Monday, June 16, 2014

Terengganu Kite

***

April lalu, lepas balik dari Bukit Gambang Water dan Safari Park I terus gerak ke Terangganu. Dah lama I tak jejak kaki kat Ganu ni,  My Wife plak kerap sebut sebut nak pergi Ganu. Alang alang dah sampai Gambang, I bawa je ke Kuala Terengganu selepas melawat Safari Park dan check out dari hotel.

Seriously, pusing-pusing dalam Safari Park memang penat tak terkata. Kawasannya berbukit memang mencabar ketahanan diri dan emosi. Klik sini untuk tahu kenapa.

Selepas check-out, bersalam-salaman bersama rakan taulan, mereka semua akan bergerak pulang ke KL, dan I pula mula perjalanan ke KT. I prefer jalan tepi laut  melalui Chukai - Kerteh - Dungun - Rantau Abang dan sampai ke KT.




Macam tak best plak kalau pergi jalan-jalan Terengganu tak tengok onshore petroleum. Siang hari tengok api nyala-nyala, Kalau malam mesti lagi cantik.

Perjalanan mengambil masa hampir 4 jam, Dah la kitaorang tak makan lagi, cari hotel punya la susah. (* Jangan sesekali gamble walk-in hotel kalau nak selesa. hahaha). Akhirnya I dapat menginap di Hotel Seri Malaysia. Murah dan Jimat. Not Bad tau hotel ni, terletak berhampiran Felda Residency, muara sungai, berhadapan dengan Pulau Duyung dan berdekatan dengan bandar KT.

Disebabkan letih yang teramat sangat. I decide makan malam kat Waterfront je berhampiran dengan hotel dan lepas tu  we all rest.

***

Keesokkan harinya, bila badan sudah cergas, otak cerdas baru ada semangat nak berjalan, Bangun pagi breakfast di cafe. Suasana nya perghh best sangat dan tidak sesekali bau hanyir laut. Permandangan mengadap muara sungai, acapkali penampakkan bot nelayan pergi dan balik dari laut serta bot bot marine berlegar-legar bertugas di perairan.


view from cafe hotel Seri Malaysia KT.


Lepas saja breakfast, kitaorang gerak ke pasar payang. Start engine, keluar saja hotel on waze, search Pasar Payanag, tiba tiba bunyi. "You have reach to destination"
"Water Park a.k.a WTF"... dah sampai.
Dekat je Hotel Seri Malaysia dengan Pasar Payang nie. choyyy.. Kalau jalan kaki pun sampai..

Di sebelah petang pula, I bawa my wife makan makan di pantai Bukit Rakit. Pukul 3 petang suasana masih sepi nyaman dan tak ramai orang. Heaven. Disini ada jual Seafood goreng (makan macam pisang goreng) seperti Sotong Goreng Tepung, Ikan Goreng Tepung Pari Goreng Tepung dll. Lepak makan kat sini best sebab pantai dan lautnya teangn, angin pula tiup sepoi sepoi bahasa. Cuaca ketika itu cerah, langit biru cantik, ianya panas tapi tak bahang.



Petangnya pula nak lepak kat Pantai Buruk, tapi sebelum tu kitorang singgah dulu di Masjid Kristal. Snap dulu gambar sekeping dua. Tempat wajib singgah kalau ke Terengganu.




Bila cuaca dah suam-suam petang, barulah best lepak tepi pantai main pasir dan layang layang. Moh ke Pantai Buruk.
 



Hari ke-3, kitaorang balik ke KL dan singgah makan di Warung Aziz Satar, Kemaman Pahang. Tengok My Wife makan, sampai terbeliaq biji mata, sedap sangat rasanya. I ingat ni kedai pelakon pak aziz satar, rupanya tidak, Aziz tu nama owner kot, Satar tu nama makanan.  Macam nama warung Cendol Bakar, ingatkan Cendol tu dibakar.. rupanya tidak.. Choyyy choyy double choy..

***

Moral of the Story
  • Booking hotel sebelum ke mana mana, 2 kali try walk-in, 2 kali rasa menyesal. hehehe
  • Kaji dulu tempat tempat menarik sebelum ke destinati yang kita tujui. 
  • Jangan skip makan, berhenti bila lapar. Sediakan air dan makanan ringan didalam kereta.
  • Banyakkan berehat sebelum mula perjalanan ke detinasi yang jauh.

4 Blogger kasi response. .

June 17, 2014 at 3:29 PM

" I prefer jalan tepi laut melalui Chukai - Kerteh - Dungun - Rantau Panjang dan sampai ke KT."

Rantau Panjang celah mana ?? Rantau abang bro...Rantau panjang kat kelantan..kehkehkeh ="= ="=

Reply
Al Kisah Author
June 17, 2014 at 4:17 PM

Ye tak ye juga.. sorry gbum.. aku mana biasa jln pantai timur..

Reply
June 19, 2014 at 10:14 AM

really nice picture..

ur wifey dah tak heran apa nak jadi tuh...sedappp sangat tu...

rindu sangat kat terengganu...terubat bila nampak gambar2 yg ada

Reply
Al Kisah Author
July 9, 2014 at 12:12 PM

yup pictures saja mengubat rindu.. kalau senang.. pergi lagi..

Reply

Post a Comment

Cer komen skit..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...