Tuesday, April 3, 2012

Wanita dakwa diserang pengacara TV

***
Wanita dakwa diserang pengacara TV 
Sumber dari berita hairan 

KUALA LUMPUR: Kegembiraan seorang wanita meraikan ulang tahun kelahirannya bertukar tragedi apabila diserang seorang pengacara wanita TV popular bersama beberapa rakannya, termasuk memijak muka mangsa menggunakan kasutnya di sebuah pusat hiburan terkemuka, di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 pagi, pengacara wanita berusia 28 tahun itu yang pernah membintangi beberapa drama dan telefilem dikatakan menyerang mangsa berusia 20-an tanpa belas kasihan dengan memijak muka mangsa sekurang-kurangnya lima kali sebelum dikejarkan ke Hospital Ampang akibat kecederaan teruk di muka dan kepala. Difahamkan, mangsa yang sedang bergembira meraikan hari lahir didatangi seorang wanita yang tidak dikenali sambil bertanyakan kepada mangsa sama ada pernah terpukul atau melakukan kekasaran kepada sesiapa sebelum ini, namun mangsa menafikan perkara itu. 

Mangsa yang berdiam diri kemudian didatangi seorang lelaki yang bertindak menampar muka mangsa dan menolaknya sehingga jatuh sebelum pengacara wanita itu datang dan memijak muka mangsa dengan kasutnya, menyebabkan mangsa menjerit meminta tolong.

***

 OMG

Berita ini macam tergantung

Ada banyak benda tak jelas

Wanita yang kena pukul tu dah buat report polis?

Cukup tak 4 Saksi?

Takkan pasal terpukul atau terkasar sampai kena belasah teruk?

Kenapa wanita yang kena belasah itu berdiam diri?

Anugerah Bintang Popular Berita Harian dah dekat

Oleh yang demikian


Siapakah pengacara Wanita Tv fofular itu?

***

Sekali sekala bergosip

Apa salahnya

Tak gitu

***

3 Blogger kasi response. .

Aiza Iza Author
April 3, 2012 at 7:38 AM

Dia org kata pengacara melodi dira tu

Reply
Al Kisah Author
April 3, 2012 at 9:26 AM

Aiza: no komen, berita sahih mengenai nama pengacara tu tak der lagi.. masih samar samar

Reply
April 4, 2012 at 12:35 AM

ramai yg cakap dira tapi entah la..tapi paling tak tahan,ada yg tuduh fasha sandha..kakaka..bila masa tah fasha mengacara..:)

Reply

Post a Comment

Cer komen skit..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...