Friday, June 13, 2014

Siri Part-Time #1: Mc D

***

Mc Donald



Aku pernah bekerja secara part-time di Mc D berdekatan dengan Warta Bangi. Gajinya tidaklah lumayan, cuma RM3.50 sejam tapi ia memberi satu pengalaman berkerja kepada aku dan makan Mc D secara percuma setiap kali bertugas, sampai dah naik muak nak makan Mc D. Sehinggakan nak minum coke pun dah rasa macam bosan dan sakit tekak.

Dari kerja casher sampai kerja cleaner aku pernah buat, cuma jaga kitchen je supervisor tak pernah suruh aku buat. Tak sure plak kenapa, mungkin raut muka aku tak dak gaya chef gamaknya tapi kalau letak kat casher ramai pelanggang datang, a.k.a muka pelaris. hehehe..

Seriously aku banyak buat kerja opening. Kerja masuk awal pagi, pukul 7 dah kena punch in, pastu setup sikit skit then tunggu customer datang breakfast. Masa ni Mc D tak ada lagi yang 24hours. Balik kerja pun awal dalam pukul 3 petang, kira petang petang tu boleh chill la main bola.

Tapi yang memenatkan adalah bila kena kerja masuk petang sampai closing. Setiap orang ada tugas masing masing, nak kena mengemas dan clean up perkakas diorang, mak ai. leceh babe. Sebenarnya bukan apa, customer punya lah ramai waktu petang dari balik kerja/sekolah, kadang kadang bawa sampai ke malam. Lepas tu, kena plak cuci semua perkakas perkakasnya, pergh memang sangat memenatkan. Gang gang otai, buat kerja punya la laju, mungkin diorang dah biasa dan tahu teknik macam mana nak cuci dengan cepat. Lagi cepat settle, lagi lah boleh balik awal dan rest.

Aku sempat bersama Mc D selama 5 bulan saja, Lepas tu aku pulang ke kampung halaman setelah tamat pelajaran di sebuah institusi di Bangi. Akceli, ramai juga pekerja pekerja part-time di Mc D adalah pelajar dari Universiti/Kolej berdekatan. Alasan mereka lebih kurang sama, nak cari duit lebih, nak save duit (kalau datang kerja dapat makan free) dan boring duduk kat hostel.

***

Moral of the Story

Nak seribu daya, Tak nak seribu dalih. Kalau adik adik rasa nak bergaya dan berbelanja, tapi tak nak menyusahkan ibubapa. Rajin rajin lah berkerja part-time. Aku dah rasa pahit manis ni. Ada part pahit (bila time cuti kena datang cover orang, customer gila cadbury ramai dan boss marah tak tentu pasal) dan part manisnya bila dapat gaji, kenal ramai kawan kawan dan lepak sama kongsi masalah masing masing. Last but not least, kerja fast food Mc D memang memenatkan. Seriously. The End.

Andai kata cik Fea nak buat part-time Mc D bila besar nanti, harap dia baca entri ni. Hehehe

3 Blogger kasi response. .

ZazaMyMoon Author
June 13, 2014 at 11:23 PM

Respect ar.. betul jg kalau buat kerja part time ni ada pro & con nya.. hehe tp utk mencari rezeki & pengalaman rasa semuanya ok & best kann Ed 😊

Reply
Al Kisah Author
June 14, 2014 at 12:52 PM

yesaa.. zaman muda dulu.. seronok buat part-time macam nie. tak der la kerja melepak tanpa hala tujuan,

Reply
June 14, 2014 at 5:48 PM

Follower ke #464. Semua kerja itu memberikn pengalaman dalam kehidupan.
Salam perkenalan frenz....:)

Reply

Post a Comment

Cer komen skit..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...