Wednesday, July 21, 2010

Pra-Tonton

***

Hari ini Alkisah ada tugas besar. Pada sebelah pagi, Alkisah harus menghantar tunang Alkisah ke tempat kerja. Jadi Alkisah perlu bangun awal dan sampai opis pun agak awal. Awal tak awal sangat sebab kompeni Alkisah memang fleksibel waktu kerjanya. Apa yang penting kerja siap.

Lagipun bagus juga Alkisah sampai awal. Alkisah boleh settlekan kerja kerja Alkisah yang tertangguh dan lepas tue Alkisah boleh sambung dengan migrasi. Pergh, tak sangka migrasi kali ini melibatkan banyak benda. Its ok. Migrasi dijalankan dengan sempurna ditambah pula dengan menu tenghari iaitu pizza hut. Migrasi selesai kira kira jam 5.30 petang. Memang leka betui kalau buat kerja, sampaikan masa berlalu dengan begitu pantas.

"Alamak dah lambat nie" detik hatiku.

Alkisah terus sms tunangku.

"You.. I baru nak gerak nie. Mayb I sampai lambat skit".

Alkisah terus kemas segala peralatan komputer riba Alkisah lalu terus ke kereta. Alkisah memerhati langit disebelah KL yang nampak agak gelap itu. Mungkin hujan mulai turun disana.

Alkisah memandu dengan cermat jiwa selamat. LDP Puchong tidak memberi impak maksina sangat bagiku, tetapi bila sampai saja di Western Digital, memang macam semut. Terkemut kemut kereta nak bergerak. "Apa kehai nya jammed nie", marah Alkisah dalam bahasa ibunda Perak. Kadang kadang bila terjadi situasi sebegini membuatkan Alkisah ingin menukar kenderaan dari manual ke auto. Lama juga Alkisah sangkut disitu.

Agak 20 minit juga Alkisah sangkut. Sampai saja di opis tunang Alkisah, kami terus ke OU walaupun pelbagai onak duri yang kami terpaksa lalui semasa di jalan raya, kami tetap harunginya dengan tabah. Rasa nak tukar je horn kereta ku ke horn vuvuzela. Baru diorang respek, nak bagi laluan untuk Alkisah. Kalau nak pakai horn Alkisah sekarang, buat orang gelak je. Dah la keretaku kaler hitam, gemuk pendek plak tue, tapi bila horn macam sempit. Bapa tak macho. So far yang tak berapa nak jauh, Alkisah dah pakai horn sebanyak 2 kali selama 2 tahun. Alkisah memang bukan pengguna horn yang tegar.

Nasib baik jalan nak ke OU tak berapa nak sesak. Alkisah sampai sana dalam waktu yang dijangkakan. Akceli, misi malam ini kami adalah menonton wayang. Ini kerana Alkisah dapat tiket Special Screening of The Sorcerer's Apprentice dari Nuffnang.


Agak ramai juga yang dapat tiket dari Nuffnang. Cerita dia pun menarik. Terima kasih Nuffnang kerana sudi memberi tiket pra-tonton kepada kami. Jumpa lagi di minggu hadapan dengan cerita pra-tonton SALT plak. Anda bila lagi nak mencuba peraduan macam ini. Kalau ada rezeki tak kemana, yang penting anda berusaha. Caiyok Caiyok.

***

2 Blogger kasi response. .

Unknown Author
July 21, 2010 at 1:27 AM

:)

Reply
Sofea Author
July 21, 2010 at 11:09 PM

senyum je.. tak try contest tu ke..

Reply

Post a Comment

Cer komen skit..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...