***
Baru baru ini, Sotong kurita Paul lagi sekali mengemparkan dunia dengan memilih Sepangyol sebagai Juara baru WC 2010. Akan tetapi, aku tak lentur dengan tilikannya itu. Ia boleh membawa aku ke lembah syirik.
Tatkala orang berpusu pusu menonton bola di Dataran Merdeka mahupun berkain batik dan berkain pelikat di I-City, aku lebih tenang mengambil keputusan untuk menonton finale WC di rumah saja dengan hanya berseluar boxer dan berjersey Arsenal. Ini kerana kedua-dua pasukan yang masuk finale mempunyai pemain Arsenal yang boleh dikatakan hebat tra tang tang. Cesc Fabregas mewakili pasukan Sepangyol manakala Van Persie mewakili negaranya Holland. Aku ditemani oleh tunang aku yang lebih selesa dengan berkemban dan kami di apit oleh seorang budak perempuan yang matanya bulat berambut kerinting.
Kami menonton Finale WC dengan TV yang lebih canggih. Ia bukannya 3D, tetapi TV Hologram. Cilake punya best kami tengok WC, seolah olah kami berada di sana menikmati suasana WC yang sebenar. Sedang kami menonton bola, budak perempuan berusia 3 tahun itu menanya sesuatu kepada aku.
Budak perempuan: Papa, hensemnya orang yang pakai baju no 10 kaler merah tu.
Ed: Itu Cesc Fabregas la sayang.
Aku menjawab sambil tersenyum. "Haihs.. ini la budak zaman sekarang, suka tengok kehenseman player dari melihat kecantikkan permainan bola sepak", bisik hati aku.
Kami menonton dengan penuh kusyuk sehingga masuk minit tambahan. Kami menanti gol dengan penuh kesabaran.
Tetiba..
Gollllllll..... gol dijaringkan oleh Sepangyol hasil dari hantaran cantik En. Fabregas. Tunang aku melompat kegembiraan lantas kain kembannya terlucut. Lalu aku ternganga dan tersedar.
"Ed bangun sembahyang subuh?", Emak aku menegur.
"Spain menang 1-0 dah", Emak aku memberi informasi terkini kepada aku.
Aku masih dalam kebingungan.
Aku memerhati jam di dinding.
Aduss, terlepas finale..
***