Thursday, February 20, 2014

Siri Part-time Job

***

Mungkin ada diantara blogger pernah atau terlibat dengan kerja part-time. Hidup di kota metropolitan seperti KL ini, tidak cukup kalau hanya bergantung pada makan gaji atau harap duit PTPN/MARA bagi para pelajar. Kalau tiap tiap bulan nak harapakan PAMA, diri boleh jadi naik segan, itupun kalau keadaan terlampau terdesak sampai alerts warning level 5 baru lah tebalkan muka, minta sedikit wang ihsan.

Tapi kat tinggal kat KL ni, aku nampak lubang bisnes bukan main besar. Apa yang anda perlu sedikit  usaha dan grab peluang  yang terbentang luas. Bila aku baca entri bab aku-dah-bosan-menjadi-doktor-bertauliah. Tidak dinafikan, ramai yang jadi pakar doktor secara tidak bertauliah lalu menjual ubat ubatan. Ramai juga yang jadi wartawan hiburan, sukan dan politik secara tak rasmi di laman laman web dan ramai juga diantara kita semua kerja di pejabat tapi pandai buat bisnes tupperware, avon, jual barangan bayi, insurans dan sebagainya.

Manusia di KL sekarang ini ibarat Iguana (berubah mengikut keadaan). Siang buat kerja lain, malam buat kerja lain. Ada diantara  kita kerja sebagai engineer, tapi dalam masa yang sama anda jual insurans, ada pula diantara kita kerja kerani, tapi dalam masa yang sama jual barangan kosmetik. Walauapapun kita buat, yang penting, rezeki kita dari sumber yang halal, insyallah.

Ini adalah Siri Part-time Job yang pernah aku buat. Detik perih, sedih, penat dan happy akan aku kongsi dalam entri terbabit. Nampaknya Siri #3 dah keluar dulu semalam. enjoys

#1 -Mc D
#2 - HOCA Cafe KLCC
#3 - Photographer
#4 - Blogger

"Bukan senang nak hidup senang
Bukan susah nak jadi susah"

***

5 Blogger kasi response. .

February 20, 2014 at 9:29 AM

moning

Reply
Al Kisah Author
February 20, 2014 at 11:26 AM

pagi..

Reply
smbotak Author
February 23, 2014 at 10:45 PM

castle kidz? hmm... bunyi macam menarik.

Reply
Al Kisah Author
February 25, 2014 at 9:12 AM

menarik sangat :^D^:

Reply
March 2, 2014 at 3:17 PM

photographer tu mcm best gak =)

Reply

Post a Comment

Cer komen skit..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...