Monday, February 24, 2014

Auto-M - Hyundai Starex


***




Beberapa minggu lepas, aku dan isteri test drive Hyundai Starex. Aku memang minat sangat kenderaan seperti Caravan atau Mobile Home ni.







Ini kali pertama aku test drive kenderaan. Semua ini gara gara rakan aku yang memaksa aku untuk test drive kenderaan. Aku tahu, untuk test drive kenderaan, kita perlu punya kenyakinan yang tinggi pabila bercakap dengan salesman.

Aku: Best ka test drive.

Rakan: best wei, ko kena try sekali,

Aku: ada kena bayar apa apa tak?

Rakan: tak der, FOC, cuma nanti ko kena isi details, no phone dll. Habis kuat lepas ko test drive. Salesman akan call ko, racun racun skit suruh beli kereta. Lepas tu, ko pandai pandai la bagi alasan or tak payah angkat phone.

Aku: Oo macam tu ka, dress code macam mana? 

Rakan: tak der la, ko pakai biasa biasa pun tak pa, tapi lagi bagus ko pakai ala ala pejabat, baru nampak ko macam banyak duit.( macam je la). Ko nak test drive kereta apa?

Aku: Tu la aku serba salah, showroom dia sebelah perodua glenmarie, Lamborghini nama kereta tu. Aku risau nak test drive, even though aku pakai smart kaya gila khinzir sekali pun, nanti for sure salesman pandang aku atas bawah atas bawah then dalam hati dia mesti berbisik, "mamat nie perabih duit minyak test drive je"..

Lepas kejadian tu, member aku senyap seribu bahasa lalu tumpu sepenuh perhatian pada kerjanya..

***

Berbalik pada test drive, Starex dikuasa dengan 170hp dan 392Nm torque pada 2000-2500 rpm dari 2.5cc turbodiesel dimana pickupnya ya ampun punya smooth dan ringan walaupun kenderaan gedabak besarnya.

Ia ibarat kendaraan angakasa lepas di atas jalan raya. Starex ini mempunyai keluasan dalam yang sangat luas crazy pig sehingga mampu memuatkan 12 orang. Tempat duduk belakang boleh diubah ubah.


Menurut sumber dari Salesman Hyundai, kenderaan ini juga tiada masalah aircond, penumpang dibelakang for sure tak merungut kepanasan dan ia dilengakapi dengan built-in GPS, reverse parking view dan Monitor LCD dibahagian belakang. Setakat 3-4 jam perjalanan pasang cerita hindustan ditambah pula minyaknya yang jimat. Perjalanan Utara-Selatan no hal. Boleh bawa 2 family sekali gus.

Harga jualannya sangat awesome, pada mulanya aku budget harga kereta ini setaraf Alphard/Velfire. Hakikatnya kereta angkasaraya ini hanya RM138,888. 

Cuma, aku tak berapa berkenan pada speedometer, handbrake dan dashboard nya, agak oldskool dan tak ada ciri futuristic alaf baru langsung (kosong). Dikhabarkan juga service kenderaan ini sekali ganda dari kereta biasa kerana engine oil diesel yang diperlukan sebanyak 2 tong. Memandangkan ianya besar, pemilik kenderaan perlu pandai parking kenderaan ini.

source picca: paultan.org

***

Andai kata aku miliki kereta ni, senang aku nak bawa family bercuti dan pergi kenduri. Boleh angkut seramai yang mungkin. Takat pi berkelah, tak payah pasang khemah, lepak saja dalam kereta.

Time cuti cuti tak benda nak buat, boleh buat teksi penumpang, ambil job sampingan pickup tourist dari airport ke hotel vice versa, tak pun bawa tourist pusing pusing KL atau bawa big boss pergi meeting.

Wahlaa.. Macam macam boleh buat dengan Starex ni. Korang plak rasa macam mana?

***




Thursday, February 20, 2014

Siri Part-time Job

***

Mungkin ada diantara blogger pernah atau terlibat dengan kerja part-time. Hidup di kota metropolitan seperti KL ini, tidak cukup kalau hanya bergantung pada makan gaji atau harap duit PTPN/MARA bagi para pelajar. Kalau tiap tiap bulan nak harapakan PAMA, diri boleh jadi naik segan, itupun kalau keadaan terlampau terdesak sampai alerts warning level 5 baru lah tebalkan muka, minta sedikit wang ihsan.

Tapi kat tinggal kat KL ni, aku nampak lubang bisnes bukan main besar. Apa yang anda perlu sedikit  usaha dan grab peluang  yang terbentang luas. Bila aku baca entri bab aku-dah-bosan-menjadi-doktor-bertauliah. Tidak dinafikan, ramai yang jadi pakar doktor secara tidak bertauliah lalu menjual ubat ubatan. Ramai juga yang jadi wartawan hiburan, sukan dan politik secara tak rasmi di laman laman web dan ramai juga diantara kita semua kerja di pejabat tapi pandai buat bisnes tupperware, avon, jual barangan bayi, insurans dan sebagainya.

Manusia di KL sekarang ini ibarat Iguana (berubah mengikut keadaan). Siang buat kerja lain, malam buat kerja lain. Ada diantara  kita kerja sebagai engineer, tapi dalam masa yang sama anda jual insurans, ada pula diantara kita kerja kerani, tapi dalam masa yang sama jual barangan kosmetik. Walauapapun kita buat, yang penting, rezeki kita dari sumber yang halal, insyallah.

Ini adalah Siri Part-time Job yang pernah aku buat. Detik perih, sedih, penat dan happy akan aku kongsi dalam entri terbabit. Nampaknya Siri #3 dah keluar dulu semalam. enjoys

#1 -Mc D
#2 - HOCA Cafe KLCC
#3 - Photographer
#4 - Blogger

"Bukan senang nak hidup senang
Bukan susah nak jadi susah"

***

Wednesday, February 19, 2014

Siri Part-Time #3: Photographer

***

Photographer

Terima kasih kepada Sweetie kerana sudi bertanya:


Sebelum itu, aku nak cerita serba sedikit kisah aku sebagai photographer. Aku mula menceburi dalam bidang fotografi secara serious sejak 2008. Kalau lihat balik gambar gambar aku ketika baru mula berkecimpung, memang buruk siut (http://saedramadhan.fotopages.com). Pada bulan Feb 2009,  menimba ilmu di Photocamp anjuran CS. Mentor aku untuk group aku adalah Moqh atau lebih dikenali sebagai Mukhriz Latif. Sekarang beliau mempunyai syarikat fotografi bersama Udey.


Ini antara hasil dari group kitaorang.

Pada tahun 2010, aku dipilih sebagai trainee photographer dan bergerak secara part-time dan ditugaskan menajadi assistance kepada FT. Aku kerap mengekor FT setiap minggu untuk laksanakan tugas sebagai jurugambar. Banyak tips dan pengalaman berguna yang dapat aku pelajari semasa menjadi jr photographer di samping makan percuma ketika bertugas.

Rezeki aku bersama FT tidak lama, cuma beberapa bulan saja. Aku berhenti lalu menjalani kehidupan seperti orang biasa. Sabtu Ahad cuti tanpa sebarang kenduri kendara.

Bayangkan kalau aku buat part-time sebagai jurugambar, isnin-jumaat bekerja di pejabat, salah satu hari cuti sabtu atau ahad atau kadang kadang kedua-dua hari ada job wedding. Memang penat babe, itu belum kira waktu nak edit gambar lagi pada waktu terluang. Bila masa aku nak bersama keluarga.

Andai kata jadi fulltime photographer, sudah semestinya masa ada terluang isnin-khamis adalah masa sesuai untuk berjumpa dengan klien, edit dan siapkan album.

***

Dengan ada sedikit pengalaman, aku cuba bergerak bersendirian. Cuma setiap kali majlis, aku akan ditemani oleh rakan yang bernama Bob. Dia punya seni yang tersembunyi.

Aku dan Bob bersependapat,  klien terutamanya akan meletakkan harapan yang tinggi "high expectation" untuk sesuatu album perkahwinan.

Jadi dengan itu, kerana keyakinan aku tak setinggi melangit, maka klien klien aku hanyalah terdiri daripada rakan rakan terdekat dan sedara mara. Kalau korang nak aku shoot, kenalah jadi rakan terdekat dulu. Barulah tak kekok bila nak shoot gambar nanti.

Korang boleh view hasil kerja yang pernah aku buat.










Tips terbaik yang boleh aku kasi kat korang; untuk fotografi perkahwinan, better cari yang fulltime/ professional dan review gambar gambar  mereka terlebih dahulu. Kalau anda mahu aku rekemen photographer yang best pun boleh.. drop me an email.

***

Bagi menjawab persoalan diatas.

Waktu kerja aku sekarang sangat ketat, setiap hari rabu-sabtu aku wajib kerja (sebab shift). Setiap hari ahad pula hari bersama keluarga. Di situ dah nampak hala tuju untuk ambil job wedding tertutup. Harap Maklum.

Ia tidak terhenti disitu saja, skop fotografi ini sangat luas dan ianya tidak hanya tertumpu pada perkahwinan. Jika ada masa terluang, aku shoot event di tadika dan company jika diperlukan, kadang kadang shoot gambar anak sendiri, pemandangan, bangunan, produk, konsert, pokok, haiwan dan selfie. Andai kata korang berminat untuk shoot outdoor disekitar KL/Selangor pada hari Isnin atau Selasa (ini saja hari yang aku free), bolehlah roger/email untuk mengetahui quotation.

Korang juga boleh review gambar gambar yang pernah aku shoot di blog http://alkisahpictures.blogspot.com/.

p/s: email aku tertera di blog alkisah pictures. sekian wasalam.

***

Friday, February 14, 2014

Salam Jumaat : 5 Kesalahan untuk panduan bersama


Aku terima gambar ini di whatapps, sesuatu yang berguna untuk dikongsi bersama. Aku harap ia dapat memperbaiki solat kita. Inysallah.

Wednesday, February 5, 2014

Wordless Wednesday - Superhero Photography by Adam Jay

***



***

Monday, February 3, 2014

Evolve Skateboards.. macam Fun je..

***

Dulu aku cukup berkenan nak try Snake Board.


Tapi memandangkan aku jarang ada masa untuk semua tu,
ditambah pula dengan nilainya yang agak mahal.
Aku padamkan dalam list keinginanku.

***

Tetiba, semalam aku tertengok plak pasal Evolve Skate.
 

Macam Fun je naik benda ni,


Evolve Skate ni menggunakan remote controller untuk bergerak

Kelajuannya boleh mencecah dalam 35-38 km sejam.
Batterinya pulak boleh bertahan sehingga 32 km /charge.
 Ini semua..
**Bergantung pada berat manusia yang menunggangnya, jenis evolve skate dan jalan.***
 
Harga Evolve Skateboards dalam lingkungan RM3k-8k.

Kalau korang berminat layari:

For more answer:

***

Kalau takat nak buat Fun Ride hujung minggu,
memang tak la kan aku nak beli..
Tapi..
Kalau korang betul betul berminat,
Apa salahnya..

Aku akan beli jika
aku berkerja disekitar KL.

Sebagai contoh:
Pergi kerja naik LRT/Komuter/Monorel,
Lepas station berhampiran dengan opis,
Aku naik plak Evolve Skateboards.

Baru Stylo Milo..

***
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...