Monday, June 23, 2014

Siri WC2014 - ceRoy out dan game penentuan


Roy Hodgson dilantik sebagai pengurus tetap ke-13 England pada 1 Mei 2012, sebulan dan sepuluh hari sebelum permulaan UEFA EURO 2012 berikutan perletakan jawatan Fabio Capello.

Pada EURO 2012, Hodgson membawa England ke peringkat suku akhir di mana mereka telah dikalahkan menerusi sepakan penalti. Di bawah pengendalian Roy, Three Lions meningkat ke tempt ketiga dalam FIFA / Coca-Cola Kedudukan Dunia, kedudukan tertinggi mereka kerana mereka telah diperkenalkan pada tahun 1992.

Pada 15 Oktober 2013, England menewaskan Poland 2-0 di Wembley dengan gol daripada Wayne Rooney dan Steven Gerrard untuk layak tanpa kalah untuk Brazil 2014. Hodgson berkata selepas perlawanan yang mencapai Piala Dunia adalah detik yang amat membanggakannya dalam bola sepak.



Malangnya, England kecundang diperingkat kumpulan tanpa mengumpul sebarang mata buat masa kini. Salah siapa semua ini? Bagi aku, para pemain skuad England hebat-hebat belaka. Ramai pemain dari kelab "berprestige" liverpool tapi masih gagal. Bila jatuh, ditimpa pula tangga, ini terjadi apabila top scorer EPL 2013/2014 dari skuad liverpool itu sendiri yang musnahkan skuad 3 singa itu.


***

Malam ini bermulalah perlawanan penentuan.

Group A - Brazil perlu menang untuk mengekalkan dipertama, manakala Mexico dan Croatia akan bermati-matian untuk layak ke peringkat seterusnya.

Group B - Jalan mudah buat Netherlands dan Chile yang sudah layak. 

Group C- Ruang masih terbuka buat Japan, Ivory Coast dan Greece.

Group D - Perlawanan penentuan diantara Italy da Uruguay untuk menduduki tempat ke-2.

Group E - Ecuador dan Switzerland masih mempunyai sinar harapan, nasib saja menanti mereka.

Group F- Peluang tipis buat Iran. Bola itu bulat, mungkin ada drama disebalik pertembungan dalam group ini.

Group G- Open game, macam macam boleh terjadi. Jangan Klinsman dan Joachim Low pakat bagi game seri sudah, terus sia sia game terakhir Portugal. Perlu diingat Klinsman tu warga Germanry 

Group H - Peluang dalam team team group ini juga masih ada, masih ada sinar cuma kena team mana gilap lebih cerah, team tu lah bakal layak.

***

Thursday, June 19, 2014

Siri WC2014 - Sepangyol bungkus ikat tepi

***


 image by sefutbol

Del Bosque Vicente mengambil tugas dari Luis Aragones selepas kemenangan gemilang Sepanyol di UEFA EURO 2008 bukanlah satu tugas yang mudah, namun Vicente del Bosque telah berjaya mengambil La Roja dan meneruskan kemenangan di Piala Dunia FIFA 2010 dan EURO 2012.

Temasya World Cup 2014 kali ini, Spain dianggotai oleh pemain pemain bertaraf bintang  dari kelab kelab bertaraf dunia.

Tapi..
Semua ini Dunia saja..
What to Do balik Spain, makan nasi cicah Budu..

***

Nasib I tak fanatik Spain. Jersey Spain tak der yang berkenan. Dari game Fifa14, I jarang amik Spain untuk lawan bersama rakan-rakan dari seluruh negara, Sebabnya playernya terdiri dari midfielder yang power tapi mempunyai paras ketinggian yang rendah dan strikernya pula tak berapa nak tough dan shootingnya tak berapa nak ngam.

Walaubagaimanapun, rakyat Spain jangan lah bersedih. Cameroon dan Australia juga mengikut jejak langkahmu.

Maka dengan itu, harga para pemain dan jersey Spain mula merosot. Jadi kelab kelab boleh la bersiap sedia untuk menbida para pemain La Roja ini. Akhir kata, berita baik untuk Spain, diorang dapat New King of Spain. Harap Raja Spain ni boleh membuat rombakan ke atas skuad kebangsaannya.


***

Monday, June 16, 2014

Terengganu Kite

***

April lalu, lepas balik dari Bukit Gambang Water dan Safari Park I terus gerak ke Terangganu. Dah lama I tak jejak kaki kat Ganu ni,  My Wife plak kerap sebut sebut nak pergi Ganu. Alang alang dah sampai Gambang, I bawa je ke Kuala Terengganu selepas melawat Safari Park dan check out dari hotel.

Seriously, pusing-pusing dalam Safari Park memang penat tak terkata. Kawasannya berbukit memang mencabar ketahanan diri dan emosi. Klik sini untuk tahu kenapa.

Selepas check-out, bersalam-salaman bersama rakan taulan, mereka semua akan bergerak pulang ke KL, dan I pula mula perjalanan ke KT. I prefer jalan tepi laut  melalui Chukai - Kerteh - Dungun - Rantau Abang dan sampai ke KT.




Macam tak best plak kalau pergi jalan-jalan Terengganu tak tengok onshore petroleum. Siang hari tengok api nyala-nyala, Kalau malam mesti lagi cantik.

Perjalanan mengambil masa hampir 4 jam, Dah la kitaorang tak makan lagi, cari hotel punya la susah. (* Jangan sesekali gamble walk-in hotel kalau nak selesa. hahaha). Akhirnya I dapat menginap di Hotel Seri Malaysia. Murah dan Jimat. Not Bad tau hotel ni, terletak berhampiran Felda Residency, muara sungai, berhadapan dengan Pulau Duyung dan berdekatan dengan bandar KT.

Disebabkan letih yang teramat sangat. I decide makan malam kat Waterfront je berhampiran dengan hotel dan lepas tu  we all rest.

***

Keesokkan harinya, bila badan sudah cergas, otak cerdas baru ada semangat nak berjalan, Bangun pagi breakfast di cafe. Suasana nya perghh best sangat dan tidak sesekali bau hanyir laut. Permandangan mengadap muara sungai, acapkali penampakkan bot nelayan pergi dan balik dari laut serta bot bot marine berlegar-legar bertugas di perairan.


view from cafe hotel Seri Malaysia KT.


Lepas saja breakfast, kitaorang gerak ke pasar payang. Start engine, keluar saja hotel on waze, search Pasar Payanag, tiba tiba bunyi. "You have reach to destination"
"Water Park a.k.a WTF"... dah sampai.
Dekat je Hotel Seri Malaysia dengan Pasar Payang nie. choyyy.. Kalau jalan kaki pun sampai..

Di sebelah petang pula, I bawa my wife makan makan di pantai Bukit Rakit. Pukul 3 petang suasana masih sepi nyaman dan tak ramai orang. Heaven. Disini ada jual Seafood goreng (makan macam pisang goreng) seperti Sotong Goreng Tepung, Ikan Goreng Tepung Pari Goreng Tepung dll. Lepak makan kat sini best sebab pantai dan lautnya teangn, angin pula tiup sepoi sepoi bahasa. Cuaca ketika itu cerah, langit biru cantik, ianya panas tapi tak bahang.



Petangnya pula nak lepak kat Pantai Buruk, tapi sebelum tu kitorang singgah dulu di Masjid Kristal. Snap dulu gambar sekeping dua. Tempat wajib singgah kalau ke Terengganu.




Bila cuaca dah suam-suam petang, barulah best lepak tepi pantai main pasir dan layang layang. Moh ke Pantai Buruk.
 



Hari ke-3, kitaorang balik ke KL dan singgah makan di Warung Aziz Satar, Kemaman Pahang. Tengok My Wife makan, sampai terbeliaq biji mata, sedap sangat rasanya. I ingat ni kedai pelakon pak aziz satar, rupanya tidak, Aziz tu nama owner kot, Satar tu nama makanan.  Macam nama warung Cendol Bakar, ingatkan Cendol tu dibakar.. rupanya tidak.. Choyyy choyy double choy..

***

Moral of the Story
  • Booking hotel sebelum ke mana mana, 2 kali try walk-in, 2 kali rasa menyesal. hehehe
  • Kaji dulu tempat tempat menarik sebelum ke destinati yang kita tujui. 
  • Jangan skip makan, berhenti bila lapar. Sediakan air dan makanan ringan didalam kereta.
  • Banyakkan berehat sebelum mula perjalanan ke detinasi yang jauh.

Friday, June 13, 2014

Siri Part-Time #1: Mc D

***

Mc Donald



Aku pernah bekerja secara part-time di Mc D berdekatan dengan Warta Bangi. Gajinya tidaklah lumayan, cuma RM3.50 sejam tapi ia memberi satu pengalaman berkerja kepada aku dan makan Mc D secara percuma setiap kali bertugas, sampai dah naik muak nak makan Mc D. Sehinggakan nak minum coke pun dah rasa macam bosan dan sakit tekak.

Dari kerja casher sampai kerja cleaner aku pernah buat, cuma jaga kitchen je supervisor tak pernah suruh aku buat. Tak sure plak kenapa, mungkin raut muka aku tak dak gaya chef gamaknya tapi kalau letak kat casher ramai pelanggang datang, a.k.a muka pelaris. hehehe..

Seriously aku banyak buat kerja opening. Kerja masuk awal pagi, pukul 7 dah kena punch in, pastu setup sikit skit then tunggu customer datang breakfast. Masa ni Mc D tak ada lagi yang 24hours. Balik kerja pun awal dalam pukul 3 petang, kira petang petang tu boleh chill la main bola.

Tapi yang memenatkan adalah bila kena kerja masuk petang sampai closing. Setiap orang ada tugas masing masing, nak kena mengemas dan clean up perkakas diorang, mak ai. leceh babe. Sebenarnya bukan apa, customer punya lah ramai waktu petang dari balik kerja/sekolah, kadang kadang bawa sampai ke malam. Lepas tu, kena plak cuci semua perkakas perkakasnya, pergh memang sangat memenatkan. Gang gang otai, buat kerja punya la laju, mungkin diorang dah biasa dan tahu teknik macam mana nak cuci dengan cepat. Lagi cepat settle, lagi lah boleh balik awal dan rest.

Aku sempat bersama Mc D selama 5 bulan saja, Lepas tu aku pulang ke kampung halaman setelah tamat pelajaran di sebuah institusi di Bangi. Akceli, ramai juga pekerja pekerja part-time di Mc D adalah pelajar dari Universiti/Kolej berdekatan. Alasan mereka lebih kurang sama, nak cari duit lebih, nak save duit (kalau datang kerja dapat makan free) dan boring duduk kat hostel.

***

Moral of the Story

Nak seribu daya, Tak nak seribu dalih. Kalau adik adik rasa nak bergaya dan berbelanja, tapi tak nak menyusahkan ibubapa. Rajin rajin lah berkerja part-time. Aku dah rasa pahit manis ni. Ada part pahit (bila time cuti kena datang cover orang, customer gila cadbury ramai dan boss marah tak tentu pasal) dan part manisnya bila dapat gaji, kenal ramai kawan kawan dan lepak sama kongsi masalah masing masing. Last but not least, kerja fast food Mc D memang memenatkan. Seriously. The End.

Andai kata cik Fea nak buat part-time Mc D bila besar nanti, harap dia baca entri ni. Hehehe

Moh Kite ke Subang International Air Carnival

***

 

Macam menarik je. Dekat dengat rumahku. Kazen aku plak ada parking FoodTruck LaFamiglia kat dalam event ini. Kalau berkesempatan, Ahad nie nak singgah la kejap. Moh Kite..

Siri WC2014 - Anti World Cup 2014

***

Tatkala seluruh rakyat didunia gembira menunggu sepak mula World Cup 2014.
Rakyat Brazil sendiri pula yang menderita dan sengsara.

Ini semua kerana
  • Kenaikan harga barangan  asas kepada pengguna seperti makanan dan lain lain, cukai yang dikenakan sebanyak (27%). 
  • Cukai yang tinggi, hasil cukai jumlah 36% daripada KDNK, yang tertinggi di negara membangun yang tidak memberi manfaat kepada golongan miskin.
  • Purata warga Brazil membayar cukai dianggarkan 40.5% daripada pendapatan mereka, namun negara ini masih mengalami pelbagai masalah sosial dan infrastruktur seperti perkhidmatan kesihatan dan pengangkutan tidak berfungsi dengan baik, kadar pendidikan yang rendah, manfaat kebajikan yang tidak mencukupi dan semakin meningkat tetapi kadar pekerjaan masih rendah.
  • Rasuah dan penyelewengan berleluasa serta kekurangan ketelusan dan akauntabiliti kewangan Negara.

 
 
 
 



***


Bagi pendapat aku:



(Think Positive) Rakyat Brazil kena support World Cup 2014 sebabnya:
  • Ramai pelancong yang akan tiba pada temasya ini. Rata rata Hotel, Jualan tiket, sewa kereta, pengangkutan awam memang boleh kaut untung kaw kaw. Pandai pandai lah rakyat miskin Brazil itu mencari jalan macam mana nak buat bisnes bisnes semasa World Cup. Kerajaan Brazil pula, perlu charge harga tinggi hanya pada para pelancong saja, bukan rakyat Brazil itu sendiri.
  • Charge makanan hanya dikenakan kepada para pelancong sahaja. Nak bayar tunjuk ID,
  • Rakyat Brazil perlu mencari jalan menjual barangan hasil bumi, kraftangan yang unit khas dari Brazil. Mungkin lepas nie boleh dapat  order dari serata dunia.
  • Bila tiada rusuhan, nanti para pelancong akan kerap ke Brazil dan mereka tahu bahawa Negara itu sebuah Negara yang aman,



***

Thursday, June 12, 2014

Siri WC2014 - Team Pilihanku

***

Kalau minggu lepas I post pasal Jersi Pilihanku. Kali ni, I post team pilihan untuk World Cup 2014.

So ini adalah team yang Pilihan I. Setiap team ni ada kekuatannya tersendiri. Team paling I minat adalah Germany. Kenapa Germany?? nanti I post setiap entry untuk setiap negara yang I minat.



Amerika Latin - Brazil dan Argentina. Bermain dalam keadaan cuaca yang dah biasa bagi mereka dan suppoters yang ramai. Mampu memberi ultra-advantage.


Europe - Spain dan Portugal kena beri tumpuan.
Holland, Italy, France dan England juga tidak boleh pandang enteng. Walaupun prestasi sebelum ini kurang bernasib baik. Mungkin kali ini sebaliknya dengan adanya pelapis baru yang menyertai team masing masing.



Asia - Tahap permainan kedua-dua team pilihanku ini tidaklah memberasangkan, kalah pada perlawanan persahabatan sebelum sepak mula World Cup, bukan lah ukuran sebenar. I harap diorang dapat buat lebih baik seperti siri World Cup terdahulu.



***

Wednesday, June 11, 2014

Manipulate Almari IKEA


***

I kalau beli barang, I akan pilih barang itu betul betul berguna, kualiti dan murah. Memang susah nak cari tapi bila dah dapat memang puas hati. Nak cari barang yang betul betul memenuhi citarasa, kita kena jadi kreatif.


BISSA

Bissa adalah sebuah rak kasut. Barang ni sangat laris di IKEA, sehinggakan aku terpaksa menunggu selama 3 minggu untuk barang ini sampai.  Bila dah dapat date dari saleman Ikea, aku terus grab. Tak salah I, setiap barang IKEA ada quatanya. Dalam sehari diorang boleh jual beberapa unit saja. Sebab tu, I suka pergi IKEA seawal yang mungkin. Andai kata barang dah habis, cuba tanya pekerja IKEA, bila barang itu sampai. Kadang kadang barang tersebut, diorang dah order, cuma ia ada dalam stor tak pun sangkut di Kastam. Korang boleh check kat computer check-list diorang.

Tujuan aku beli Bissa ni untuk letak file file. Ia sangat sesuai diletakkan dirumah I yang kecil ini. Ianya nipis dan compartment dia sesuai untuk letak file dan semestinya harganya berpatutan. Ngam Soii..






***

ANEBODA

ANEBODA juga salah satu produk laris di IKEA suatu ketika dulu. Memang rata rata anak gadis dan mak mak mesti mahukan almari ini. Dahulunya almari ini dijadikan tempat baju cik Fea. Sesuai sangat sebab baju bayi kecik kecik, muat sangat lah almari ni.

Memandangkan cik Fea pun dah besar skit, I buat wardrobe kat dalam bilik. Jadi almari ni I tukarkan ia jadi Almari buku. Boleh letak tepi meja computer, atasnya bolehlah letak printer. Settle.






Selagi ada barang berguna dirumah kita, cuba gunakannya sebaik mungkin

***
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...