Thursday, March 15, 2012

Cost Per Click, Buffered & Metered Earning Nuffnang

***

Halo halo halo

Apa khabar semua?

Hari ini Alkisah nak kongsi serba sedikit tentang Cost Per Click, Buffered & Metered Earning Nuffnang

Rata rata blogger lama dah tahu pasal benda nie, tapi bagi blogger baru boleh buat ini sebagai panduan.

Bukan apa, bak orang tua tua cakap "Sambil menyelam, kita minum air"

Bak kata orang muda muda macam Alkisah cakap "Sambil Snorkeling, kita tengok penyu berenang"

Tapi bagi pepatah Nuffnang "Sambil anda berblog, Anda dapat duit nye pun"..

***

Pertama sekali niat kita berblog ini kena betul. Alkisah dah berblog selama 3 tahun, sejak 15 March 2009 dan Korie & Siti adalah entri pertama Alkisah.

Kenapa Alkisah berblog?

Akceli Alkisah berblog kerana ia menjadi satu tempat peninggalan sejarah Alkisah. Ia merangkumi suka duka yang pernah Alkisah lalui, cerita ceriti yang Alkisah pendam, gambar gambar untuk dikongsi bersama dan tips tips berguna untuk anak cucu cicit Alkisah.

Nanti anak cucu cicit Alkisah nak tahu sejarah atuk diorang yang kacak ini, bolehlah diorang baca blog Alkisah. #Tak gitu 

***

Berbalik pada topik asal. Nuffnang memberi habuan kepada blogger blogger yang aktif dan kurang aktif, tapi harus diingat jangan terlalu nak mengejar traffik semata mata. Apa yang penting, jadikan habuan Nuffnang ini sebagai side income anda.

Habuan dari Nuffnang adalah wang ringgit. #Bling$$ Bling$$

Nuffnang menawarkan 2 jenis iklan iaitu Cost Per Click (CPC) dan Metered Cost Per Impresion (mCPM)

Bagi blogger baru, mesti korang tertanya tanya, apa kejadahnya benda ini kan?

***

Cost Per Click (CPC)
Pembayaran adalah berdasarkan bilangan Unique Click yang dijana oleh Unique Visitor.

Unique Visitor dalam pemahaman web teknologi, ia dikira mengikut IP Address (korang boleh check what is my ip address), walaupun 1000 kali anda mengunjungi blog anda dengan menggunakan IP Address yang sama, ia akan dikira satu Unique Visitor

Jika Unique Visitor ini klik salah satu iklan dalam blog anda, anda akan mendapat satu Unique Click.

Oleh yang demikian, rajin rajinlah suruh rakan rakan blogger anda datang melawat ke blog anda dan klik iklan yang tertera. #Harus diingat ayat ini "tiada paksaan dalam klik iklan Nuffnang"
Hahaha.. nanti ada orang yang menyampah, Biarlah mereka klik iklan dengan seikhlas hati yang mungkin.

Pendapatan anda akan dikreditkan 3 hari selepas kempen CPC berakhir. Kempen CPC berakhir apabila ia telah mencapai bilangan maksimum klik. Sekirannya iklan CPC yang tertera dalam blog anda tidak menjana sebarang klik, tiada pendapatan yang akan anda dapat.

***

Metered Cost Per Impresion (mCPM)
Ia adalah iklan berbayar terbaik dari Nuffnang. Anda akan dibayar berdasarkan Unique Visitor semasa kempen mCPM sedang dijalankan. Jadi, anda akan dibayar walaupun tiada orang klik pada iklan yang tertera dalam blog anda. Kempen iklan ini akan membayar lebih sekiranya anda mempunyai bilangan Unique Visitor yang tinggi. "Lebih Tinggi Traffic/Unique Visitor, Lebih banyak yang anda akan dapat".

# Masing masing dah Bling$$ Bling$$. 

Pengiklan adalah orang yang akan memilih sama ada mereka mahu mengiklankan di blog anda atau tidak. Ia semua bergantung pada:

  • Demografi blog anda

Rajin rajin buat blog survey dalam Nuffnang, ia terletak di Blog Manager, pada hujung kanan ada update survey.


Dari situ, mereka menentukan bagaimana blog anda akan disasarkan untuk pengiklan.


  • Kedudukan Iklan
Terdapat tiga jenis banner iaitu:

(A) Leaderbord
(B) Large rectangle
(C) Skycraper


# Just letak ditempat yang betul, anda akan dapat pengiklan dan habuan.

  • Membership Exclusive
Pengiklan cenderung mengiklankan mengenai Glitterati Nuffnangers sebagai sebahagian daripada program ganjaran untuk semua blogger setia. Ahli biasa masih menerima kempen tetapi dalam bilangan yang rendah.


Jadi, jika anda dipilih oleh pengiklan untuk menjalankan kempen mereka, anda akan dapat lihat kempen iklan yang diberikan yang berjalan sebagai Buffered Earning (BE). Kempen ini boleh berjalan serentak pada masa yang sama. #Maka banyaklah pendapatan anda  #Bling$$ Bling$$

#Apa yang penting TRAFFIC dan KERJASAMA

Setelah kempen selesai, anda akan dapat melihat pendapatan akhir anda di Metered Earning

***

TIPS Alkisah

Anda mesti tertanya tanya macam mana nak dapat traffic tinggi kan?

Ini teori Alkisah.

1. Dapatkan Unique Visitor.
Seperti yang Alkisah terangkan diatas, IP Address yang datang ke blog anda mestilah berlainan. Jadi macam mana nak dapat IP Address berlainan.
  • Jika rakan rakan blogger yang anda kenal atau tidak kenali dari serata pelusuk dunia datang ke blog anda. Mereka itu yang datang dengan membawa IP address yang berlainan. Jadi secara automatiknya, ia akan jadi Unique Visitor.
  • Atau anda sendiri view blog anda di merata rata tempat selain dari rumah, seperti di Office, Coffee House atau mana mana tempat yang ada internet atau WIFI. Ia akan menjadikan anda sebagai Unique Visitor.
2. Publish/Post/Promote blog anda di merata rata tempat.
Bagi blogger yang fofuler dan ramai followers, diorang tak perlu promote pun tak pa, sebab orang senantiasa mengunjungi blog diorang bila keboringan. Bagi blogger baru, medium terbaik adalah Innit Nuffnang, Facebook dan  Twitter adalah tempat untuk mempromosikan blog anda. 

3. Tajuk dan Isi Blog 
Tajuk cerita dalam blog anda kadang cenderung membawa visitor dari seluruh negara datang melawat. Jadi kalau tajuk anda menarik ditambah pula jalan cerita dan penulisan yang #Awesome, maka ramailah yang sanggup follow dan ternanti nanti penceritaan anda.

Yang penting anda update cerita ceriti, aktiviti harian atau tips anda dengan ikhlas. Post dan video yang chomel adalah salah satu rencah ajinamoto atau tarikan untuk orang datang menziarah blog anda.

Bila anda dah post dan promote blog, then ada seseorang baca blog and lalu berkata, "Ehh sweet la cerita blogger nie, I Loikkeeee", secara automatiknya dia follow blog anda. Lepas tue, dia recommend dekat kawan kawan dia, "You dah baca blog minah/mamat nie tak? kelakar la"

Wah secara tak pasal pasal anda ada follower dan dapat Unique Visitor.

4. Follower / Comment / Blogwalking 
Bila dia follow blog anda, dengan rasa terharu, anda pun follow balik blog dia dengan niat dihati #What come around goes around. 

Then, anda pun layan blog dia, then tiba tiba anda add follower dia. Esok pulak, follower blog si dia tu follow anda pulak dan seterusnya. Maka dengan itu, beranak pinak follower anda. #Macam MLM la plak

Ada juga sesetengah blogger suka buat contest Followers. Anda pun join. tambah lagi follower korang. #Ini adalah salah satu cheat code untuk dapatkan Unique Visitor.. hahaha

Terpulang pada anda nak promote blog anda macam mana.

Lepas proses follow memolow, anda baca blog dia, and then tergerak hati untuk comment. Tak pasal pasal, dia plak balas comment di blog anda. Maka tereratlah silaturahim diantara blogger.

Bila anda bosan, blogger tu tak update blog, anda plak singgah blog dia dan tak tahu nak comment apa, lalu anda tempetkan secebis nota di Chit Chat box blogger tu sambil tulis "I singgah sini" - ini dinamakan blogwalking

Maka dengan itu lebih ramai Followers, Comments dan Blogwalking, lebih banyak Unique Visitor, Lebih banyak #Bling$$ Bling$$

***

Itu saja yang dapat Alkisah kongsikan bersama anda semua

"Kek besar takkan Alkisah nak makan sorang, Meh kita kongsi bersama"

Semoga korang dapat share atau tambah yang mana patut kalau ada kekurangan

Ini semua dari pengalaman Alkisah sendiri

***

Salam 1Blogger



16 Blogger kasi response. .

Unknown Author
March 15, 2012 at 1:29 PM

hmmm.. kalau taraf glitteri ditarik balik.. masih ada peluang ker utk dpt balik?? ari tu sy tmbh blog.. pastu bz.. xsempat nk online.. tup2 bila masuk balik.. taraf glitteri dh ditarik.. huhuuh sedey2...

Reply
Unknown Author
March 15, 2012 at 1:46 PM

wah..nice info...tq

Reply
March 15, 2012 at 4:21 PM

hai otai :)

Reply
Wani Author
March 15, 2012 at 6:43 PM

wani newbie lagi. Info ni sangat berguna. tq :)

miss-wani.blogspot.com

Reply
Pesta Jiwa Author
March 15, 2012 at 8:58 PM

Xplaination.yg pjg berjela...matlamat tercapai..terbaik..!!

Reply
Fakhruddin Author
March 16, 2012 at 2:18 AM

1 BE tengah berjalan...ciput je...

Reply
Lynnie Author
March 16, 2012 at 10:26 AM

Thanks for all the info! Helped me out a lot XD

Reply
Charlie Author
March 16, 2012 at 11:26 AM

i don't like how people use blog walking as a tool to get others to visit back their blog. If you really want to learn, take blog walking as a tool to learn from other people's work, the current trend and competition in same category for self improvement. Nice sharing BTW :)

Reply
March 20, 2012 at 6:16 PM

aummmmm makan kek besar sama2....ahhahahaha tq!

Reply
Afiqa Dayana Author
March 20, 2012 at 8:08 PM

wahh, thanks sebab share info :) hehehe

Reply
Unknown Author
March 21, 2012 at 10:54 AM

ai dh buang nuffnang sejak mls nak buat entry haha

Reply
hazanis Author
March 21, 2012 at 6:14 PM

nice tips and info..:)

p/s:follow sini...^^

Reply
cici tembikai Author
March 23, 2012 at 7:37 AM

thanks for the info tapi loading sikit -.-''

jap nak google IP address , -,-

Reply

Great knowledge to learn..Thanks bro...
To CT R Miena - Yes gliterati nyer status tu bleh dapat balik. Cuba post kan dulu artikel anda through your FB, then bila ramai yang click untuk view your content, nuffnang will start to detect your unique visitors again. Saya dah try teknik ni dan berkesan buat saya..Hope that helps...

Oh ya, jemput-jemput la datang ke blog saya ya. Salam.
http://blogerlaptop.blogspot.com/

Reply
MYZA ROMLI Author
November 25, 2012 at 6:29 PM

trima kasih atas info but still loading skit hehehehe

Reply
Sofea Author
November 26, 2012 at 3:20 PM

tak pe pelan pelang kayuh

Reply

Post a Comment

Cer komen skit..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...