Monday, July 5, 2010

I wanna be The Sorcerer’s Apprentice

***

Bukan mudah untuk terpilih sebagai seorang Apprentice kepada Balthazar Blake. Aku cukup berbangga tak terhingga kerana aku dapat Mentor seorang yang pandai dalam bidang pensyihiran ini. Bidang ini sungguh unik kerana pengajian dalam bidang ini tidak dapat diperolehi di Universiti tempatan mahupun diluar negara. Aku sebagai protege kepada Balthazar Blake berjanji akan menggunakan ilmu yang bakal diturunkan dengan sebaik mungkin.

Setiap pagi aku akan dikejutkan oleh Mentorku. Dia tahu aku ini seorang yang suka bangun lambat, tambahan pula musim piala dunia sekarang. Perkara yang pertama yang aku perlu berlatih pada setiap pagi adalah dengan menyanyikan lagu "Tunjuk ajar ku sifu" - edisi Mentor TV3. Bosan betul tetapi demi mencapai cita cita sebagai seorang ahli sihir yang berjaya aku harus lakukannya. Mentor aku berpesan, latihan ini baik untuk menyedapkan suara aku yang agak bingit ketika menyanyi di pusat karaoke. Dengan cara ini, menyanyi di waktu pagi, di kumuh pula bersama embun pagi boleh melunakkan suara aku. Erti kata lain, black pun boleh tergugat ar lepas nie.

Selepas itu, aku harus menjalani ujian fizikal seperti berjogging, berbasikal, berlari pantas dan disudahi dengan berenang di dalam sungai. Menurut kata mentorku lagi, selain berjimat dari dikenakan bil air dari pihak SYABAS, kita perlu kuat dari segi ketahanan fizikal. Kita tidak mahu kekuatan kuasa jahat melebihi daya keupayaan diri kita. Ini boleh menjejaskan prestasi keheroan seorang Sorcerer kelak. Ujar Mentor dengan selamba kataknya.

Pada sebelah petang pula aku lebih memfokus ke arah kekuatan mental seperti bermain Soduku dan Chess. Bila mental kita cerdas, baru boleh memperdaya pihak musuh yang agak kurang cerdik itu. Segala latihan ini dari pagi hingga ke petang adalah daya upaya dan kesungguhan aku sendiri. Mentor aku lebih gemar melayari laman web sosial dan menonton tv ketika sessi latihan. Kadang kadang aku rasa macam nak hempuk kepala dia. Tapi tidak mengapa, kesabaran itu penting.

Cukup sebulan latihan. Mentor aku ingin membuat ujian lisan terhadap aku sebagai tamat pengajian aku dalam bidang pensyihiran ini.

Balthazar Blake: Ed macam latihan sebulan ini, awak suka ke tak?

Ed: Ermm suka tapi..

Balthazar Blake: Saya nampak awak bersungguh sungguh. Badan awak pun dah nampak katang skit dari dulu. Dulu awak keding je. Sekarang muscle muscle pun dah naik.

Ed: Ermm yeka, hehe tapi..

Balthazar Blake: Ok saya tahu awak nak ilmu sihir dari saya kan. Nah amik ni dan pelajari dia dengan betul okay. Jangan sesekali menyalahgunakan kuasa.

Kini aku berjaya memperolehi sedikit kuasa tetapi latihan demi latihan aku lakukan supaya aku dapat mengawalnya dengan tenang. Segala kuasa yang aku ada ini seperti menghidupkan bebola api berwarna biru, berhalimunan dan juga terbang ala ala David Blaine, akan ku gunakan demi menjaga keselamatan negara tercinta dari musuh musuh durjana. Selain dari itu, aku juga boleh menjalani perniagaan sihir aku sebagai side income dengan membuat persembahan di Genting Highlands dan kalau berkesempatan, aku ingin membuat persembahan sihir di Las Vegas.

Memang terbaek buku "Dummies For Sorcerer’s Apprentice" yang diberikan oleh Mentorku ini. Aku amat menghargainya. Anda pula jangan lupa menonton filem terbaru The Sorcerer’s Apprentice lakonon Nichole Cage kalau anda mahu jadi apprentice macam aku.



detik hatiku: If i've got the power..

Entri ini untuk pertandingan Nuffnang. Jangan lupa support aku.


***

2 Blogger kasi response. .

Unknown Author
July 9, 2010 at 12:45 AM

hhaha,
hebat kau punya imaginasi . aku support kau. :)

Reply
Sofea Author
July 13, 2010 at 1:12 AM

Thanks everybody, U support i, i support u balik k..

Reply

Post a Comment

Cer komen skit..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...