Monday, September 12, 2011

Kisah Syawal 2011

***

Syawal kali ini

Alkisah sambut di rumah mertua

Cuti Alkisah memang lama

Paternity Leave + Cuti Raya

Mau 2 minggu lebey Alkisah kat Pontian

***

Apa yang menarik beraya di sana adalah

Alkisah agak kagum dengan sambutan 1 Syawal di kampung My Wife

Selepas sahaja solat sunat Aidilfitri

Seluruh penduduk kampung akan singgah setiap rumah

Dari hujung Kampung sampai kena rumah Tok Bak

sambil dijamu dengan masakan bugis

Bagi Alkisah

Alkisah rasa pelik, tapi korang mungkin tak

Selalunya pagi raya, Alkisah makan ketupat adabi tak pun ketupat daun palas

tapi kat sini diorang menyajikan


Leperk leperk


Burasak , Ketupat, Leperk Lueh

Leperk atau nama melayunya lepat, tapi orang Bugis cakap leperk

"Yeke?? Alkisah dengar dengar macam tu je"

Leperk a.k.a Lepat or Lepat Lueh ni diperbuat dari beras pulut

Manakala Burasak diperbuat dari nasi lemak sebab ada santan

***

Setiap rumah yang Alkisah & Penduduk kampung singgah

Mesti ada juadah wajib ni

Tapi apakan daya

Alkisah akan makan makan lain dari yang lain saja

Seperti roti jala, kek, kueh mueh

Sebab kat rumah ada juga burasak dengan lepat lepat nie

"Melampau la cik bedah oi.. setiap rumah makan burasak.. mau kenyang seminggu"

Alkisah pun tak sure berapa rumah yang berjaya disinggah

Tapi Alkisah rasa, lebih dari 5-6 biji rumah juga la

Jam dah tunjuk pukul 1.30 petang

Dari pagi sampai tengahari kitaorang ronda

Hebat betui komuniti penduduk kat sini

Tapi Alkisah balik awal

Sebab ada sedara nak jumpa

Ada alasan balik awal keke

***

Syawal kali ini

Alkisah banyak lepak dirumah

Kena teman My Wife & Baby

Tolong buatkan susu baby

"Hehehehe, Alkisah expert tau.. susu goncang"

Walau apapun

Next year baru kitaorang boleh jalan beraya

Last but not least

See You Guys next Syawal

Insyallah

***

2 Blogger kasi response. .

Iwanski Author
September 12, 2011 at 11:18 PM

sodapnyooo...

Reply
Alkisah Author
September 14, 2011 at 8:51 PM

tu laa ko kena try OOo

Reply

Post a Comment

Cer komen skit..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...