Friday, December 27, 2013

Warisan Bandor

***

Pernah tak korang terfikir untuk cari salasilah keluarga?
Siapa atuk atuk korang?

Aku selalu fikir masa kecik kecik dulu..
nama aku bin bapa aku bin atok aku bin moyang aku bin...
macam seronok nak tau..

Bila tertubuhnya Warisan Bandor atau Bandar
Baru aku dapat tahu sedara mara
 selalu masa kenduri je jumpa
 ada yang kenal, ada yang tak
tapi bila dah ada group nie
senang aku dapat detect
sapa sepupu sepapat aku

Paling top dalam family aku,
To' Panglima Teja
Orang Besar 16 Perak.

Besar mana?
Tak pernah plak aku ukur..

Wah gitu..

Ini paling atas yang Warisan Bandar dapat.

 Moyang, Arwah Mohd Ayit

 Keluarga Arwah Tok Jalal dan Opah Am
Bapaku berdiri belakang dan paling kanan sekali.

Ini plak keluarga-ku

Nak cerita pasal sejarah keluarga memang panjang.
Jadi secara ringkasnya, korang kena buat gathering macam nie,
Biar orang lama yang cerita kisah sebenarnya.

Bulan September 2013, diorang ada buat gathering secara besar besaran.
Malangnya aku tak dapat hadir.

Raja Dihilir Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa antara genarasi warison Bandor
merasmikan perlancaran persatuan ini.

Turut hadir sama adalag Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir; Pengerusi Permodalan Nasional Berhad (PNB), Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid merangkap Penasihat Persatuan Keluarga Warisan Bandor serta bekas Ketua Polis Negara, Tun Mohammed Hanif Omar yang turut mempunyai kaitan susur-galur dalam keluarga berkenaan.

Warisan Bandor di akhbar Utusan:
http://www.utusan.com.my/utusan/Utara/20130924/wu_02/Raja-Di-Hilir-Perak-lancar-Persatuan-Keluarga-Warisan-Bandor

Ada ke dikalangan blogger yang aku kenal ni tergolong dalam golongan anak cucu cicit 
Warisan Bandor

Cer citer cer citer..

Kalau ada, sedara la kite.. tak gitu Yob/Yong Oi...

***

Thursday, December 26, 2013

Ibnusina atasi mata silau waktu malam

***
 
Kalau dulu aku pernah tulis pasal Mata Silau boleh rujuk entri tersebut.

Aku nie bekerja kuar pepagi buta balik plak malam, biasalah orang kerja shift 12 jam.

Bila drive pulang, pasti aku mengalami penyakit silau mata.

Silau pada lampu jalan dan lampu kereta.

 Hinggakan boleh menyebabkan mata aku penat dan kadang kala megakibatkan pening kepala.

Sekarang, masalah ini selesai setelah aku menggunakan

HD Eyewear dari IBNUSINA

 
 Sporty Yellow untuk silau malam
ternyata berkesan.

semanya ada 4 jenis, korang boleh pilih yang mana korang suka.


Untuk maklumat lanjut, boleh layari http://www.ibnusinaeyewear.com

Tahun depan nak beli kacamata untuk menatap komputer plak.

Biasalah 11 jam kat opis mengadap PC je kerjanye.

Belum kira masa mengadap TV, Handphone dan Blog.

Ish ish rosak mata aku macam nie.

K la c u later,

XOXO

***



Monday, December 23, 2013

Castle Kidz - Registration fee RM50

***


Assalamualaikum,

Kepada rakan rakan blogger yang mempunyai anak dari 2 - 6 tahun,
Masih tercari-tercari Montessori Islamic Pre-School
terutamanya di Denai Alam, Shah Alam,

Bolehlah menghubungi

Shazira     : 013-2032656

Mar Sinda  : 012-3703616

Halimah    : 014-3334006
atau layari
http://castle-kidz.blogspot.com/
 Facebook : Castle Kidz 
FB Page : Castle Kidz

Anda juga boleh hebah/share/copy paste entri
untuk makluman umum.
***

Saturday, December 21, 2013

Hi-5 House Party Live in KL

***


Laurent, Stevie, Dayen, Ainsley, Mary

Selalunya, aku layan Hi-5 teman cik fea tengok Hi-5 mesti ada Tim, Casey dan Fely


Bila nak layan 3 muka baru rasa macam weird.
Mungkin yang selalu siar kat TV series tahun 2011/2012.
Outdated betul.
Bila aku review new Hi-5 kat youtube,
rata rata orang akan tanya, where is Tim,Cassy and Fely








Frust betui budak tu.
 Hahaha

Ku Akui, bila Tim,Cassy,Fely,Stevie dan Laurent memang serasi bersama

Bila muncul orang baru.
It's take time to adapt.

Sabar ye adik adik dan emak ayah..

huhu

***

Okay.. tinggal sejenak kisah peribadi Hi-5


Sekali sekala, nak juga aku merasa bawa cik Fea pergi party macam nie
Tapi......
cik Fea plak jenis budak tak boleh duduk diam.
sangat aktif..
kalau kat shopping mall pun dah boleh ke sana kemari,
apatah lagi nak bawa ke event macam nie.
Nanti papa tak boleh layan a.k.a concentrate Hi-5 sepenuhya.

Lebih lebih plak papa nye nie..

Ok ok fine..
 Bagi sesiapa yang nak bawa anak-anak ke Party Hi-5
bolehlah layari 

untuk dapatkan maklumat lanjut dan harga tiket.

Selamat Berhibur,
XOXO


***


Friday, December 20, 2013

Pelikat Pants - Sangat Awesome

***


Aku bukan terpengaruh beli Pelikat Pants atas sebab
ia dijual oleh Afdlin Shauki,
atau budget best nak tiru gaya artis pakai seluar nie.

Pertama kali aku tengok seluar ini di Super Spontan,
Johan yang suka pakai seluar ni,
Lepas tu, baru pelawak pelawak lain mempromosikannya.

MyWife tak suka Aku pakai seluar ni,
Sebab MyWife cakap aku kurus dan tinggi

"Cuba u tengok, Jeff ngan Nabil tak pernah pakai pun"

***

Kenapa aku beli Pelikat Pants?

Sebelum Pelikat Pants, aku suka pakai "seluar mekah"
Seluar yang selalu dipakai bersama jubah.
Bagi aku ianya selesa untuk beribadah dan sesuai dipakai dirumah.
Jadi dengan adanya Pelikat Pants,
ia boleh dijadikan sebagai pengganti kepada seluar jubah tersebut.

Kalau pakai kain pelikat, kena ikat proper jangan sampai terlucut, tak dak kocek untuk letak kunci mahupun handphone dan air intake besar sejuk sejuk angin masuk dari bawah kain.

Atleast, Pelikat Pants ada kocek dan bergetah dipinggang dan pergelangan kaki.
Sangat selesa dan sesuai dipakai semasa beribadah.

Thumbs Up
Pelikat Pants

***

Cara membelinya boleh rujuk http://ked.ai/bob/item/14335/pelikat-pants-malaysia-mainland

There are up to 4 Sizes and 3 Different Colour Tone you can choose from, there are as stated below

Size
I) 25-30 inches ( Size S )
II) 31-40 inches ( Size M )
III) 41-50 inches ( Size L )
IV) 51-60 inches ( Size XL )

Tone Color
I) Dark ( Gelap )
II) Light ( Cerah )
III) Happy ( Ceria )

Macam aku, prefer beli COD or mana mana booth yang diorang jual,
Puas hati boleh pilih corak dan size bagi customer yang pertama kali membelinya.
Size Pelikat bergantung size pinggang, Labuh/Panjang seluar adalah sama.

Selamat Mencuba Pelikat Pants..
XOXO

***

Thursday, December 19, 2013

Spontaneous Thursday - Blogs Archive

***


Assalamualaikum,

Timbul tenggelam timbul tenggelam aku dibuatnya.
Dari awal Muharram hingga ke saat ini,
Kesibukkan aku pada paras maksima.
Penat tapi berbaloi.
Ini semua demi cita cita.

Kalau anda ada terbaca Azam baru aku di Maal Hijrah 1435
Suku pertama azam ini baru saja bermula.

Tapi,
Rezeki berblog aku agak menurun dan mungkin tak tercapai untuk tahun ini.
Jika dari 2009-2012, entri post blog aku meningkat setiap tahun.
tetapi tahun ini, entri blog aku turun lebih kurang 50%.
Kesibukan masa dan ketandusan idea jadi punca jari ini untuk mengurai penulisan dalam blog.
Bonus Nuffnang juga terbantut, tidak mencapai jumlah seperti tahun lepas.

Tapi tak mengapa,
2013 aku akan biarkan ia berlalu.
Mulai 2014, insyallah akan ku perbaiki,
dengan pengisian yang berilmiah dan pengosian pengalaman beguna pada masyarakat,

"Less Post but more Visitors"
Think Smart

Itupun jika kesibukkanku tidak setahap
Gaban..


Sekian
XOXO

Wednesday, December 18, 2013

Wordless Wednesday - Pelikat Pants

***
 
 
***

Monday, December 9, 2013

Monday Blues - Telephonic IV

***


Hari ini aku ada Telephonic Interview.
Semua nota nota aku dah sediakan
Cuma tunggu masa untuk aku ditemuduga.

Pros
Pakaian tak perlu casual, just pakai seluar pendek dan t-shirt kat rumah saja.
Tak perlu google map nak cari opis.
Jimat tol, minyak, parking dan masa.
Boleh rujuk nota nota techinical semasa temuduga.

Apa yang penting,
Skills komunikasi percakapan dan pendengaran perlu 100% bersedia.

Harap semuanya berjalan dengan lancar

***

Saturday, December 7, 2013

Castle Kidz Open For Registration for 2014

***


Actually, My Wife and her partner will open new Islamic Montessori at Denai Alam.

For more details, please visit our page:


***

Alkisah a bit struggle till end of this year.

We need your support to share our Castle Kidz link on your blogs.



Thanks and regard,

XOXO

***
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...