Showing posts with label Holland. Show all posts
Showing posts with label Holland. Show all posts

Wednesday, July 9, 2014

Siri WC 2014 - Semi Final


Assalamualaikum, Salam hari Rabu.

Sebagaimana yang kita tahu, team yang layak ke top 4 a.k.a semi final bukanlah calang-calang punya team. Brazil sudah 5 kali juara, Germany juara 3 kali, Argentina 2 kali juara dan Holland pula tidak pernah memenangi piala dunia, cuma mereka cuma kurang bernasib baik kerana hanya punyai rekod 3 kali sebagai naib juara pada tahun 1974 (juara pada ketika itu West Germany), 1978 (juaranya Argentina) dan 2010 (juaranya Spain).

Pada sebelah pagi tadi, kita dapat lihat bagaimana Germany berjaya merogol tuan rumah Brazil sebanyak 7 gol berbalas 1.  Counter Attack, Simple Pass dan Good Stopper itu percaturan yang dimainkan oleh Germany. Kemungkinan besar dengan ketiadaan Neymar yang cedera dan Kapitan Thiago Silva yang digantung perlawanan, membuatkan para pemain Brazil tak keruan. 

What to do
Ikan bilis pun dah jadi Budu.

Aku perhatikan piala dunia kali ini, mostly corak permainannya direct. Skill-skill seperti The Blanco Bunny Hop, Ronaldinho Tricks elastico/flipflap kurang kelihatan, Tiada samba dan tiada total football. Agak membosankan.

Walau bagaimanapun, team pilihan ku berjaya menerjah ke Final terlebih dahulu. Yehaa.


***

Bagi perlawanan pada esok pagi. Dari segi percaturan aku, Argentina bakal layak ke Final jika ikut bookie (sebabnya mereka pasti mahupun salah satu team Amerika Latin beraksi dipentas Final). Akan tetapi, corak permainan Holland pada temasya kali ini lebih memberangsangkan jika nak dibandingkan dengan Argentina.

***


Thursday, June 12, 2014

Siri WC2014 - Team Pilihanku

***

Kalau minggu lepas I post pasal Jersi Pilihanku. Kali ni, I post team pilihan untuk World Cup 2014.

So ini adalah team yang Pilihan I. Setiap team ni ada kekuatannya tersendiri. Team paling I minat adalah Germany. Kenapa Germany?? nanti I post setiap entry untuk setiap negara yang I minat.



Amerika Latin - Brazil dan Argentina. Bermain dalam keadaan cuaca yang dah biasa bagi mereka dan suppoters yang ramai. Mampu memberi ultra-advantage.


Europe - Spain dan Portugal kena beri tumpuan.
Holland, Italy, France dan England juga tidak boleh pandang enteng. Walaupun prestasi sebelum ini kurang bernasib baik. Mungkin kali ini sebaliknya dengan adanya pelapis baru yang menyertai team masing masing.



Asia - Tahap permainan kedua-dua team pilihanku ini tidaklah memberasangkan, kalah pada perlawanan persahabatan sebelum sepak mula World Cup, bukan lah ukuran sebenar. I harap diorang dapat buat lebih baik seperti siri World Cup terdahulu.



***

Thursday, June 5, 2014

Siri WC2014 - Jersey Pilihanku

***

World Cup 2014 akan bermula pada 12 Jun 2014, Adakah korang semua dah ready? team mana yang korang support? Player mana yang jadi pujaan? 

Untuk entri pertama pasal World Cup. I nak kongsi pasal jersey yang lawa di mata I.

Bila search saja jersey world cup 2014, hati I dah terpaut pada jersey away USA, lawa babe. 2nd Holland, 3rd France, 4th South Korea. OMG semuanya dari Nike.

Kalau jersey adidas, I cuma minat German. That All. 

Jersey yang kureng bagi I adalah jersey dari negara Mexico, Belgium, Cameroon dan Colombia.

Ini cuma pendapat peribadi I, u all plak camano??



***

Friday, June 15, 2012

Cerita Euro 2012 #1

***

Seminggu telah pun berlalu. Apa dah terjadi dengan EURO 2012.

Ayuh kita rongkai fakta fakta menarik sehingga hari ini.

Gol Pertama: Robert Lewandowski
Penalti Missed Pertama: Giorgos Karagounis 
Penjaring Terbanyak Pertama: Alan Dzagoev (2gol)

Yellow Card Pertama: Sokratis Papastathopoulos
Red Card Pertama : Sokratis Papastathopoulos
Straight Red Card Pertama: Wojciech Szczesny 


Game Seri Pertama: Poland dan Greece
Pasukan yang menang first: Russia
Pasukan yang kalah first: Czech

***
Group A


Czech boleh dikatakan mempunyai keeper yang hebat, dari kem Chelsea, dimana baru baru ni menang piala Champions League tetapi akhirnya kecundang jua pada game pertama. Harus diingat, kekuatan kelab dengan negara tersangat la berbeza sama sekali. 

Czech adalah negara yang dibelasah teruk oleh Terpedo Russia, tapi mereka bangkit dipusingan ke-2 dengan menewaskan Greece 2-1 pada Selasa lepas.

Russia yang gah menang ke atas Czech pada perlawanan pertama terpaksa berkongsi mata dengan tuan rumah Poland baru baru ini.




***
Group B

Holland sekarang seperti jatuh ditimpa tangga, walaupun dibarisi dengan pemain bertaraf bintang, tetapi mereka kalah pada perlawanan pertamanya dengan Denmark dan juga kalah pada perlawanan kedua dengan German membuatkan Holland tidak mengutip sebarang mata. Agak sukar untuk Holland mara ke pusing seterusnya kecuali sesuatu keajaiban berlaku minggu hadapan semasa menentan Portugal.

Next Euro cuba lagi kay Holland

Forever Alone

German pula adalah pasukan pertama yang memungut 6 mata, sekali gus memberi nafas lega pada mereka. Mereka tak perlu berusaha keras sangat bila menentang Denmark nanti. 

What a relief.....

Portugal seperti lambat pick-up, game pertamanya kalah ditangan German tapi bangkit semula apabila menentang Denmark tempohari. Jadi game akhir menentang Holland adalah segalanya buat Portugal sama ada mereka layak atau tidak ke peringkat seterusnya.


***
Group C

Spain bagaikan tumpul dibahagian serangan dengan ketiadaan David Villa dan juga Torres menyukarkan penyudah buat pasukan Spain, tetapi semangat peyandang Juara Euro itu bangkit setelah ketinggalan 1-0 ke atas Italy. Maka, keputusan Spain terikat satu sama dengan Italy di akhir perlawanan.

Croatia pula mengambil peluang yang terhidang di hadapan mata dengan membelasah Ireland 3-1 tetapi terikat 1-1 dengan Italy pada pagi tadi.

Ireland terpaksa akur dengan kehebatan Juara Euro 2008 iaitu Spain dengan kekalahan teruk 4-0, lantas menyingkir Ireland untuk ke peringkat seterusnya.

"Ada apa hal kalau team kita kalah, Go Iere! Go Bumi Hijau"


***
Group D

England dan France bagaikan dah berjanji untuk bersama sama nak ke peringkat seterusnya dengan mengikat keputusan seri 1-1. Mana taknya, ramai pemain France bermain di liga EPL.

Bagi Ukraine tiada apa yang mustahil, walaupun ketinggal 1-0 ke atas Sweden dengan jaringan abe Zlatan, tetapi semangat juang yang tinggi tuan rumah bangkit bermati matian lawan sehingga mereka berjaya mengalahkan Sweden dengan jaringan 2-1

"Macam ni cara main bola sebenar" ujar awek ni kepada abe Zlatan

***

Ini saja laporan dari Alkisah buat masa ini.

Tunggu laporan seterusnya pada Cerita Euro 2012 #2

***

entri ini ditaja oleh Coke - EURO 2012


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...