Wednesday, June 3, 2009

Selsema, Demam & Kebah

Bangunnya aku dari kamar bahtera a.k.a katil, aku rasa tak berapa nak sihat sebab ada bendalir yang mengalir keluar dari hidung ku secara automatik. Aduyai, selsema datang meyerang aku. Ahh jangan H1N1 sudah. Walaupun berat badan untuk pergi kerja, aku tetap lawan, demi company tercinta. Aku terasa kurang selesa dan acapkali aku mengambil tisu marina kat opis. Makan tengahari pun tak berapa nak lalu (tapi abis ghak makan nasi + ikan bawal goreng). Badan aku terasa macam nak demam tapi tak demam lagi ar. Aku kuar opis pun awal ghak ar semata-mata nak pergi klinik. Malam kul 9 aku pergi klinik Yuli (bukan Yuna taw), tapi doktor nie check macam nak tak nak je. Siap offer aku MC lagi, aku cakap "Tak Nak". Pergh gila poyo aku kan. Doktor pun kasi ubat kat aku. Doktor Yuli nie ghak rekemen aku makan poridge Mc D bila time demam. Apa lagi cargas aku pergi drive-thru Mc D kat jalan genting klang. Beli Large Poridge+Apple pie+Hot Milo.

Keesokkan harinya, aku bangun, selsema terus menghantui aku, tapi aku tetap lawan untuk pergi opis. Atas sebab nak settlekan dokumen OOB yang tak berapa nak siap tue. Berbekalkan satu kotak tisu yang agak comel, ada cartoon warner bros tue, aku letak atas meja opis aku. Aku rasa seram sejuk bila dok opis. Kerap kali juga aku ke tandas. Kerja kat opis pun dah selesai, lepas nie ingat nak main squash, tapi apakan daya bila aku sampai rumah. katil aku melambai-lambai. Lepas makan + makan ubat, Aku pun lepak atas katil sambil sms kat DIN " Bro aku tak dapat datang ar malam nie" . Serious tak larat dah babe.

Hari ini, badan aku mula rasa nak demam tapi aku tetap lawan. Lawan punya lawan, bertempet nye Salonpas kat belakang dan Viks kat hidung. Badan aku terasa kebah dan nak kembali normal. Yes.. insyallah esok aku boleh bekerja seperti biasa, arini aku standby kat rumah.

detik hatiku: Bila demam/selsema cuba kita lawan, makan ubat, kalau rasa sengal2 badan, pakai Salonpas.Insyallah Kebah

1 Blogger kasi response. .:

June 4, 2009 at 11:35 AM

demam yer bang...cian nyer...hahah

Reply

Post a Comment

Cer komen skit..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...