***
Allaahu akbar.. Allaahu akbar.. Allaahu akbar …..
Laa – ilaaha – illallaahu wallaahu akbar.
Allaahu akbar walillaahil – hamd
***
Salam AidilAdha
kepada semua rakan rakan.
Apa cerita korang pada raya AidilAdha tahun ni?
Alkisah harap semua bergumbira hendaknya.
Alkisah tahun ini beraya di nun hujung benua asia iaitu Pontian.
Seperti biasa, pagi raya sesudah solat AidilAdha
Balik je rumah
Pasti ada makanan terhidang di atas meja.
Berbeda makanan di Utara.
Di kampung My Wife.
Mereka menghidangkan Ketupat Nasi, Burasak, Leperk Leperk dan Lepat Luih
bersama Asam Pedas ikan, Rendang Ayam, Daging Satay Goreng dan Kuah Kacang
Akceli Burasak dan makan berlepat nie adalah makanan orang bugis.
Yup, family sebelah my wife adalah orang Bugis.
Makanan kegemaran Alkisah bila beraya dekat sini adalah Leperk leperk.
Gambar Alkisah sekeluarga. "Alkisah, ada gaya ustaz Don tak??" kekeke..
***
Bila sudah ke Johor.
Alkisah pasti akan berjalan jalan.
Jadi pada hari khamis lagi, Alkisah dah ke Legoland
Alkisah tak masuk pun
Masa sampai situ pun dah pukul 5 petang
Legoland tutup jam 6 pada hari biasa
Alkisah pertamax kali ronda-ronda area Nusajaya
jadi tersalah jalan itu normal la kan.
Untuk pengetahuan korang.
Harga Tiket boleh check di Legoland- Price and Ticket
Kalau Dewasa - RM140 tetapi kalau beli online boleh dapat harga RM105
Better plan your journey dan beli secara online
sebab murah kaw kaw.
Alkisah saja tanya pasal Legoland-Annual Pass
Bab kata, penjaga kaunter tu
"Dengan harga RM275, abang boleh masuk hari hari dalam masa setahun"
Wow, tapi bagi sesiapa yang stay area Nusajaya, Horizon Hills, Gelang Patah, atau Johor Baharu
memang berbaloi kot beli Annual Pass.
At least kalau boring, boleh pergi lepak dalam Legoland sampai lebam.
***
Hari Sabtu plak, sebelum pulang ke Shah Alam.
Alkisah singgah sebentar @ Melaka.
Saja bawa Sofea pusing pusing Melaka, tempat papa honeymoon lepas kawen dulu.
Kononnya nak singgah Melaka, nak bawa Sofea pergi Taman Mini Malaysia
tapi malangnya, Taman Mini Malaysia sedang ada major renovation.
Jadi terpaksalah Alkisah pergi lepak @ Dataran Pahlawan
Cuaca kat Melaka tersangat la panas yang amat
Berpeluh peluh dibuatnya
Lepas nie, Alkisah rasa kalau nak jalan jalan macam ni.
Nak je pakai seluar pendek dengan t-shirt
Baru selesa nak jalan sambil shoot gambar.
Dah la stroller takder,
Jadi nak tak nak Alkisah kena dukung Sofea.
Terasa tough sikit tangan blah kiri Alkisah.
Dari Dataran Pahlawan
lepas tu naik beca pergi Stadhuys.
lepas tu pergi Bazar depan Muzium Kapal
beli keropok dan cencalok
"Nyum nyumm
Lepas nie boleh makan ikan goreng cicah cencalok."
then, Alkisah naik Menara Tamin Sari
dapatlah tengok permandangan sekitar bandar bersejarah Melaka nie.
Bila dah tengok Kota A Famosa dan sungai berdekatan dari pandangan atas.
Mula Alkisah terbayang bagaimana pembinaan Kota A Famosa oleh Portugis?
Lepas tu terbayang plak macam mana Belanda menyerang Kota A Famosa.
Selama 5 bulan Belanda mengepung Kota A Famosa dan akhirnya pada 14 Januari 1641
Belanda berjaya menaklukinya.
K
Fine
itu semua Sejarah
***
Bila dah turun dari Menara Tamin Sari.
perut terasa lapar.
Jadi Alkisah singgah Mc D Mahkota Parade.
Isi perut sebelum bertolak pulang ke Shah Alam
My Wife pergi order,
Alkisah plak lepak dengan Sofea
Ajar Sofea macam mana nak shoot gambar.
"Yeah dah pandai"
Tepat pukul 6 petang.
Alkisah dah lepas toll Ayer Keroh
Alhamdulillah perjalanan Alkisah selamat dan tiada kesesakan yang berlaku.
Esok Alkisah akan ke Kidzania
Yeay
***
2 Blogger kasi response. .
wahhh raya sakan sampai ke legoland..best x legoland..sbb na myb pegi 6-7hb nov ni.. uhuhu
Reply^^salam aidiladha ;)
alkisah tak masuk pun.. saja round round depan tu..:^D^:
ReplyPost a Comment
Cer komen skit..