Friday, July 23, 2010

Tekken is in the Cinemas!!

***

Kali ini memang aku betul betul hangin. Ini semua kesilapan aku juga. Kalau tidak aku sudah semestinya menonton cerita SALT isnin depan, tapi disebabkan kesilapan teknikal, aku di gugurkan.

Aku kecewa dan hampa, rasa nak bertukar menjadi Jin Kazama.

"Apa.. Jin Kazama??"

Terus aku tersenyum lebar. Cerita yang ditunggu tunggu oleh aku. Baru beberapa hari lepas aku ada post pasal cerita Tekken ni. Tetiba tiba Nuffnang kasi up contest. Aku tanpa segan silu mereka cipta bagi mengubat kehampaan terlepas tiket SALT.

Jin Kazama adalah salah satu karakter game TEKKEN yang aku minati. Beliau mempunyai kemantapan badannya yang berketul ketul, seluarnya yang berapi api dan juga skills Karate yang hebat.

Jin Kazama berkawan rapat dengan Hwoarang, Ling Xiaoyu dan Nina Williams.


Nina dan Anna William.

Jin Kazama adalah anak kepada Jun Kazama dan Kazuya Mishima. Kisahnya bermula semenjak iblis yang dimiliki oleh bapanya Kazuya cuba merasuk Kazama tetapi ia dapat dikalahkan oleh ibunya sendiri. Jun Kazama bertekad untuk melatih anaknya sendiri di sebuah pergunungan kecil dengan seni pertahanan diri cara KAZAMA. Setelah beberapa tahun, kuasa jahat Orge cuba menyampaikan mesej kepada ibunya yang menyuruh Jin Kazama berjumpa dengan atuknya Heihachi, jikalau terjadi apa apa kepadanya. Kata kata kuasa jahat itu benar sama sekali, pada malam menyambut kelahiran Jin Kazama ke-15, Ibunya diserang oleh Ogre. Jin terpinga pinga dan mencari ibunya tetapi tidak dijumpai. "Arghh apa yang telah terjadi" kata Jin Kazama yang baru terjaga dari pengsan. Oleh yang demikian, Jin bersumpah akan mencari ibunya dan membalas dendam ke atas kuasa jahat yang mengganggu hidup dan keluarganya. Untuk melihat cerita selanjutnya bolehlah menanti 5 Ogos 2010 di pawagam kelak.

Entri ini untuk pertandingan Nuffnang. Jangan lupa support aku.


2 Blogger kasi response. .

July 24, 2010 at 3:26 PM

ohhh gud luck.

katon tu seksi auw

Reply
Sofea Author
July 24, 2010 at 10:12 PM

katon tu ke yang lolly jumpa dalam toilet..sampai jerawat timbul

Reply

Post a Comment

Cer komen skit..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...