Thursday, July 1, 2010

Rumours

***

Bukan main ligat lagi media sekarang. Pelbagai spekulasi yang terkeluar menceritakan tentang perpindahan pemain dari luar ke kelab Arsenal dan ada juga spekulasi yang mengatakan beberapa pemain Arsenal bakal berpindah kelab.

Antara pemain yang bakal keluar adalah Eduardo, dimana Wenger sudah terang lagi bersuluh mengatakan bahawa beliau bukan pilihan utama skuadnya untuk musim hadapan. Ini kerana kehadiran Marouane Chamakh sedikit sebanyak mengugat tempat Eduardo. Begitu kecewanya Eduardo bila mendengar perkara itu lalu ingin membawa diri ke kelab yang mahukan khidmatnya. Siapa sangka, seorang hero fox in the box telah kecundang setelah kakinya patah pada 2 tahun lepas.

Tidak ketinggalan juga dengan spekulasi pasal Kapitan Arsenal iaitu Fabregas yang diintai dari kamar Barcelona dan disedapkan lagi dengan mulut mulut manis dari pemain Barcelona yang menghasut Fabregas supaya menyertai mereka. Alangkah ruginya kalau beliau pindah. Beliau tak ubah seperti bermain bersama Sepangyol yang mana Xabi dan Inesta diberikan keutamaan bermain. Fikir fikirkanlah wahai En Fabregas.

Pemain pemain seperti Gallas dan Sol Campbell juga ura ura ingin mencari angin baru. Apa yang penting jangan sambung kontrak Silvestre.

Arsenal telah menawarkan Mark Schwarzer as Coaching role sebagai dia untuk mempersiapkan menyelesaikan perpindahan £4.000.000 ke Emirates Stadium. Penjaga gawang Australia, 37tahun itu ditetapkan menjadi Keeper No.1 baru di kelab Arsenal, tapi ada juga perbincangan tentang dia bergabung dengan Arsenal backroom staff untuk melatih keeper muda di kelab itu. Adakah spekulasi ini benar? Tunggu official di Arsenal.com


Pemain Perancis ini akan menandatangani kontrak selama empat tahun di Stadium Emirates dan ada sedikit penambahan dalam kontrak yang boleh mencecah kosnya sampai £10m. Perjanjian itu dijangka akan diumumkan sebelum akhir minggu ini, tak pun akhir bulan ini, tak pun selepas WC2010 dan ini memberikan jalan penyelesaian kepada Arsene Wenger untuk mencari back-up defender.
Adakah spekulasi ini benar? Tunggu official di Arsenal.com


Joe Cole - Kesahihnya beliau ke Arsenal pada mulanya memberi impak kepada Chelsea kerana suatu ketika dahulu, beliau telah berjanji akan ke Emirates Stadium dalam suatu laman web rumours. Kini Joe Cole sedang bercuti, setelah pasukan England telah dikalahkan oleh pasukan German diperingkat suku akhir. Beliau akan menjalani ujian Fitness dahulu sebelum menandatangani kontrak bersama kelab si Meriam.
Adakah spekulasi ini benar? Tunggu official di Arsenal.com

Ini aku tak berapa nak sure sangat spekulasi tentang mamat nie. Heboh juga satu opis bila tahu beliau juga antara calon calon tranfer link. Begitu hebat gosip gosip sekarang, cepat betul ianya tersebar, lebih laju dari 10G punya bandwitdh.
Adakah spekulasi ini benar? Tunggu official di saedramadhan.blogspot.com

detik hatiku: Aku tak sehebat gosip Ariel-Luna okey..

***




3 Blogger kasi response. .

Izaq Hafez Khalid Author
July 2, 2010 at 4:10 AM

Eduardo bakal digantikan tempatnya oleh Saeduardo yg mai dr penang...

Reply
Sofea Author
July 2, 2010 at 10:05 PM

tak saeduardo sangat la.. eduardo kuar arsenal.. aku gantung jersey eduardo.. terpaksa beli jersey baru.. hehehe

Reply
Ruhi Author
September 26, 2017 at 8:14 PM

Movies have always been the greatest source of entertainment in our lives. This Movie is an upcoming action spy comedy film.
The Movie Download and Online Watching free everything for you...
For More....
Plz Visit :
judwaa 2 songs
spyder movie songs

Reply

Post a Comment

Cer komen skit..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...