Sunday, November 29, 2009

Apekah!! Nasi Goreng..

Hari ini aku 100% gagal, sudah lama aku tidak memukul kuali dengan senduk. Seringkali mem'poyo'kan diri mengeluarkan kepulan kepulan asap kecil dan bising bising hentakan batu lesung ke atas bawang putih dan merah di dapur. Kononnya nak berjimat cermat demi mengumpul duit untuk sesuatu benda. Beginilah hidup bujang aku.

Kenapa aku tak pandai masak macam mak aku? Kenapa mak aku tak turunkan skills memasak kat aku? Apekah rahsia masakan mak aku?

Kalau aku minat memasak sejak kecil, sudah semestinya aku dah setanding chef wan.

Aku cuma memiliki kehebatan yang diturunkan oleh bapa aku saja, iaitu Skills Mc Gyver. Apa boleh buat, Like Father Like Son.

Ketidaksedapan nasi goreng aku kali ini membuatkan aku untuk lebih peka menulis dari makan nasi goreng aku itu. Tapi apakan daya, aku kena habiskan. Tak pasal pasal nasi akan menangis malam ini di dapur. Aku tak nak kenangan siri seram aku berulang lagi.

Aku tidak kisah, jam baru saja menunjukkan pukul 9.18 ketika ini. Banyak lagi masa untuk aku habiskan nasi goreng itu. Satay goreng dan kuah kacang pun belom dipanaskan lagi. Ia mungkin akan jadi santapan kunyahan semasa menonton bola pada malam ini. Makan lagi. Untungnya, aku masih kurus dan tidak montel.

Arggg patut la..

Aku lupa masukkan garam dan telur dalam nasi goreng aku. Berangan betul aku ni. Tak pa. Esok try lagi sampai nasi goreng aku jadi hebat seperti nasi goreng di gerai SHUKUMVIT.

detik hatiku: aku takkan mengalah, selagi nasi goreng yang aku masak tak sedap, aku akan cuba sampai ianya sedap.

Saturday, November 28, 2009

Hari Raya Korban #2

Sepertimana yang dijanjikan, aku akan memaparkan beberapa aktiviti aku pada hari ini:


Seawal pagi lagi ibu ku telah kejutkan aku supaya bangun awal. Motifnya untuk shoot gambar korban kat Masjid Kampung Baru. Dalam kekalutan, aku bangun cuci muka dan terus sambar camera aku tanpa menggosok gigi. Baeng sikit saja baunya.

Ini lembu korban untuk keluarga kitaorang, baek, putih dan sopan santun lembu ini. Sempat lagi possing manja.

Bapa aku tak mahu melepaskan peluang untuk mengambil gambar lembu dengan handphone barunya

Orang kampung tiada punya masalah untuk menumbangkan lembu itu. Good Cow.

Ini Menu of The Day rumah aku, Bihun Kuah Ketam dan Daging. Memang Superb

Ini Afif, Kazen paling muda dalam keluarga sebelah mak aku.

detik hatiku : makan lagi..

Friday, November 27, 2009

Makan Edisi Raya Korban

Ketibaan aku di Pulau Pinang semalam bukan saja di sambut dengan bidari Air Asia yang vogue dan seksi, tetapi di sambut baik oleh ibu ku dengan masakan dia, Perghh meleleh air liur.

Aku bersyukur ke hadrat illahi kerana walaupun ibu ku masak yang amat sedap, tapi aku tetap maintain slim shaddy. Semua rakan aku tahu, bab makan aku tak cerewet. Untung kalau korang bawa dan belanja aku makan, insyallah aku boleh makan kecuali ikan keli.

Memandangkan hari ini Hari Raya Korban bersamaan Hari Jumaat, Masjid Kampung Baru Alma tidak menjalankan aktiviti korban pada hari ini tetapi digantikan dengan keesokan harinya. Maka dengan itu, tiada gambar Lembu akan dipaparkan hari ini.

Apa yang aku nak kongsi bersama anda ialah gambar yang aku shoot semalam, dimana ketika ibu ku tengah syiok masak bagi menyediakan juadah berbuka puasa dan rendang hari raya.

Rendang Daging #1

Rendang Daging #2

Kari Udang.. nyum nyum

aku selalu sebut ketupat ini : Ketupat Pallas Jazz


detik hatiku : Raya sama dengan Makan sedap..





Tuesday, November 24, 2009

Satu sudah

Akhirnya dapat juga kereta kesayangan aku mandi.

Sian ko sebab lama sangat tak mandi. Hampir sebulan juga la. Aku pun dah terniat nak mandikan ko lama dah. Tapi masa dan cuaca tak mengizinkan. Harap ko faham. So tadi ko dah mandikan. Lepas nie seronok aku bawa ko jalan jalan.

Banyak lagi kena selesaikan hingga hujung tahun ni.

detik hatiku: activity pack sampai hujung tahun..aiyaa.

Saturday, November 21, 2009

Blogger

Aku baru mengenali seorang minah blogger yang agak bulan di pipi nya iaitu Cik Epal. Aku kurang pasti siapakah sebenarnya minah ini?. Adakah dia ini model + blogger terkenal macam cik Hanis, tak pun blogger kental seperti Pipiyapong.

Apa yang menarik blog minah ini, penulisan beliau tersangat bersahaja dan kerap kali update entry ikut sesuka suki hati dia. Aku kurang pasti anggaran sehari berapa kali dia meng"update" blog tapi yang pasti semalam sahaja 3 entry beliau selitkan dalam blognya. Itu tak termasuk hari hari yang lain. Memang minah blogger betul la dia nie.

detik hatiku: Aku nak update sehari satu pun fikir 10x
.

Guru Besar

Seingat aku, Tahun 1996 aku bersekolah di tingkatan satu di High School Bukit Mertajam, juga dikenali sebagai HSBM. Sekolah ini agak popular kerana mempunyai sejarahnya yang tersendiri dan menjadi mercu kebanggaan warga Bukit Mertajam. Ia adalah sekolah yang agak tinggi dikalangan sekolah-sekolah di daerahnya. Ramai juga tokoh-tokoh terkemuka lahir dari sekolah ini seperti Anwar Ibrahim, Abdullah Badawi dan Ibrahim Saad.

***
Kenangan aku di sekolah ini terlampau banyak. Pada ketika itu, aku baru matang dan boleh dikatakan remaja baru nak up. Aku ke sekolah berbasikal bukit (Mountain Bike). Nama pun sekolah atas bukit, ia memudahkan aku untuk drop gear 1 bila menaiki bukit menuju pintu gerbang sekolah. Setibanya ke tempat letak basikal aku dan rakan wajib akan parking secara poyo iaitu dengan membuat gaya drift, dengan erti kata lain break tayar belakang sambil slide. Bila mengenangkan zaman remaja aku, terasa gampang je aku masa tue. Kami menjadi perhatian senior-senior yang tak puas hati kerana mereka tidak boleh menumpukan pelajaran mereka didalam kelas ketika kitaorang membuat aksi stunt a.k.a poyo itu, lalu mereka membangkitkan perkara ini kepada pihak atasan. Selang beberapa hari kemudian, pihak atasan mengeluarkan arahan supaya penunggang-penunggang basikal perlulah menolak basikal mereka dari pintu gerbang sekolah hinggalah ke tempat letak basikal. Bapak berpeluh tolak basikal.

***
Apa yang menjadi trend dan ikutan pada zaman itu, tak semestinya di sekolah aku saja, aku rasa semua sekolah sama dengan sekolah aku juga, jenis budak-budak sekolah suka berfesyen. Semua tak nak kalah pakai seluar bell bottom, yang straight cut pun ada tak cukup dengan itu, label Cantona7 menjadi pilihan, tuck in depan tapi kuar baju belakang pun ada juga, seluar labuh sapu lantai juga bersepah sepah dan seluar sekolah pattern jeans juga diperagakan. Aku seperti biasa tidak sangat mengikuti trend terkini, aku kan orang kampung. Suatu hari rambut aku agak panjang lalu aku decide untuk potong rambut. Setelah lama aku berfikir, aku bercadang untuk memotong rambut fesyen flat top seperti aku di sekolah rendah dulu.

Esok aku ke sekolah menjadi bahan rujukkan kepada rakan-rakan aku juga la. biasa la rambut baru, mungkin mereka suka akan kehenseman aku. Apa yang menarik rakan-rakan aku suka letak buku log berkulit keras dia atas kepada aku. Macam nak flying kick je sorang-sorang. Diorang ingat kepala aku meja tulis ke apa.

Aku tidak ambil port sangat mereka nak gosip-gosip pasal rambut aku. Menanti guru tak masuk kelas ini yang paling membebankan, aku sebagai penolong ketua tingkatan yang paling dedikasi di dalam kelas, merajinkan diri untuk ke pejabat mencari guru yang ponteng kelas aku tu.

Sambil aku berjalan menuju ke pejabat, aku terpandang muka Guru Besar (GB) yang bengis itu memanggil aku masuk ke dalam pejabatnya. Wah ada bisnes baek ke GB panggil aku masuk bilik dia, tak pun dia nak suruh aku join MLM. Aku dengan selumber bagi salam dan masuk dalam bilik dia.

Zappppppp...

"Uish terkejut kawe" aku melatah dalam bahasa kelatan plak. Dalam hati aku berkata "Apa tebiat GB pukul meja dia dengan rotan sepanjang 1 meter itu". GB dah mula membebel tak tentu pasal seperti teruja tengok kehenseman aku. Aku buat dek je bebelan dia, tapi sayup sayup aku dengar yang rambut aku nie berfesyen, kenapa aku nak jadi artis ka, dan bla bla bla bla. Bergenang air mata aku mengenangkan meja yang kena sebat dengan rotan GB itu. Tak pasal pasal dia kena sebat sedangkan dia tidak bersalah. Setelah GB penat berbebel. Dia menyuruh aku memotong rambut. Aku kehairanan dan memula mengutuk dalam hati "Lor dah pendek nie kot, nak potong lagu mana lagi?". Demi GB aku pun mengangguk.

Aku ingat lagi ketika itu Najib Tun Razak menjadi menteri Pelajaran Malaysia, Dia menggalakkan pelajar berambut pendek seperti Askar. Aku langsung tidak rasa bersalah malah tak terkilan lansung dengan GB kerana aku sahuti saranan kerajaan berambut flat top ala ala askar amerika a.k.a van damme dalam cerita Street Fighter. Pelik betul GB aku, pergi sekolah rambut pendek pun salah.

***

detik hatiku: rambut panjang salah, rambut pendek pun salah, pikiaq la sendiri..

Monday, November 16, 2009

Siri Meremang Bulu Roma #1

***
Malam hari itu seperti biasa. Aku bersama rakan bersantai di rumah. Kami tak ke mana pun pada hari tersebut. Kami cuma membuat hal masing-masing seperti bermain game, berchatting dan berfacebook.

Hujan mulai turun renyai-renyai membuatkan suasana menjadi suram sejuk. "Syok nya kalau tido time nie" detik hatiku.

Jam dah menunjukkan pukul 2 pagi. Kedua-dua rakanku telah pun melabuhkan diri mereka dikamar masing. Tinggal la aku kesorangan yang masih leka bersurfing di dunia internet yang serba maya ini. Penuh dengan gosip,gambar dan hidupan liar. Tak cukup dengan itu. cerita ceriti blogger banyak menarik minat aku untuk membaca.

Bak kata Pie "Mata macam ada gam". Aku dah tahan lagi. Bantal aku dah memanggil manggil. Aku terus dakap bantal yang agak masam itu lalu tido kat tempat Bob.

Setelah 5 minit aku baring di tempat Bob, rupanya aku masih lagi tidak dapat tido, terasa diri aku macam ada penyakit insomnia la plak. Aku berpusing ke kiri dan kanan tapi masih lagi tidak dapat tido. Aku cuba pejamkan mata sambil mendiamkan diri dan cuba untuk tidak memikirkan apa-apa yang boleh membuatkan adik aku bangun.

Tiba-tiba..

Aku terdengar sesuatu yang agak-agak korang pun tak nak dengar. "Alamak bunyi apa plak nie" detik hatiku yang terdengar sesuatu di dapur rumah sewaku. Aku bukakan mata dan mahu memandang ke arah dapur tapi aku enggang berbuat demikian kerana terlintas aku terkenang cerita Jangan Pandang Belakang dimana neneknya sedang makan nasi dengan gelojoh ketika Darma ke dapur, lantas terus melupakan hajat aku itu. Bunyi seperti benda mencakar semakin kuat kedengaran. Aku memandang rakanku di sebelah dan ingin mengejutkannya tapi keegoan aku setinggi KLCC, lalu aku pejamkan mata sambil menutup mukaku dengan bantal.

Suasana hujan renyai ini membuat kaki aku terasa sejuk.

Hati aku gundah gulana. Aku merasakan sesuatu sedang bergerak mendekatiku. tapi aku buat-buat tak faham. Aku cuba berfikiran positif. Semakin lama semakin dekat benda itu meniti menghampiri aku....

Zaapppp...

Ada sesuatu hinggap di atas kaki ku.

Aku lantas bangun sambil hati aku berdegup selaju 240km/j.

Aku terkejut kerana ada seekor benda putih sedang berada dia atas kaki ku ini. Aku bertentang mata dengannya lalu ia mengalah sambil mengeluarkan bunyi..

Miawww...

Seram sejuk aku masa itu. Terasa macam gampang pun ada. Selamat kucing putih yang duduk atas kaki aku kalau kucing hitam mau pengsan aku masa tu. Aku bangun dan terus membuka pintu sambil menghalau kucing putih itu keluar. Aku cuba periksa dan mendapati tingkap di bilik depan terbuka luas. Haishh sambil menarik nafas lega.

***

moral of the story: jangan lupa tutup tingkap sebelum tido.

Sunday, November 15, 2009

Satu Hari Bola

7 Nov 2009 - Hari Sabtu aku isyitihar hari bola untuk diri aku. Nak tau kenapa:

9.00 malam - Layan bola Piala Malaysia, Negeri Sembilan Vs Kelantan .Gila havoc game ni. Macam sambutan hari raya aku tengok game nie. Mercun sana sini. Selamat meriam buluh diorang tak bawa sekali. Kalau tak, lagi meriah la stadium bukit jalil malam tue. Dalam kemeriahan letupan mercun, ada plak ada sessi unggun api. Teringat aku zaman kanak-kanak riang ribena pergi layan Jamboree Pengakap duduk keliling unggun api sambil layan barbecue ayam yang tak berapa nak sedap. Apapun game ini disudahi dengan kemenangan ke atas Negeri Sembilan. Tahniah..

10.30 malam - Tukar channel dapat plak Machester City vs Burnley. Aku layan game ni bagi mengisi masa boring aku sambil mengunyah Kit Kat. Tersenyum plak aku tgk Burnley leading. Hatiku aku mula mengutuk "masak la siti lepas nie". Lepas je 1st half, termasam plak aku sebab game ni seri. Ala tak kisah la diorang nak kongsi mata, jangan berkongsi kasih sudah la.

1.30 pagi - Game yang dinantikan telah tiba. Setelah kian lama aku tunggu akhirnya game dah start. Arsenal Vs Wolverhampton. Pada mulanya, bahagian pertahanan arsenal agak goyah dengan serangan 11 ekor musang. Tapi sang meriam masih kental dan dikentalkan lagi apabila Song dimasukkan bagi mengantikan diaby. Arsenal kekal bertahan lalu berjaya menembak 3 ekor musang pada separuh masa pertama. Kedudukan selesa ini berubah menjadi meriah apabila arshavin menyepak bola bersahaja masuk ke pintu gol pihak serigala lalu berlari ke arah penonton sambil menyuruh penyokong mereka diam. Arsenal terlalu gembira sampai terleka dan memberi hadiah saguhati ke pada team musang. Seronok betul aku layan game pada malam tue. Bak kata pipiyapong " Arsenal macam main petang-petang ja".

3.30 pagi - Tertekan channel sebelah plak. Ada game Barcelona Vs Mallorca. Wahh menarik nie. Tapi game dah masuk separuh masa kedua. Sempat juga tengok si Zlatan main. Tapi mata aku dah sayup-sayup. Hati kental punya pasal aku layan sampai wisel penamat.

5.00 pagi - Game seterusnya Real Madrid vs Atletico Madrid. Macam menarik game lepas nie. "Rugi kalau aku tak tengok" detik hatiku. Sambil baring di atas lehap yang tak berapa nak empuk tapi bantal aku tip top, aku layan game ni. Tak sempat reff tiup wisel, aku dah hanyut. Aku tersadar, mata pun buka kecik-kecik sambil tengok result dah 3-2. Argh lantak la, baik aku tido.

???? pagi - Lari bersama bantal naik atas masuk bilik buka aircond tutup pintu masuk dalam selimut dan tido.

detik hatiku: Hajat dihati nak layan game Arsenal je..

Saturday, November 14, 2009

Dari Frankfurt Ke Penang

Segala kesulitan ketika berada disana membuat aku terpaksa pulang ke taman halaman. Aku kena buat IC, Lesen dan ATM card yang baru. Selamat passport tak kena copek. Kalau tak , tak pasal-pasal aku kena jadi warganegara British. Sudah tentu aku akan bermaustatin kat sana sambil berkerja sebagai pengutip apple pada hari biasa dan pengutip bola kat stadium bila hari minggu.

Berikut adalah jadual perjalanan pulang dari Frankfurt ke Penang:

4 Nov 2009
1200 - Bertolak dari Frankfurt ke KLIA
Aktiviti dalam Flight
- Layan Movie Syurga Cinta
- Main Game terutamanya Chess
- Dengar Radio Channel Rock

5 Nov 2009
0658 - Tiba di KLIA

0730 - G-bum sampai jemput aku dan naser.Lepas hantar naser kat Bukit Jalil, kitorang boleh silap jalan pergi patah balik ke putrajaya. Memang Shit The Fak.

0900 - Tiba di Rumah Sewa Kampung Baru sambil berkata "Home Sweet Home".

1000 - Basuh baju sambil lepak-lepak tengok astro.

1200 - Pergi KLCC hantar kunci rumah kat G-bum. Lepas tue G-bum belanja aku Mee Kari dan dia kasi duit tambang balik. Terima Kasih G-bum.

1400 - Bertolak ke Puduraya.

1430 - Beli tiket pulang ke Bukit Mertajam. Memang rezeki aku dapat bas pukul 3 petang.

1500 - Naik bas transnasional lalu lelap kan mata.
// walaupun ada awek cun milik orang muka ala mami dalam bas tue.

1800 - Sedar-sedar dah sampai Hentian Sg Perak tapi mata masih lagi dalam keadaan lali.

1930 - Turun bas dekat hentian Juru. // tak sangka awek cun milik orang muka ala mami pun turun tempat yang sama.

2000 - Makan malam bersama keluarga di Restoran 69. //Kenkawan jangan berfikiran kuning k.

2200 - Akhirnya sampai jua kat rumah.

detik hatiku : Book of record dalam hidup aku. Perjalanan yang paling jauh pernah aku lalui.

Dasar Pandang Ke Barat

Sambil kerja, kita minum air:




Apa yang menarik kat sana?
- Cuaca. Sejuk-sejuk macam kat London.
- Aweks. Tipu ar kalau tak cakap awek london cun.
- Barang Membeli Belah. Jangan terbelah Card Credit sudah la.
- Perkhidmatan Awam (Bas, Train). Tip top walaupun ada miss skit. lumrah alam la.
- Bangunan macam dalam BBC selalu tunjuk. Rancangan paling popular mak aku suka tengok.
- Makan. Hari-hari makan makanan Arab.

Apa yang kurang pulak?
- Aktiviti dan tak dapat pergi Stadium. Agak terhad sebab pergi atas urusan kerja bukan melancong.
- Copek. Ini kena hati-hati.



detik hatiku : haihs rasa nak pergi london lagi la terutamanya Emirates Stadium.

Thursday, November 12, 2009

Merika

***

Beberapa bulan yang lalu, aku bersama rakan ke pejabat merika untuk temudaga. Sebelum ke temuduga segala persiapan rapi telah dilakukan demi pelancaran pemprosesan data. Pagi yang indah dengan pakaian serba pejabat kitaorang menuju ke pintu masuk. Keselamatan dia punya la ketat seketat muka pak guard kat situ. Segala barangan telekomunikasi kami ditinggalkan, hanya Diri dan Borang saja melepasi pintu masuk kawalan itu.

Penantian yang penuh sabar itu reda apabila temuduga kitaorang selesai. Sesi temuduga itu sungguh la rancak berbekalan english dari darjah satu sampai ke universiti, kitaorang berborak dengan mamat temuduga sampai berhabuk kaunter tu. Terima kasih kepada semua cikgu english aku.

Selang beberapa hari, kitaorang menerima panggilan mengatakan bahawa kitaorang telah berjaya melepasi sesi temuduga. Wah hebat sungguh kitaorang. Terasa macam menang loteri satu juta. Beberapa minggu selepas itu, merika memberitahu bahawa terdapat kesulitan terhadap borang aku. Aku mula kecewa tapi aku redha. Segala persoalan timbul dalam pemikiran aku. Hidup aku tak tentu arah. Tidor aku tak lena. Makan aku tak kenyang. Mandi aku tak wangi.

Sehingga kini masih tiada lagi jawapan. "Takut juga merika kat aku" detik hatiku yang bersikap positif.

Arghh!!..Aku tidak lagi kisah pasal merika. Kini aku pandang ke arah barat. Meneruskan perjuangan aku kat sana.

***


Wednesday, November 11, 2009

Apa Potong-Potong!!

***

Sekarang heboh iklan potong-potong, Company A perli Company B, Company B perli Company A. Jangan harap perli saja. Harap diorang bersaingan demi memajukan industri telekomunikasi kita. Tak dak la aku bosan tak dak internet ni nanti.

Sekarang blog aku dah berwajah baru tak bererti aku ada azam baru. Dulu papan tulis aku nie kaler hitam. Kalau korang baca sure tertido. Jadi aku ubah kaler blog supaya mata korang semua segar bugar. Aku pun tak sure ada ke orang baca blog aku nie. Kalau ada pun baca syok sendiri. Tu pun kadang-kadang kantoi kat opis mahupun kat rumah korang buka blog aku. Terima kasih la sebab baca. Tak komen pun tak pa. Janji ada ghak orang nak baca. Boleh la mengisi ruang kebosanan korang bila waktu lapang tak pun masa tak dak kerja kat opis.

Oleh yang demikian, sahutilah kempen kerajaan kita "Membaca Blog Amalan Yang Mulia."

***


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...