Saturday, April 26, 2014

Bukit Gambang Water dan Safari Park

***

12 April, Aku dan rakan rakan bercuti di Bukit Gambang Resort. Bukan senang nak plan, Alhamdulillah bila beberapa kali berbincang dan tunda, akhirnya berjaya juga plan ni. Kitaorang berkumpul di tol Gombak pada jam 8 pagi dan bergerak secara konvoi selepas Gbum tiba. Kitaorang berhenti breakfast di Genting Sempah dan melepas hadas kecil di perhentian Temerloh dan Maran. Kitaorang tiba di Gambang pada jam 12, makan tengahari di sekitar kawasan tersebut lalu check-in dan berehat sekejap.


***

Water Park 

Jam 4 petang, Kitaorang bergerak menaiki tram ke Waterpark. Digalakkan naik tram (mudah, tak payah fikir nak cari parking, bila lepas mandi baju basah tak payah risau pasal kusyen kereta)

Aku pakai Handopod je.. pun bolehh...

 

Masing masing dah punya anak, beginilah keadaannya.


***


Safari Park

Keesokkan harinya, kitaorang ke Safari Park. Seperti biasa, naik tram saja dong. Tips terbaik yang boleh aku kongsi, kalau ada baby, sila bawa stroller. Safari Park ni agak berbukit dan luas. Pasti korang akan penat. Ini pun kitaorang tak round habis. sebab masing masing dah penat dan simpan tenaga untuk pulang ke KL, aku plak ke Terengganu.

 
 
 


















White Lion tido la plak



ini saja gambar yang dapat aku dan rakanku Baim snap (camera waterprof).

Antara Tips yang boleh aku kongsi:

Harga Bilik 
Caribbean Suite ada 2 bilik RM300 ++ ( kitaorang kongsi 2 family jadi kos satu family rm150). Biliknya dan Ruang tamunya besar. Kalau korang datang dalam 3 & 4 family naik Starex pastu masing masing bawa Toto. Perghh memang Saveee banyak..


Apa yang Menarik:
Water Park -  Main slide tak payah beratur, tak payah berebut, main sepuas puasnya sampai penat sendiri sebab tak ada orang sangat pada masa tu. Kalau musim cuti sekolah, mungkin lain plak keadaannya.

Safari Park - Seperti tips kat atas bawa stroller, jangan buka tingkap tram ketika dalam  Wild Savannah Park. Keadaan panas terik membuatkan para haiwan lebih gemar tidur dan berehat dibawah tempat redup. Ketika masuk dalam kawasan haiwan haiwan karnivor, pintu gate elektrik akan dibuka, sebiji macam dalam filem Jurassic Park. 30 minit dalam tram yang berhawa dingin dah boleh tengok haiwan haiwan dalam Wild Savannah.  Lepas tu sediakan tenaga untuk berpeluh ketiak bila melawat Simba Hill, Foreign Hill dan Forest Land.

Kalau korang ada voucher untuk kedua dua park ni lagi bagus. Kitaorang pakai voucher, dapat la satu ticket sorang rm20 per entry, jadi kos masuk water park dan safari park hanya RM40 seorang. kanak bawah ukuran ditetapkan adalah percuma. Kira mak dan bapa budak saja kena charge. Berbaloi baloi ayer baloi..

Macam mana nak ke situ:
Ikut saja highway pantai timur, sampai jumpa exit Gambang. Terus follow map kat bawah tu, jaraknya lebih kurang 7km dari tol Gambang


Untuk sessi makan malam di Kuantan dan Ganu, akan menyusul pada next entri.

***





9 Blogger kasi response. .

April 26, 2014 at 1:06 PM

seronoknya korang beramai2..
haritu aku pegi 4branak je plus emak aku..
mmg puas hati & berbaloi kalau ke bkt gambang ni.. all under 1 roof.. nak kemana2 naik tram je x payah bersusah payah angkut kereta parking kat sana.

Reply
Unknown Author
April 28, 2014 at 9:39 AM

kenapa nak kena mention tunggu aku baru gerak konvoi ?? ="=

Reply
Sofea Author
April 28, 2014 at 10:56 AM

saja nak masukkan hg dalam cerita aku :^D^:

Reply
Sofea Author
April 28, 2014 at 10:56 AM

yezaa

Reply
Sheila Salim Author
April 28, 2014 at 12:10 PM

Assalamualaikum.. bestnya. lama tak jejak Gambang Waterpark. dulu sheila pergi masa dia baru buka. dapat main waterpark je, safari belum buka. rindu nak main ombak dia. hehehe singgah menabung libresse sini~~~

Reply
Unknown Author
April 28, 2014 at 4:19 PM

ke nak kata kau lambat sampai (--;)

Reply
Sofea Author
April 29, 2014 at 3:13 PM

choii mana ada.. kita p bukan rushing2.. kita p holiday.. lambat atau awal tak dak dalam istilah percutian.. hehe

Reply
Sofea Author
April 29, 2014 at 3:14 PM

tak pa.. next time pergi lagi.. tq

Reply
fiza nasuha Author
April 29, 2014 at 11:46 PM

nice sharing. blogwalking here. done follow your blog. come visit n follow my blog too at http://cikhafizahnurani.blogspot.com/

:-)

Reply

Post a Comment

Cer komen skit..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...