Monday, May 31, 2010

Penat Siut

***

Letih bangat aku harini, mana taknya, macam macam aktiviti aku buat hari ini.

Pukul 8 pagi aku dah bangun siap siap nak balik KL. Nasib baik bilik ada aircond. Nyenyak gak la tidur. Bilik aku dah macam aquarium, dengan langsir kaler biru ada aircond, kalau cahaya masuk kot tingkap memang sebijik macam dalam aquarium.

Baju apa pun aku tak kemas lagi. Lepas mandi aku main campak saja baju baju dengan perkakas camera dan computer riba dalam bag. Lagi pun aku tak bawa balik apa apa pun.

Aku bertolak dalam pukul 9.08 pagi dari Bukit Mertajam. Nak kata laju, aku pun tak sure sangat sebab aku bawa kereta dalam keadaan marah. Kalau nak cerita pasal marah, buat sakit hati saja. Lantak kome la. Kerana mulut badan binasa, tapi mulut takkan setajam pena yang menikam. Itupun kalau ada orang baca sambil tergigit cili.

Ada aku kesah.

Laju tak laju, aku rasa, aku telah pecah rekod sendiri bila tiba kat Kota Damansara dalam pukul 11.45 pagi. Terasa bangga pun ada ghak bila tiba awal. So far aku tak nampak plak abang polis snip aku. Harap harap abang polis pergi makan kenduri masa aku dalam perjalanan.

Pukul 12.30 aku bersiap siap untuk ke majlis perkahwinan member baik aku iaitu Baim dan Haizan. Tahniah kepada mereka kerana berjaya di ijab kabul dengan sempurna. Alhamdulillah, semoga anda berbahagia selalu.

Selepas kenduri, lantas aku + tunang bersama apek + pasangan berpacaran dekat The Curve. Program utama adalah untuk menonton wayang cerita Prince of Persia. Wahhh malas nak cerita tengok sendiri. Best gila hari ni, tak payah beratur panjang. Aku pun pelik. Mana la semua orang pergi ni? Takkan semua orang pi makan kenduri tak balik lagi. Tapi..

Ada aku kesah.

Janji aku dapat tengok cerita tu. Next movie yang aku tunggu adalah cerita "Hikayat Merong Mahawangsa" yang diterbitkan oleh KRU Films. Dua dua filem ini memang wajib aku tonton.

Lepas tengok wayang, kitaorang turun terus pergi The Library a.k.a perpustakaan. Korang sure pening pening apa kejadahnya aku pergi library malam malam ni kan. Aku lagi pening mula mula. Bukan sebab aku nak pergi pinjam buku, mahupun hantaq balik buku, tapi aku pergi tengok show. Baek punya.

Dari pagi sampai ke malam aku keluar. Sudah tiba masanya untuk aku beradu. Akhir kata daripada aku, tontonlah video muzik di bawah ini. Sorry FT tak sempat nak pergi Hard Rock Cafe tadi, sebab tunang aku pakai baju kurung ari ni, tak sesuwai..


source : youtube

***

Saturday, May 29, 2010

Koleksi Aku

***

Suatu ketika dahulu, aku memang gemar mengumpul setem. Eleh macam korang tak pernah kumpul setem. Bila hari raya adalah hari yang paling gembira bagi aku kerana ketika itu email raya tidak wujud lagi, jadi banyak kad raya yang keluarga aku terima dari sedara mara di perantauan. Habis sampul raya aku koyakkan lalu rendam dalam air.

Sungguh Haru.

Selepas itu aku cuba untuk bergerak kehadapan untuk mencari setem antarabangsa. Aku cuba untuk mencari penpal. Aku tersenyum. Korang ada penpal tak? Aku ada. Nama penpal aku Nasem Goraya. Mamat tu orang pakistan tapi duduk dekat Calirfornia. Koleksi setem Amerika aku boleh tahan juga. Jeles anak cina sebelah rumah aku, sebab rata rata surat yang aku terima dari Amerika. Sekarang aku telah hilang hubungan dengannya. Aku cuba mencarinya di internet tapi gagal.

Jadi lupakan kisah setem.

Kini aku minat mengumpul model model kereta. Berikut adalah di antara koleksi yang aku ada.







Sambil sambil itu aku cuba bereksperimen bermain dengan CLS ditambah sedikit dengan perencah 50D bapa aku punya. Syok juga pakai camera tu. Aku senyum sambil mengangkat kening kedua-dua belah. Anda bila lagi?

detik hatiku : esok nak try outdoor shoot? sapa mau join

***



Friday, May 28, 2010

1 Bulan Untuk Semua

***


Ini bukan lambang parti politik mahupun Death Star macam dalam cerita Star Wars. Ini ialah bulan ciptaan tuhan yang maha esa.

Sudah sekian lama aku teringin untuk mengambil gambar bulan seperti ini. Setelah aku melihat gambar Shaiful Rizal , aku terus berusaha dan sedaya upaya menanti saat sebegini.

Kadang kala aku risau. Mana nak tahu, tiba tiba kedengaran serigala menyalak macam cerita Wolfman. Tak fasal fasal aku kena lari lebih laju dari Usain Bolt sambil angkat kain dan memapah camera di tangan.

Berbalik pada gambar di atas, ini saja yang termampu aku lakukan. Apa salahnya kalau kita mencuba. Meniru adalah salah satu cara kita belajar, tapi kalau menonyol dan kantoi ketika peperiksaan adalah salah satu tindakan yang kurang cerdik untuk dilakukan. Harap anda tidak kantoi ketika exam. Kalau kantoi akan ku nyanyikan lagu Zee Avi untuk anda.

Sungguh indah dan menakjubkan ciptaan tuhan. Bayangkan betapa cantiknya bulan ini. Kalau kita berada dimana mana, bulan ini saja yang akan muncul tak kira anda berada di London, San Jose, Dubai mahupun Bagan Datuk. Hidup Yob.

Marilah kita sama sama merenung sejenak dengan kekuasaan yang maha esa.

detik hatiku : Bila company aku nak hantar outstation pergi bulan, visa Amerika dah ada dah ni ?

***

Monday, May 24, 2010

Kuala Lumpur

***

Kuala Lumpur view from Bukit Ampang lookup point


Dataran Merdeka

Sabtu a.k.a hari cuti hari tu. Kebosanan yang melanda diriku ini membuat aku keluar mencari gambar. Kini aku cuba untuk menangkap gambar berupa landskap di waktu malam. Ternyata aku memang lemah untuk menghasilkan gambar yang berkualiti pada waktu malam. Frust menongeng aku setelah melihat hasil yang tidak seberapa ketika sessi fotografi di Citrawarna Malaysia baru baru ini.

Dengan semangat yang jitu, aku terus mendapat idea untuk ke Bukit Ampang. Berbekalkan ilmu yang pernah diajar oleh saudara pojie kepada aku ketika di Singapura tahun lalu, aku cuba untuk mempraktikannya. Alhamdulillah aku cuma dapat 2 gambar terbaik bagi aku. Sebenarnya, banyak tempat aku nak pergi shoot serata Kuala Lumpur, tapi masa tidak mengizinkan aku.

Mungkin minggu minggu yang akan datang aku cuba untuk mencari port landskap yang lain.

detik hatiku : nak try shoot landskap penang hujung minggu nie. yeahh..

Terbaek !!

***

Sudah terang lagi nak bersuluh. Itu saja aku dapat ungkapkan selama pemerhatian aku terhadap blog shutterspeak. Ternyata mereka adalah antara yang terhebat, berbekalkan 5D Mark II, mereka menghasilkan gambar gambar yang tak tercapai dek akal ku. Mereka tidak lokek ilmu. Setiap video mereka memberi impak terkesima buat aku kerana mereka mempunyai idea idea yang menarik untuk ditonjolkan dalam pembikinan sessi fotografi mereka. Aku doakan semoga mereka terus sukses.

***

Saturday, May 22, 2010

Strategi June 2010

***
June 2010 - Kita bakal dihimpuni oleh carta organisasi Piala Dunia. Masing masing telah pun merencana waktu tidur berpaksikan waktu di Afrika. Ada yang sudah membeli astro beyond demi melihat peluh jantan yang keluar dari hero bola sepak mereka bersama TV LED yang banyak di ketengahkan oleh wakil wakil elektronik dengan mempromosikan harga yang murah sempena festival Piala Dunia ini berlangsung.

Pelbagai strategi bakal di muat turun ke dalam setiap formasi bagi mencipta permainan yang cantik dan menghiburkan.

Kita tidak harus leka, bukan sahaja negara negara yang bertanding dalam Piala Dunia ada impian, malah ramai di antara rakan rakan kita telah pun bersedia merealisasikan impian mereka sendiri untuk menerima hadiah yang terindah bersama pasangan yang tercinta.



Susah bagi aku ingin mengatur jadual pada bulan Jun ini. 12 Jun adalah tarikh keramat kerana terdapat 3 kenduri rakan baik aku pada hari yang sama tapi 3 negeri berlainan.

Kalau mengikut dari segi siapa dahulu yang ajak, sudah semestinya suadara Wasyil yang berjaya. Tapi kalau nak ikutkan tempat kenduri, Saudara Amet ngan Saudari Nad yang berjaya kerana dua dua kenduri sebelah utara. Jadi siapa yang boleh selesaikan masalah ini? Kalau ada, sila tinggalkan komen dibawah.

Kalau mereka ada hari keramat, Aku juga ada. Anda, kamu dan awak yang tengah baca blog ini, tak kira pembaca tegar mahupun silent reader blog Al-kisah Saed Ramadhan, jangan lupa akan tarikh 28 Jun. Set dalam handphone anda, takpun bulatkan dalam kalender peribadi anda dan paling busuk pun sediakan hadiah dan tempat untuk buat parti untuk aku. Aku sedia menanti.

***

1 Completed - Who's Next??

***


1. Chamakh - Completed


Full Name Marouane Chamakh
Nationality Moroccan
Born January 10 1984, Tonneins, France
Age 26
Previous Clubs Bordeaux (2002-2010) 293 appearances (79 goals)

Club Honours

Ligue 1 Champions: 2008/09
Coupe de la Ligue: 2007, 2009
Trophee des Champions: 2008, 2009
Transfer Details Joins Arsenal on a long-term contract
Position Forward
Arsenal Squad Number 29
International Honours Morocco (2003-Present) 53 appearances (27 goals)
International Debut v Sierra Leone, June 13 2003

Who's Next??







source images and data : www.arsenal.com.

***

Morale Up

***

Thanks to my fiancee because always support me even sometimes you feel down when you heard bad stories. I always backing you up dear. Keep my promise.

***


Friday, May 21, 2010

Y PALAT Y

***

Kenapa harus aku lalui semua ini. Cukup sudah untuk buat aku bengang. Memang benda seperti ini dapat dijangka.

Manusia memang tak lari dengan masalah tapi kita harus bijak menanganinya. Sebijak mana anda, anda perlu bersabar sampai tahap kesabaran melampuai batas sehingga anda tidak dapat mengawal lagi.

Kenapa semuanya perlunya aku yang menangungnya? Kenapa bukan kerja aku, aku kena lakukan? Kenapa orang nak aku ikut cakap diorang tapi tak pernah nak ikut kehendak aku? Kenapa kenapa kenapa?

Kadang kadang aku beralah bersebab.

Mungkin lepas ini aku kena keras kepala dan pentingkan diri sendiri.

Orang takkan faham. Aku cuba membahagiakan semua orang tapi orang tak pernah faham dengan apa yang aku cuba lakukan selama ini.

Manusia hanya takut bila orang akan cakap dibelakang kita. Manusia hanya takut mulut mulut dengki. Adakah selama ini ada aku mempersoalkan hal peribadi mereka?

Aku perlu ke Himalaya bertapa selama 6 bulan tanpa membuat apa apa sambil duduk di atas kerusi melihat puncak gunung Everest ciptaan tuhan.

Cukup takat ini.

Semua orang tak akan faham aku.



***

Thursday, May 20, 2010

Alah Bisa Tegal Biasa

***

Sememangnya cara hidup Batman aku kini menghantui kembali. Alah bisa tegal biasa. Aku tak kisah malah aku suka kerja malam. Kerja malam aku hanya tertumpu pada migrasi dan pada siang hari aku lebih banyak tertumpu pada persediaan sebelum migrasi seperti menyediakan dokumen.

Aku tiada mood untuk berbicara dengan lebih panjang pada ketika ini. Maaf, selamat pagi semua. Aku mahu masuk tidur dahulu.

***




Monday, May 17, 2010

Malaysia Rally Sprint Championship 2010

***



photo & edit // ed

***

Thursday, May 13, 2010

100 Post

***

Tidak ku sangka cempedak dah jadi nangka. Persoalannya disini siapa yang boleh beritahu aku samada cempedak bila dah tua akan jadi nangka. Adakah cempedak dan nangka itu sejenis buah yang sama?.

Memang akan tertanya-tanya kenapa orang orang lama menggunakan pepatah itu. Kenapa mereka tidak cakap saja "tidak ku sangka cempedak dah jadi durian". Siapa yang mula mula reka cipta pepatah seperti ini. Adakah pepatah pepatah ini dah buat testing di dalam lab?. Mana result ATP dia? Buktikan kepada aku wahai guru bahasa, Siapakah mereka cipta pepatah melayu?

Lupakan saja cerita pepatah

Semenjak internet aku hijau, ligat aku menenet. Tengok Signal strength hijau, sebelum ini asyik kuning kuning, dah macam hidup segan mati tak mau. Itu sebab aku jarang jarang online, tapi kini tidak lagi. Sekarang aku boleh meng'update' blog dan meng'upload gambo dengan mencapai kelajuan tahap maksima.


Duduk tak duduk hampir 2 tahun aku berblog dan post Adamaya adalah post yang ke-100. Wahh!! terharunya. Follower aku ada 4 orang saja. Hikhikhik. Ada aku kesah..




detik hatiku: rajin plak aku malam ni nak update blog.

Adamaya

***


Habis sudah slot drama petang petang. Bukan main lagi. Balik sure awal punya nak kejar cerita ni punya pasal. Ada sesetengah orang cakap, "Ala boleh tengok kat Internet". Tak sama babe. Ia di ibaratkan tengok bola secara langsung dengan siaran ulangan. Mode feeling dia tak rasa nanti.

Cerita ini boleh dikatakan agak menarik. Sesuai ditonton oleh para lelaki yang suka kacau bini orang atau para lelaki yang tak sedar dah ada bini dan anak, ada hati nak balik ke kekasih lama yang sudah berkahwin.

Aku sangkut dengan cerita ini sebab nak tengok Lisa a.k.a Maya (Tipu la korang tak usha minah ni, potong kuku ar). Sein a.k.a Adam plak memang sesuai jadi suami pada Maya. Sweet Couple gitu. Last but not least, terbaek Diana Amir a.k.a Lisa, anda memang comel.

detik hatiku: cerita ini bakal masuk dalam koleksi drama melayu aku.

***

Saturday, May 1, 2010

Tak Boleh Handle !!

***

Aku tak boleh handle kalau buka TV tak dak cerita best.

Aku tak boleh handle kalau hujung bulan gaji tak masuk.

Aku tak boleh handle kalau memandu naik bukit lepas tu jalan jem.

Aku tak boleh handle kalau tengok bilik aku semak tapi aku malas nak kemas.

Aku tak boleh handle kalau orang call suruh bayar bill sedangkan bill tak sampai kat rumah.

Aku tak boleh handle kalau dah beratur punya panjang, lepas tu tiket wayang tinggal seat depan saja.

Aku tak boleh handle kalau waktu tidur masih berpaksikan waktu di San Jose sedangkan aku dah pulang ke Tanah Air.

dan ini;

Aku tak boleh handle kalau tengok jurugambar macam kat bawah ni.


source image : internet

***
detik hatiku : eleh korang boleh handle ke??
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...