Friday, December 27, 2013

Warisan Bandor

***

Pernah tak korang terfikir untuk cari salasilah keluarga?
Siapa atuk atuk korang?

Aku selalu fikir masa kecik kecik dulu..
nama aku bin bapa aku bin atok aku bin moyang aku bin...
macam seronok nak tau..

Bila tertubuhnya Warisan Bandor atau Bandar
Baru aku dapat tahu sedara mara
 selalu masa kenduri je jumpa
 ada yang kenal, ada yang tak
tapi bila dah ada group nie
senang aku dapat detect
sapa sepupu sepapat aku

Paling top dalam family aku,
To' Panglima Teja
Orang Besar 16 Perak.

Besar mana?
Tak pernah plak aku ukur..

Wah gitu..

Ini paling atas yang Warisan Bandar dapat.

 Moyang, Arwah Mohd Ayit

 Keluarga Arwah Tok Jalal dan Opah Am
Bapaku berdiri belakang dan paling kanan sekali.

Ini plak keluarga-ku

Nak cerita pasal sejarah keluarga memang panjang.
Jadi secara ringkasnya, korang kena buat gathering macam nie,
Biar orang lama yang cerita kisah sebenarnya.

Bulan September 2013, diorang ada buat gathering secara besar besaran.
Malangnya aku tak dapat hadir.

Raja Dihilir Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa antara genarasi warison Bandor
merasmikan perlancaran persatuan ini.

Turut hadir sama adalag Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir; Pengerusi Permodalan Nasional Berhad (PNB), Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid merangkap Penasihat Persatuan Keluarga Warisan Bandor serta bekas Ketua Polis Negara, Tun Mohammed Hanif Omar yang turut mempunyai kaitan susur-galur dalam keluarga berkenaan.

Warisan Bandor di akhbar Utusan:
http://www.utusan.com.my/utusan/Utara/20130924/wu_02/Raja-Di-Hilir-Perak-lancar-Persatuan-Keluarga-Warisan-Bandor

Ada ke dikalangan blogger yang aku kenal ni tergolong dalam golongan anak cucu cicit 
Warisan Bandor

Cer citer cer citer..

Kalau ada, sedara la kite.. tak gitu Yob/Yong Oi...

***

10 Blogger kasi response. .

December 27, 2013 at 9:40 AM

huhu..nak kene cari susun galur la jugak!

Reply
December 27, 2013 at 10:09 AM

pernah cari.tapi pening...ahhahahaa belah hubby je dah siap cartanya ;)

Reply
aizamia3 Author
December 27, 2013 at 12:58 PM

barulah kenal mana satu sedara.. ;)

Reply
Al Kisah Author
December 28, 2013 at 5:27 PM

susun jangan tak susun..

Reply
Al Kisah Author
December 28, 2013 at 5:28 PM

kitaorang pun ada carta..nak siapkan carta... bak kata shuib sepah.."pening arrr"

Reply
Al Kisah Author
December 28, 2013 at 5:28 PM

tau takpa.. kalau tak pun sedara se-islam.. pun boleh kan..

Reply
December 30, 2013 at 5:12 PM

WOW besttt kalau kenal semua ahli keluarga dan asal usul kita ni kan.. mcm mak dara pulak moyang Mak Dara bernama Tok Bakap.. dia lah yg dtg dr acheh dan membuka SUNGAI BAKAP kat kedah tu hehe

Reply
Al Kisah Author
January 1, 2014 at 12:28 PM

ooo macam kira Sungai tu.. tok bakap punya la..

Reply
Zamani Abe Author
January 3, 2014 at 11:04 PM

nostalgianya...

Reply
Al Kisah Author
January 11, 2014 at 3:47 PM

Tau takpe

Reply

Post a Comment

Cer komen skit..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...