apa?

Aku: Tu la aku serba salah, showroom dia sebelah perodua glenmarie, Lamborghini nama kereta tu. Aku risau nak test drive, even though aku pakai smart kaya gila khinzir sekali pun, nanti for sure salesman pandang aku atas bawah atas bawah then dalam hati dia mesti berbisik, "mamat nie perabih duit minyak test drive je"..

Lepas kejadian tu, member aku senyap seribu bahasa lalu tumpu sepenuh perhatian pada kerjanya..

***

Berbalik pada test drive, Starex dikuasa dengan 170hp dan 392Nm torque pada 2000-2500 rpm dari 2.5cc turbodiesel dimana pickupnya ya ampun punya smooth dan ringan walaupun kenderaan gedabak besarnya.

Ia ibarat kendaraan angakasa lepas di atas jalan raya. Starex ini mempunyai keluasan dalam yang sangat luas crazy pig sehingga mampu memuatkan 12 orang. Tempat duduk belakang boleh diubah ubah.


Menurut sumber dari Salesman Hyundai, kenderaan ini juga tiada masalah aircond, penumpang dibelakang for sure tak merungut kepanasan dan ia dilengakapi dengan built-in GPS, reverse parking view dan Monitor LCD dibahagian belakang. Setakat 3-4 jam perjalanan pasang cerita hindustan ditambah pula minyaknya yang jimat. Perjalanan Utara-Selatan no hal. Boleh bawa 2 family sekali gus.

Harga jualannya sangat awesome, pada mulanya aku budget harga kereta ini setaraf Alphard/Velfire. Hakikatnya kereta angkasaraya ini hanya RM138,888. 

Cuma, aku tak berapa berkenan pada speedometer, handbrake dan dashboard nya, agak oldskool dan tak ada ciri futuristic alaf baru langsung (kosong). Dikhabarkan juga service kenderaan ini sekali ganda dari kereta biasa kerana engine oil diesel yang diperlukan sebanyak 2 tong. Memandangkan ianya besar, pemilik kenderaan perlu pandai parking kenderaan ini.

source picca: paultan.org

***

Andai kata aku miliki kereta ni, senang aku nak bawa family bercuti dan pergi kenduri. Boleh angkut seramai yang mungkin. Takat pi berkelah, tak payah pasang khemah, lepak saja dalam kereta.

Time cuti cuti tak benda nak buat, boleh buat teksi penumpang, ambil job sampingan pickup tourist dari airport ke hotel vice versa, tak pun bawa tourist pusing pusing KL atau bawa big boss pergi meeting.

Wahlaa.. Macam macam boleh buat dengan Starex ni. Korang plak rasa macam mana?

***




12 Blogger kasi response. .

February 24, 2014 at 9:17 AM

macam best nie

Reply
ZazaMyMoon Author
February 24, 2014 at 10:32 AM

husband ada "berniat" nak tolak dua kereta (kereta saya & kereta husband).. suruh ambil starex ni tapi dia ckp nnt saya nak bawak pergi kerja mcm mana.. dah besar crazy pig (pinjam ayat) susah nnt.. hahhaha.. tak dapat beli alphard pun x apa. .dapat starex pun jadi lah..

Reply
Sheila Salim Author
February 24, 2014 at 10:44 AM

Assalamualaikum.. wahh sheila dengan suami pun suka sangat caravan! heee teringin kot nak naik .. pergi bercuti dengan family. fuhhh. hehehe lawa gak hyundai starex ni ~~~

Reply
deq noor Author
February 24, 2014 at 4:26 PM

xpernah naik lagi starex ni.. tapi mesti tak sesuai utk orang pendek kan. kena letak bantal kat seat karang. hihihi...

Reply
Al Kisah Author
February 25, 2014 at 9:06 AM

best Ooo cer try test drive..

Reply
Al Kisah Author
February 25, 2014 at 9:11 AM

Mak ii... betul tu.. takkan nak pergi kerja bawa starex.. kalau naik sorang2 pergi kerja memang tak berbaloi, tapi kalau angkut sekali rakan sekerja, buat macam van kilang/office.. kutip yuran transport. baru la ada untung.. ROI (Return On Investment).

Reply
Al Kisah Author
February 25, 2014 at 9:14 AM

itulah, kat malaysia ni tiada tapak untuk caravan ni, lokasi menarik dah banyak. cuma, tempat tempat remote area macam di tepi pantai dan atas bukit, diorang kena sediakan electricity dan water supply untuk setiap kenderaan caravan. Kalau nak merasa bercuti dalam caravan di NZ atau aussie, boleh layari http://tripadikberadik.blogspot.com/

Reply
Al Kisah Author
February 25, 2014 at 9:17 AM

tak juga la, semua orang boleh je bawa, yang bestnya, bila aku bawa.. mywife cakap aku ni macam driver Datuk/Datin.. potong stim betui..

Reply
aizamia3 Author
February 28, 2014 at 8:58 AM

part time waktu cuti tu yang tak menahan tu.. hehehe..
tapi memang best kalau dapat sebuah cenggini.. jangan kata anak2, mak budak pun jadi jakun.. kehkehkeh..

Reply
Al Kisah Author
March 1, 2014 at 1:50 PM

apa lagi.. tak dak angan angan nak tukar kereta ka?

Reply
March 2, 2014 at 3:14 PM

saye pon peminat starex ni,hahah takat minat gitu jela,kalau ade sebijik ni, boleh angkut family ramai2 dlm ni,,senang cite,hiihihi

Reply
Al Kisah Author
March 5, 2014 at 6:42 PM

haha tau tak pa.. fikir pasal family.. apa salahnya angkat satu..

Reply

Post a Comment

Cer komen skit..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...