Monday, April 30, 2012

Pisang Goreng

***

Terasa lapaq plak petang petang cengini.. kalau dapat pekena pisang goreng pun sodap ni..

Pisang dah ada, tepung dah ada.. kira ngam laa..

Meh belek belek resipi dulu kat internet.. karang salah buat.. nanti ada orang komplen tak sedap plak..

Pegh!! Pisang goreng Cik Bedah !!!

Cik Bedah pun cik Bedah laaa janji senang..

source: google (sekadar hiasan)


Bahan-bahan yang nak kena bahan ialah:

Pisang // ada...
2 cawan tepung
1 biji telur // telur ada 2 biji.. checkk!!
Garam
Kunyit
Sedikit Air Kapur
Air secukupnya




Cara-caranya:
1. Bancuhkan tepung, telur, garam, kunyit, air kapur dengan air sehingga cukup cair
2. Panaskan minyak yang banyak dalam kuali sehingga cukup panas.
3. Celupkan pisang dalam adunan bancuhan tepung dan masukkan dalam kuali
4. Gorengkan sehingga pisang kelihatan kuning keemasan
5. Bila dah nampak agak garing, sila angkat dan toskan ia..


Wahh dah jadi pisang goreng..

Wey bro.. hang buat apa tu...


Lor kau man.. terkezut chek.. lain kali bagi la salam dulu sebelum tegur aku..  hang baru balik kerja ka?? Ni haa aku buat goreng pisang.. nah rasa..


Wah rajin ea kau.. bagus ghak kau off day harini.. save la aku.. balik rumah ada orang sediakan mium petang untuk aku.. dah macam suami isteri dah kita ni kan.. hahaha..


Eee geli la aku..tak dak maknanya.. hari ni aku saja terlebih rajin..

Man terus mencapai goreng pisang yang terhidang diatas meja lalu memasukkannya  ke dalam mulut

Hurrmmmm!!!


Amacam.. nice tak???


Nice... tapi...


Tapii...apsal.. apa yang kurang bro.. cer cerita kat aku.. mayb lepas ni aku boleh perbaiki bagi lagi sedap.. ewahhh.. ada gaya boleh masuk Master Chef tak season depan..


Hurmmm.. aku rasa macam something..

apa yang ko rasa tu.. cer citer cer citer..

Aku rasa makan pisang goreng macam makan ayam goreng KFC


Serious ke brooooo

Jap bagi aku taste... hurmmm ye laa bro... nice kan..


Nice juga....








Eh Man.. aku lupa nak habaq kat hang, aku  pakai tepung yang mak ko bagi haritu.. 



Oohh okay..




What the Hack!! itu tepung Kentucky untuk goreng ayam la bro...

***

Sunday, April 29, 2012

Noktah Hitam 1.0

Apa yang korang nampak dalam gambar dibawah?








Noktah hitam itu adalah Aku

Jarang manusia sejagat bercerita pasal sehelai kain putih

Orang lebih gemar mengkritik setitik noktah hitam

Tahukah anda bawah dengan setitik noktah hitam boleh buat keadaan jadi porak peranda?

Tahukah mereka apa sebenarnya noktah hitam itu?

Serious aku cakap

Don't judge a book by its cover

Sejahat jahat aku

Aku tahu agamaku

Aku tahu batas batasku

Aku punya keluarga

Aku punya isteri

Aku punya anak

Terima kasih semuanya

Jangan percaya akan ku lagi

Aku hanya setitik noktah hitam

***

Noktah Hitam 1.0

***

Saturday, April 28, 2012

Oh My English

***

Speak Better English

Lets Improve



Bagi sesiapa yang nak amik chop, hati hati la lepas nie

Gunakan perkataan Stamp tau..


Bapa Alkisah suka buat lawak "Open" ni, tapi dalam versi melayu

contoh:

"Abah tolong buka lampu sat"


"p amik skru drive, baru boleh abah buka lampu"




Haha totally translate BM to English

Alkisah pun sama je,

contoh:

Colgate, Alkisah akan cakap Col-ga-te, cuba eja dalam bahasa melayu

sengalkan

dan

bila time kelas bahasa inggeris

nak tak nak kena cakap bahasa omputih

contoh:

"teacher, i want to throw small water"

tapi tu masa tadika

sekarang tak la bengap macam tu


Jom kita tengok setiap ahad, 10.00am di TVIQ

***

Jom BerDemo !!

***

Ayuh rakan rakan










Kita harus pertahankan hak kita










Demi bangsa dan negara










Jom BerDemo !!!










Berbaris melintang ramai ramai











Duduk melintang ramai ramai










Ayuh kita start berdemo

Jom layan video ni




***

Friday, April 27, 2012

Astro open 130 Channels for Free

***


Mulai 27 April - 6 Mei 2012

Astro buka 130 Channels untuk semua pelanggannya

Apa lagi.

Alkisah pun layan la movie puas puas

Bagi Sofea tengok kartun kaw kaw

Layan Animal Planet

Belajar ketamadunan manusia

Waduh waduh..

macam sempat je nak layan semua tu dalam masa seminggu

walau apapun..

Tahniah Astro

bulan depan buat lagi..

Cheers!!

***

SPONTAN BERSAMA BEN ASHAARI

***


Amacam

Best or Tak Best

Blog Alkisah ni

What do you think??

Sila review entri Alkisah yang sebelum sebelum ni

&

tinggalkan komen

Best or Tak Best

Sekian

***

Versus 1st Konsert


***

Last week Alkisah attend 1st konsert Versus TV9, as unofficial photographer a.k.a photographer yang tak diundang. 

Serious dah lama Alkisah tak shoot gambar konsert. Alhamdulillah basic photography Alkisah still ada. So 1st thing first everything dah prepare. 8.30pm Alkisah and Family bersiap untuk ke Space U8 yang tak berapa jauh dari rumah Alkisah.

Sampai saja kat situ, Alkisah and Family isi perut dulu kat Subway.. Kalau lapaq, susah mau shoot gambar.. nanti ganggu konsentrasi.

Then 9pm, diorang dah start battle antara Hujan dengan 6ixth Sense. Itu Alkisah miss nak shoot diorang perform, sebab time tu tengah sodap dok makan sandwich tuna.

9.30pm Versus start tapi diorang just tunjuk recording battle antara Hujan dengan 6ixth Sense.

Then real konsert live start at 10pm.

Enjoy the picca from Alkisah Pictures:


***

Tahu tak kenapa Alkisah minat nak tengok Versus?

Masa 1st task diorang, Hujan telah ghubah lagu lamunan terhenti menjadi  sesuatu yang

Awesome !!



***

Last but not least

Bagi Alkisah, shoot gambar konsert super dooper best,

Sebabnya sambil shoot gambar band perform, Alkisah boleh layan lagu..

Wehuu!!

***

Thursday, April 26, 2012

BMT & Anai Anai Dalam Perkahwinan

***

Suatu pagi di Space U8, Bukit Jelutong, Shah Alam,

Alkisah membelek belek buku yang dicari

Hari tu macam pernah nampak buku tu kat sini.. tapi hari ni mai tak jumpa plak

"Dik, cari buku apa?"

"Auntie saya tengah cari buku Delima Melayu "The Malay Delima" yang Dr M tulis tu.."

"OOo buku takder dik.. memang tak pernah ada kat sini.. buku Mahathir yang lain ada la" celah pakcik yang datang dari belakang. Alkisah dapat rasakan ini mesti suami kepada auntie yang jual buku kat sini.

Oo yekaa tak pe lah..

Niat Alkisah hari tu memang nak beli buku. Jadi Alkisah belek belek lagi buku yang ada kat situ, lalu terjeling pada satu buku berjudul Bogel Menuju Tuhan (BMT) hasil tulisan Zahiril Adzim a.k.a Bob. Di sebelah buku BMT ada plak buku Anai Anai Dalam Perkahwinan (AADP). Alkisah amik lantas membaca isi kandungan yang ada dalam buku AADP tersebut.

"Dik buku ni makcik yang tulis"

"Oh yeka"

"Dik Dah kawen"

"Dah"

"Haa, buku ni bagus untuk adik. Buku ni juga makcik hadiahkan kat menantu makcik."

"Ohh Okay"

"Buku yang sebelah tu BMT, buku anak makcik.."

"OOooo Reallllyyyyyy"

Alkisah tersentapp sejenak.. kalau buku BMT anak makcik tulis, kiranya makcik ni mak kepada Zahiril Adzim a.k.a Bob . 

"Buku BMT ni saya tahu, sebab saya selalu follow blog dia"

Dalam masa yang sama makcik tu terus explain kat Alkisah pasal buku Anai Anai Dalam perkahwinan. Lantas membuatkan Alkisah berminat untuk mendalaminya.

"So, Aunty saya amik 2 buku la, BMT ngan Anai Anai Dalam Perkahwinan."

***




Mari membaca.. lalala...

***

Friday, April 20, 2012

Madu itu Manis


***



"Abang, I nak madu, kakak opis cakap madu tu bagus"

"Yeke, ok ghak, nanti carikan madu untuk Abang sekali kay"

"Ok, nanti I carikan untuk kita dua orang"

"Thanks, hurrmm carikan abang madu yang manis manis macam Neelofa takpun Izara Aishah kay"


***

Panggggggg !!!!!!

****

Si isteri menghempas pinggan Corelle yang baru belinya beberapa hari lepas

Suasana sentap seketika

Si suami tergamam

Hanya sang cicak saja tidak hairan pada keadaan sekeliling sambil berbunyi

Cakk cakk cakk cakkk

****

"U tak nak payung emas ke..."

"Amboi amboi amboi, baik Abang pilih"




"Sebelum Abang bagi I payung emas, I bagi Abang payung kubur dulu"

"Nak tak??"

***

Hang pa dah baca blog kereta mayat pasal payung-emas-untuk-poligami


***

Sesungguhnya madu itu manis bila diminum atau di sapu atas roti

Tetapi ianya boleh menjadi pahit bila ditelan oleh sang isteri yang kecewa dengan sikap si suami

***

Jangan cuba bergurau dengan isteri macam ni

Jangan cuba cuba cerita poligami di depan anak anak

***

Baik korang p main origami

Lipat lipat kertas buat bunga rose untuk si isteri


I Love You sayang

***

Thursday, April 19, 2012

Nuffnang New Ad Codes

***

Perhatian !! Perhatian !!

Nuffnang melancarkan kod Iklan baru (Nuffnang New Ad Codes)  Kod Iklan baru ini dioptimumkan untuk memuatkan tanpa menjejaskan lain kandungan untuk memuatkan blog hang pa. Hang pa semua boleh cari kod baru ini di halaman Add Ad di http://www.nuffnang.com.my/blogger/add-ads/

Kod Iklan yang sedia ada akan berfungsi seperti biasa tetapi depa menasihati supaya semua penulis blog yang ada iklan Nuffnang untuk menukar kepada kod baru ini. 

Kalau hang pa ada masalah, boleh lah hang pa menghubungi Nuffnang Help Desk.

Sekian

***

Alkisah baru je tukar

***

Tuesday, April 17, 2012

Segmen Follow Memollow

***

Jom join Segmen Follow Memollow

Handmade by Alkisah

follow memollow copy


Ringankan tangan untuk menulis entri bertajuk"Follow Memollow" berserta dengan pantun kreatif:

"Hari hari makan marshmallow,
Mari kita join segmen follow memollow"


Korang dibenarkan right click dan curi gambar diatas sebagai bukti korang join segmen ini..

wehuu..

no worries, free untuk korang semua..

Dan jangan lupa tinggalkan info pada ruangan komen entri ini:-
Nickname:
Link Blog:


Bila dah tinggalkan info, boleh la Alkisah singgah menyinggah dan explore blog korang.

"Sampai masa tibanya waktu, redup hati kaum berdua"

"Usah risau kalian semua, akan aku post review blog korang jua"


Blog korang juga akan tersenarai dalam ruangan Cerita Ceriti Blogger.

Sebarkan kepada blogger blogger lain yang sudi join segmen ini,

percuma untuk semua

Last but not least, Jangan lupa follow Alkisah taww.. nanti senang Alkisah nak track korang balik.

***

Monday, April 16, 2012

Proton Prevé

***

Okay sebelum ni Alkisah ada buat entri pasal New Proton P3-21A Revealed

So semalam Proton telah umumkan bahawa Proton P3-21A ni telah pun diberi nama sebagai

Proton Prevé

Macam mana nak sebut?? 

Prevey or  Prevet or Prev' or What evahhh laahhh

Dan pada malam ini PM akan rasmikan Produk terbaru Proton ini

***

Wehuuuu

Esok hang pa semua dah boleh start pergi Showroom Proton

Lepas tu test drive

Mana tau berkenan, boleh la korang angkat satu

Sebelum atau selepas korang pergi Showroom

Jangan lupa pergi shoruuu

Takut takut tunggu turn lama, perut lapaq

potong stim nak test drive




Amacam berkenan tak?

Kalau berkenan, masuk la meminang

Paddle i ketat lagi tau..

Aww..

***



Funny Inflight Passanger Announcement Air Asia

***

   
upload by  at youtube

Haiyaa.. like this also can mehhh..

"If can not find your seat belt, maybe you are seating on your seat belt"

"If you wish to smoke,please go Outside the Aircraft"

 ***

Hey you Announcer, Are you drunk?? 


***

Sunday, April 15, 2012

Study Mode

***

Dah seminggu Alkisah study

tinggal lagi 2 hari nak exam

Wohaa



Serious Alkisah rasa macam jadi student balik

otak ni macam dah karat sesangat tau

Ni pun, Alkisah kena pelan pelan suapkan ilmu masuk ke dalam kotak otak

simpan elok elok, nanti senang Alkisah nak keluarkan hari selasa ni

Serious, Alkisah kena polish sikit sikit otak ni supaya berkilat

senang sikit ilmu nak lekat

***

Dont worry, i'll be back soon

***

Wednesday, April 11, 2012

Papa, Fea & Arsenal, Berpisah Tiada

***

Pertamax skali Alkisah nak ucapkan

Daulat Tuanku


Raja & Rakyat Berpisah Tiada

***

Tapi hari ini juga

11 April 2012

Genap umurnya 8 bulan puteri sulong Alkisah

iaitu

Sofea Nur Ramadhani


Like Father Like Daughter

Papa, Fea & Arsenal Berpisah Tiada

***

Tuesday, April 10, 2012

Arsenal Mai Lagi ke Malaysia 2012

***


Arsenal to visit Malaysia on summer tour

sumber dari arsenal.com

Arsenal Football Club is delighted to announce that the first-team squad will once again be travelling to Malaysia to play a match in Kuala Lumpur in July. 

After arriving in Kuala Lumpur, the first-team squad will take part in an open training session in the Bukit Jalil Stadium, Kuala Lumpur, on Monday, July 23, an event which was attended by over 30,000 people last year. 

On Tuesday, July 24, Arsenal will play a match against a Malaysia XI, once again in the Bukit Jalil Stadium, Kuala Lumpur, kick off 9.45pm local time. 

Arsenal Chief Executive Ivan Gazidis said: “Further to the overwhelming success of our visit to Kuala Lumpur in 2011, everyone associated with Arsenal is very excited to once again be visiting Malaysia this year. “We are delighted that our many loyal fans in Malaysia and neighbouring regions will again have the chance to see their team in action live. We had a fantastic time in Malaysia last year and we are all looking forward to visiting this great country and meeting its wonderful people again in July.”

***

Hoyehh

Arsenal mai lagi ke Malaysia tahun ini 2012

Dalam bulan puasa plak tu

Hurmm hurmm

Dikhabarkan pada hari puasa ke-4

Hurmm hurmm

***







Ini adalah gambar gambar dari camera Alkisah semasa Arsenal Visit 2011

Akceli Alkisah sedih sebab gambar gambar ini telah pun musnah

akibat daripada pen"format"an yang berlaku pada IMAC Alkisah beberapa bulan lepas

***

Serious kali ini Alkisah nak gamble selama 2 hari bersama Arsenal

dan snap gambar puas puas

***

Monday, April 9, 2012

Arteta Wott Wott

***


Arsenal 1 - 0 Manchester City

Game Arsenal malam ni #Awesome

Jom masuk tido sambil senyum


***

Saturday, April 7, 2012

Kau Ada ??

***

Dia ada rumah besar dua tiga
Kau Ada
Dia ada kereta Bently dan Ferrari
Kau Ada
Dia ada Shendel Fendi LV Gucci
Kau Ada
Kau ada, kau ada kau ada 
Aku tak ada

Kata aku yang kanan
Kata bukan temberang
Kata bukan sembarang
Bukan dari seberang

Cakap lihat-lihat
Cakap pandang-pandang
Kalau lihat wajah ludah masih tak goyang

Masih hidup berpada
Masih berpada-pada
Yang tak ada kata tak ada
Biar berserderhana

Jangan di ada-ada
Nanti porak peranda
Yang tak ada kata ada
Kata benda sengketa

Mana lah aku mampu
Nak beli semua itu
Aku driver teksi
Manalah ada pitis
Shoot sebulan pun tak sekali
Jangan kata Bently
Kelisa pun belum tentu mampu dapat ku beli

Apa yang dia ada
Tak mestinya ku ada
Apa yang aku ada
Tak semestinya dia ada
Jangan nak ngada-ngada
Jangan nak lumba-lumba
Mati pun bukan boleh bawa benda itu semua

Besar periuk masalah kerak
Jangan sampai nanti kita yang terjebak
Ingin hidup mewah sanggup gadai sawah
Sanggup jual maruah baru boleh megah
Barulah nampak gah

Adat air pasang surut
Adat hidup tinggi rendah
Pusing-pusing ronda-ronda
Apa ada pada nama

Kata kau penuh gah
Kata kau memang penuh dengan madah pujangga
Bunga harus waspada benda kaburi madah
Kenalah jaga-jaga bila senang curiga

Ada banyak ada sikit ada lebih ada kurang
Ada turun ada naik ada rapat ada jarak
Ada adat kena ikut
Ada kata kena turut
Ada janji kena pegang
Ada susah ada senang

Sama diri sama tunduk sama buat sama turut
Sama patah sama remuk bila tinggi jangan angkuh
Kalau papa jangan kaya
Kalau kaya jangan mengada
Kalau ada kata ada
Kalau tak ada buat tak ada


Sempoi sungguh lagu ni

Akceli dah lama Alkisah dok cari

Nice one 2wins

Kau ada

Aku tak ada

***

Yang lain amacam ??

Kau ada ??

***

Thursday, April 5, 2012

Astro vs TM Career Fair

***


Visit us at the Astro Career Fair 2012 to find out more about how you can be the change you wish to see. On-the-spot conditional offers available.

Note: 
  • Numbers in brackets denotes number of openings available. 
  • Click on the job title to view Job Description (available Tuesday 3rd April onwards) 
  • Applications open on 6th April 2012 and must be submitted online at the Astro Career Fair 2012. Interviews will be conducted during the fair and on-the-spot offers are available for most positions. 
  • All eligible candidates should allocate at least 2 hours in total for the fair (from registration to offer stages)


***


***

Wahh last week ada Career Fair

This week ada Career Fair

It's unFair kalau Alkisah tak pergi

kan

Sekali sekala mencuba nasib

Apa salahnya..

Tak gitu blogger blogger sekalian..

***

Siapkan resume anda sekarang

Esok pagi

Pakai baju semart semart

Spray minyak wangi setengah botol

Rambut sikat kemas kemas

Jangan lupa bubuh gel pekat pekat

Kilatkan sepatu kulit sampai nampak bersinar

Boxer jangan lupa pakai

Bawa Tie jika perlu

Susun Sijil cantik cantik

Print out resume biar ada kaler


last but not least


Jangan letak profile picture facebook dekat resume

***
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...