Tuesday, July 27, 2010

Penjaga Gawang

***

Si Meriam tak habis habis dok cerita pasal gosip gosip liar yang mengatakan bahawa Mr. Kapitan akan menandatangani kontrak bersama Barca, ada juga cerita cerita pasal defender baru dan paling penting pencarian gol keeper baru atau lebih dikenali sebagai penjaga gawang kalau mengikut dalam kamus dewan.

Ada ura ura mengatakan Mark Schwarzer yang berasal dari negara kangroo itu bakal menjelma, tetapi sehingga hari ini masih belum menonjolkan diri apatah lagi penampakan bayangnya di kelab itu. Info terkini, Arsenal berminat untuk mendapatkan khidmat penjaga gawang no 2 ITALY iaitu Federico Marchetti setelah kelab beliau Cagliari memutuskan untuk menjualnya. Apa yang penting, Arsenal tidak harus memandang remeh terhadap penjaga gawang mudanya, Wojcieh Szczesny. Korang pandai tak sebut nak nama belakang dia tue, mesti berbelit lidah kan. Banyakkan mengaji dan kurangkan minum minuman yang sangat panas untuk mengelakkan lidah anda keras.

Berbalik pada tujuan utama topik kita hari ini. Beliau, Wojcieh Szczesny haruslah di beri pendedahan yang lebih, ini bukan bermaksud menyuruh beliau berpakaian pakaian yang tidak cukup kain, terdedah sana sini, tetapi memberi peluang supaya beliau dapat pengalaman dari permainan di peringkat tinggi seperti bermain untuk liga tetapi hanya untuk pasukan lawan yang mudah untuk dikalahkan ataupun bermain untuk Carling Cup. Setelah meneliti video dibawah, Alkisah rasa beliau bakal menyinar pada masa akan datang. Insyallah.


***

Post a Comment

Cer komen skit..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...