Tuesday, April 9, 2013

Versus Musim ke-2

***

Are you to Rock!!!

Korang layan Versus kat TV9?

Apa itu Versus?

Versus adalah sebuah program yang menggalakkan pemuzik tempatan mengetengahkan kreativiti muzik tanpa batasan dapat diterima oleh masyarakat dan secara tidak langsung objektif utama VERSUS dalam memartabatkan muzik Malaysia ke peringkat yang lebih tinggi.

Secara amnya, VERSUS telah memulakan satu revolusi muzik apabila mendapat hampir setengah billion capaian (impressions) melalui #VERSUSMY di laman sosial twitter. Kini, VERSUS musim kedua kembali dengan lima band hebat masa kini iaitu Kristal, Oh Chentaku, Kyoto Protocol, Estrangeddan Manifesto. Manifesto merupakan sebuah band projek yang menggabungkan Tomok dan juara Hot FM Bingit musim pertama, Modread. Kesemua band mempunyai latar belakang serta genre muzik yang berbeza dan mereka menjanjikan kelainan dari musim pertama.

VERSUS musim kedua masih mengekalkan konsep yang sama iaitu 50 peratus pemarkahan datang dari juri tetap dan 50 peratus lagi dari undian SMS peminat mereka. Tiada penyingkiran sepanjang program ini berlangsung di mana kelima-lima band ini akan berentap di pentas akhir VERSUS nanti. Serasi dengan komen yang pernah diberikan pada musim lalu, VERSUS mengekalkan juri Jennifer Thompson dan Loque sekali lagi untuk musim ini. Hunny Madu dan Aidid Marcello juga turut diberi tanggungjawab untuk mengacarakan VERSUS sekali lagi.

Hadiah lumayan menanti sang juara di konfrontasi terakhir nanti, wang sebesar RM200,000 bakal dibawa pulang. Selain itu terdapat juga hadiah mingguan kepada pemenang “battle” setiap minggu.Band ke pusingan “battle” akan dipilih menerusi undian SMS tertinggi dan pemenang akan ditentukan oleh juri.

***

Harini saja aku jalan jalan cuci kereta kat Space U8, 

sambil sambil tu, tengok preparation stage untuk Versus Musim ke-2.


Inilah ghupanya, belum siap sepenuhnya.,

dan kat bawah ni adalah gambar Versus Musim-1 yang aku shoot tahun lepas.
korang boleh layan gambar gambar yang sempat aku shoot di Versus 1st Konsert << klik je kat situ.


Dan tahun lepas, kita sedia maklum bahawa band Hujan yang menjuarai Versus musim-1


Kini Versus Musim ke-2 telah kembali

dengan memperkenalkan band band seperti


kredit/source: Versus Tv9 


Tahun ni, aku tak dapat nak shoot gambar konsert Versus ke-2 sebab ada urusan kerja yang lain.

Apa ada hal, shoot gambar anak aku main gitar je la.


Bagi peminat fotografi,
Yang ingin mempelajari teknik shoot konsert,
seperti lighting, low light, moments, compose dll.
Boleh la pergi ke Space U8.

tapi harus diigat,
Jangan sampai menganggu crew crew official yang bertugas.

***


2 Blogger kasi response. .

April 9, 2013 at 10:02 AM

AJ tak tengok sangat..
tapi stage dia nampak gempak gilaaaa...

Reply
Sofea Author
April 9, 2013 at 5:36 PM

1 season. . Stage dia sempoi.. tunggu seasin ni punya x siap lagi..

Reply

Post a Comment

Cer komen skit..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...