Friday, June 6, 2014

Terjebak tengok Running Man

*** 



Running Man (Bahasa Korea: 런닝맨, makna harfiah: "Orang Berlari") adalah satu Game Show dari Korea Selatan ala ala Amazing Race. Rancangan ini bersama dengan K-pop Star membentuk barisan program Good Sunday di saluran SBS. Ia pertama kali disiarkan pada 11 Julai 2010 dan diklasifikasikan sebagai Game Show aksi urban, satu genre baharu yang tidak pernah dilihat sebelum ini. Dalam rancangan ini, para pengacara dan tetamu yang diundang dikehendaki untuk menyelesaikan misi-misi yang diberikan untuk memenangi perlumbaan tersebut. Ia seringkali dimainkan di tempat-tempat menarik di seluruh Korea Selatan serta di beberapa negara seperti Thailand. 

Kini Running Man telah menghantui family kitaorang. Huhuhu

***

Akceli, I kurang gemar menonton cerita korea, dulu I lebih tertarik dengan drama bersiri Jepun especially Takuya Kimura berlakon. I siap beli satu set episod cerita Good Luck kot, ye la zaman tu bercita cita nak jadi Pilot. :P

I tak berapa nak boleh 'IN' dengan cerita cinta korea macam Winter Sonata yang agak famous suatu ketika dulu. Kini, Fashion dan Hiburan Korea telah menusuk masuk dalam negara kita dengan lagu dan Band K-Pop. Ok ini pun aku tak berapa nak 'IN'.

Sejak 2010 lagi, Member member dah hasut suruh tengok game show ni,  tapi aku keras hati tak nak terjebak.

Tapi..  ntah macam mana, dalam sekitar  December tahun 2013, kazen wife aku tunang, aku plak kena tidur ramai ramai kat rumahnya. Bila berhimpun, tidur depan TV, nak tak nak kena layan cerita yang diorang tonton sebelum tidur, Running Man episode SuperHero.


Ok Fine. I jadi terjebak lepas tengok episode tu. Hehehe..

Bila I dok layan, siap record episode kat Astro setiap malam Jumaat dan Sabtu. My Wife yang tak layan jadi terus peminat tegar. Gelak terbahak bahak tengok Game Show ni.

Walauapapun ianya Lagho tapi best.. 

Rasa macam nak pergi Korea plak jalan jalan melawat kawasan.

***


6 Blogger kasi response. .

June 6, 2014 at 9:20 AM

selalu dengar org dok sibuk tgk cerita running man.. tapi tak pernah lah sibuk2 nak cuba tengok..
hehehe kesian Kak Jah kann ^q^

Reply
Sofea Author
June 6, 2014 at 11:20 AM

kalau tengok, karang terjebak plak kak jah oi.. hehe :^D^:

Reply
Prof John Author
June 6, 2014 at 4:40 PM

aku dengan wife pon dah terjebak..siap download dr episod 1 sampai yg latest,beli hardisk khas utk simpan citer running man semata-mata..

Reply
Sofea Author
June 7, 2014 at 9:18 AM

welcome to the club prof..

Reply
Mawardi yunus Author
June 9, 2014 at 1:33 PM

ramai dok citer pasal cite nie. x berkesempatan nak tgok huhu

Reply
Sofea Author
June 10, 2014 at 10:45 AM

Bila berkesempatan, silalah tengok.

Reply

Post a Comment

Cer komen skit..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...